16.TANGRAM D’DAKJI MENINGKATKAN PRESTASI DAN MINAT MURID DALAM TAJUK

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

1 TANGRAM D’DAKJI: MENINGKATKAN PRESTASI DAN MINAT MURID DALAM TAJUK YANG DIPERTUAN AGONG BAGI MATA PELAJARAN SEJARAH TAHUN LIMA Rosdianah binti Rasit PISMP Sejarah Ambilan Jun 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau orangestar09gmail.com Puan Phyllis Lim Nur Ain Shahira nurainlimyahoo.com ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan melihat implementasi kaedah Tangram D’dakji dalam meningkatkan prestasi dan minat murid dalam tajuk Yang Di Pertuan Agong bagi mata pelajaran Sejarah Tahun lima. Kajian ini dijalankan ke atas seramai 20 orang murid Tahun Lima Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Ansip Keningau. Instrumen kajian ialah ujian pra dan pasca ujian lembaran kerja borang soal selidik dan borang pemerhatian. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan peratus min dan kekerapan. Hasil kajian menunjukkan peningkatan prestasi murid-murid dalam tajuk Yang Di Pertuan Agong berdasarkan peningkatan purata markah min praujian 20 kepada purata markah min pascaujian 80. Keseluruhan peningkatan purata markah min ialah sebanyak 60. Dengan hasil dapatan yang diperolehi daripada kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan Tangram D’dakji ini dapat meningkatkan prestasi dan minat murid dalam tajuk Yang Di Pertuan Agong bagi mata pelajaran Sejarah Tahun Lima. Implikasinya kaedah Tangram D’dakji ini jika dirancang dan dijalankan degan betul boleh meningkatkan prestasi murid dan menjadi alternatif kepada guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Kata kunci : Tangram D’dakji kaedah tingkatkan prestasi minat ABSTRACT The research was intended to see the implementation of Tangram D’dakji method in improving pupils’ achievement and interest in learning a topic about His Majesty in History subject for year Five. This research was carried out on 20 pupils from year Five Cemerlang in Sekolah Kebangsaan Ansip Keningau. The instruments used are pre-test and post-test worksheet questionnaire and observation form. The data was analysed descriptively using percentage mean and frequency. Research findings show that there are an improvement in pupils performance in learning the topic about His Majesty based on the increasing of mean average score for pre-test which is from 20 to 80 in the post-test. The overall increase in the mean average score is 60. Through this research finding we can conclude that the use of Tangram D’dakji can help to improve pupils’ achievement and interest in learning the topic of His Majesty in History subject for Year Five. In conclusion if Tangram D’dakji method being planned and applied correctly it will help in improving pupils achievement and become and alternative for other teacher to apply it in teaching and learning process. Keywords: Tangram D’dakji method pupil’s achievement Interest

slide 2:

