15.APLIKASI TEKNIK “ KOD MERBAK JANGAN LUPA” MEMBANTU MURID MENGINGAT

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

1 APLIKASI TEKNIK “ KOD MERBAK JANGAN LUPA” MEMBANTU MURID MENGINGAT GELARAN KETUA NEGERI DI MALAYSIA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 Nurhidayah Binti Ramli Encik Abdul Kadir Mohd Azis PISMP SEJARAH AMBILAN JUN 2013 udakhidayahyahoo.com ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan untuk meninjau kesan penggunaan teknik “KOD MERBAK JANGAN LUPA” dalam membantu murid Tahun 5 USM dalam mengingat fakta sejarah gelaran ketua negeri bagi negeri-negeri di Malaysia. Disamping itu penyelidikan ini memberi ruang kepada saya untuk meningkatkan kerjasama murid terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah.Peserta kajian terdiri daripada enam orang murid Tahun 5 USM.Teknik mengumpul data yang digunakan ialahpraujian dan pascaujian analisis dokumen dan pemerhatian berstruktur. Data kemudian dianalisis secara analisis kandungan dan pola iaitu menggunakan peratus dan min manakala data pemerhatian berstruktur dikaji berdasarkan kekerapan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan pencapaian markah murid dilihat berdasarkan peratus min iaitu 31 praujian meningkat kepada 100 pascaujian. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan peningkatan kerjasama murid dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Sehubungan itu hasil kajian mendapati teknik “KOD MERBAK JANGAN LUPA” mendatangkan kesan positif terhadap prestasi murid dalam mengingat fakta sejarah dan menambah baik amalan pengajaran saya. Kata Kunci :“KOD MERBAK JANGAN LUPAKemahiran MengingatTahun 5 ABSTRACT This action research was conducted to explore the impact of using the “KOD MERBAK JANGAN LUPA” technique in helping students in Years 5 USM to remember list of head of states’s titles in Malaysia. In addition this research was designed to improve student collaboration in the process of teaching and learning history. Study participants are from six students of Years 5 USM. Assesment instrument used were a pre-tests and post-tests analysis of documents and structured observations. Data were analyzed by analysis of the content and pattern of using percentage and mean while structured observation data was analyzed based on the frequency. The results showed an increase in student achievement scores based on the mean percentage from 31 for pretest increased to 100 for post-tests. The result of research also showed the student have an improvement in collaboration when learning history. Accordingly the study result when using the “KOD MERBAK JANGAN LUPA” technique there were positive effects on student performance in helping students to remember list of head of states’s titles in Malaysia and also improved my method of teaching. Keywords : “KOD MERBAK JANGAN LUPA” Memory Skills Year

slide 2:

2 PENGENALAN Pengkaji merupakan seorang guru pelatih di bawah program PISMP Sejarah Jun 2017 di IPG Kampus Keningau.Tugasan yang diberikan adalah salah satu tugasan wajib yang perlu dilaksanakan bagi guru pelatih semester akhir dalam latihan perguruan. Pengkaji telah menjalani tiga fasa praktikum di beberapa buah sekolah rendah di Keningau.Pengkaji telah memilih sub topik dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 5 iaitu gelaran Ketua Negeri bagi Negeri-negeri di Malaysia.Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran lepas pengkaji mendapati bahawa murid mengalami masalah untuk mengingat gelaran Ketua Negeri bagi negeri-negeri di Malaysia dengan betul.Pengkaji mendapati murid keliru dan tidak menyatakan gelaran Ketua Negeri serta negeri-negeri dengan tepat. Masalah yang dikesan oleh pengkaji terhadap murid tahun 5 Universiti Sains Malaysia USM di sekolah tersebut menyebabkan pengkaji berfikir untuk mencari jalan penyelesaian bagi membantu murid mengingat gelaran Ketua Negeri bagi Negeri-negeri di Malaysia dengan betul.Pengkaji telah merancang untuk menggunakan gabungan dua kaedah iaitu penggunaan warna dan Mneumonik bagi membantu murid mengingat Pengkaji telah merancang untuk menggunakan gelaran Ketua Negeri di Malaysia. Pengkaji telah membuat pengumpulan data awal terhadap murid dengan cara temubual separa berstruktur dengan guru matapelajaran Sejarah kelas tersebut. Bagi memperkukuhkan lagi data tersebut pengkaji menjalankan praujian kepada semua murid tersebut. Berdasarkan kepada pengumpulan data awal terdapat 6 orang murid yang mendapat kurang daripada 10 soalan daripada 13 soalan yang diberikan berkaitan dengan gelaran Ketua Negeri di Malaysia. Selain itu berdasarkan maklumat awal yang pengkaji perolehi sebelum ini murid didedahkan dengan kaedah “power point” dalam matapelajaran sejarah. Justeru itu pengkaji berasa bertanggungjawab untuk membantu murid yang tidak menguasai kemahiran mengingat fakta sejarah bagi mengingat gelaran Ketua Negeri bagi negeri-negeri di Malaysia dengan betul. Pengkaji berharap tindakan yang telah dirancang dapat membantu murid untuk mengingat mengingat gelaran Ketua Negeri bagi negeri-negeri di Malaysia dengan tepat. Sehubungan itu pengkaji menggunakan warna dan kaedah Mneumonik dalam menbantu murid untuk mengingat fakta sejarah dan menarik minat serta kerjasama murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah. FOKUS KAJIAN Fokus kajian yang menjadi tumpuan pengkaji ketika menjalankan kajian ini adalah berkaitan dengan mengingat fakta sejarah iaitu gelaran ketua negeri bagi negeri- negeri di Malaysia. Selain itu pengkaji juga mendapati bahawa murid kurang memberikan kerjasama dalam terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Lantaran itu satu teknik pengajaran yang sesuai dan berkesan perlu diambil bagi mengatasi masalah ini yang bersesuaian dengan tahap dan kemampuan murid. Pengkaji telah memilih kaedah pengajaran menggunakan warna dan Mneumonik dalam membantu murid mengingat gelaran ketua negeri yang dinamakan sebagai “KOD MERBAK JANGAN LUPA”.

slide 3:

3 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif 1. Meningkatkan tahap prestasi murid dalam mengingat fakta sejarah gelaran ketua negeri bagi negeri-negeri di Malaysia dengan menggunakan teknik “KOD MERBAK JANGAN LUPA”. 2. Teknik “KOD MERBAK JANGAN LUPA” meningkatkan kerjasama murid terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Persoalan Kajian 1. Adakah murid dapat meningkatkan tahap prestasi dalam mengingat fakta sejarah gelaran ketua negeri bagi negeri-negeri di Malaysia dengan menggunakan teknik “KOD MERBAK JANGAN LUPA” 2. Adakah penggunaan teknik “KOD MERBAK JANGAN LUPA” ini dapat meningkatkan kerjasama murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Sejarah PESERTA KAJIAN Kajian ini melibatkan 6 orang murid dari kelas tahun 5 Universiti Sains Malaysia USM di Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau. Pengkaji memilih peserta kajian berdasarkan kepada praujian yang diberikan oleh pengkaji kepada murid- murid yang menjawab soalan tentang gelaran ketua negeri bagi negeri-negeri di Malaysia kurang daripada 10 soalan yang betul daripada 13 soalan. Bil. Jantina Bilangan 1 Lelaki 2 2 Perempuan 4 Jumlah 6 Jadual 1. Bilangan Peserta Kajian Tahun 5 USM

slide 4:

4 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Rajah 1. Adaptasi Model Stephen Kemmis dan Mc Taggart 1988 MERANCANG Mengenal pasti masalah murid iaitu tidak dapat mengingat fakta sejarah gelaran ketua negeri dengan baik melalui lembaran kerja murid. Merancang teknik ”Kod MerBaK JANGAN LUPA” untuk membantu murid dalam meningkatkan prestasi murid dalam mengingat fakta sejarah. BERTINDAK Menjalankan praujian. Memperkenalkan teknik ”Kod MerBaK JANGAN LUPA”. Melaksanakan 3 kali sesi rawatan. Menjalankan pemerhatian berstruktur bersama dengan guru pembimbing. Menjalankan pascaujian. MEMERHATI Menganalisis data yang diperolehi daripada pemerhatian berstruktur praujian dan pascaujian serta analisis dokumen. MEREFLEKSI Membuat refleksi berdasarkan bukti yang dikumpulkan. Mereflek tentang kesan penggunaan teknik ”Kod MerBaK JANGAN LUPA”.

slide 5:

5 LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN Merujuk kepada model kajian yang sedia ada pengkaji telah membuat keputusan menggunakan Model Stephen Kemmis dan Mac Taggart 1988 sebagai model utama semasa melaksanakan kajian yang dirancang. Berpandukan model Stephen Kemmis dan Mac Taggart 1988 ia menyarankan empat langkah kajian tindakan yang berdasarkan kepada beberapa siri gelungan iaitu merancang bertindak bertindak memerhati dan merefleksi. Pengkaji akan memperkenalkan teknik “Kod MerBaK JANGAN LUPA” dan cara mengaplikasikan teknik ini kepada murid secara lisan sahaja.Kemudian pengkaji akan meminta murid untuk mencatatkan maksud-maksud warna yang mewakili gelaran ketua negeri di Malaysia dan negeri-negerinya dalam buku latihan mereka supaya mereka dapat mengingat dengan mudah dan mengaplikasinya dengan baik.Kemudian pengkaji akan meminta murid untuk membina Mneumonik atau rangkai kata menggunakan pangkal huruf bagi negeri-negeri di Malaysia mengikut gelaran ketua negeri.Tempoh masa akan diberikan kepada peserta kajian. Kemudian saya akan meminta murid untuk menghafal elemen-elemen yang terdapat dalam “KOD MERBAK JANGAN LUPA” Setelah murid-murid berjaya menghafal elemen-elemen yang terdapat dalam teknik “KOD MERBAK JANGAN LUPA” pengkaji akan meminta murid untuk mengenal pasti gelaran ketua negeri bagi negeri-negeri di Malaysia berdasarkan lembaran kerja diberikan oleh pengkaji. Dalam penggunaan langkah ini murid akan didedahkan mengenai penggunaan jadual “KOD MERBAK JANGAN LUPA”.Di sini murid-murid dikehendaki untuk mengelaskan dan membahagikan warna yang mewakili setiap gelaran ketua negeri serta negeri-negeri di Malaysia.Selepas itu murid diminta untuk melengkapkan jadual berdasarkan “Kod MerBaK JANGAN LUPA” mengikut gelaran ketua negeri yang betul. pengkaji juga akan membantu murid untuk mengenal pasti dan seterusnya menyatakan elemen-elemen “Kod MerBaK JANGAN LUPA” iaitu warna merah mewakili Yang Dipertua Negeri warna Biru pula Yang Dipertuan Besar dan warna Kuning iaitu Raja atau Sultan.Manakala bagi memudahkan murid-murid mengingat gelaran ketua negeri kaedah Mneumonik juga digunakan bagi mewakili gelaran ketua negeri yang digunakan. Bagi gelaran Yang Dipertua Negeri ialah Pulang Makan Sama – Sama iaitu P Pulau Pinang M Melaka S Sabah dan S Sarawak. Gelaran Ketua Negeri Sultan iaitu Kami Jalan Pergi Pantai Sama Tok ialah K Kedah J Johor P Perak P Pahang S Selangor T Terengganu dan K Kelantan. Seterusnya Murid diminta untuk menyenaraikan gelaran ketua negeri dan nama negeri mengikut “Kod MerBaK JANGAN LUPA” berdasarkan peta konsep yang disediakan. Kemudian murid akan disusuli dengan aktiviti mewarnakan peta Malaysia berdasarkan penggunaan “Kod MerBaK JANGAN LUPA”. Dalam langkah ini murid akan diberikan penekanan kepada mengenalpasti kod warna bagi gelaran Yang Dipertuan Negeri Yang Dipertuan Besar dan Raja atau Sultan terlebih dahulu sebelum mewarnanya. Langkah ini juga langkah yang dapat menilai tahap keberkesanan Teknik “Kod MerBaK JANGAN LUPA”dalam membantu murid

slide 6:

6 meningkatkan tahap prestasi murid dalam mengingat fakta sejarah gelaran ketua negeri bagi negeri-negeri di Malaysia. DAPATAN KAJIAN Persoalan Kajian 1 Adakah murid dapat meningkatkan tahap prestasi dalam mengingat fakta sejarah gelaran ketua negeri bagi negeri-negeri di Malaysia dengan menggunakan teknik “Kod MerBaK JANGAN LUPA” Hasil pencapaian ujian dan tindakan intervensi peserta kajian telah dianalisis. Rajah 2. Perbandingan Peningkatan Peserta Kajian Semasa Sesi Rawatan Berdasarkan Rajah 2 terdapat peningkatan yang ketara bagi peserta kajian dalam sesi rawatan.Peningkakatan yang ketara dapat dilihat pada sesi rawatan ketiga iaitu semua peserta mendapat 100 markah. Rajah 3. Perbandingan Markah Praujian dan Pascaujian Rawatan 1 Rawatan 2 Rawatan 3 Peserta Kajian A 38 77 100 Peserta Kajian B 31 69 100 Peserta Kajian C 38 77 100 Peserta Kajian D 46 85 100 Peserta Kajian E 31 77 100 Peserta Kajian F 46 92 100 0 20 40 60 80 100 120 Perbandingan Peningkatan Murid Semasa Sesi Rawatan Peserta Kajian A Peserta Kajian B Peserta Kajian C Peserta Kajian D Peserta Kajian E Peserta Kajian F PESERTA KAJIAN A PESERTA KAJIAN B PESERTA KAJIAN C PESERTA KAJIAN D PESERTA KAJIAN E PESERTA KAJIAN F PRA UJIAN 23 23 31 46 23 38 PASCAUJIAN 100 100 100 100 100 100 0 20 40 60 80 100 120 Peratus PERBANDINGAN MARKAH PRAUJIAN DAN PASCAUJIAN PRA UJIAN PASCAUJIAN

slide 7:

7 Berdasarkan hasil dapatan didapati bahawa kesemua peserta kajian tersebut berjaya mendapat markah pada tahap yang cemerlang 100 dalam pascaujian. Berdasarkan perubahan yang ditunjukkan oleh pesrta kajian pengkaji mendapati bahawa penggunaan teknik “KOD MERBAK JANGAN LUPA” telah membantu murid dalam meningkatkan kemahiran mengingat fakta sejarah gelaran ketua negeri bagi negeri-negeri di Malaysia. Persoalan Kajian 2 Adakah penggunaan teknik “KOD MERBAK JANGAN LUPA” ini dapat meningkatkan kerjasama murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Sejarah ITEM PEMERHATIAN PEMERHATIAN P1 P2 P3 1 3 5 6 2 2 5 6 3 3 5 6 4 3 5 6 5 2 4 6 6 4 5 6 Jadual 2. Analisis Pemerhatian Pengkaji Berdasarkan Item Senarai Semak Jadual 2 menunjukkan analisis dapatan pemerhatian pengkaji terhadap kerjasama murid. Pengkaji dapat mengenalpasti penggunaan “KOD MERBAK JANGAN LUPA” dapat meningkatkan kerjasama peserta kajian dalam mata pelajaran Sejarah. Rajah 4. Analisis Dapatan Pemerhatian Pengkaji Terhadap Kerjasama Peserta Kajian Berdasarkan Senarai Semak 0 1 2 3 4 5 6 7 Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 KEKERAPAN ITEM PEMERHATIAN 1 PEMERHATIAN 2 PEMERHATIAN 3

slide 8:

8 Rajah 10. Analisis Perbandingan Dapatan Pemerhatian Pengkaji dengan Guru Pembimbing Sejarah Kesimpulannya hasil daripada analisis pemerhatian kedua-dua pemerhati pengkaji dan guru pembimbing Sejarah telah membuktikan bahawa persoalan kedua telah terjawab dengan jayanya.Dapatan kekerapan menunjukkan peningkatan yang positif telah memperlihatkan keberkesanan teknik “KOD MERBAK JANGAN LUPA” ini dapat meningkatkan kerjasama murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Sejarah REFLEKSI Merujuk kepada hasil dapatan kajian didapati bahawa persoalan-persoalan dalam kajian dapat dirumuskan : 1. Terdapat perbezaan pencapaian yang signifikan dalam tahap prestasi peserta kajian sebelum dan selepas menggunakan teknik “KOD MERBAK JANGAN LUPA”. 2. Terdapat perbezaan dalam peningkatan kerjasama peserta kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran Sejarah selepas menggunakan teknik “KOD MERBAK JANGAN LUPA”. Tuntasnya teknik “KOD MERBAK JANGAN LUPA” yang diperkenalkan telah berjaya mencapai objektif yang digariskan iaitu dalam memudahkan murid mengingat gelaran ketua negeri bagi negeri-negeri di Malaysia. G P G P G P G P G P PEMERHATIAN 1 3 3 2 2 3 3 2 2 4 4 PEMERHATIAN 2 5 5 5 5 5 5 5 4 5 5 PEMERHATIAN 3 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6 0 1 2 3 4 5 6 7 KEKERAPAN Perbandingan Dapatan Pemerhatian Pengkaji dengan Guru Pembimbing Sejarah

slide 9:

9 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN i. Kajian teknik “KOD MERBAK JANGAN LUPA” di sekolah lain. Berdasarkan dapatan penyelidikan telah jelas terbukti bahawa teknik “KOD MERBAK JANGAN LUPA” telah memberi kesan kepada peningkatan tahap prestasi murid dalam mengingat fakta sejarah gelaran ketua negeri bagi negeri-negeri di Malaysia. Lantaran itu pengkaji mencadangkan agar teknik ini diperkenalkan secara meluas di sekolah-sekolah lain bagi mengukuhkan lagi dapatan tentang keberkesanan teknik “KOD MERBAK JANGAN LUPA” dalam kalangan murid yang lain dan mengukuhkan lagi kesahan bagi kajian yang dijalankan. Hal ini demikian kerana setiap sekolah terdiri daripada pelbagai murid yang berbeza dari segi gaya pemikiran serta prestasi dari segi akademik mahupun kokurikulum dalam latar belakang. ii. Dijalankan untuk semua murid tahap dua Penggunaan teknik “KOD MERBAK JANGAN LUPA” tidak terbatas kepada murid tahun 5 sahaja malahan sesuai didedahkan kepada murid tahap dua iaitu tahun 4 dan tahun 6 kerana mengingat fakta sejarah terkandung dalam konsep pemikiran sejarah KPS yang terdapat dalam Standard Kurikulum Sekolah Rendah. Selain itu pengkaji juga berpendapat bahawa teknik “KOD MERBAK JANGAN LUPA” mudah diingat dan menarik kerana gabungan penggunaan kaedah warna dan Mneumonik dan seterusnya dapat dikuasai oleh semua kategori murid tidak kira daripada tahap yang lemah sederhana atau cerdas. iii. Aplikasi teknik “KOD MERBAK JANGAN LUPA” dalam mata pelajaran lain. Pengkaji berpendapat bahawa teknik “KOD MERBAK JANGAN LUPA” juga sesuai diaplikasikan dalam matapelajaran lain seperti mata pelajaran Matematik. Hal ini demikian kerana terdapat juga kemahiran mengingat dan mengaplikasikan dalam operasi pendaraban khususnya serta memahami konsep melalui visual. Walaubagaimanapun semasa mengaplikasikan teknik ini dalam mata pelajaran Matematik guru haruslah membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan mengikut kesesuaian mata pelajaran tersebut agar tidak berlanggar dengan konsep yang terdapat dalam matapelajaran matematik itu sendiri.Selain itu boleh juga sesuai diaplikasikan dalam matapelajaran Pendidikan Islam dalam mengingat Rukun Islam Rukun Iman Nama Nabi dan Rasul Nama Malaikat dan sebagainya.

slide 10:

10 RUJUKAN Bahagian Pendidikan Guru. 2001. Garis panduan pelaksanaan kursus penyelidikan tindakan maktab perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Chow Fook Meng Jaizah Mahamud. 2011. Kajian Tindakan: Konsep Dan Amalan Dalam Pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Dokumen Standard KSSR. 2014.Sejarah Tahun 5. KPM Faraha Latifah binti Mohd 2006. Kajian Warna : Kecenderungan Pemilihan Warna Oleh Kanak-kanak.Universiti Malaysia Sarawak. Haliza Binti Osman. 2012. Aplikasi Warna Pada Huruf Vokal Jawi Dalam Penulisan Suku Kata Terbuka Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Pendidikan Islam amb. Januari 2009Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 ms 204-218. Hazri Jamil 2003. Teknik Mengajar Sejarah.Pahang : PTS Publication Distribution Sdn Bhd. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.aspy2011dt0104secRencanapgre 06.htmixzz4JXKvlyGb © Utusan Melayu M Bhd Siti Aminah 2015.Revisi Ekspress Sejarah Tahun 5. Selangor : Penenrbit Ilmu Bakti Sdn.Bhd. Zaiton Haron 2014. Motivasi DSKP Sejarah Tahun 5. Selangor : Pelangi Sdn.Bhd. Zaridah binti Zuber 2006. Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar bagi Murid Tahun 2 Pandai Menggunakan Teknik Warna. Tang Geok Ling 2005. Meningkatkan Keupayaan Pelajar Mengingat Fakta Sejarah Dengan Menggunakan Kaedah Mneumonik. Sek. Men. Keb. Engkilili Sri Aman.

authorStream Live Help