13.KAEDAH LATIH TUBI MENGGUNAKAN GAMBAR DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN M

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

KAEDAH LATIH TUBI MENGGUNAKAN GAMBAR DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT ZAMAN PRA SEJARAH TAHUN 4 OLEH NITA ANAK TINGGOM PENYELIA ENCIK ABDUL KADIR BIN MOHD AZIS PISMP SEJARAH JUN 2013 nitaumenggmail.com ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengaji keberkesanan kaedah latih tubi menggunakan gambar dalam membantu meningkatkan murid-murid mengingati zaman prasejarah aktiviti zaman prasejarah dan kegiatan zaman prasejarah untuk murid-murid tahun empat. Sesi tindakan ini dijalankan sebanyak tiga kali bagi setiap tindakan yang dijalankan iaitu tindakan 1 tindakan 2 dan tindakan 3 sebelum dikumpul keberkesanan dalam pasca ujian. Ujian pra dan pasca dijalankan untuk menilai dan membandingkan pencapaian murid sebelum dan selepas tindakan dijalankan. Data dihuraikan secara deskriptif yang mana dipersembahkan dalam bentuk graf dan peratus serta huraian secara naratif. Hasil analisis data ujian pra dan pasca menunjukkan min skor ujian pasca serendah 50 peratus dan telah mencapai 100 peratus pada pasca ujian yang dijalankan. Kajian ini berjaya membuktikan bahawa kaedah latih tubi menggunakan gambar dapat membantu murid mengingat zaman prasejarah aktiviti zaman prasejarah dan kegiatan zaman prasejarah. Kata kunci : Latih tubi menggunakan gambar zaman prasejarah peningkatan ABSTRACT This action research to study the effectiveness of the drills using images to help improve students considering prehistory prehistoric events and activities of prehistoric times to the disciples in four. This action sessions conducted three times for each action carried out an act 1 act 2 and act 3 before collected the effectiveness of the post-test. Pre and post tests conducted to assess and compare the achievement of students before and after the action is carried out. Data elaborated descriptively which is presented in the form of graphs and percentages and narrative descriptions. The analysis of pre and post test data shows the mean post-test scold are as low as 50 percent and reached 100 per cent in the post-test. This study proved that the method drills using pictures to help students remember the days of prehistory prehistoric events and activities prehistoric times. Keywords: Drills using prehistory image prehistory improve

slide 2:

PENGENALAN Dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR akan menggantikan KBSR yang akan menjadikan Sejarah sebagai subjek teras di sekolah rendah pada tahun 2014. Oleh itu penekanan kepada melahirkan murid yang mempunyai pemikiran Sejarah dalam mata pelajaran Sejarah memerlukan pelbagai pendekatan dan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji merupakan seorang pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP ambilan Jun 2013 di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Sabah. Selain itu pengkaji juga mengikuti kursus Pendidikan Sejarah Sekolah Rendah sebagai subjek major dan Bahasa Melayu dan Pendidikan Kesihatan sebagai subjek minor. Pada semester 8 kami diberikan satu tugasan yang mana kami perlu melaksanakan satu kajian tindakan bagi melengkapkan kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Disamping itu kaedah latih tubi menggunakan gambar merupakan bahagian yang penting dalam proses menyampaikan idea dan membantu proses mengingat murid dalam pegajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta dalam meningkatkan kecekapan tentang apa yang telah diajar ia bertujuan untuk mencapai tahap kemahiran atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya ia menjadi lebih kekal dalam ingatan. Latih tubi amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti mengingati peristiwa-peristiwa sejarah yang penting. Dengan menggunakan kaedah latih tubi pengkaji gunakan ini boleh disesuaikan dengan mana-mana tajuk lain yang pengkaji gunakan dalam membuat kajian ini. Melihat kepada kesesuaian yang mana banyak merujuk kepada kehendak standard kandungan dan juga standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Daripada standard kandungan dan standard pembelajaran ini pelbagai aktiviti yang boleh dirangka dengan menggunakan kaedah ini. Seorang guru harus bijak dalam membina atau mengaplikasikan apa jua kaedah atau teknik yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran murid agar dapat mencapai objektif pembelajaran dan fokus utama dalam Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah. FOKUS KAJIAN Pengkaji mendapati kebanyakan murid hanya tertumpu kepada fakta yang dipelajari di dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja dan tidak dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian. Justeru fokus kajian adalah penggunaan kaedah latih tubi dalam pembelajaran dapat menggerakkan minda murid untuk berfikir dan bukan menerima fakta yang disampaikan oleh guru semata-mata. Kajian ini difokuskan kepada sembilan orang murid Tahun 4 Aktif yang menunjukkan penguasaan yang lemah dalam topik Zaman Pra Sejarah dan subjek yang dibimbing untuk menjalankan kaedah berdasarkan topik tersebut. Oleh yang demikian pengkaji berpendapat satu kajian tindakan perlu dijalankan untuk memastikan murid dapat mengingati fakta mengingat topik zaman Prasejarah dengan lebih baik. Kajian ini dapat melihat sejauh mana tindakan yang dilakukan boleh membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mengingat dalam mata pelajaran Sejarah khususnya Zaman Prasejarah dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian murid dalam ujian dan peperiksaan yang dijalankan nanti. Pengkaji telah memilih kaedah pengajaran berkonsepkan

