14.APLIKASI PEMBELAJARAN INKUIRI PENEMUAN ‘MINDA SAYA’ UNTUK MENGUASAI

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

1 APLIKASI PEMBELAJARAN INKUIRI PENEMUAN ‘MINDA SAYA’ UNTUK MENGUASAI KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA MATAPELAJARAN SEJARAH TAHUN EMPAT Noralifah Binti Parmin En SamiulSamuel bin Stimin PISMP Sejarah Jun 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau parminnoralifah82gmail.com ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid terhadap kemahiran mengingat fakta sejarah dan meningkatkan pemahaman dengan mengaplikasikan pembelajaran kaedah Inkuiri Penemuan ‘Minda Saya’ untuk mata pelajaran sejarah tahun empat. Seramai 12 orang murid Tahun 4 UM di Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau yang terlibat sebagai peserta kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah praujian dan pascaujian analisis lembaran kerja pemerhatian berdasarkan senarai semak dan soal selidik. Setelah melaksanakan sesi tindakan sebanyak tiga kali dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan yang sangat positif terhadap kajian yang dijalankan. Peningkatan yang ketara ini menunjukkan bahawa aplikasi pembelajaran Inkuiri Penemuan ‘Minda Saya’ dapat meningkatkan kemahiran mengingat fakta dan tahap pemahaman yang baik terhadap pengajaran dan pembelajaran sejarah. Pengkaji telah mengaplikasikan Inkuiri Penemuan ‘Minda Saya’ di dalam bilik darjah untuk mata pelajaran sejarah. Kajian ini perlu diteruskan dan ditambah baik untuk meningkatkan kualiti pendidikan khususnya untuk mata pengajaran sejarah dan membantu mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan murid. Pengkaji harus bersikap inovatif dan kreatif dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran sejarah di dalam kelas dan menyedari mata pelajaran sejarah merupakan satu mata pelajaran yang agak rumit kerana mengandungi banyak fakta yang perlu diingati oleh murid. Guru-guru juga boleh menggunakan kaedah ini bagi mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan kemahiran mengingat fakta dan pemahaman murid terhadap mata pelajaran sejarah. Kaedah pembelajaran Inkuiri Penemuan ‘Minda Saya’ sesuai digunakan untuk semua tahap dan semua subjek. Kata kunci: Inkuiri Penemuan mengingat fakta ABSTRACT This action research was conducted to identify the level of pupils’ mastery on the skills of remembering history facts and enhance understanding by applying the Inquiry Discovery learning method ‘My Mind’ for Year Four history subject. A total of 12 Year Four UM pupils at Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau involved as the research participants Instruments used were pre- test and post-test worksheet analysis observation based on checklist and questionnaire. After carrying out three sessions of action research findings showed there are positive improvements on the research conducted. This noticeable improvement showed that the application of Inquiry Discovery learning method ‘My Mind’ able to enhance the skill of remembering facts and good level of understanding on the teaching and learning of history. The research should be continued and improved to enhance the quality of education especially for history subject and helping to overcome learning difficulties among the pupils. The researcher must be innovative and creative to improve the teaching and learning of history in the classroom and realise that history subject is a complicated subject because it contains a lot of facts that need to be remembered by the pupils. Teachers also can use that method to diversify the teaching and learning techniques which can enhance the skill of remembering facts and pupils’ understanding on history subject. Inquiry Discovery learning method ‘My Mind’ suitable to be used for all levels and all subjects. Keywords: Inquiry Discovery remembering facts

slide 2:

2 PENGENALAN Konteks dan Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Pengkaji merupakan seorang siswa pendidik PISMP Sejarah GSTT Ambilan Jun 2013 di Institusi Pendidikan Guru Kampus Keningau. Pengkaji telah menjalankan latihan praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau selama tiga bulan bermula pada 25 Julai 2016 hingga 21 Oktober 2016 bersama-sama dengan rakan siswa pendidik yang lain dari opsyen PISMP Bahasa Melayu GSTT dan PISMP Sejarah GSTT. Berdasarkan pengamatan pengkaji yang lalu semasa mengajar mata pelajaran Sejarah pengkaji memerhatikan bahawa murid cenderung untuk tidak menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah berlangsung kerana mereka sukar untuk mengingat fakta Sejarah yang disampaikan oleh guru. NEA Today dalam Tor Geok Hwa 2004 menyatakan bahawa dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Sejarah masalah mengingat dan menghuraikan fakta sememangnya merupakan satu perkara yang agak umum bagi murid dan juga guru Sejarah khususnya bagi murid yang lemah dari segi akademik. Ini menyebabkan mereka kurang berminat terhadap pembelajaran dan sekaligus akan menyebabkan wujudnya pelbagai masalah tingkah laku di dalam kelas contohnya bising semasa guru mengajar menganggu rakan sekelas kerap pergi ke tandas bermain- main membuat kerja lain dan sebagainya. Pembelajaran Kaedah Inkuiri Penemuan dipilih sebagai kaedah rawatan kerana pelbagai kajian hasil tinjauan literatur membuktikan keberkesanan kaedah Inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran Rajah 1. Contoh lembaran kerja dan ujian diagnostik murid untuk kenalpasti masalah

slide 3:

3 Rajah 1 menunjukkan kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam menjawab soalan sejarah bagi tajuk Parameswara Pengasas Melaka. Dapatan daripada analisis hasil kerja murid dan ujian diagnostik pengkaji dapat mengesan masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid iaitu murid-murid kurang memahami dan kurang mengingat fakta menyebabkan salah satu masalah murid-murid tidak menjawab soalan dengan tepat. Oleh itu pengkaji bertindak untuk mengatasi masalah ini dengan menggunakan pembelajaran Inkuiri Penemuan ‘Minda Saya’ untuk membantu murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. FOKUS KAJIAN Fokus kajian tindakan ini adalah untuk membantu 12 orang murid Tahun 4UM di SK Kampung Keningau dalam meningkatkan kemahiran mengingat fakta serta mengkaji tahap pemahaman peserta kajian terhadap mata pelajaran Sejarah dengan menggunakan Kaedah pembelajaran Inkuiri Penemuan ‘Minda Saya’ dan secara langsung memperbaiki amalan pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil penelitian yang dijalankan pendekatan pembelajaran Inkuiri Penemuan adalah sesuai kerana pembelajaran Inkuiri mempunyai aktiviti yang mencabar minda untuk murid kelas ini seperti aktiviti perbincangan dalam kumpulan dan juga mendapatkan maklumat dalam pelbagai cara. Berpegangkan kepercayaan ini pengkaji yakin pembelajaran Inkuiri penemuan ‘Minda Saya’ dapat meningkatkan pencapaian dan juga memupuk minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah kerana melalui kaedah ini murid memperoleh pengalaman dan kemahiran melalui daya usaha mereka sendiri. Fokus kajian ini juga relevan kepada sekolah kerana dapatan kajian membolehkan guru-guru lain mencuba strategi ini dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk: Bahagian ini membincangkan tentang objektif kajian dan persoalan kajian. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran inkuiri penemuan ‘Minda Saya’ untuk meningkatkan kemahiran mengingat fakta dalam mata pelajaran sejarah tahun empat dalam tajuk Parameswara Pengasas Melaka. Kajian ini juga dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah dengan kaedah inkuiri penemuan ‘minda saya’. Objektif kajian ini adalah seperti berikut : 1. Meningkatkan kemahiran mengingat fakta dalam mata pelajaran sejarah ke atas murid berprestasi sederhana malalui inkuiri penemuan “Minda Saya”. 2. Meningkatkan pemahaman murid dalam mata pelajaran sejarah dengan penggunaan kaedah Inkuiri penemuan ‘Minda Saya’. Soalan Kajian ini adalah seperti berikut: 1. Adakah Kaedah Pembelajaran Inkuiri Penemuan ‘Minda Saya’ dapat meningkatkan kemahiran mengingat fakta dalam mata pelajaran Sejarah 2. Adakah kaedah pembelajaran Inkuiri Penemuan ‘Minda Saya’ dapat meningkatkan pemahaman murid dalam mata pelajaran sejarah PESERTA KAJIAN Kajian ini dijalankan kepada murid-murid Tahun 4UM di Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau Keningau. Seramai 12 orang murid yang terdiri daripada enam orang lelaki dan

slide 4:

4 enam orang perempuan dipilih sebagai peserta kajian. Kajian ini telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau Keningau Sabah dengan populasi murid mencapai 392 orang dan ditadbir oleh 29 orang guru.Peserta kajian juga mempunyai latar belakang ekonomi keluarga yang sederhana. Berdasarkan kepada ujian diagnostik yang dilaksanakan murid-murid Tahun 4UM mempunyai kepelbagaian tahap kognitif iaitu sederhana lemah dan cerdas. Hasil daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran murid Tahun 4UM kerap menghadapi masalah dalam mengingat fakta sejarah contohnya dalam topik Parameswara Pengasas Melaka. PELAKSANAAN KAJIAN Langkah-langkah Tindakan Tindakan yang dijalankan adalah berdasarkan kerangka model yang diubah suai daripada Model Kemmis dan McTaggart 1988 dalam melaksanakan kajian ini. Rajah 2. Kerangka model yang diubahsuai daripada Model Kemmis dan McTaggart Kenal pasti masalah analisis dokumen ujian diagnostik Rancangan Tindakan Praujian Sesi Tindakan Kaedah Inkuiri Penemuan ‘ Minda Saya’ 1 Pascaujian Mengumpul data dan membuat pemerhatian Membuat refleksi Kenal pasti masalah Fasa 1: Merancang Fasa 2: Mengambil Tindakan Fasa 3: Membuat pemerhatian Fasa 4: Membuat refleksi 2 3 Lembaran kerja Analisis dokumen Pemerhatian Senarai semak

slide 5:

5 Rajah 3. Pelaksanaan Sesi Tindakan Kenal pasti masalah Mengenal pasti masalah murid melalui analisis dokumen murid-murid seperti lembaran kerja dan ujian diagnostik. Selain itu pengkaji juga membuat pemerhatian terhadap murid daalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Merancang Berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti pelan tindakan seperti dalam Rajah 2 dilaksanakan dalam kajian ini. Pengkaji menitikberatkan beberapa aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran seperti pemilihan kaedah teknik dan bahan bantu mengajar yang akan digunakan untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan kemahiran mengingat murid terhadap masalah tersebut. Mengambil tindakan Peringkat mengambil tindakan bermula dengan melaksanakan praujian bagi mengenal pasti tahap penguasaan murid sebelum pembelajaran Inkuiri Penemuan ‘Minda Saya’ diperkenalkan. Sesi tindakan sebanyak tiga kali dengan menggunakan kaedah pembelajaran Inkuiri Penemuan ‘Minda Saya’ dilaksanakan sehingga murid berjaya menguasai kemahiran mengingat fakta mata pelajaran sejarah untuk tajuk Parameswara Pengasas Melaka. Rajah 3 menunjukkan tiga sesi tindakan yang dijalankan. Sepanjang sesi tindakan dijalankan pemerhatian berstruktur dengan menggunakan senarai semak dilaksanakan terhadap murid-murid. Soal selidik juga dijalankan selepas tamat sesi tindakan. Pemerhatian dan soal selidik dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman murid terhadap topik yang diajar. Dalam peringkat tindakan juga pascaujian dijalankan untuk meningkatkan lagi kemahiran murid mengingat fakta dan mengesan tahap prestasi murid dalam mata pelajaran sejarah. Pemerhatian Pemerhatian dilaksanakan terhadap data yang telah diperoleh dalam praujian dan pascaujian lembaran kerja dalam setiap sesi tindakan senarai semak dan soal selidik yang Tindakan 1 Guru memperkenalkan aktiviti dengan menggunakan kaedah Pembelajaran Inkuiri Penemuan Minda Saya dan prinsip penggunaannya. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan dan memberikan tugasan kepada kumpulan yang telah ditetapkan Tindakan 2 Menjawab soalan sejarah berkaitan dengan topik yang diajar dengan menggunakan lembaran kerja Tindakan 3 Melengkapkan ruangan kosong dalam lembaran kerja berkaitan dengan pengembaraan Parameswara dan Pembukaan negeri Melaka.