2 PENGENALAN Semasa menjalankan sesi praktikum fasa 3 selama 12 minggu pengkaji ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Sejarah bagi kelas 5 Cemerlang. Sebelum memulakan sesi pengajaran pengkaji telah membuat perbincangan dengan guru yang bertanggungjawab mengajar mata pelajaran Sejarah tahun 5 Cemerlang bagi mengetahui tahap kognitif dan perlakuan murid-murid di kelas tersebut dan hasil temubual bersama guru membuatkan pengkaji sedikit gusar kerana ini merupakan kelas kedua yang mempunyai pelbagai kompetensi kecerdasan murid. Semasa pengkaji menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran PdP di kelas tersebut pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap sikap murid di dalam kelas dan cara pembelajaran mereka. Hampir kesemua murid terutamanya murid lelaki tidak menumpukan perhatian ketika sesi PdP dijalankan. Terdapat murid yang membuat kerja lain seperti melukis kartun membuat latihan subjek lain menggangu rakan-rakan lain yang sedang belajar dan bermain semasa guru sedang mengajar serta membuat penerangan di hadapan kelas. Hasil temu bual secara berstruktur diperoleh agak mengecewakan pengkaji. Seramai 18 orang daripada 20 orang murid tidak berminat untuk belajar dalam mata pelajaran Sejarah. Berdasarkan kajian Williams D.M 2000 memberikan pengkaji panduan memilih cara pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan mampu mengembangkan kemahiran berfikir serta memupuk minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran melalui aplikasi permainan Tangram D’dakji. FOKUS KAJIAN Berdasarkan refleksi serta pemerhatian yang telah dilakukan pengkaji mengambil keputusan untuk memfokuskan skop kajian terhadap dua elemen iaitu prestasi dan minat terhadap mata pelajaran Sejarah dalam tajuk Yang Di Pertuan Agong tahun 5. Pengajaran menggunakan kaedah konvensional seperti kaedah penerangan sukar untuk menarik minat murid terhadap pembelajaran. Fokus kajian ini relevan kepada sekolah kerana dapatan kajian membolehkan guru-guru lain mencuba strategi ini dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sehubungan dengan itu kajian ini akan tertumpu kepada kesan aplikasi kaedah Tangram D’dakji bagi meningkatkan pencapaian prestasi dan tahap minat murid dalam tajuk Yang Di Pertuan Agong bagi mata pelajaran Sejarah tahun 5. OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN Objektif Kajian ini adalah untuk: 1. Mengenal pasti aplikasi “Tangram D’dakji” dapat meningkatkan prestasi murid dalam tajuk Yang Di Pertuan Agong bagi mata pelajaran Sejarah tahun 5. 2. Mengenal pasti aplikasi kaedah “Tangram D’dakji” dapat meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah.

slide 3:

3 Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan berikut: 1. Adakah penggunaan “Tangram D’dakji” dapat meningkatkan prestasi murid dalam tajuk Yang Di Pertuan Agong bagi mata pelajaran Sejarah tahun 5 2. Adakah penggunaan “Tangram D’dakji” dapat meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah PESERTA KAJIAN Kajian ini melibatkan murid-murid Tahun lima Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Ansip Keningau. Seramai dua puluh orang murid yang terdiri daripada sembilan orang lelaki dan sebelas orang perempuan dipilih sebagai peserta kajian. Keseluruhan murid berasal daripada keluarga kelas pertengahan dan ke bawah dalam hierarki sosial dan ekonomi masyarakat. Murid-murid Tahun lima Cemerlang mempunyai kepelbagaian tahap kognitif iaitu lemah sederhana dan cerdas. TINDAKAN YANG DIJALANKAN Kajian yang dijalankan ini adalah berdasarkan Model Kitaran Kemmis dan Mc Taggart 1988 yang sesuai digunakan dalam kajian masalah pendidikan. Stephen Kemmis 1986 menyatakan bahawa kajian tindakan merupakan suatu corak penyelidikan yang dilakukan melalui inkuiri reflektif kendiri self reflective inquiry dan dilakukan secara kolaboratif dalam satu situasi sosial yang kecil. Model kitaran ini dilaksanakan mengikut empat fasa iaitu merancang Plan bertindak Action memerhati Observe dan membuat refleksi Reflect. Rajah 1. Kerangka model yang diubahsuai daripada Model Kemmis dan McTaggart 2 3 Kenal pasti masalah Fasa 1: Merancang Fasa 2: Mengambil Tindakan Fasa 3: Membuat pemerhatian Fasa 4: Membuat refleksi Kenal pasti masalah analisis dokumen ujian diagnostik temu bual Rancangan Tindakan Praujian Sesi Tindakan Tangram D’dakji 1 Pemerhatian dan soal selidik Pascaujian Mengumpul data dan membuat pemerhatian Membuat refleksi

slide 4:

4 i. Kenal pasti masalah Masalah murid dalam pembelajaran Sejarah bagi tajuk Yang Di Pertuan Agong dikenal pasti melalui analisis dokumen seperti lembaran kerja dan juga melalui ujian diagnostik. Temu bual bersama guru dilaksanakan bagi mengenal pasti punca murid menghadapi masalah dalam menjawab mengingat dan didapati murid kurang berminat terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. ii. Merancang Berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti pelan tindakan seperti dalam Rajah 1 dilaksanakan dalam kajian ini. Perancangan merangkumi aspek pengumpulan data awal penetapan objektif kajian pemilihan kaedah dan bahan bantu mengajar serta instrumen yang akan digunakan untuk meningkatkan prestasi dan minat murid dalam tajuk Yang Di Pertuan Agong bagi mata pelajaran Sejarah Tahun 5. Perancangan tersebut juga termasuklah membina jadual pelaksanaan tindakan agar kajian dapat dijalankan dengan teratur dan sistematik. ii. Tindakan Peringkat mengambil tindakan bermula dengan melaksanakan praujian bagi mengenal pasti tahap penguasaan murid sebelum Tangram D’dakji diperkenalkan. Sesi tindakan sebanyak tiga kali dengan menggunakan kaedah Tangram D’dakji dilaksanakan sehingga murid berjaya menguasai tajuk Yang Di Pertuan Agong. Cara penggunaan kaedah Tangram D’dakji adalah sama bagi setiap tindakan namun lembaran kerja bagi setiap tindakan adalah berbeza aras daripada mudah kepada sukar. Jadual 1 Cara Penggunaan Kaedah TANGRAM D’DAKJI LANGKAH PERKARA Langkah 1 Penerangan dan Pembahagian Kumpulan Pengkaji melaksanakan praujian kepada peserta kajian untuk melihat tahap penguasaan mereka kemudian membahagikan murid kepada 4 kumpulan kecil. Langkah 2 Memperkenalkan Kaedah Tangram D’dakji Pengkaji memperkenalkan dan menerangkan bahan bantu mengajar kaedah Tangram D’dakji kepada peserta kajian. Setiap kumpulan akan mendapat sebuah sampul iaitu berwarna ungu dan sebuah tapak berbentuk segi empat . Langkah 3 Peserta kajian menggunakan kaedah Tangram D’dakji Peserta kajian akan membuka sampul dan menyiapkan Tangram di atas D’dakji yang disediakan. Setiap kumpulan bekerjasama untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

slide 5:

5 Langkah 4 Melihat membaca dan Memahami Selesai menyiapkan Tangram D’dakji peserta kajian akan melihat hasil gambar daripada Tangram dan membaca perkataan yang ada kemudian memahami keseluruhannya. Pengkaji akan memberikan sehelai kertas soalan kepada peserta kajian. Langkah 5 Menjawab soalan atau lembaran kerja Peserta kajian menjawab kertas soalan atau lembaran kerja yang diberikan oleh pengkaji berdasarkan kepada hasil tangram yang telah siap. Kemudian jawapan disemak dan dibincang bersama dengan guru. Langkah 6 Pascaujian Pascaujian dijalankan untuk melihat prestasi dan minat murid dalam tajuk Yang Di Pertuan Agong bagi mata pelajaran Sejarah tahun lima selepas penggunaan kaedah Tangram D’dakji. Langkah 7 Refleksi Keseluruhan Analisis dapatan dan membuat perbandingan pencapaian sebelum dan selepas tindakan dijalankan. Jadual 2 Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan Perkara Minggu Pelaksanaan Catatan Tindakan 1 Minggu 1 Menjalankan tindakan dengan menggunakan 8 ceraian kertas Tangram D’dakji. Ceraian tersebut mengandungi nama dan maklumat berkenaan alat kebesaran Diraja. Murid akan mencantumkan Tangram kemudian mengamati dengan bimbingan pengkaji kemudian aktiviti pengukuhan dijalankan setelah penggunaan kaedah Tangram D’dakji. Tindakan 2 Minggu 2 Tindakan kedua ini dijalankan dengan 12 ceraian Tangram yang hanya mengandungi nama alat kebesaran Diraja sahaja. Murid akan mencantumkan Tangram kemudian mengamati dengan bimbingan pengkaji kemudian aktiviti pengukuhan dijalankan setelah penggunaan kaedah Tangram D’dakji.

slide 6:

6 Tindakan 3 Minggu 3 Tindakan terakhir dijalankan dengan 16 ceraian Tangram yang hanya mengandungi gambar peralatan Diraja sahaja tanpa sebarang maklumat. Murid akan mencantumkan Tangram kemudian mengamati dengan bimbingan pengkaji kemudian aktiviti pengukuhan dijalankan setelah penggunaan kaedah Tangram D’dakji. iii. Memerhati Pada peringkat ini pemerhatian dilaksanakan terhadap data yang telah diperoleh dalam praujian dan pascaujian lembaran kerja dalam setiap sesi tindakan senarai semak dan soal selidik yang telah digunakan dalam peringkat mengambil tindakan. Pemerhatian dilaksanakan dengan menganalisis dapatan yang diperolehi dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti peratus min skor dan kekerapan. Hasil dapatan yang diperolehi dapat mengenal pasti kesan penggunaan Tangram D’dakji terhadap prestasi dan minat murid dalam mempelajari Sejarah bagi tajuk Yang Di Pertuan Agong tahun lima. iv. Mereflek Berdasarkan kepada analisis yang telah dilaksanakan dalam praujian dan pascaujian serta lembaran kerja pengkaji membuat refleksi mengenai kesan penggunaan Tangram D’dakji terhadap prestasi murid dalam tajuk Yang Di Pertuan Agong. Hasil dapatan senarai semak dan soal selidik pula pengkaji menilai kesan penggunaan Tangram D’dakji terhadap minat murid dalam Sejarah. Sehubungan itu pengkaji juga menilai kembali kesan tindakan yang telah diambil menentukan rumusan yang boleh dilaksanakan dan memberi cadangan tindakan susulan. Kaedah Mengumpul Data 1. Praujian dan Pascaujian Praujian dilaksanakan sebelum tindakan dan pascaujian dilaksanakan selepas tiga kali sesi tindakan dilaksanakan. Tujuan ujian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap prestasi murid dalam penguasaan tajuk Yang Di Pertuan Agong tahun lima. Analisis data ujian dilaksanakan bagi melihat perubahan prestasi murid sebelum dan selepas sesi tindakan dijalankan. 2. Lembaran kerja Lembaran kerja ialah hasil kerja murid yang diberikan semasa pelaksanaan sesi tindakan. Berdasarkan lembaran kerja tersebut pengkaji dapat mengenal pasti perkembangan pencapaian murid dalam setiap sesi tindakan yang dijalankan. Lembaran kerja ini diberikan ketika pelaksanaan sesi tindakan yang pertama hingga ketiga.

slide 7:

7 3. Pemerhatian Pemerhatian menggunakan senarai semak berstruktur mengandungi enam pernyataan bagi mengenal pasti minat murid sepanjang tiga kali sesi tindakan yang dijalankan. Pernyataan dibina dan di ubah suai mengikut kesesuaian berdasarkan kriteria yang digunakan oleh Hartini 2005 dalam kajiannya untuk mengenal pasti minat dan penglibatan murid dalam kemahiran merumus karangan Bahasa Malaysia melalui Permainan Padanan Kad. Murid yang menunjukkan kriteria bagi setiap pernyataan akan ditanda pada ruangan yang disediakan. 4. Soal Selidik Soal selidik yang telah diberikan kepada murid mengandungi enam pernyataan dan murid dikehendaki untuk menandakan ya ataupun tidak. Setiap item yang terkandung dalam soal selidik dapat menunjukkan murid minat atau sebaliknya dalam mempelajari Sejarah menggunakan kaedah Tangram D’dakji. Kaedah Menganalisis Data 1. Praujian dan pascaujian Markah yang diperoleh dalam kajian ini telah dianalisis secara deskriptif. Data yang diperolehi dipersembahkan dalam bentuk jadual peratus dan graf perbandingan. Peratus pencapaian yang menunjukkan tahap penguasaan murid diperoleh melalui formula berikut: Skor Skor peratus daripada praujian dan pascaujian dianalisis dengan menggunakan min skor bagi memudahkan membuat perbandingan prestasi murid sebelum dan selepas tindakan. Min skor Jadual 3 Standard Prestasi Peserta Kajian Skor Markah Gred Tahap Pencapaian 80-100 A Cemerlang 60-79 B Baik 40-59 C Memuaskan 20-39 D Lemah 0-19 E Sangat Lemah Sumber: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah 2015 Jumlah soalan betul Jumlah soalan x 100 Jumlah skor peratus murid Bilangan keseluruhan murid

slide 8:

8 2. Lembaran kerja Setelah memperoleh skor peratus markah murid dalam setiap sesi tindakan min skor akan dikira bagi memudahkan pengkaji untuk melihat perubahan sama ada berlaku peningkatan atau penurunan dalam setiap sesi tindakan yang dijalankan. Min skor 3. Pemerhatian Pemerhatian akan dianalisis menggunakan kekerapan bagi melihat jumlah peningkatan minat murid dalam setiap pernyataan yang terdapat dalam senarai semak. Pemerhatian juga dianalisis menggunakan min bagi setiap sesi permerhatian berdasarkan pernyataan yang telah ditetapkan. 4. Soal Selidik Data yang diperoleh daripada hasil soal selidik dianalisis menggunakan kekerapan dan peratus. Pengkaji akan menganalisis kekerapan jawapan murid sama ada YA atau TIDAK dalam soal selidik yang diberikan. Kemudian pengkaji akan menganalisis kekerapan dengan menggunakan peratus. Min peratus akan diperolehi dengan menggunakan rumus berikut: Min peratus Menyemak Data Setelah menganalisis data yang diperoleh pengkaji akan menyemak semula analisis tersebut agar kajian yang dilakukan boleh dipercayai dan tepat dengan menggunakan kaedah triangulasi. Merriem 1998 dalam Taylor Wallace 2007 triangulasi merupakan salah satu kaedah yang boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu penyelidikan. Jenis triangulasi yang digunakan dalam kajian ini ialah triangulasi kaedah dan triangulasi sumber. Triangulasi kaedah dapat digunakan untuk menyemak ketekalan data yang diperoleh melalui pelbagai kaedah pengumpulan data. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan empat kaedah pengumpulan data iaitu praujian dan pascaujian lembaran kerja pemerhatian dan soal selidik. Kajian ini juga menggunakan triangulasi sumber dengan cara mendapatkan maklumat dan pandangan daripada sumber informasi yang berlainan. Pengkaji melibatkan guru Sejarah tahun lima Cemerlang bagi mendapatkan maklumat awal mengenai masalah yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran Sejarah dan melibatkan beliau untuk bersama-sama dengan pengkaji dalam pemerhatian sepanjang sesi tindakan dijalankan. Manakala murid dilibatkan sebagai pengguna Tangram D’dakji untuk mendapatkan maklumat mengenai kesan pengunaan Tangram D’dakji terhadap prestasi dan minat murid dengan cara pemerhatian sesi tindakan dan melaksanakan soal selidik setelah sesi tindakan dijalankan. Skor peratus semua murid Jumlah keseluruhan murid Min setiap sesi pemerhatian Jumlah kekerapan bagi setiap pernyataan Bilangan keseluruhan pernyataan Jumlah peratus bagi setiap pernyataan Jumlah keseluruhan pernyataan

slide 9:

9 DAPATAN KAJIAN SOALAN KAJIAN PERTAMA : Adakah penggunaan “Tangram D’dakji” dapat meningkatkan prestasi murid dalam tajuk Yang Di Pertuan Agong bagi mata pelajaran Sejarah tahun 5 Perbandingan markah praujian dan pascaujian dibuat bagi mengenal pasti kesan penggunaan Tangram D’dakji terhadap prestasi murid. Jadual 4 menunjukkan perbandingan peratus markah dan skor min dalam praujian dan pascaujian. Perbandingan markah dilihat sama ada meningkat + atau menurun -. Jadual 4 Analisis Perbandinga Skor dan Min Skor Praujian dan Pascaujian Bil Murid Ujian Pra Pascaujian Perubahan Peratus Gred Peratus Gred 1 A 0 E 60 B +60 2 B 10 E 70 B +60 3 C 30 D 80 A +50 4 D 10 E 70 B +60 5 E 30 D 90 A +60 6 F 10 E 90 A +80 7 G 0 E 80 A +80 8 H 10 E 70 B +60 9 I 50 C 100 A +50 10 J 50 C 100 A +50 11 K 30 D 100 A +70 12 L 10 E 70 B +60 13 M 0 E 60 B +60 14 N 10 E 60 B +50 15 O 10 E 60 B +50 16 P 20 D 80 A +60 17 Q 30 D 100 A +70 18 R 20 D 90 A +70 19 S 50 C 100 A +50 20 T 20 D 70 B +50 Min Skor 20 80 +60 Jadual 4 jelas menunjukkan perbezaan yang ketara terhadap peratus markah pencapaian murid dalam praujian dan pascaujian. Peratus skor terendah bagi praujian ialah 0 manakala skor terendah bagi pascaujian ialah 60. Skor tertinggi dalam praujian ialah sebanyak 50 manakala skor tertinggi dalam pascaujian ialah sebanyak 100. Jadual 4 menunjukkan pada pascaujian terdapat empat orang murid mencapai peratus tertinggi iaitu sebanyak 100. Manakala hanya empat orang sahaja mendapat skor yang terendah iaitu sebanyak 60 namun murid G menunjukkan peningkatan yang baik berbanding 0 ketika praujian. Min skor bagi praujian ialah sebanyak 20 manakala bagi pascaujian min skor yang diperolehi ialah sebanyak 80. Ini menunjukkan terdapat peningkatan dari segi skor yang diperolehi oleh murid iaitu sebanyak 60. Terdapat perubahan yang amat ketara pada gred yang diperolehi oleh murid dalam pascaujian jika dibandingkan dengan praujian. Dalam praujian tidak ada seorang murid yang berjaya mendapat cemerlang dengan gred A namun dalam pascaujian

slide 10:

10 majoriti murid seramai sebelas orang murid berjaya memperoleh gred A. Perbandingan pencapaian murid semasa praujian dan pascaujian jelas menunjukkan peningkatan terhadap prestasi murid dalam tajuk Yang Di Pertuan Agong bagi mata pelajaran Sejarah tahun lima dengan menggunakan Tangram D’dakji. Bagi menyokong dapatan yang membuktikan berlaku peningkatan pengkaji menganalisis lembaran kerja murid yang diberikan dalam setiap sesi tindakan. Jadual 5 Analisis Markah Murid dalam Setiap Sesi Tindakan Murid Sesi 1 /4 Sesi 2 /4 Sesi 3 /4 A 1 25 1 25 2 50 B 2 50 3 75 4 100 C 2 50 3 75 4 100 D 1 25 2 50 3 75 E 2 50 3 75 4 100 F 2 50 3 75 4 100 G 1 25 2 50 4 100 H 1 25 3 75 4 100 I 1 25 2 50 3 75 J 1 25 2 50 3 75 K 1 25 3 75 4 100 L 1 25 3 75 4 100 M 1 25 2 50 4 100 N 1 25 2 50 4 100 O 1 25 2 50 4 100 P 3 75 4 100 4 100 Q 1 25 2 50 4 100 R 2 50 3 75 3 75 S 1 25 2 50 3 75 T 1 25 2 50 3 75 Min Skor 25 61 90 Jadual 5 menunjukkan markah murid dalam setiap sesi tindakan yang dijalankan. Secara keseluruhannya terdapat peningkatan terhadap penguasaan murid dalam pembelajaran Sejarah bai tajuk Yang Di Pertuan Agong dengan menggunakan Tangam D’dakji dalam setiap sesi bermula dengan sesi pertama hingga sesi yang ketiga. Pada sesi tindakan yang terakhir tiga belas orang murid berjaya mendapat 100 berbanding dengan sesi pertama tiada murid yang memperoleh markah di atas 80. Sesi tindakan yang pertama min skor yang diperolehi oleh murid ialah sebanyak 25. Min skor meningkat sebanyak 36 dengan jumlah min skor yang diperolehi sebanyak 61 dalam sesi yang kedua. Peningkatan skor semakin jelas dilihat apabila sesi tindakan yang ketiga masih dalam lingkungan positif meningkat 29 daripada sesi tindakan yang kedua. Peningkatan min skor dalam setiap sesi tindakan ini jelas menunjukkan bahawa murid yang telah melalui sesi tindakan yang dijalankan menunjukkan peningkatan prestasi dalam pembelajaran Sejarah bagi tajuk Yang Di Pertuan Agong.

