18.APLIKASI BEDAK DALAM MEMAHAMI MAKNA WARNA DAN LAMBANG JALUR GEMILAN

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

1 “APLIKASI BEDAK DALAM MEMAHAMI MAKNA WARNA DAN LAMBANG JALUR GEMILANG DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH”. MOHD YASSER BIN AMIRKASAN PISMP SEJARAH ambilan Jun 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau myassier82gmail.com ABSTRAK Kajian tindakan ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sk Pasir Puteh Keningau. Peserta kajian adalah seramai empat orang terdiri daripada murid Tahun 5. Peserta kajian yang dipilih dalam kajian ini merupakan golongan murid yang masih lemah dalam pemahaman terhadap makna warna dan lambang yang terdapat pada jalur gemilang . Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah BEDAK Belajar Dalam Akronim dalam meningkatkan kefahaman murid terhadap makna warna dan lambang pada jalur gemilang. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perubahan tahap pencapaian murid dalam memahami serta mengingat makna warna dan lambang pada jalur gemilang setelah menjalani intervensi menggunakan kaedah BEDAK. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang senarai semak pemerhatian praujian dan pascaujian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan peratusan. Hasil dapatan kajian ini peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang positif dalam memahami makna warna dan lambang pada jalur gemilang. Oleh itu kaedah BEDAK atau Belajar Dalam Akronim ini dapat meningkatkan kefahaman seterusnya meningkatkan daya ingatan dikalangan murid tahun 5.

slide 2:

2 ABSTRACT This action research was conducted in Sk Pasir Puteh Keningau Sabah. This research involved four pupils from the Year Five class. The participants in this research were the low proficinency pupils regarding on the ability to understand the meaning of colours and symbols of the National flag Jalur Gemilang. This research aimed to study the effect of using Belajar Dalam Akronim BEDAK. Method in developing the pupils understanding on the colurs and symbols of Jalur Gemilang and also idintify the improvement on the pupils ability to understanding and remember the meaning of colours and symbolsof the Jalur Gemilang after implementation of BEDAK method intervention. The instruments used were observation checklist pre-test and post-test . The collected data were analysed using percentage. Findings from this research indicated that the participants showed positive improvement in understanding the meaning of colours and symbols of the Jalur Gemilang . therefore this BEDAK method was able to improve the pupils understanding and also improve the memory of the Year Five pupils PENGENALAN Pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran didalam kelas memainkan peranan amat penting. Melalui kaedah yang sesuai ianya akan dapat memberikan suatu impak yang berkesan terhadap murid. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas akan dapat membantu para pelajar mencapai objektif pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan penguasaan ilmu yang disampaikan oleh guru.

slide 3:

3 Kaedah mneumonik atau akronim ialah satu kaedah yang boleh membantu ingatan pelajar dengan mengaitkan sesuatu bahan atau rangkai kata berdasarkan huruf-huruf pangkal untuk diingat dengan sesuatu yang bermakna kepada pelajar itu Rahil Jami’ah Kasnani 2000: 43 . Contohnya pelajar perlu mengingat singkatan ‘JERI’ yang bermaksud perkembangan Jasmani Emosi Rohani dan Intelek. Kaedah atau pendekatan ini sebenarnya telah lama digunakan oleh para guru dan pelajar tetapi ia tidak diinovasi dan dikreatifkan. Inovasi ialah perubahan secara kreatif. Dengan ini pengkaji menggunakan kaedah Akronim sebagai kaedah dalam kajian ini. “Aplikasi BeDAK dalam memahami makna dan lambang Jalur Gemilang dalam mata pelajaran Sejarah”. Kajian yang dilaksanakan adalah berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh pengakaji dalam memudahkan untuk mengajar memahami fakta dalam mata pelajaran sejarah terhadap murid Tahun 5 di SK Pasir Puteh Keningau. Asas bagi meningkatkan pemahaman murid dalam sejarah adalah mengingat fakta. Memandangkan terdapat beberapa murid Tahun 5 masih lemah mengingat fakta berkaitan tajuk “Makna dan lambang jalur gemilang” maka pengkaji telah menginovasikan satu teknik yang diberi nama BeDAK Belajar dalam AKRONIM yang pernah diperkenalkan seorang penyelidik. Oleh itu pengkaji mengaplikasikan kaedah yang diinovasikan bagi memahami makna lambang dan warna jalur gemilang melalui penggunaan AKRONIM. FOKUS MASALAH Kajian yang telah dijalankan berfokuskan kepada permasalahan dalam mengingat makna dan lambang jalur gemilang berdasarkan penggunaan kaedah BeDAK Belajar dalam Akronim. Kaedah BeDAK ini akan dapat meningkatkan ingatan dan kefahaman murid dalam tajuk makna dan lambang jalur gemilang. Walaupun terdapat masalah pengajaran dan pembelajaran antara permasalahan yang ketara diperoleh berdasarkan pemerhatian seperti aktiviti bersoal jawab iaitu murid tidak menjawab soalan yang diajukan dengan tepat. Dengan itu pelaksanaan kajian ini dapat membantu murid memahami makna dan lambang jalur gemilang. Tindakan susulan selepas ini akan diteruskan demi kejayaan anak murid. Saya telah menjalankan penyelidikan tindakan dengan menggunakan kaedah BeDaK Belajar dalam Akronim untuk meningkatkan pencapaian murid dalam menguasai