slide 6:

6 telah digunakan dalam peringkat mengambil tindakan. Pemerhatian dilaksanakan dengan menganalisis dapatan yang diperolehi dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti peratus min skor dan kekerapan. Hasil dapatan yang diperolehi dapat mengenal pasti kesan pembelajaran kaedah Inkuiri Penemuan ‘Minda Saya’ dalam mata pelajaran Sejarah tahun empat. Refleksi Berdasarkan kepada analisis yang telah dilaksanakan dalam praujian dan pascaujian serta lembaran kerja pengkaji membuat refleksi mengenai kesan pembelajaran kaedah Inkuiri Penemuan ‘Minda Saya’ terhadap prestasi murid dalam meningkatkan kemahiran mengingat fakta dan pemahaman murid terhadap topik yang diajar dalam mata pelajaran sejarah. Hasil dapatan senarai semak dan soal selidik pula pengkaji menilai tahap pemahaman murid terhadap mata pelajaran sejarah Kaedah Mengumpul Data 1. Praujian dan Pascaujian Praujian dilaksanakan sebelum tindakan dan pascaujian dilaksanakan selepas tiga kali sesi tindakan dilaksanakan. Tujuan ujian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap prestasi murid dan tahap kemahiran mengingat fakta serta pemahaman murid terhadap topik mata pelajaran sejarah yang diajar. Analisis data ujian dilaksanakan bagi melihat perubahan prestasi murid sebelum dan selepas sesi tindakan dijalankan. 2. Lembaran kerja Lembaran kerja ialah hasil kerja murid yang diberikan semasa pelaksanaan sesi tindakan. Berdasarkan lembaran kerja tersebut pengkaji dapat mengenal pasti perkembangan pencapaian murid dalam setiap sesi tindakan yang dijalankan. Lembaran kerja ini diberikan ketika pelaksanaan sesi tindakan yang kedua dan ketiga. 3. Pemerhatian Pemerhatian dijalankan semasa sesi tindakan berlaku dan ditadbir oleh pengkaji. Pemerhatian sesuai digunakan untuk menilai aktiviti yang murid sertai dalam pelaksanaan tindakan dan digunakan bagi mengamati tingkah laku murid berdasarkan pemboleh ubah atau aspek yang dikenal pasti. Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan mencatat apa yang berlaku di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti inkuiri penemuan ‘minda saya’ misalnya dengan melihat reaksi dan respon murid semasa pengajaran. 4. Soal Selidik Pengkaji menggunakan soal selidik bagi mengenal pasti tahap murid mengingat fakta Sejarah dan pemahaman murid dalam pembelajaran Sejarah sebelum ini. Soal selidik ini diberikan kepada guru Sejarah. Melalui soal selidik ini pengkaji dapat memastikan masalah yang dihadapi oleh murid untuk mata pelajaran Sejarah.

slide 7:

7 Cara Menganalisis Data 1. Praujian dan pascaujian Markah murid akan dikira dalam bentuk peratus menggunakan rumus berikut: Skor Skor peratus daripada praujian dan pascaujian dianalisis dengan menggunakan min skor bagi memudahkan membuat perbandingan prestasi murid sebelum dan selepas tindakan. Min skor Skor peratus markah murid dalam praujian dan pascaujian juga akan dianalisis melalui gred berdasarkan skala pemarkahan yang telah ditetapkan. Jadual 1 Skala Pemarkahan Skor Markah Gred Tahap Pencapaian 80-100 A Cemerlang 60-79 B Baik 50-64 C Memuaskan 40-49 D Mencapai tahap minimum 0-39 E Belum Mencapai Tahap Minimum TH - Tidak Hadir Sumber: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah 2016 2. Lembaran kerja Setelah memperoleh skor peratus markah murid dalam setiap sesi tindakan min skor akan dikira bagi memudahkan saya untuk melihat perubahan sama ada berlaku peningkatan atau penurunan dalam setiap sesi tindakan yang dijalankan. Min skor 3. Pemerhatian Pemerhatian akan dianalisis menggunakan kekerapan bagi melihat jumlah peningkatan minat murid dalam setiap pernyataan yang terdapat dalam senarai semak. Pemerhatian juga dianalisis menggunakan min bagi setiap sesi permerhatian berdasarkan pernyataan yang telah ditetapkan. Jumlah soalan betul Jumlah soalan x 100 Jumlah skor peratus murid Bilangan keseluruhan murid Skor peratus semua murid Jumlah keseluruhan murid

slide 8:

8 4. Soal Selidik Data yang diperoleh daripada hasil soal selidik dianalisis menggunakan kekerapan dan peratus. Saya akan menganalisis kekerapan jawapan murid sama ada YA atau TIDAK dalam soal selidik yang diberikan. Kemudian saya akan menganalisis kekerapan dengan menggunakan peratus. Min peratus akan diperolehi dengan menggunakan rumus berikut: Min peratus CARA MENYEMAK DATA Merriem 1998 dalam Taylor Wallace 2007 triangulasi merupakan salah satu kaedah yang boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu penyelidikan. Jenis triangulasi yang digunakan dalam kajian ini ialah triangulasi kaedah dan triangulasi sumber. Triangulasi kaedah dapat digunakan untuk menyemak ketekalan data yang diperoleh melalui pelbagai kaedah pengumpulan data. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan empat kaedah pengumpulan data iaitu praujian dan pascaujian lembaran kerja pemerhatian dan soal selidik. Kajian ini juga menggunakan triangulasi sumber dengan cara mendapatkan maklumat dan pandangan daripada sumber informasi yang berlainan. Dalam kajian ini pengkaji melibatkan guru Sejarah tahun 4 bagi mendapatkan maklumat awal mengenai masalah yang dihadapi oleh murid dalam mengingat fakta mata pelajaran sejarah. Pengkaji juga melibatkan guru sejarah untuk bersama-sama dengan pengkaji dalam pemerhatian sepanjang sesi tindakan dijalankan. Saya melibatkan murid sebagai peserta kajian untuk mendapatkan maklumat mengenai kesan pembelajaran Inkuiri Penemuan ‘Minda Saya’ terhadap penguasaan mengingat fakta dan pemahaman murid dengan cara pemerhatian sepanjang sesi tindakan dan melaksanakan soal selidik setelah sesi tindakan dijalankan. DAPATAN KAJIAN SOALAN KAJIAN 1: Adakah Kaedah Pembelajaran Inkuiri Penemuan ‘Minda Saya’ dapat meningkatkan kemahiran mengingat fakta dalam mata pelajaran Sejarah Perbandingan markah praujian dan pascaujian dibuat bagi mengenal pasti kaedah pembelajaran Inkuiri Penemuan ‘Minda Saya’ dapat meningkatkan kemahiran mengingat fakta dalam mata pelajaran Sejarah. Jadual 2 menunjukkan perbandingan peratus markah dan skor min dalam praujian dan pascaujian. Perbandingan markah dilihat sama ada meningkat + atau menurun -. Min setiap sesi pemerhatian Jumlah kekerapan bagi setiap pernyataan Bilangan keseluruhan pernyataan Jumlah peratus bagi setiap pernyataan Jumlah keseluruhan pernyataan

slide 9:

9 Jadual 2 Analisis Perbandingan Skor dan Min skor Praujian dan Pascaujian Murid Ujian Pra Pascaujian Perubahan Peratus Gred Peratus Gred A 50 C 80 A +30 B 50 C 100 A +50 C 55 C 80 A +25 D 45 D 80 A +35 E 45 D 80 A +35 F 40 D 85 A +45 G 55 C 85 A +30 H 40 D 75 B +35 I 50 C 85 A +35 J 50 C 95 A +45 K 50 C 90 A +40 L 30 E 70 B +40 Min skor 47 84 Jadual 2 jelas menunjukkan perbezaan yang ketara terhadap peratus markah pencapaian murid dalam dua ujian yang dijalankan iaitu praujian dan pascaujian. Peratus skor terendah bagi praujian ialah 30 manakala skor terendah bagi pascaujian ialah 70. Skor tertinggi dalam praujian ialah sebanyak 45 manakala skor tertinggi dalam pascaujian ialah sebanyak 100. Jadual 2 menunjukkan Murid B mencapai peratus tertinggi iaitu sebanyak 100. Manakala murid L mendapat skor yang terendah iaitu sebanyak 70 namun murid L menunjukkan peningkatan yang baik berbanding 30 ketika praujian. Skor Min bagi praujian ialah sebanyak 47 manakala pascaujian skor min yang diperolehi ialah sebanyak 84. Ini menunjukkan terdapat peningkatan dari segi skor yang diperolehi oleh murid iaitu sebanyak 37. Terdapat perubahan yang amat ketara pada gred yang diperolehi oleh murid dalam pascaujian jika dibandingkan dengan praujian. Dalam praujian tidak ada seorang murid yang berjaya mendapat cemerlang dengan gred A namun dalam pascaujian majoriti murid seramai sepuluh orang iaitu Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E Murid F Murid G Murid I Murid J dan Murid K berjaya mendapat gred A. Murid juga tidak berjaya mendapat gred B dengan tahap baik dalam praujian namun seramai dua orang murid sahaja yang mendapat gred B dalam pascaujian iaitu Murid H dan Murid L. Pencapaian Gred C iaitu tahap memuaskan mendapat bilangan majoriti seramai 7 orang murid iaitu Murid B Murid C Murid G Murid I Murid J dan Murid K dalam praujian. Manakala empat orang murid yang mendapat Gred D iaitu Mencapai Tahap Minimum dalam praujian. Seorang murid sahaja mendapat gred E iaitu Murid L dalam praujian. Manakala tidak ada murid yang mendapat gred C gred D dan gred E dalam pascaujian. Dalam pascaujian murid berjaya mencapai tahap cemerlang gred A dan tahap Baik gred B sahaja. Berdasarkan dapatan tersebut didapati bahawa peningkatan penguasaan murid terhadap pembelajaran Inkuiri ‘Penemuan ‘Minda Saya’ meningkat di pascaujian dengan jelas berbanding ketika praujian. Bagi menyokong dapatan yang membuktikan berlaku peningkatan pengkaji menganalisis lembaran kerja murid yang diberikan dalam setiap sesi tindakan.

slide 10:

10 Jadual 3 Analisis Markah Murid dalam Setiap Sesi Tindakan Murid Sesi 2 /10 Sesi 3 /10 A 6 60 10 100 B 7 70 10 100 C 7 70 10 100 D 6 60 10 100 E 6 60 10 100 F 7 70 10 100 G 8 70 10 100 H 7 70 10 100 I 6 60 10 100 J 5 50 10 100 K 4 50 10 100 L 5 50 10 100 Min Skor 62 100 Jadual 3 menunjukkan markah murid dalam setiap sesi tindakan yang dijalankan. Secara keseluruhannya terdapat peningkatan terhadap penguasaan murid dalam mengingat fakta mata pelajaran sejarah dalam tajuk Parameswara Pengasas Melaka. Peningkatan dalam min skor dalam setiap sesi tindakan yang dijalankan bermula dengan sesi tindakan dua hingga sesi tindakan tiga. Sesi tindakan yang pertama min skor yang diperolehi oleh murid ialah sebanyak 62. Sesi tindakan yang kedua meningkat 100. Peningkatan min skor dalam setiap sesi tindakan ini jelas menunjukkan bahawa murid yang telah melalui sesi tindakan yang dijalankan menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dalam menguasai kemahiran mengingat fakta bagi mata pelajaran Sejarah untuk tajuk Parameswara Pengasas Melaka. SOALAN KAJIAN 2: Adakah kaedah pembelajaran Inkuiri Penemuan ‘Minda Saya’ dapat meningkatkan pemahaman murid dalam mata pelajaran sejarah untuk tajuk Parameswara Pengasas Melaka Kaedah pemerhatian telah dilaksanakan untuk menjawab soalan kajian kedua dengan menggunakan instrumen senarai semak dan soal selidik bagi mengenal pasti tahap pemahaman murid dalam mata pelajaran sejarah untuk tajuk Parameswara Pengasas Melaka. pengkaji melaksanakan pemerhatian semasa sesi tindakan dijalankan iaitu sebanyak lima kali. pengkaji telah dibantu oleh guru mata pelajaran Sejarah kelas 4UM ketika sesi pemerhatian dijalankan. Pengkaji menggunakan senarai semak yang mengandungi enam item bagi membantu mengenal pasti pemahaman murid terhadap topik yang dipelajari mempelajari mata pelajaran sejarah.