slide 11:

11 SOALAN KAJIAN KEDUA: Adakah penggunaan “Tangram D’dakji” dapat meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah Kaedah pemerhatian dengan menggunakan instrumen senarai semak dan soal selidik digunakan bagi mengenal pasti minat murid dalam mempelajari Sejarah dengan menggunakan Tangram D’dakji. Pemerhatian dijalankan semasa sesi tindakan iaitu sebanyak tiga kali. Jadual 6 Analisis Pemerhatian Berdasarkan Senarai Semak Bil Pernyataan Kekerapan dan Peratus Tindakan Satu Tindakan Dua Tindakan Tiga 1 Murid mendengar arahan guru semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. 11 55 18 90 18 90 2 Murid mengambil perhatian terhadap pembelajaran di dalam bilk darjah. 11 55 16 80 20 100 3 Murid menjawab pertanyaan guru. 6 30 16 80 18 90 4 Murid melibatkan diri secara aktif dan tidak menga. 13 65 17 85 20 100 5 Murid menggunakan bahan yang disediakan oleh guru. 18 90 20 100 15 75 6 Murid menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru. 5 25 18 90 20 100 Min /20 10.6 17.5 18.5 Jadual 6 menunjukkan analisis dapatan pemerhatian terhadap minat murid sepanjang sesi tindakan dijalankan. Jumlah kekerapan meningkat bagi setiap pernyaatan bermula pada sesi tindakan yang pertama hingga sesi tindakan yang ketiga. Hasil pemerhatian juga telah dianalisis dengan menggunakan min bagi setiap pemerhatian. Keseluruhan nilai min ialah 20 jika murid memenuhi semua kriteria yang telah dinyatakan. Pada sesi permerhatian yang pertama nilai min yang ditunjukkan hanya 10.6 kemudian meningkat pada sesi pemerhatian yang kedua sebanyak 6.9 iaitu dengan nilai 17.5. manakala sesi pemerhatian yang terakhir iaitu sesi yang ketiga mencatatkan nilai min yang paling tinggi iaitu sebanyak 18.5. Bagi menyokong dapatan yang membuktikan murid berminat ataupun sebaliknya dalam pembelajaran Sejarah bagi tajuk Yang Di Pertuan Agong menggunakan Tangram D’dakji pengkaji melaksanakan soal selidik ke atas murid bagi mengenal pasti minat mereka terhadap pembelajaran Sejarah.

slide 12:

12 Jadual 7 Analisis Soal Selidik Menggunakan Kekerapan dan Peratus Bil Pernyataan Kekerapan Peratus YA TIDAK 1 Tangram D’dakji membuatkan saya lebih mudah memahami topik yang diajar oleh guru 19 1 95 5 2 Tangram D’dakji amat membantu saya dalam menjawab lembaran kerja yang diberikan oleh guru. 15 5 75 25 3 Tangram D’dakji membuatkan saya lebih fokus belajar mata pelajaran Sejarah 20 0 100 0 4 Tangram D’dakji dapat membantu saya mempelajari Sejarah dengan cara yang menyeronokkan. 20 0 100 0 5 Tangram D’dakji dapat membantu saya mempelajari mata pelajaran Sejarah dengan mudah. 17 3 85 15 6 Tangram D’dakji amat membantu saya mengingat fakta sejarah dengan mudah 20 0 100 0 Min Peratus 93 7 Jadual 7 menunjukkan min peratus bagi soal selidik yang telah dijalankan. Jadual 7 menunjukkan dapatan min peratus bagi jawapan YA menunjukkan nilai sebanyak 93 manakala min peratus bagi jawapan TIDAK menunjukkan nilai sebanyak 7. Min peratus yang tinggi bagi jawapan YA jelas dapat menunjukkan minat murid terhadap pembelajaran Sejarah dengan menggunakan Tangram D’dakji. Berdasarkan kepada hasil analisis dapatan terhadap pemerhatian menggunakan senarai semak dan soal selidik yang telah dijalankan ke atas murid jelas membuktikan bahawa penggunaan Tangram D’dakji dapat meningkatkan minat murid dalam mempelajari Sejarah. Dapatan kajian ini jelas berjaya menjawab soalan kajian kedua yang telah dinyatakan. REFLEKSI Tindakan yang telah dijalankan menggunakan kaedah Tangram D’dakji ini telah membantu murid meningkatkan prestasi dan minat dalam tajuk Yang Di Pertuan Agong bagi mata pelajaran Sejarah tahun lima. Ceraian-ceraian kertas yang disentuh dan dilihat secara jelas akan dicantumkan oleh murid memberikan mereka satu pengalaman baru yang membolehkan murid lebih mengingati sesuatu yang di nampak atau laksanakan. Oleh itu kaedah Tangram D’dakji ini merupakan satu motivasi kepada murid untuk belajar dalam kelas. Hal ini kerana ceraian-ceraian yang dibina ini menarik minat murid untuk terus belajar kerana menggunakan deria sentuhan mereka. Hal ini dibuktikan oleh Johan Henrich Pestalozzi yang mana beliau percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman- pengalaman deria. Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semula jadi. Dapatan yang diperolehi melalui kajian yang dilakukan terhadap kesan penggunaan Tangram D’dakji dalam tajuk Yang Di Pertuan Agong menunjukkan kesan yang positif. Hasil dapatan kajian bagi menjawab soalan kajian yang pertama jelas

