11.TEKNIK ASK DB PETA MINDA BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM M

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

1 TEKNIK ASK DB PETA MINDA BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM MENGINGATI FAKTA SEJARAH MOHD LATIF BIN LATIF Pensyarah Penyelia: EN. ABDUL KADIR MOHD AZIS PISMP GSTT SEJARAH Amb. Jun 2013 gumatmamatgmail.com ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu meningkatkan penguasaan mengingat fakta sejarah melalui Teknik ASK DB Peta Minda dalam kalangan tahun 4 Biru Sk. Bintang Keningau. Seramai 4 peserta kajian telah dipilih. Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan tinjauan awal yang dijalankan melalui ujian dan pemerhatian. Model kajian yang digunakan ialah model Kemmis Mc Taggart 1988. Reka bentuk kajian bersifat Kuantitatif. Instrument yang digunakan untuk mengumpul data kajian adalah praujian pascaujian dan pemerhatian. Pengkaji telah menggunakan reka bentuk kajian kualitatif. Data analisis secara deskriptif dan dipersembahkan dalam peratus min. dapatan kajian menunjukkan berlaku peningkatan terhadap peserta kajian dalam mengingati fakta sejarah dengan betul berdasarkan peratus purata markah praujian 35 meningkat kepada 90 dalam pascaujian. Pemerhatian yang dibuat melalui senarai semak berdasarkan pemerhatian sebelum tindakan 12.5 meningkat kepada 87.5 selepas tindakan dilaksanakan yang menunjukkan berlaku peningkatan murid dalam menjawab soalan Sejarah. Oleh yang demikian aplikasi teknik ASK DB Peta Minda bukan sahaja membantu murid dalam mengingati fakta tetapi juga membantu murid menjawab soalan Sejarah dengan betul. Kata kunci : Teknik ASK DB Peta Minda bagi meningkatkan penguasaan murid dalam mengingati fakta sejarah ABSTRACT This action research conducted to help improve control given the facts of history through ASK DB Mind Map technique among the 4 Biru Sk. Bintang Keningau. A total of 4 study participants were selected. Selection of study participants was based on earlier surveys carried out through tests and observation. The model used was a model Kemmis Mc Taggart 1988. The study design was quantitative. Instrument used to collect survey data is pre-tests post-tests and observation. Researchers have used a qualitative research design. Data descriptive analysis and presented in percentage min. the results showed an increase of participants in the study considering the historical facts correctly based on the percent average pretest score of 35 rising to 90 in the post-tests. The observations made through a checklist based on the observation of previous actions rose 12.5 to 87.5 after the action was carried out which showed an increase in students in answering questions History. The application DB ASK Mind Map technique not only helps the students in considering the facts but also help students answer questions correctly history. Keywords: ASK DB Mind Map technique to improve student proficiency in considering the facts of history

slide 2:

2 PENGENALAN Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR mulai Tahun 4 di Tahap II. Ini bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran dalam mempelajari dan mendalami ilmu Sejarah. Setelah meneliti masalah yang dihadapi pengkaji merasakan masalah utama yang perlu difokuskan ialah kemahiran dalam meningkatkan daya ingatan murid dengan menggunakan teknik penyoalan peta minda. Peta minda adalah satu alat yang berfungsi seperti pemikiran visual yang dapat membantu pelajar mengorganisasi maklumat dengan berstruktur memahami mensintesis ingat kembali dan juga menghasilkan idea- idea baru yang mudah. Dalam perkataan lain mengingat informasi maklumat melalui peta minda boleh membantu otak kita bekerja dengan lebih cepat. Justeru langkah yang wajar perlu diambil bagi mengatasi setiap masalah dan kelemahan yang wujud. Tindakan ke atas permasalahan yang timbul perlu diberikan perhatian kerana boleh menyumbang dalam memartabatkan lagi mata pelajaran Sejarah khususnya di semua sekolah. Sepanjang beberapa minggu sesi praktikum pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap murid-murid di kelas ini dan terdapat masalah yang ditemui dalam kalangan murid di kelas 4 biru iaitu dalam kurang mengingati fakta sejarah. Kegagalan murid dalam mengingati fakta sejarah merupakan yang perlu diambil perhatian sewajarnya oleh guru. Masalah seperti ini secara tidak langsung boleh menyebabkan murid tidak dapat menguasai matapelajaran sejarah dengan baik. Justeru itu sebagai guru yang bertanggungjawab terhadap permasalahan murid pengkaji telah mereka satu kaedah atau teknik yang mana teknik ini membantu murid dalam meningati fakta sejarah dengan menggunakan teknik “ASK DB” peta minda.