slide 3:

latih tubi berdasarkan gambar dalam meningkatkan kemahiran dan menarik minat murid mengikuti sesi pembelajaran. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif a. Meningkatkan kemahiran mengingat dengan mengetahui tempat tinggal kegiatan masyarakat dan kegunaan alatan keempat-empat zaman prasejarah dengan aplikasikan kaedah latih tubi menggunakan gambar. b. Meningkatkan kemahiran murid dengan menggunakan kaedah latih tubi menggunakan gambar dengan mengingati fakta yang betul keempat-empat zaman prasejarah. Persoalan Kajian a. Adakah kaedah latih tubi menggunakan gambar membantu murid dalam mengingat zaman prasejarah dalam mata pelajaran Sejarah b. Adakah kaedah latih tubi menggunakan gambar yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran meningkatkan kemahiran murid mengingati fakta yang betul keempat-empat zaman prasejarah PESERTA KAJIAN Kajian ini melibatkan 9 orang peserta kajian yang akan menjadi peserta kajian ini. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid lelaki dan lima orang murid perempuan daripada kelas Tahun 4 Aktif Sekolah Kebangsaan Kampong Biah Keningau Sabah. Sembilan orang murid ini mempunyai masalah mengingat dan mempunyai pencapaian akademik yang sederhana. Jadual 1 : Senarai Peserta Kajian bagi Kaedah Latih Tubi Menggunakan Gambar Bil Peserta kajian Jantina Umur 1. Murid 1 Lelaki 10 tahun 2. Murid 2 Lelaki 10 tahun 3. Murid 3 Perempuan 10 tahun 4. Murid 4 Perempuan 10 tahun 5. Murid 5 Lelaki 10 tahun 6. Murid 6 Lelaki 10 tahun 7. Murid 7 Perempuan 10 tahun 8. Murid 8 Perempuan 10 tahun 9. Murid 9 Perempuan 10 tahun

slide 4:

TINDAKAN YANG DIJALANKAN Pengkaji telah membuat beberapa langkah tindakan semasa melakukan kajian ini. Antara langkah-langkah tindakan yang telah pengkaji lakukan ialah pertama sekali mengenal pasti masalah. Seterusnya pengkaji telah membuat tinjauan awal tentang masalah yang telah dikenal pasti. Pengkaji menyediakan gambar bagi keempat-empat zaman prasejarah. Untuk mengatasi masalah ini penggunaan kaedah latih tubi menggunakan gambar diperkenalkan untuk melaksanakan kajian ini. Pengkaji menggunakan pemerhatian berdasarkan senarai semak. Berdasarkan pemerhatian selama empat minggu sepanjang pengajaran dan pembelajaran serta penyemakan buku latihan atau lembaran kerja yang diberi oleh guru. Pengkaji juga menggunakan lembaran kerja untuk melihat tahap penguasaan murid berdasarkan kaedah yang digunakan. Seterusnya selepas menjalankan ujian pra pengkaji mendedahkan murid dengan latih tubi yang berpandukan gambar. Peningkatan yang positif setelah kaedah latih tubi menggunakan gambar dan pascaujian dijalankan. Justeru kaedah latih tubi ini releven untuk dijadikan kajian tindakan seterusnya dapat dijadikan suatu inovasi baru tentang kaedah latih tubi menggunakan gambar bagi meningkatkan kemahiran mengingat murid dalam mata pelajaran Sejarah. Pengkaji menggunakan 3 kaedah mengumpul data dalam kajian ini. Antaranya ialah pemerhatian analisis dokumen dan ujian. Seterusnya pengkaji menganalisis data menggunakan skor pemarkahan yang sesuai dengan ujian yang dijalankan. Pengkaji telah menyemak data menggunakan kaedah trigulasi. DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian ini akan menjawab objektif dan persoalan kajian. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah menggunakan pemerhatian analisis dokumen dan praujian serta pascaujian. Semua data yang diperolehi dan dikumpul telah dianalisis serta disemak bagi menjawab persoalan dalam kajian tersebut. Kajian ini melibatkan dua persoalan iaitu: 1. Adakah kaedah latih tubi menggunakan gambar membantu murid dalam mengingat zaman prasejarah dama mata pelajaran Sejarah Soalan kajian yang pertama adalah untuk menilai sama ada kaedah latih tubi menggunakan gambar dapat membantu murid dalam mengingat zaman prasejarah dalam mata pelajaran Sejarah. Dalam menjawab persoalan ini pengkaji telah menggunakan senarai semak yang digunakan pada setiap tindakan yang dijalankan bagi melihat peningkatan pencapaian kemahiran mengingat nama sendiri di kalangan peserta kajian.