slide 13:

13 menunjukkan kesan yang positif dalam peningkatan prestasi murid. Manakala hasil dapatan kajian dengan menggunakan pemerhatian berstruktur dan soal selidik jelas menunjukkan peningkatan minat murid terhadap pembelajaran Sejarah. Kesimpulannya penggunaan kaedah Tangram D’dakji merupakan bahan bantu mengajar yang sangat sesuai digunakan oleh guru khususnya dalam pembelajaran Sejarah bagi menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN Penggunaan Tangram D’dakji ini boleh didedahkan dan diaplikasikan secara meluas di sekolah-sekolah lain agar semua murid mendapat manfaat bersama dan tidak lagi merasa bosan apabila belajar mata pelajaran Sejarah. Selain itu Tangram D’dakji ini tidak hanya terbatas untuk Tahun 5 sahaja malah boleh digunakan untuk semua tahap murid terutamanya murid tahap satu iaitu Tahun dua dan tahun tiga. Tangram D’dakji dapat di aplikasikan dalam bentuk multimedia di sekolah rendah. Ini bertujuan untuk menarik minat dan dapat meningkatkan kemahiran teknologi maklumat kepada murid. Dicadangkan juga agar tempoh kajian boleh dilanjutkan dan penggunaannya dapat diperluaskan lagi tidak tertumpu pada sekolah kebangsaan sahaja malahan kepada murid sekolah prasekolah juga boleh diaplikasikan. RUJUKAN Johan Henrich Pestalozzi. How Gertrude Teachers Her Children. New York NY: Forgotten Books. Hartini Hussain. 2005. Meningkatkan Kemahiran Merumus Karangan Bahasa Melayu di Kalangan Murid Tahun 6 Melalui Permainan Padanan Kad Kuala Lumpur: Institut Pendidikan Bahasa Antarabangsa. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Dimuat turun pada 1 Mac 2017 daripada https://sapsnkra.moe.gov. myKemmis McTaggart. 1988. Dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit BPPDPKPM. Kemmis S. McTaggart R. 1988. The Action Research Planner. Geelong Victoria Australia: Deakin University Press. Merriam S.B. 1998. Qualitative Research and Case Study Applications In Education. 2nd ed.. San Francisco: Jossey-Bass. Taylor P.C. Wallace. 2007. Contemporary Qualitative Research: Exemplar For Science And Mathematics And Technology Educators. Diakses pada 15 Mac 2017 daripada http://books.google.com.my/booksid9JszW2c7vUCpg PA91dqMerriam S.B.1992 Williams D. M. 2000. Crossing the Cattle Drive: Grierson and Australia in From Grierson to Docu-soap: Breaking the Boundaries U. of Luton UK pp. 35-45

authorStream Live Help