slide 11:

11 Jadual 4 Analisis Pemerhatian Berdasarkan Senarai Semak Bil Pernyataan Kekerapan Sesi Tindakan 1 2 3 1 Murid mendengar arahan guru semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah 8 7 10 2 Murid memberikan perhatian terhadap pembelajaran di dalam bilk darjah 8 7 10 3 Murid dapat menjawab pertanyaan guru 6 8 9 4 Murid melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan 8 10 12 5 Murid menggunakan bahan yang disediakan oleh guru 8 10 12 6 Murid menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru 8 10 12 Min/12 7.7 8.7 11 Hasil pemerhatian juga telah dianalisis dengan menggunakan min bagi setiap pemerhatian. Analisis min dirumuskan dalam Jadual 4 Pada sesi permerhatian yang pertama nilai min yang ditunjukkan 7.3. Nilai min meningkat pada sesi pemerhatian yang kedua denga nilai meningkat 8.7 . Sesi pemerhatian yang terakhir iaitu sesi yang ketiga mencatatkan nilai min yang paling tinggi iaitu sebanyak 11. Dapatan yang diperolehi dalam pemerhatian ini menunjukkan bahawa pada peringkat awal murid kurang menunjukkan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran kerana murid belum memahami sepenuhnya konsep yang ingin disampaikan oleh guru. Walau bagaimanapun peningkatan minat dan kefahaman murid terhadap pengajaran dapat dilihat apabila guru memperkenalkan kaedah pembelajaran Inkuiri Penemuan ‘Minda Saya’ kepada murid. Murid bertambah berminat apabila mereka diberikan peluang untuk mendapatkan sendiri maklumat tentang Parameswara Pengasas Melaka secara berkumpulan mahupun individu. Kekerapan dan nilai min semakin bertambah dalam setiap sesi tindakan dengan merujuk maklumat yang disediakan oleh guru.

slide 12:

12 Jadual 5 Analisis Soal Selidik Menggunakan Kekerapan dan Peratus Bil Pernyataan Kekerapan Peratus YA TIDAK 1 Saya memahami isi pelajaran dengan mudah menggunakan kaedah Pembelajaran Inkuiri Penemuan ‘Minda Saya’. 10 2 83 17 2 Cara pengajaran guru memudahkan saya menjawab soalan dengan betul 10 2 82 17 3 Pencarian maklumat secara berkumpulan membantu kefahaman saya dengan lebih berkesan dalam subjek sejarah 12 0 100 0 4 Pembelajaran Inkuiri Penemuan ‘Minda Saya’ dapat membantu saya mengingat fakta dengan mudah 10 2 83 17 5 Pengetahuan saya dalam mata pelajaran Sejarah bertambah 10 2 83 17 Min peratus 89 11 Jadual 5 menunjukkan analisis dapatan soal selidik yang telah dijalankan dengan menggunakan peratusan YA atau TIDAK bagi mengenal tahap pemahaman murid meningkat terhadap pembelajaran mata pelajaran sejarah dengan mengaplikasikan pembelajaran Inkuiri Penemuan ‘Minda Saya’ peratusan YA menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding dengan peratusann TIDAK bagi setiap item. Item pertama dan item kedua menunjukkan nilai peratus yang sama iaitu sebanyak 83 untuk YA dan 17 untuk TIDAK. Item ketiga menunjukkan peratus untuk YA iaitu sebanyak 100 dan 0 untuk TIDAK. Item keempat dan kelima menunjukkan nilai peratus yang sama sebanyak 83 untuk YA dan 17 untuk TIDAK. Jumlah peratusan YA yang tinggi jelas menunjukkan bahawa murid menunjukkan tahap pemahaman yang baik dalam mata pelajaran sejarah. REFLEKSI Amalan penyelidikan dalam kajian tindakan ini digunakan untuk meningkatkan amalan profesionalisme dalam kalangan pendidik. Sebagai seorang pendidik yang menitikberatkan kualiti pengajaran kajian tindakan perlu dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memperbaiki kelemahan dan mengatasi kelemahan tersebut dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah yang bersifat inovatif. Apabila saya mencuba kaedah ini saya merasai sendiri bahawa kaedah inkuiri penemuan dapat mewujudkan proses kognitif yang tinggi dalam kalangan murid. Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah ini dapat melahirkan individu yang berfikiran secara logik dan berani menyoal kesahihan sesuatu pandangan atau pendapat seseorang mengenai sesuatu perkara atau kejadian. Kaedah ini juga dapat mematangkan buah fikiran murid kerana mereka digilap dengan pemikiran kritikal. Murid juga dilatih membuat penilaian sendiri mengenai sesuatu peristiwa atau kejadian berasaskan bukti dan maklumat yang mereka peroleh daripada sumber