slide 4:

4 topik jalur gemilang. Disamping itu kajian ini juga dapat meningkatkan pemahaman seterusnya ingatan murid dalam memahami lambang dan warna pada jalur gemilang. OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN Kajian ini dijalankan bagi membantu meningkatkan pemahaman murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh Kajian ini bertujuan untuk: 1 Mengenalpasti tahap pemahaman murid tentang makna lambang jalur gemilang melalui penggunaan BeDAK. 2 Mengenalpasti tahap pemahaman murid tentang makna warna jalur gemilang melalui penggunaan BeDAK. Kajian ini dijalankan untuk menjawab dua persoalan utama seperti berikut : 1 Adakah penggunaan BeDAK dapat membantu meningkatkan tahap pemahaman murid tahun 5 dalam memahami makna lambang Jalur Gemilang 2 Adakah penggunaan BeDAK dapat membantu meningkatkan tahap pemahaman murid tahun 5 dalam memahami makna warna Jalur Gemilang PESERTA KAJIAN Kajian yang dilaksanakan ini memfokuskan kepada murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh Keningau. Seramai 29 orang murid di dalam kelas tersebut. walaubagaimanapun kajian ini hanya difokuskan hanya kepada 4 orang murid sahaja. Secara amnya usia peserta kajian ini adalah dalam lingkungan sebelas tahun. Melihat kepada pemilihan peserta kajian ini Ini berdasarkan daripada dapatan markah awal

slide 5:

5 daripada keputusan ujian yang dibuat oleh guru yang terlatih di sekolah Sk Pasir Puteh tersebut. darpada perbincanagn awal bersama guru mata pelajaran tersebut keempat- empta peserta ini bersifat pasif dan kurang melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran. TINDAKAN YANG DIJALANKAN Berdasarkan Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart 1988 pengkaji telah mengambil inisiatif untuk mengubah model tersebut berdasarkan kajian yang dilaksanakan dan merancang empat langkah yang perlu dilaksanakan dalam kajian seperti yang terdapat pada rajah dibawah. Rajah 1. Kerangka model yang diubah suai daripada Model Kemmis dan McTaggart membuat refleksi • pengkaji merefleksi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan merancang tindakan • merancang tindakan •mengambil tindakan pelaksnaan •membuat ujian dan pemerhatian memerhati •membuat pemerhatian

slide 6:

6 Merefleks Pengkaji membuat refleksi terhadap punca murid tidak berminat dan mengalami masalah dalam memahami fakta-fakta dalam topik jalur gemilang. Berdasarkan refleksi yang telah dibuat pengkaji telah mendata satu kaedah bagi mengatasi masalah yang dihadapi responden bagi memastikan responden bertambah minat dan dapat memahami fakta-fakta yang telah diajar. Refleksi yang dibuat juga akan memberi kefahaman baru kepada pengkaji untuk merancang tindakan susulan yang sesuai dilaksanakan. Merancang Pengkaji telah merancang satu pembelajaran yang kondusif dan menarik terhadap murid- murid. Pengkaji merancang satu sesi pembelajaran tanpa menggunakan kaedah BEDAK ini kepada murid-murid. Pengkaji akan menggunakan ICT untuk sesi pembelajaran yang pertama. Seterusnya pengkaji akan menggunakan kaedah BEDAK ini sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Melaksanakan Pengkaji akan bermula dengan tindakan yang telah dirancang bermula dengan ujian pra kaedah intervensiujian post dan borang senarai semak. Ujian pra dilaksakan untuk melihat tahap ingatan murid terhadap fakta-fakta yang telah diajar oleh pengkaji. Seterusnya pengkaji akan mengagihkan borang Senarai semak kepada 29 orang responden untuk melihat maklum balas responden tentang minat mereka dalam matapelajaran sejarah.

