17.TEKNIK ‘NOPO’ DALAM PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA SEJARAH TA

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

1 TEKNIK ‘NOPO’ DALAM PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA SEJARAH TAJUK BENDERA BERKIBAR BAGI MURID TAHUN LIMA. Siti Fironika binti Abd Rahman Encik Shamrin bin Surip PISMP Sejarah Semester 8 Ambilan Jun 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau ct.fironikagmail.com ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk melihat penggunaan Teknik ‘Nota Poket NOPO’ dalam Penguasaan Kemahiran Mengingat Fakta Sejarah Tajuk Bendera Berkibar Bagi Murid Tahun Lima. Fokus kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan daya ingatan murid Tahun Lima terhadap fakta-fakta Sejarah yang telah mereka pelajari. KIT pembelajaran gambar dan kata kunci merupakan bahan rangsangan kepada murid- murid. Seterusnya peserta kajian adalah seramai 4 orang murid yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Manakala kaedah yang digunakan ialah melalui ujian iaitu praujian dan pascaujian temu bual dan lembaran kerja digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis dengan menggunakan peratus. Dapatan yang diperoleh melalui tinjauan awal sebelum menggunakan teknik ‘NOPO’ mendapati murid kurang mahir untuk mengingat fakta Sejarah dan tidak dapat menjawab soalan ujian dengan baik. Setelah sesi tindakan dijalankan dapatan kajian menunjukkan peningkatan peratus murid dalam pascaujian. Di samping itu teknik ‘NOPO’ telah membantu mentafsir maklumat berdasarkan gambar dan kata kunci. Murid juga menunjukkan respon positif terhadap penggunaan teknik ‘NOPO’ berdasarkan temu bual yang dijalankan. Penggunaan teknik ‘NOPO’ dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat meningkatkan kemahiran mengingat fakta Sejarah. Oleh itu cadangan tindakan susulan ialah diharapkan agar guru-guru Sejarah boleh menggunakan teknik ini untuk memperkayakan teknik pengajaran di dalam bilik darjah. Kata kunci : Kemahiran mengingat fakta Sejarah Tajuk ‘Bendera Berkibar’ penggunaan teknik “Nota Poket- NOPO”. ABSTRACT This action research intended to study the usage of ‘Nota Poket NOPO’ technique to master the skills of Mengingat Fakta Sejarah Tajuk Bendera Berkibar on Year Five pupils. The focus of the research is to improve Year Five pupils memory retention on the historical facts they have learned. Teaching kit consisted of pictures and sight words act as stimulus for the pupils. Next the research participant comprised of four pupils with two boys and two girls. Meanwhile the test such as pre-test and post-test interview and worksheet were used as research instrument. Data were analysed using percentage. Based on initial information collected before the implementation of NOPO technique pupils’ ability to remember historical facts were poop and they were not able to answer test questions prepared. After the implementation of action research findings showed an increase in percentage of pupils’ performance in post-test. Besides NOPO technique aids in deciphering information based on pictures and sight words. Pupils also showed positive response towards the usage of NOPO technique based on the interview held. The usage of NOPO technique in teaching and learning session can increase pupils ability to remember and recall historical facts. Hence suggestions for further research is for this technique to be implemented by in-service teacher to teach history subject in school. Keywords : analyzing skills “Nota Poket NOPO” techniques. PENGENALAN

slide 2:

2 Mata pelajaran Sejarah memerlukan murid mengingati fakta-fakta penting bagi membolehkan mereka menjawab soalan dalam ujian atau peperiksaan. Ingatan merupakan satu proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari dan kemudian mengeluarkannya kembaIi sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan dalam menjawab peperiksaan. Berdasarkan pemerhatian beberapa orang murid Tahun 5 masih belum menguasai kemahiran ini. Apabila tiada minat pelbagai jawapan dizahirkan oleh murid. Antaranya ialah susah mengingati fakta tidak minat tidak faham malas tidak minat guru sejarah dan sebagainya. Di antara faktor yang didapati adalah kemungkinan murid bosan dengan cara sebelum ini lebih banyak kepada teknik penceritaan chalk and talk dan perbincangan kumpulan. Manakala isi kandungan mata pelajaran sejarah juga berkisar kisah lalu yang tidak menarik perhatian murid berbanding mata pelajaran yang lain. Begitu juga dengan persekitaran murid tidak digunakan dengan sebaik mungkin untuk dikaitkan dengan tajuk tertentu dalam mata pelajaran sejarah. Bagi mengetahui kelemahan murid dalam kemahiran ini pengkaji telah melaksanakan ujian diagnostik ke atas 25 orang murid Tahun 5 Kreatif SK Bulu Silou Keningau. Hasil daripada ujian tersebut pengkaji dapati 4 orang murid masih mempunyai masalah dalam kemahiran mengingat fakta Sejarah. Pengkaji sedari bahawa masalah ini wujud berikutan rutin pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang agak formal dan tidak pelbagai. Oleh yang demikian pengkaji memilih untuk menggunakan teknik “Nota Poket NOPO” bagi membantu murid dalam kemahiran mengingat fakta Sejarah dalam kalangan murid Tahun 5. FOKUS KAJIAN Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran KSSR Sejarah Sekolah Kebangsaan Tahun 5 DSKP yang diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia pengetahuan dan pemahaman aspek sejarah negara dapat melahirkan murid yang berjiwa patriotik dengan memberi pendedahan menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara matang. Justeru kajian pengkaji lebih memberi fokus kepada murid-murid yang menghadapi masalah dalam mengingat fakta sejarah. Sabitha Marican dalam Kaedah Penyelidikan Sains Sosial 2005 berpandangan guru yang cekap mencari punca kelemahan di dalam kerumitan yang dihadapi oleh murid dan mengutamakan releven sesuatu alat pengajaran untuk penguasaan sesuatu pembelajaran adalah lebih berjaya jika dibandingkan dengan guru yang kurang cekap di dalam bahagian ini jika diukur dari segi pencapaian murid. Oleh itu pengkaji merasakan apa yang sedang dihadapi oleh murid perlu di atasi. Pengkaji perlu mencari punca kelemahan dan masalah mereka serta cara untuk mengatasinya. Hal ini supaya murid tidak mengulangi kesalahan yang sama. OBJEKTIF KAJIAN Objektif Kajian i. Meningkatkan daya ingatan murid dalam mengingati fakta-fakta Sejarah. ii. Mengenal pasti sudut pandangan peribadi murid berkaitan dengan teknik ‘NOPO’ dalam kemahiran mengingat fakta Sejarah Tajuk ‘Bendera Berkibar’.

slide 3:

3 Soalan Kajian i. Adakah penggunaan teknik ‘NOPO’ dapat membantu meningkatkan prestasi murid dalam penguasaan kemahiran mengingat fakta Sejarah bagi tajuk ‘Bendera Berkibar’ ii. Apakah persepsi murid terhadap teknik ‘NOPO’ dalam penguasaan kemahiran mengingat fakta Sejarah KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran peserta kajian melibatkan seramai empat orang peserta kajian kerana memiliki ciri-ciri tertentu dan keistimewaan. Murid ini dipilih berikutan keputusan mereka berdasarkan ujian diagnostik awal yang dilakukan saya sendiri yang menunjukkan keputusan bahawa peserta kajian masih belum menguasai kemahiran mengingat fakta sejarah yang hampir sama. Tiga orang peserta kajian berbangsa Dusun. Manakala seorang berbangsa Melayu. 2 orang murid beragama Islam dan selebihnya Kristian. PELAKSANAAN TINDAKAN Penggunaan bahan bantu “Nota Poket NOPO” merupakan satu kaedah yang mana telah dilaksanakan pengkaji bagi meningkatkan kemahiran mengingat fakta Sejarah. Mohd Nasuha Jamidin dalam buku Kemahiran Berfikir dan Belajar “kemungkinan untuk mengingati item yang dicatat adalah 6 kali lebih daripada item yang tidak dicatat”. Keadaan ini diperkuatkan lagi dalam kenyataan Rabe Juhari Teknik Belajar Untuk Skor Tertinggi 2001 bahawa “Nota anda adalah yang terbaik berbanding pelbagai buku rujukan yang terdapat di pasaran”. Justeru rasional pengkaji memilih teknik “Nota Poket NOPO” kerana ianya dapat memudahkan murid dalam mengingat fakta Sejarah. Rajah 1 : Gelung Kajian Tindakan Kemmis McTaggart 1998. Rajah 1 : Model Penyelidikan Tindakan Oleh Kemmis dan Mc Taggart 1988 Aktiviti Tindakan Kitaran pertama Tinjauan/refleksi awal Perancangan Pelaksanaan Dan Pemantauan Refleksi

slide 4:

4 JADUAL 1 : MODEL PENYELIDIKAN TINDAKAN Pelaksanaan Tindakan Rajah 2. Carta Alir Proses Kajan Diubahsuai daripada Model Kemmis Mc Taggart 1988 Kaedah Mengumpul Data FASA TINDAKAN Fasa 1 Menyediakan satu pelan tindakan untuk memperbaiki keadaan yang sedang berlaku. Fasa 2 Bertindak ke atas/ mengikut pelan tersebut Fasa 3 Memerhatikan kesan daripada tindakan yang dibuat dalam konteks di mana ianya berlaku Fasa 4 Membuat refleksi Membuat tinjauan awal masalah yang dihadapi Merancang kajian Menjalankan ujian diagnostik dan praujian Melaksanakan tindakan Tindakan 1 Tindakan 2 Tindakan 3 Menjalankan pascaujian Membuat pemerhatian berdasarkan data yang telah dikumpul Melaksanakan tindakan Membuat laporan Kitaran kedua jika perlu

slide 5:

5 a Praujian dan Pascaujian Ujian merupakan salah satu alat atau instrumen yang digunakan pengkaji untuk memperoleh data berdasarkan sebelum dan selepas kajian digunakan keatas murid. Praujian dilaksanakan bagi mengenalpasti kelemahan secara terperinci bagi setiap peserta kajian yang telah dipilih sebelum melaksanakan tindakan. Manakala pascaujian pula dilaksanakan setelah murid melalui 3 sesi tindakan untuk mengetahui sejauhmana penguasaan mereka terhadap kemahiran mengingat fakta Sejarah melalui penggunaan teknik “Nota Poket NOPO”. b Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian pengkaji telah menilai prestasi murid melalui analisis terhadap hasil kerja murid mengikut setiap tindakan. Selain itu pengkaji menggunakan analisis latar belakang murid melalui biodata murid untuk mengumpul data. Data tersebut dianalisis melalui ujian bagi setiap sesi tindakan yang dilaksanakan pengkaji. c Temubual Temubual merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat yang mana melibatkan interaksi antara dua atau lebih individu. Justeru pengkaji telah membuat beberapa temubual bersama guru dan murid kajian untuk menilai sejauhmana persepsi murid terhadap penggunaan teknik “Nota Poket NOPO” semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah Menganalisis Prosuder pengumpulan dan penganalisisan data harus berkait dengan pengajaran dan pembelajaran serta dapat menjawab objektif dan persoalan kajian Chow F.M et. Al 2011. Data terbahagi kepada dua iaitu data kuantitatif dan data kualitatif. Azwita 2010 mendapati data kuantitatif ialah data yang boleh diukur manakala data kualitatif diperolehi dengan cara pemerhatian analisis dokumen dan apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Panduan Pemarkahan Sejarah Tahun 5 telah digunakan oleh pengkaji dalam Jadual 2 sebagai panduan untuk menyemak dan memberi markah dalam ujian markah dalam praujian dan pascaujian. Panduan ini diubahsuai dan disesuaikan mengikut keperluan pengkaji dalam menyemak hasil kerja Murid A Murid B Murid C dan Murid D. Jadual 2. Panduan Penandaan Sejarah Tahun 5 Tahap Skor Kriteria Cemerlang 8 – 10  5 soalan subjektif dengan jawapan lengkap dan tepat Baik 5 – 7  4 soalan subjektif dengan jawapan lengkap dan tepat  1 soalan subjektif dengan jawapan kurang lengkap dan tidak tepat Sederhana 3 – 4  3 soalan subjektif dengan jawapan lengkap dan tepat  2 soalan subjektif dengan jawapan tidak tepat Lemah 0 – 2  1 atau 2 soalan subjektif dengan jawapan lengkap dan tepat  Kesalahan maksimum 5 soalan Kaedah Menyemak

slide 6:

6 Marohaini 2001 berpendapat bahawa penggunaan pelbagai teknik pengumpulan data dapat memperkukuhkan kesahan dalam reka bentuk kajian yang dijalankan. Menurutnya lagi kaedah triangulasi terbahagi kepada dua iaitu triangulasi data dan triangulasi sumber. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan triangulasi data yang berbentuk analisis dokumen iaitu lembaran kerja murid. Untuk menyemak data pengkaji membuat penilaian berdasarkan lembaran kerja murid sebelum dan selepas penggunaan teknik ‘NOPO’ sama ada menunjukkan peningkatan atau penurunan. Manakala triangulasi sumber adalah melalui temubual berstruktur tentang persepsi murid terhadap teknik ‘Nota Poket NOPO’ ini. DAPATAN KAJIAN a Adakah penggunaan teknik ‘NOPO’ dapat membantu meningkatkan prestasi murid dalam penguasaan kemahiran mengingat fakta Sejarah bagi tajuk ‘Bendera Berkibar’ Pengkaji telah membandingkan markah yang diperolehi oleh peserta kajian semasa Praujian dan pascaujian dilaksanakan. Markah yang diperolehi telah menunjukkan peningkatan iaitu agak rendah semasa praujian seterusnya meningkat semasa tindakan pascaujian dilaksanakan. Jadual 3. Perbandingan markah Praujian Pascaujian dalam mengingat fakta sejarah. PESERTA KAJIAN Praujian Pascaujian Peningkatan Markah Tahap Pencapaian Markah Tahap Pencapaian A 20 Lemah 100 Cemerlang 80 B 10 Lemah 80 Cemerlang 70 C 30 Sederhana 90 Cemerlang 60 D 20 Lemah 80 Cemerlang 60 Secara keseluruhannnya peningkatan peratusan yang amat ketara dapat dilihat dalam perbandingan markah di antara praujian dan pascaujian para peserta kajian iaitu Peserta Kajian A Peserta Kajian B Peserta Kajian C dan Peserta Kajian D dalam peratus bagi penguasaan kemahiran mengingat fakta Sejarah bertajuk ‘Bendera Berkibar’. Berikut merupakan perbandingan peratusan markah praujian dan pascaujian.

slide 7:

7 Rajah 3. Perbandingan Markah Praujian dan Pascaujian Hasil dapatan dalam perbandingan tersebut mendapati terdapat peningkatan yang paling ketara bagi Peserta Kajian A iaitu sebanyak 80. Murid tersebut telah menunjukkan peningkatan yang tertinggi dalam pascaujian. Pada awalnya murid ini merupakan salah satu yang mendapat markah di tahap lemah iaitu 20. Walau bagaimanapun selepas menjalani sesi tindakan tiga kali murid ini telah berjaya meningkatkan penguasaan mengingat fakta Sejarah. Hal ini kerana Peserta kajian A menunjukkan sikap sentiasa berusaha sering hadir ke sekolah dan memberikan perhatian yang sepenuhnya sepanjang pengkaji menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran terutama semasa sesi tindakan dilakukan. b Apakah persepsi murid terhadap teknik ‘NOPO’ dalam penguasaan kemahiran mengingat fakta Sejarah Soalan kajian 2 yang menggunakan temu bual berpaksikan pada 5 soalan temubual untuk melihat pandangan murid terhadap teknik Nota Poket dalam mengingat fakta sejarah. Melalui hasil daripada analisis kajian yang dilaksanakan semua murid yang ditemubual menunjukkan pandangan yang positif melalui maklum balas dan tingkah laku semasa sesi temu bual dilaksanakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa murid berasa ‘Nota Poket’ amat menarik perhatian mereka dan menimbulkan keseronokan sewaktu melakukan aktiviti menggunakan ‘Nota Poket NOPO’ ini. Murid yang mempunyai masalah lambat memahami dan mengingat fakta sejarah juga dapat diselesaikan dengan teknik ini. Hal ini memudahkan perjalanan proses mengingat faktah. Murid juga lebih yakin dengan menggunakan teknik ‘Nota Poket’ kerana mereka mampu menjawab soalan secara spontan dengan baik. Pengkaji melihat dengan adanya pandangan yang positif yang dtunjukkan oleh murid sedikit sebanyak membantu murid melibatkan diri secara aktif membaca dan mengingati fakta yang terdapat dalam nota poket semasa penggunaan nota poket berlangsung. Hal ini bertetepatan dengan Husaini 2014 menyatakan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan dapat membantu murid untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan 20 10 30 20 100 80 90 90 Peserta Kajian A Peserta Kajian B Peserta Kajian C Peserta Kajian D PERBANDINGAN MARKAH PRAUJIAN DAN PASCAUJIAN Praujian Pascaujian

slide 8:

8 kemahiran dengan lebih mudah dan dalam masa yang sama dapat memberi kesan positif seperti ilmu yang dipelajari kekal lebih lama dalam struktur kognitif murid. Jadual 4 : Item temubual bagi memperoleh maklumat terhadap persepsi murid terhadap penggunaan teknik “Nota Poket NOPO”. Soalan Transkripsi 1 G : Apakah pendapat kamu tentang ‘Nota Poket’ atau ‘NOPO’ MA : ‘Nota Poket’ ini banyak membantu saya mengingat balik apa yang sudah dibelajar. MB : ‘Nota Poket’ senang mau digunakan. MC : Kalau saya siok guna ‘Nota Poket’. Saya dapat ingat balik yang sudah kita belajar di kelas cigu. MD : Bagi sia ‘Nota Poket’ best kalau mau mengingat balik nota yang dibaca sudah. 2 G : Adakah kamu betul-betul faham tentang penggunaan ‘Nota Poket’ atau ‘NOPO’ ini MA : Paham cigu. Saya boleh suda menjawab soalan Sejarah. MB : Ya paham cigu… MC : Iya saya paham cigu. Senang guna sama senang mau ingat… MD : Ya saya paham cigu. Saya tidak payah hafal lagi. Guna nota ni saya suda boleh ingat yang dibelajar. 3 G : Adakah ‘Nota Poket’ atau ‘NOPO’ ini telah meningkatkan kemahiran kamu dalam mengingat fakta Sejarah MA : Iya cigu. Dulu saya susah mau menjawab soalan yang isi tempat kosong tu. Sekarang ok suda. MB : Iya cigu sebab saya senang mau mengingat suda. MC : Ya. Saya suda boleh mengingat balik yang dibelajar. MD : Ya cigu. Guna nota ni saya senang mau mengingat. Tida payah hafal-hafal lagi dari buku teks saja. 4 G : Apakah perasaan kamu setelah menggunakan teknik

slide 9:

9 ‘Nota Poket’ atau ‘NOPO’ ini. MA : Saya minat belajar sebab nota ni senang digunakan. MB : Siok. Nota ni cantik sama senang mau bawa pigi mana- mana. MC : Saya suka ni nota cigu. MD : Best. Sebab nota ni senang mau diguna. 5 G : Sekiranya cikgu teruskan guna teknik ‘NOPO’ ini dalam mengingat fakta Sejarah di dalam kelas kamu mahu atau tidak MA : Saya mau. MB : Mau. MC : Iya cigu. Saya mau.. MD : Saya mau bah cigu. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa penggunaan ‘NOPO’ dalam meningkatkan daya ingatan murid dalam mengingati fakta-fakta Sejarah. Di samping itu secara tidak langsung murid juga Membantu murid menguasai teknik kemahiran belajar seterusnya meningkatkan peratus murid mendapat markah yang cemerlang dalam subjek Sejarah. REFLEKSI Berdasarkan dapatan yang diperolehi pengkaji dapat merumuskan bahawa kedua-dua objektif kajian yang dinyatakan telah berjaya dicapai oleh pengkaji dengan baik. Dapatan kajian juga telah menunjukkan bahawa semua persoalan kajian telah berjaya dijawab dengan baik melalui analisis dapatan yang dibuat. Hal ini telah membuktikan bahawa kajian ini telah berjaya. Penggunaan Teknik ‘Nota Poket’ dalam 4 tindakan yang telah dijalankan oleh pengkaji mampu membantu murid dalam kemahiran awal menginat fakta Sejarah. Penglibatan dan motivasi murid tehadap pembelajaran juga dilihat dengan menggunakan teknik ini. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN a Mempelbagaikan lagi aktiviti-aktiviti dengan animasi grafik yang direka kreatif b Meluaskan skop kepada tunjang lain. c Menambah bilangan peserta kajian. d Membina bahan bantu “Nota Poket NOPO” dalam bentuk yang lebih kecil agar lebih fleksibel serta mudah digunakan. RUJUKAN

slide 10:

10 Bahagian Perkembangan Kurikulum. 2013. Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran KSSR Sejarah Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Putrajaya. Kementerian Pendidikan Malaysia. Husaini Usman. 2014. Manajemen: teori praktik riset pendidikan. Jakarta. Digital Library of State University of Malang Kemmis S. and McTaggart R. 1988. The action research reader 3rd ed. Geelong: Deakin University Press. Mohd Nasuha Jamidin Rakan-rakan. 1995. Kemahiran Berfikir dan Belajar. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd: Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Rabe Juhari. 2001. Teknik Belajar Untuk Skor Tertinggi. Cerdik Publication Sdn Bhd. Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Sabitha 2009. Penyelidikan Dalam Pendidikan. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Marohaini 2001. Program Memperkasa Ingatan Terhadap Fakta Melalui Kaedah Ingat. Diakses pada 29 Ogos 2016 di http://mgtmawardi68.blogspot.my/p/kajiantindakan.html

authorStream Live Help