slide 13:

13 rujukan yang sahih. Saya mendapati murid menunjukkan minat yang tinggi semasa menjawab soalan yang diberikan selepas intervensi dijalankan. Komitmen tersebut merupakan suatu petanda kepada saya bahawa kaedah ini membantu menjawab soalan dengan baik dan kemahiran menguasai fakta benar-benar diperlukan. Kaedah pembelajaran Inkuiri Penemuan sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam mata pelajaran sejarah di sekolah rendah. Buktinya dikukukan lagi dengan hasil dapatan kajian saya melalui dapatan kajian yang menunjukkan peningkatan prestasi murid yang semakin meningkat CADANGAN TINDAKAN SUSULAN 1. Kaedah pembelajaran Inkuiri Penemuan ‘Minda Saya ini didedahkan dan diaplikasikan secara meluas di sekolah-sekolah lain agar semua murid mendapat maanfaat bersama dan murid-murid dapat meningkatkan kemahiran mengingat fakta sejarah serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah yang menyeronokkan. 2. Kaedah pembelajaran Inkuiri Penemuan ‘Minda Saya’ sesuai digunakan untuk semua tahap dan semua subjek. RUJUKAN Arends R. I.1998. Resource handbook. Learning to teach 4th ed.. Boston MA: McGraw- Hill. Awg Kasmurie Awg Kitot et al. 2010. The Effectiveness of Inquiry Teaching in Enhancing Students’Critical Thinking International Conference on Learner Diversity 2010 Procedia Social and Behavioral Sciences 7C 2010 264– 273. Barrow L.H. 2008. Facilitating designs: For inquiry with the foue-question strategy. Science activities: Classroom projects and curriculum ideas 451 9-11. http://web.ebscohost.com.pdf 12 September 2008. Bower B. et.al 1994. “A New Approach to Teaching History in Diverse Classroom” dlm. Teaching Thingking and Problem Solving. New Jersey: Addison Wesley’s publishing Group Kementerian Pendidikan Malaysia 2014. Draft Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tahun 4. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kemmis S. McTaggart R. 1988. The Action Research Planner. Geelong Victoria Australia: Deakin University Press. Khalid Johari. 2003. Penyelidikan Dalam Pendidikan: Konsep dan Prosedur. Petaling Jaya: Prentice Hall. Merriam S.B. 1998. Qualitative Research and Case Study Applications In Education. 2nd ed.. San Francisco: Jossey-Bass. Mohd Fadhil Nurdin.2001.Penggunaan Teknik Kuiz bagi Meningkatkan Penglibatan Murid dalam Amali Kemahiran Hidup Tahun 4 SK Banjar Keningau: Laporan Projek Tidak Diterbitkan. IPG Kampus Keningau Sabah. Mohd Majid Konting.2000.“KaedahPenyelidikanPendidikan.”Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

authorStream Live Help