slide 7:

7 Pemerhatian Pengkaji akan membuat permerhatian untuk menentukan adakah penggunaan kaedah BEDAK ini dapat menarik minat murid untuk belajar dan meningkatkan kefahaman murid terhadap fakta-fakta dalam matapelajaran sejarah khususnya pada topik jalur gemilang. KAEDAH MENGUMPUL DATA Dalam kajian ini pengkaji menggunakan tiga instrumen pengumpulan data seperti berikut: 1. Senarai Semak Borang senarai semak digunakan bagi melihat minat para murid didalam mata pelajaran sejarah khususnya pada topik Jalur Gemilang. 2. Temubual Pengkaji menggunakan kaedah ini bagi mengukuhkan lagi dapatan berdasarkan borang senarai semak yang diguanakan terhadap respondan.temubual ini dijalankana secara tidak formal bersama guru mata pelajaran sejarah.soalan yang diajukan adalah soalan yang berkaitan dengan pemerhatian guru dalam penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Ujian Pra Ujian Pos Ujian Pasca hasil ujian – ujian yang laksanakan ianaya dapat membantu pengkaji mengenalpasti tahap penguasaaan murid setiap sesi tindakan yang dijalankan.

slide 8:

8 KAEDAH MENGANALISIS DATA Data yang diperolehi dalam kajian ini dianalisis secara manual dengan menggunakan peratusan. Data dalam senarai semak untuk kemahiran menyebut dan kemahiran mengenal dikira dengan cara yang sama. bagi melihat perubahan terhadap pemahaman murid pada topik Jalur Gemilang. Peratus daripada instrumen ini dikira dengan mengumpulkan hasil pemerhatian sepanjang intervensi. Pengiraan peratus untuk senarai semak akronim lambang dikira dengan mengikut rumus peratus iaitu Peratus perbandingan jumlah perbezaan markah senarai semak x 100 7 KAEDAH MENYEMAK DATA Pengkaji berminat untuk mengetahui sikap responden terhadap teknik BeDAK Belajar dalam Akronim pengkaji boleh menemu bual secara rawak reponden yang tentang perasaan mereka selepas mengikuti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik BeDAK tersebut dengan pemerhatian terhadap tingkah laku responden dan mengambil foto. Kesemua bentuk data yang berbeza ini di “triangulasi”kan bagi menghasilkan kumpulan data yang lebih meyakinkan. Data yang berbagai bentuk ini transrip temuduga video clips foto catatan lapangan pemerhatian dokumen akan mudah diproses dan dianalisis dengan bantuan perisian seperti NUD.IST dan NVivo. Perisian ini hanya “membantu” menyusun data kualitatif secara bersepadu. Triangulasi ialah gabungan pelbagai sumber data tenaga pengkaji teori dan teknik metodologi dalam suatu pengkajian atas gejala sosial. Triangulasi diperlukan kerana setiap teknik memiliki keunggulan dan kelemahannya sendiri. Terdapat empat bentuk triangulasi Jadual 6: Jenis-Jenis Triangulasi dan Ciri –ciri

slide 9:

9 Jenis triangulasi Ciri – ciri Triangulasi data penggunaan pelbagai sumber data dalam suatu pengkajian. Triangulasi pengkaji penggunaan beberapa pengkaji yang berbeza disiplin ilmunya dalam suatu pengkajian. Triangulasi teori penggunaan sejumlah perspektif dalam menafsir satu set data Triangulasi teknik metodologi penggunaan sejumlah teknik dalam suatu pengkajian.

slide 10:

10 DAPATAN KAJIAN Analisis dapatan kajian dihuraikan mengikut persoalan kajaian. SOALAN 1: Adakah penggunaan BeDAK dapat membantu meningkatkan tahap pemahaman murid tahun 5 dalam memahami makna lambang jalur gemilang Bagi menjawab persoalan kajian pengkaji telah menggunakan instrumen ujian dan senarai semak semasa proses menjalankan tindakan bagi meningkatkan pemahaman murid terhadap penguasaan murid dalam topik jalur gemilang. Jadual dan rajah dibawah menunjukan perbezaan markah dalam bentuk peratus soalan pemahaman makna lambang jalur gemilang. Jadual 7: Taburan Analisis Pencapaian Murid Sebelum Ujian Post Nama murid Markah ujian post Gred M1 38 E M2 38 E M3 26 E M4 20 E

slide 11:

11 MURID A MURID B MURID C MURID D SEBELUM 28.6 42.9 14.3 14.3 SEPANJANG 85.8 100 71.5 71.5 0 20 40 60 80 100 120 PERATUS PERATUSAN PEMAHAMAN MAKNA LAMBANG JALUR GEMILANG Rajah 3 : Peratusan Pemahaman Makna Lambang Jalur Gemilang Berdasarkan rajah 2 di atas dapat diperhatikan markah yang telah diperolehi oleh keempat-empat peserta kajian sebelum dan sepanjang intervensi yang dijalankan. Sebelum intervensi dilaksanakan murid A memperolehi markah sebanyak 28.6 murid B memperolehi markah sebanyak 42.9 murid C memperolehi markah sebanyak 14.3 dan murid D memperolehi markah sebanyak 14.3. Manakala sepanjang intervensi dijalankan keempat-empat responden telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran memahami lambang jalur gemilang. Murid A telah berjaya memperolehi markah sebanyak 85.8 murid B memperolehi markah sebanyak 100 murid C memperolehi markah sebanyak 71.5 dan murid D memperolehi markah sebanyak 71.5. Berdasarkan pemerhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang lepas keempat-empat murid ini tidak dapat memahami makna lambang jalur gemilang adalah disebabkan oleh kaedah pengajaran yang kurang sesuai dengan aras murid. Hal ini kerana murid tidak dapat memahami topik yang diajar. Kekurangan ini menyebabkan murid ini tidak bersungguh-sungguh untuk menguasai kemahiran memahami makna lambang jalur

slide 12:

12 gemilang. Perkara ini menyebabkan responden masih belum menguasai kemahiran memahami makna lambang jalur gemilang. Dengan itu pengkaji telah melaksanakan intervensi dengan menggunakan kaedah akronim untuk membantu murid meningkatkan kemahiran memahami makna lambang jalur gemilang. Bagi kemahiran memahami makna lambang jalur gemilang ini pengkaji telah melaksanakan intervensi sebanyak lima kali. Aktiviti yang dilaksanakan oleh pengkaji untuk membantu responden menguasai kemahiran memahami makna lambang ialah dengan menghafal akronim dan menjelaskan maksud akronim tersebut. SOALAN KAJIAN 2 : Adakah penggunaan BeDAK dapat membantu meningkatkan tahap pemahaman murid tahun 5 dalam memahami makna warna pada jalur gemilang Bagi menjawab persoalan dua diatas untuk mengetahui peningkatan tahap pemahaman murid terhadap makna pada jalur gemilang. Setelah menggunakan kaedah BEDAK ini. Peningkatan jelas memperlihatkan dengan menggunakan ujian post yang telah dijalankan selepas rawatan. Ujian post ini dapat dilihat dan dibandingkan dengan ujian pra bagi melihat peningkatan yang berlaku.terhadap peserta kajian Jadual berikut menunjukkan keputusan serta hasil ujian post yang telah dijalankan keatas peserta kajian Jadual 8 : Taburan Analisis Pencapaian Murid Dalam Ujian Post Nama murid Markah ujian post Gred M1 85 A M2 90 A M3 74 B M4 77 B

slide 13:

13 Jadual 9 :Taburan Analisis Pencapaian Murid Sebelum Ujian Post Nama murid Markah ujian post Gred M1 38 E M2 38 E M3 26 E M4 20 E Rajah 4: Analisis skor ujian post Berdasarkan jadual 4 dan rajah 3 di atas skor tertinggi diperolehi oleh responden M2 iaitu sebanyak 90 berada dalam gred A dan skor terendah pula diperolehi oleh responden M3 iaitu sebanyak 74 berada dalam gred B. 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 M1 M2 M3 R4 skor

slide 14:

14 Hasil dapatan daripada ini menunjukkan peningkatan tahap kefahaman peserta kajian terhadap kefahaman tentang topik jalur gemilang dalam memahami warna yang terdapat pada jalur gemilang. Kajian ini menunjukkan peratusan peserta kajian yang mendapat gred A meningkat dari 0 kepada 47. Bagi gred B pula peratusan responden meningkat dari 20 kepada 54. Hasil keputusan kajian menunjukkan peningkatan gred peserta kajian selepas kaedah BEDAK diperkenalkan dalam memahami makna warna pada jalur gemilang. REFLEKSI Setelah kajian ini dijalankan dan analisis dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan kaedah Belajar Dalam Akronim BEDAK ini memberi kesan terhadap meningkatkan minat dan kefahaman murid dalam topic jalur gemilang yang melibatkan kumpulan sasaran dalam kalangan murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh Keningau Sabah. Dalam kajian ini jugamendapati bahawa penggunaan kaedah BEDAK ini yang telah didedahkan kepada peserta kajian telah menampakkan kesan peningkatan terhadap kefahaman murid pada topik jalur gemilang. Di samping itu kaedah BEDAK ini merupakan satu kaedah yang diinovasi selain kaedah lain yang digunakan oleh guru-guru dalam mata pelajaran sejarah. Kaedah BEDAK ini adalah kaedah yang diadaptasi daripada model Kemmis Mc Taggart bagi memudahkan penguasaan murid-murid dalam mata pelajaran sejarah yang mempunyai tahap kognitif yang rendah. Kaedah ini memudahkan murid untuk memahami dan mengingati fakta yang telah diajar oleh guru mata pelajaran sejarah khususnya pada topik jalur gemilang. Hal ini dibuktikan dengan dapatan kajian dari ujian pra dan pos. Dalam ujian pra dan pos peningkatan gred skor murid menunjukkan murid telah mengingati dan memahami fakta-fakta dalam mata pelajaran sejarah dalam topik jalur gemilang. Dalam kajian ini pengkaji telah melihat keberkesanan kaedah BEDAK dalam meningkatkan kefahaman murid terhadap fakta-fakta dalam topik jalur gemilang. Selain itu pengkaji juga telah mengenalpasti minat murid terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah BEDAK ini.

slide 15:

15 CADANGAN KAJIAN TINDAKAN SUSULAN 1. meneruskan kajian dengan menggunakan kaaedah BEDAK in 2. menambah peserta kajian untuk lebih menyeluruh. 3. tidak hanya tertumpu untuk satu topik sahaja. RUJUKAN Altablig Ali. 2006. Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Konsep Atau Fakta Sejarah - Bab 1 Tingkatan 4. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan Pendidikan Perak. 87-89 Buzan T. n.d. Official website of Mind Maping. Dimuat turun pada 28 Februari 2013 dari http://www.ThinkBuzan.com Buzan Tony. 2000. The Mind Map Book Penguin Books Deakin University. Choong Lean Keow 2009. Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Jeffery anak Menggu. 2003. “Aya Du.” Dalam Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003 8- 9 Oktober 2003. Terbitan bersama Maktab Perguruan Tun Abdul Razak Samarahan dan Jabatan Pendidikan Bahagian Sri Aman 133-147. Kemmis S. McTaggart R. Eds. 1988. The Action Research Planner. Melbourne: Mathematics Teacher 962.Oxford University Press Singapore. Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru 2016 Buku Panduan Penyelidikan Tindakan Rahil Mahyuddin Jami’ah Mohamad Kasnani Ab. Karim. 2000. Psikologi Pendidikan II. Kuala Lumpur: Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd.

slide 16:

16 Rekod markah ujian/peperiksaan fail slip keputusan En.Mohd Faisal bin Nawi. Saifuddin Kumar Abdullah. 2008. Keberkesanan Penggunaan ‘My Aura Map’ Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matapelajaran Pengajian Perniagaan. Jurnal Jabatan Pengajian Politeknik 3-8

authorStream Live Help