slide 3:

3 FOKUS KAJIAN Pada bulan Julai iaitu selepas peperiksaan penggal pertama saya telah menentukan fokus kajian saya iaitu meningkatkan keupayaan pelajar mengingat fakta-fakta Sejarah melalui teknik ‘’ASK DB Peta Minda’’. Saya memilih fokus kajian ini kerana saya mendapati murid Tahun 4 biru yang memperoleh markah kurang daripada 50 untuk peperiksaan penggal pertama yang lepas memberi alasan bahawa mereka tidak berupaya untuk mengingat fakta-fakta sejarah. Oleh itu pengkaji telah membuat keputusan untuk membantu murid melalui penggunaan teknik ‘’ASK DB Peta Minda’’ supaya dapat meningkatkan keupayaan mengingatkan fakta-fakta Sejarah di kalangan murid. Maka Fokus kajian pengkaji ialah tentang masalah murid dalam mengingat fakta yang dihadapi di sekolah ini. Selain itu murid-murid Tahun 4 biru ini sukar memahami dan tidak minat terhadap mata pelajaran Sejarah. Oleh yang demikian setelah menjalankan kajian awal pengkaji telah memilih teknik yang dapat membantu meningkatkan prestasi minat dan penglibatan murid dengan menggunakan teknik ASK DB Peta Minda. OBJEKTIF KAJIAN 1. Meningkatkan penguasan murid dalam mengingat fakta dengan penggunaan teknik ASK DB Peta Minda. 2. Murid dapat mengaplikasi teknik ASK DB Peta Minda dalam menjawab soalan berdasarkan fakta Sejarah. SOALAN KAJIAN 1. Adakah aplikasi teknik ASK DB Peta Minda dapat meningkatkan penguasaan murid dalam mengingat fakta Sejarah. 2. Adakah murid dapat mengaplikasi teknik ASK DB Peta Minda dalam menjawab soalan berdasarkan fakta Sejarah.

slide 4:

4 PESERTA KAJIAN Kajian ini melibatkan empat orang murid yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Secara keseluruhannya prestasi akademik peserta kajian pada tahap yang sederhana TINDAKAN YANG DIJALANKAN Bagi mengatasi masalah penguasaan mengingat fakta sejarah ini pengkaji telah merancang untuk mengaplikasi teknik ASK DB peta minda dalam membantu murid untuk penguasaan mengingati fakta sejarah. Untuk kajian ini pengkaji membuat keputusan untuk mengaplikasikan model Kajian Mc Taggaert 1988. Model tesebut telah diubah suai seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1 . kajian ini mengandungi empat fasa iaitu merancang plan Tindakan Action Memerhati Observe dan Refleksi Reflect. Rajah 1: Proses Kajian Tindakan Kemmis Mctaggart

slide 5:

5 Setelah membuat refleksi ke atas pengajaran dan pembelajaran yang lalu dan mengesan masalah murid dalam mengingati fakta sejarah pengkaji mula merancang langkah-langkah untuk menjalankan teknik ASK DB Peta minda. Teknik ASK DB merupakan satu teknik membuat peta minda dalam bentuk soalan yang mana murid bukan sekadar membuat nota peta minda atau menyalin sahaja seperti kebiasaan tetapi murid perlu membaca dan memahami peristiwa sejarah yang dipelajari untuk menghasilkan peta minda ASK DB. Secara tidak langsung ini dapat melatih asas kemahiran sejarah murid. Idea Teknik ASK DB ini tercetus apabila pengkaji melihat kecenderungan murid pada tahap sederhana dan lemah memerlukan satu kemahiran atau teknik bagi membantu murid mengingati fakta sejarah. Pada fasa bertindak pengkaji telah melaksanakan 4 kali tindakan. Hal bertujuan untuk melihat kesesuaian Teknik ASK DB Peta Minda digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Fasa seterusnya menjalani pemerhatian menganalisis data dan membuat refleksi terhadap tindakan yang telah dijalankan. Jika pada kitaran pertama tidak mencapai objektif pengkaji mencuba kepada kitaran kedua yang juga melalui fasa yang sama sehingga mencapai objektif kajian. KAEDAH MENGUMPUL DATA Dalam pelaksanaan kajian ini pengumpulan data telah dibuat berdasarkan ujian pra pasca ujian dan lembaran kerja. Ujian pra dan Pasca dijalankan kepada murid untuk mengesan sejauh mana penguasaan mereka untuk mengingati fakta Sejarah. Ujian pra dijalankan terhadap lima belas orang murid sebagai satu penilaian awal terhadap tahap keupayaan murid dalam menjawab soalan dengan menggunakan fakta Sejarah yang betul. Pemilihan murid adalah berdasarkan pemerhatian awal pengkaji selepas mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran. Hampir tiga perempat murid tidak dapat mengingati fakta Sejarah berdasarkan tajuk yang disampaikan oleh pengkaji. Ujian pasca dijalankan selepas pengkaji menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik ASK DB Peta Minda. Ini bertujuan untuk mengukur kefahaman murid penguasaan dalam mengingat fakta Sejarah.

slide 6:

6 Jadual 1 Senarai semak borang pemerhatian BORANG SENARAI SEMAK PEMERHATIAN NAMA MURID : BIL KRITERIA PEMERHATIAN YA / TIDAK X 1 Murid dapat menggunakan fakta sejarah dengan betul 2 Murid dapat mengenalpasti peristiwa yang terdapat dalam fakta sejarah. 3 Murid dapat menyenaraikan tokoh yang terlibat dalam peristiwa sejarah. 4 Murid dapat menyenaraikan punca berlakunya peristiwa sejarah. 5 Murid dapat menyenaraikan tempat kejadian yang terdapat dalam fakta sejarah. CARA MENGANALISIS DATA Dalam analisis data ini pengkaji telah menganalisis dapatan ujian pasca menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan peratus. Ini adalah untuk melihat pencapaian yang dicapai oleh setiap murid yang terlibat. Melalui ujian pra dan ujian pasca akan dapat mengukur keberkesanan teknik ASK DB Peta Minda dalam meningkatkan penguasaan murid tahun 4 Biru dalam mengingat fakta Sejarah. Jadual 2 Skala tahap penguasaan Tahap Markah Pencapaian 1 0-29 sangat lemah 2 30-39 lemah 3 40-59 sederhana 4 60-79 baik 5 80-100 cemerlang Sumber diubahsuai dari kajian Nor Safwah 2014 CARA MENYEMAK DATA Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan trianggulasi sebagai teknik menyemak data. Trianggulasi dalam sebuah kajian adalah penting untuk mendapatkan data yang tepat. Dalam pengumpulan data pengkaji sering menjumpai ketidaksamaan diantara data yang diperolehi. Trianggulasi bermaksud penggunaan kaedah yang berbeza bagi mendapatkan lebih dari satu bentuk data supaya dapatan kajian akan lebih meyakinkan

slide 7:

7 dan dapat meningkatkan kesahan data yang dikumpul. Menurut Flick 1992 trianggulasi adalah membawa kepada multi-pespek dan meta interprestasi. DAPATAN KAJIAN Adakah aplikasi teknik ASK DB Peta Minda dapat meningkatkan penguasaan murid dalam mengingat fakta Sejarah. Jadual 3 Keputusan markah praujian Peserta kajian Markah 10 Peratusn Tahap Pencapaian A 3 30 2 lemah B 4 40 3 sederhana C 3 30 2 lemah D 4 40 3 sederhana Setiap ujian mengandungi lima soalan dan setiap soalan yang dijawab dengan betul akan diberikan dua markah. Berdasarkan data yang diperoleh melalui praujian peserta kajian A berjaya menjawab satu soalan dengan faktaa sejarah yang kurang tepat dan memperoleh 3 markah iaitu 30 masih berada pada tahap 2 pencapaian kategori lemah. Manakala peserta kajian B memperoleh sebanyak 4 markah iaitu sebanyak 40 yang berada pada tahap 3 pencapaian sederhana. seterusnya peserta kajian C memperoleh 3 markah iaitu 30 yang berada pada tahap 2 pencapaian lemah diikuti dengan peserta kajian D yang memperoleh 4 markah iaitu 40 yang berada pada tahap 3 dalam kategori sederhana. Hasil daripada markah praujian pengkaji merancang untuk membantu peserta kajian dalam meningkatkan penguasaan mengingati fakta sejarah dalam kalangan murid.

slide 8:

8 Jadual 4 Keputusan markah pascaujian Peserta kajian Markah 10 Peratus Tahap Pencapaian A 7 70 4 baik B 9 90 5 cemerlang C 10 100 5 cemerlang D 10 100 5 cemerlang Berdasarkan analisis data pascaujian dalam jadual 4 semua peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Setelah 4 kali tindakan dua orang peserta kajian C dan D memperoleh markah penuh sebanyak 10 markah dengn pencapaian 100 dan berada pada tahap 5 yang cemerlang. Manakala peserta kajian B memperoleh sebanyak 9 markah dengan pencapaian 90 juga berada di tahap 5 iaitu cemerlang. Peserta kajian A mendapat 7 markah dengan pencapaian 70 pada tahap 4 pencapaian baik. secara keseluruhannya semua peserta kajian mendapat marakah pada tahap 70 hingga 100. Berdasarkan hasil dapatan praujian dan pasca ujian yang telah dijalankan dapat dilihat peningkatan pencapaian peserta kajian dalam mengingati sejarah dan menjawab soalan sejarah dengan baik. Peningkatan ini dapat diperjelaskan berdasarkan data yang terdapat dalam jadual 5. Jadual 5 Perbandingan keputusan praujian dan pascaujian Peserta kajian Markah praujian Markah pascaujian Peratusan peningkatan A 30 70 40 B 40 90 50 C 30 100 70 D 40 100 60 Kesan berpandukan teknik yang saya gunakan dapat dilihat dan dibuktikan melalui peningkatan pencapaian markah murid yang agak ketara dalam pascaujian. Peningkatan dalam pencapaian markah murid juga membuktikan bahawa penggunaan teknik ASK DB Peta Minda dapat membantu murid dalam mengingati fakta sejarah.

slide 9:

9 Perbandingan yang lebih jelas mengenai peningkatan pencapaian markah murid dapat dilihat dalam perbandingan keputusan praujian dan pascaujian pada rajah 2. Rajah 2 : Perbezaan markah praujian dan pasca ujian peserta kajian Jadual 6 Perbandingan skala tahap penguasaan peserta kajian Peserta kajian Tahap penguasaan Praujian Pascaujian Peserta kajian A 2 4 Peserta kajian B 3 5 Peserta kajian C 2 5 Peserta kajian D 3 5 Jadual 6 menunjukkan peningkatan tahap penguasaan peserta kajian dalam mengingati fakta sejarah. Selepas praujian dijalankan pengusaan peserta kajian mengingati fakta sejarah berada pada tahap lemah sederhana dan menunjukkan peningkatan kepada tahap 5 selepas menjalani pascaujian dengan pencapaian yang cemerlang. Manakala peserta kajian a dan d pada tahap 2 selepas praujian masing-masing telah meningkat kepada tahap yang baik dan cemerlang. Peserta kajian b juga menunjukkan peningkatan dalam tahap penguasaan tahap 3 iaitu lemah meningkat mencapai tahap cemerlang. Jadual 7 Min peningkatan markah peserta kajian Ujian Jumlah Skor Peratus Peserta Kajian Jumlah Peserta Kajian Min Praujian 140 4 35 Pascaujian 360 4 90 0 20 40 60 80 100 120 Murid A Murid B Murid C Murid D praujian pascaujian

slide 10:

10 Berdasarkan pada jadual 7. Min peningkatan peserta kajian jelas membuktikan bahawa aplikasi Teknik ASK DB Peta Minda dapat membantu peserta kajian dalam meningkatkan pengusaan mengingat fakta sejarah. Hal ini kerana peningkatan sebanyak 55 min iaitu dari 35 pada prauijian yang jelas menunjukkan peningkatan kepada 90 pada pascaujian. perbandingan secara min dapat dijelaskan dalam rajah 3. Rajah 3. Perbandingan min peratus markah praujian dan pasca ujian Soalan kedua : Adakah murid dapat mengaplikasi teknik ASK DB peta minda dalam menjawab soalan berdasarkan fakta sejarah. Jadual 8 Analisis Pemerhatian Berdasarkan Senarai Semak Selepas Tindakan. Borang senarai semak pemerhatian selepas tindakan Peserta Kajian Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6 Jumlah A / / / X X / 4 B / / / / X / 5 C / / / / / / 6 D / / / / / / 6 Jadual 8 menunjukkan analisis dapatan pengkaji selepas melaksanakan Teknik ASK DB Peta Minda. selepas sesi tindakan dijalankan pengkaji mendapati semua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang ketara. Semua peserta kajian dapat menjawab soalan menggunakan fakta sejarah dengan betul. Hal ini jelas menunjukkan peserta kajian tahu menggunakan fakta sejarah dalam menjawab soalan sejarah. 0 20 40 60 80 100 Praujian pascaujian Min Peratus Min Peratus

slide 11:

11 Rajah 4. Peningkatan peserta kajian dalam menjawab soalan sejarah Rajah 4 menunjukkan perbandingan yang lebih jelas mengenai peningkatan peserta kajian dalam menjawab soalan berdasarkan fakta Sejarah sebelum dan selepas tindakan dilaksanakan. Secara kesimpulannya instrument dalam pemerhatian menunjukkan perbezaan dari segi cara peserta kajian menjawab soalan menggunakan fakta sejarah yang sesuai sebelum sesi tindakan dan selepas sesi tindakan dilaksanakan. Selepas sesi tindakan dilaksanakan peserta kajian dapat menjawab soalan sejarah dengan fakta yang betul telah menunjukkan perubahan dengan peserta kajian dapat mengaplikasikan Teknik ASK DB dalam menjawab soalan berdasarkan fakta Sejarah. REFLEKSI Setelah kajian dijalankan saya dapati penggunaan kaedah peta minda dalam kajian ini ada memberi kesan yang positif terhadap prestasi murid. Kaedah ini dapat mempertingkatkan marakah mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi. Saya juga berpuas hati dengan hasil kajian ini kerana kaedah yang digunakan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran saya telah menampakkan hasil yang memberangsangkan brbanding kaedah yang saya gunakan sebelum ini. Sebagai kesimpulannya daripada kajian ini saya dapati sebagai seorang bakal guru saya perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Setiap kaedah yang kita gunakan ada kelebihan dan kelemahannya untuk digunakan kerana setiap orang 0 1 2 3 4 5 6 7 A B C D Sebelum tindakan selepas tindakan

slide 12:

12 murid kita berbeza dari berbagai segi. Saya berpuas hati dengan kajian ini kerana hasilnya telah memberi petanda yang baik untuk saya meneruskan lagi penyelidikan saya. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN Sebagai permulaan kepada sesebuah kajian pengkaji hanya menggunakan empat orang peserta kajian sahaja. Perkara ini juga berkaitan dengan situasi semasa di sekolah yang menyebabkan pengkaji hanya mengambil empat orang peserta kajian sahaja. Teknik “ASK DB” Peta Minda ini juga boleh dikaji dengan menggunakan lebih dari empat orang peserta kajian. Perkara ini dirasakan perlu kerana dengan adanya peserta kajian yang lebih ramai maka keberkesanan teknik ini dapat dinilai seterusnya menambahkan lagi kebolehpercayaan data yang diperolehi. Kajian yang telah dilaksanakan hanya menggunakan murid tahun 5 sebagai peserta kajian. Kajian ini boleh dilaksanakan pada semua tahap murid terutamanya murid di tahap dua yang mengalami masalah yang sama iaitu masalah mengingat fakta sejarah. Dengan tindakan yang telah dilaksanakan pengkaji yakin bahawa teknik “ASK DB” Peta Minda ini juga boleh dijalankan pada semua tahap murid. Dengan berpandukan tindakan yang telah dilaksanakan pengkaji yakin teknik ini akan dapat mengatasi masalah murid walau murid berkenaan berada pada tahap yang berbeza. Teknik yang digunakan pengkaji merupakan teknik yang sesuai dilaksanakan di pelbagai sekolah. Ini kerana teknik ini mudah untuk dilaksanakan memandangkan pada peringkat awal pengkaji hanya menggunakan peta minda sebagai bahan bantu mengajar. Perkara yang sama juga boleh dilakukan di sekolah lain kerana peta minda sudah tidak asing lagi dalam dunia pendidikan. Teknik ini juga tidak terikat kepada peta minda sahaja tetapi boleh dilaksanakan dengan menggunakan kreativiti pengkaji. Perkara lain tentang kelebihan teknik ini ialah teknik ini boleh menjimatkan perbelanjaan semasa yang ditanggung oleh pengkaji.

slide 13:

13 RUJUKAN Ab. Fatah Hassan. 1994. Penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran. Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia. Alias Bin Puteh.2009. Kajian Tindakan di Sekolah : Satu pengenalan. Jitra : Pure Honey Enterprise Altablig Ali. 2006. Penggunaan peta minda dalam meningkatkan konsep atau fakta sejarah-Bab 1 Tingkatan 4. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan Pendidikan Perak. hlm 87 – 99. Asma Ishak. 2005. Meningkatkan kemahiran mencatat isi-isi penting di kalangan Murid tahun 4 dengan menggunakan peta minda. Jurnal Kajian Tindakan Guru. InstitutPerguruan Perlis : 133-145. Denzin N K 1979 The research act : a theoretical introduction to sociological methods. New York : Mc Graw Hill. Dilip Mukerjea. 1996. Superbrain – Train Your Brain and Unleash The Genius Within. Singapore : Oxford University Press. Flick U. 1992. Triangulation revisited: strategy of validation or alternative journal for the theory of social behaviour. Kemmis. S McTaggart. R 1988 The action research planner. Victoria Australia: Deskin University Press.

slide 14:

14 Poh Swee Hiang. 2006. Kemahiran Berfikir - Kurikulum Kursus Persediaan Program Sarjana Muda Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Rusilah Jais et.al. 2004. Penggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di Kalangan pelajar perakuanan. atas talian. http://www.kmph.edu.my/WebRnD/ 11 mac 2017 Shahbudin Hashim Mahani Razali Ramlah Jantan. 2007. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional. Sim Ah Hock Dr. et. al. 1997. Kesan strategi pemetaan konsep terhadap Pemprosesan maklumat sains dalam tutorial pembelajaran berbantukan komputer. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 1997. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim. hlm 124 – 141. Subadrah Madhawa Nair. 2001. Penggunaan peta minda sebagai satu strategi dalam pengajaran kesusasteraan melayu. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan. Fakulti Pendidikan UKM. Tony Buzan. 2006. Mind Mapping - Kick-Start Your Creativity and Tranform Your Life. England : BBC Active

authorStream Live Help