slide 5:

Jadual 1: Taburan Markah Murid dalam Tindakan 1 Murid Tindakan 1 Mengingat Zaman Prasejarah Melalui Gambar Berwarna Ujian 1 Ujian 2 Ujian 3 Ujian 4 Markah Tahap Markah Tahap Markah Tahap Markah Tahap A 60 SM 70 SM 90 TM 100 TM B 50 SM 70 SM 80 TM 90 TM C 60 SM 80 TM 90 TM 100 TM D 50 SM 60 SM 80 TM 90 TM E 60 SM 80 TM 90 TM 100 TM F 60 SM 80 TM 100 TM 100 TM G 70 SM 80 TM 100 TM 100 TM H 50 SM 80 TM 90 TM 100 TM I 40 SM 60 SM 80 TM 80 TM Jumlah min 55.6 73.0 88.9 95.5 Jadual 1 menunjukkan taburan markah bagi sembilan orang murid dalam tindakan yang pertama iaitu mengingat zaman prasejarah melalui gambar. Tindakan pertama ini diberikan empat kali ujian yang sama untuk setiap peserta kajian. Peratus markah bagi semua peserta kajian meningkat di setiap ujian yang dijalankan. Ujian keempat menunjukkan semua peserta kajian telah menguasai zaman prasejarah melalui gambar. Bagi ujian pertama semua peserta kajian mendapat tahap penguasaan sedang menguasai. Terdapat seorang sahaja mendapat markah 40 iaitu murid I tiga orang mendapat 50 iaitu murid BD dan H empat orang mendapat 60 iaitu murid A C E dan F dan satu orang mendapat 70 iaitu murid G. Ujian kedua empat orang mendapat tahap penguasaan sedang menguasai iaitu murid D dan I mendapat markah 60 serta murid A dan B mendapat markah 70. Lima orang peserta lagi mendapat tahap penguasaan telah menguasai iaitu murid C E F G dan H mendapat markah 80. Manakala ujian ketiga pula semua peserta mendapat tahap penguasaan telah menguasai iaitu skor markah 80-100. Murid B D dan I mendapat markah 80 murid A C E dan H mendapat markah 90 dan murid F dan murid G mendapat markah 100. Ujian keempat juga menunjukkan semua peserta kajian mendapat tahap penguasaan telah menguasai iaitu murid I mendapat 80 murid B dan murid D mendapat 90 dan murid A C E F G dan H mendapat markah 100. 2. Adakah kaedah latih tubi menggunakan gambar yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran meningkatkan minat murid untuk belajar dalam mata pelajaran Sejarah Dalam kajian ini praujian dan pascaujian adalah kaedah yang digunakan untuk mengumpul data-data. Sebelum praujian diberikan pengkaji telah membuat ujian diagnostik sebagai proses saringan untuk melihat bilangan murid yang masih belum menguasai kemahiran mengingati fakta berkenaan dengan keempat- empat zaman prasekolah. Pengkaji telah melihat hasil kerja murid dan membuat analisis untuk memilih murid yang perlu diberi bantuan dalam mengingati fakta berkenaan empat zaman prasejarah mengikut kriteria-kriteria tertentu.

slide 6:

Seterusnya barulah pengkaji memberikan praujian kepada 9 orang murid yang telah dikenal pasti tersebut. Rajah 1: Graf Praujian Rajah 1 diatas menunjukkan markah peserta kajian dalam praujian yang dijalankan. Praujian yang dijalankan adalah untuk melihat sejauhmana tahap penguasaan murid dalam mengingati fakta zaman prasejarah. Graf menunjukkan murid F dan murid I mendapat markah paling rendah iaitu 0 murid A B D E G dan H pula memperolehi markah yang sama iaitu 25 dan hanya murid C sahaja yang mendapat markah 50. Bagi membantu peserta kajian mengingati zaman prasejarah dengan betul pengkaji telah menggunakan kaedah latih tubi bergambar iaitu dalam gambar yang diberikan terdapat aktiviti- aktiviti prasejarah melalui dua tindakan. Setiap tindakan akan diulang sebanyak empat kali untuk memastikan murid menguasai kemahiran tersebut. Rajah 2: Graf Pascaujian Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E Muird F Murid G Murid H Murid I Pascaujian 100 75 100 100 100 100 75 50 50 0 20 40 60 80 100 120 Markah peratus Pascaujian

slide 7:

Rajah 2 diatas menunjukkan markah peserta kajian dalam pascaujian. Ujian yang diberikan adalah selepas peserta kajian diberikan rawatan secara berperingkat. Pascaujian diberikan adalah untuk melihat sejauhmana tahap penguasaan murid dalam mengingati fakta zaman prasejarah setelah diberikan bimbingan dengan menggunakan kaedah latih tubi bergambar. Graf di atas menunjukkan markah yang sangat baik berbanding markah ketika praujian dilakukan. Terdapat dua peserta mendapat markah 50 iaitu murid H dan murid I dua orang peserta lagi mendapat markah 75 iaitu murid B dan murid G dan selebihnya mendapat markah penuh 100 iaitu murid A murid C murid D murid E dan murif F. Rajah 3: Graf Perbandingan Praujian dan Pascaujian Rajah Graf 3 menunjukkan secara jelas skor markah peserta kajian semasa pelaksanaan praujian dan pascaujian. Merujuk kepada graf di atas palang berwarna biru mewakili praujian manakala palang berwarna merah mewakili pasaujian. Semua peserta kajian berjaya menunjukkan peningkatan yang cukup baik apabila berlakunya peningkatan dalam pascaujian selepas sesi rawatan dilaksanakan. Semasa praujian murid F dan murid I mencatat pencapaian yang paling rendah iaitu 0. Namun selepas di berikan rawatan dengan menggunakan kaedah latih tubi bergambar mereka menunjukkan peningkatan yang sangat baik. Murid F mendapat markah 100 dan murid I mendapat markah 50. Manakala peserta kajian yang lain juga menunjukkan peningkatan yang baik. REFLEKSI Kaedah latih tubi menggunakan gambar sememangnya suatu kaedah yang disukai oleh murid-murid di sekolah rendah. Ini kerana dengan kaedah sebegitu yang menggunakan gambar mereka akan berasa seronok dan secara tidak langsung akan dapat memberikan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

slide 8:

Dalam dapatan kajian yang telah diperolehi jelas menunjukkan perubahan positif daripada ketiga-tiga tindakan yang digunakan iaitiu Tindakan 1 melalui gambar zaman prasejarah Tindakan 2 iaitu gambar zaman prasejarah tanpa warna dan Tindakan 3 iaitu melalui gambar alat-alatan zaman prasejarah. Tindakan pertama ini diberikan empat kali ujian yang sama untuk setiap peserta kajian. Peratus markah bagi semua peserta kajian meningkat di setiap ujian yang dijalankan. Sebagai rumusan dengan penerapan gambar yang pelbagai juga jelas membantu murid dalam mengenal zaman-zaman prasejarah. Penggunaan kaedah ini bermaksud bahan bantu mengajar yang dihasilkan adalah berasaskan gambar iaitu gambar bersiri atau gambar tunggal yang dilihat dan ditunjukkan. Bahan bantu mengajar menjadi salah satu pelengkap untuk membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar dilihat menjadi aspek penting dalam pembelajaran kerana bahan bantu mengajar yang penuh dengan kreativiti ini mampu membantu pelajar meningkatkan daya rangsangan ketika belajar. Pelbagai gambar yang boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar sesuai dengan perkembangan semasa. Oleh itu penggunaan gambar semasa mengajar mempunyai kebaikannya tersendiri bagi pelajar dan guru. Kebaikan menggunakan gambar ini dapat merangsang minda pelajar untuk belajar dan menarik minat pelajar dan menjadi instrument dalam membantu pemahaman pelajar. Bahan bantu mengajar seperti gambar yang bervariasi seperti yang digunakan dalam ketiga-tiga tindakan yang dilakukan oleh pengkaji dikatakan dapat merangsang minda para pelajar juga memberi sumbangan yang besar dalam meningkatkan mutu pembelajaran. Secara tidak langsung bahan bantu mengajar ini mampu membantu para guru untuk menyelesaikan kaedah pengajaran yang sentiasa berubah. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN Kajian yang dilaksanakan ini menunjukkan keberkesanan kaedah latih tubih melalui gambar mampu membantu murid dalam mengingati zaman prasejarah. Oleh itu pengkaji ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk kajian seterusnya ialah mencadangkan agar kajian mengenai sikap murid terhadap matapelajaran Sejarah melalui kaedah main sambil belajar dijalankan ini. Ini kerana pengkaji dapati murid sangat tertarik dengan penerapan kaedah bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu seeloknya pada masa akan datang kajian ialah lebih memfokus kepada keputusan instrumen-instrumen kajian seperti ujian dan pemerhatian. Dengan melakukan kajian mengenai sikap ini juga seseorang pengkaji akan dapat membuktikan lagi keberkesanan keadaan bermain ini dalam pembelajaran murid. Ini kerana kajian memfokus kepada tingkahlaku murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah bermain. Ini bersesuaian dengan mendapat beberapa tokoh yang menyatakan kaedah main sambil belajar akan dapat memberikan pelbagai manfaat kepada murid dan guru dengan secara tidak langsung. Seterusnya ialah memberi lembaran kerja selepas setiap tindakan. Berdasarkan pada kajian yang telah dilaksanakan setiap sesi tindakan pengkaji tidak memberikan lembaran kerja yang membuktikan bahawa murid telah menguasai kemahiran tersebut pada setiap tindakan yang dijalankan. Oleh itu pada kajian yang seterusnya adalah lebih elok sekiranya setiap sesi tindakan

slide 9:

diberikan lembaran kerja untuk melihat tahap mengingat murid melalui kaedah latih tubi gambar. Seterusnya boleh menerapkan unsur nyanyian dalam kaedah latih tubi bergambar Penggunaan kaedah nyanyian terbukti berkesan dalam meningkatkan minat murid untuk belajar mengurangkan tingkah laku pasif menggalakkan penglibatan aktif murid sepanjang sesi PP serta dapat meminimumkan masalah disiplin di kalangan murid. Kaedah nyanyian dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan dan menghiburkan dengan penggunaan elemen nyanyian dalam PP. Daya ingatan akan bertambah kuat penggambaran cara dan imaginasi akan bertambah baik untuk menyelesaikan masalah dan pemikiran akan menjadi lebih aktif. RUJUKAN Abd. Samad 2005. Latih Tubi Dalam Kejurulatihan Sukan. PTS Publication Kuala Lumpur. Abdul Ghafar Md Din 2003. Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication Distributors Sdn Bhd. Chua Yan Piaw 2006. Kaedah Penyelidikan Buku 1. McGraw Hill Malaysia Sdn Bhd. Ee Ah Meng 1990. Pedagogi Satu Pengenalan. Edisi kedua. Petaling Jaya: Siri Pendidikan Fajar Bakti. Endra Devi Supiah SMK Dato’Mohd Reza N.Sembilan Che Nasir Che Hussin SMK Putera Kota Bharu Kelantan. Kaedah Belajar Sambil Bermain. Kuala Lumpur Kemmis Stephen and Robin McTaggart eds. 1998. The Action Researcher Planner Victoria Australia: Deakin University Press Malik Ibrahim. 2010. Triangulasi dalam Penelitian Kualitatif. Dilayari pada 08 September 2017 di laman web http://www.uin-malang.ac.id Mohamad Najib Abdul Ghafar 1999. Penyelidikan Tindakan. Johor: UniversitiTeknologi Malaysia Mok S. S. 2008. Psikologi Pendidikan dan Pedagogi: Murid dan Alam Belajar. Puchong Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bdn Rosinah Edinin. 2011. Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd Susan S. 1998. Triangulasi Sebagai Teknik Pengumpulan. Dilayari pada 12 September 2016 di laman web http://www.konsistensi.com

authorStream Live Help