8.PENGGUNAAN KATA KUNCI BAGI MENGINGAT FAKTA DALAM MATA PELAJARAN

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

1 PENGGUNAAN KATA KUNCI BAGI MENGINGAT FAKTA DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH TAHUN 4 HAFIZAWATIE BINTI TIWAS JAMALUDDIN qaisarah90pijutgmail.com PISMP SEJARAH AMBILAN JUN 2013 PENYELIA: RONALD YUSRI BATAHONG ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengingati fakta sejarah dan penglibatan murid dalam penggunaan kata kunci mata pelajaran sejarah Tahun 4. Sasaran kajian adalah 3 orang murid Tahun 4 S.K Pekan Keningau 2 Keningau. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian adalah ujian yang dilaksanakan dalam intervensi 1 2 dan 3 untuk menguji tahap murid mengingati fakta dalam mata pelajaran sejarah manakala untuk menguji penglibatan murid diuji dengan menggunakan senarai semak. Data dianalisis secara deskriftif dengan menggunakan peratus. kajian ini mendapati bahawa penggunaan kata kunci dapat meningkatkan kemahiran mengingat murid dan menggalakkan penglibatan murid dalam pengajaran mata pelajaran sejarah. Kata kunci: kata kunci ingat penglibatan ABSTRACT The aim of is to improve the skill of memorise fact of history and the involvement of pupils using key words in Year 4 history subject. Three pupils in Year 4 Sk Keningau 2 were selected as respondents. Test instrument was used in this reseach and administreted during the 1st 2nd and 3rd invention. On the other hand the checklist was used to measure the pupils’ involvement. The obtained data were analyzed using descriptive analysis. The study found that the using of keywods could increase the pupils’ memorizing skill and encouraging pupils’ involvement in the teaching of history. Keyword:keywordsmemoriseinvolvement

slide 2:

2 PENGENALAN Mata pelajaran sejarah telah menjadi mata pelajaran teras di sekolah rendah bermula pada tahun 2011. Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR mata pelajaran Sejarah memberi penekanan kepada domain kognitif efektif dan psikomotor serta menerapkan nilai tambah alaf baru seperti kemahiran berfikir kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi kemahiran pelbagai kecerdasan kajian masa depan dan pembelajaran sepanjang hayat Kementerian Pelajaran Malaysia2014 Mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid mulai Tahun Empat di Tahap II dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah. Mata pelajaran sejarah diperkenalkan di tahun 4 adalah bertujuan untuk menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran sejarah. Oleh itu mata pelajaran Sejarah diperkenalkan bagi menerapkan pelbagai kemahiran dalam mempelajari sejarah. Sehubungan itu murid dapat diterapkan nilai patriotisme agar murid menghargai negara. Mata pelajaran sejarah ini juga merupakan merupakan satu mata pelajaran yang penting untuk memupuk semangat cinta akan negara dan kenali bangsa sendiri. Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran lepas pengkaji mendapati bahawa murid mengalami masalah untuk mengingat fakta dan penglibatan murid kurang aktif. Masalah ini dikesan oleh pengkaji terhadap murid tahun 4 di sekolah tersebut menyebabkan pengkaji berfikir untuk mencari jalan penyelesaian bagi membantu murid mengingat fakta sejarah dengan baik. Pengumpulan data awal melalui ujian yang dijalankan kepada semua murid tahun 4 Lavender. Berdasarkan pengumpulan data awal yang telah diperolehi pengkaji mendapati terdapat 3 orang murid yang tidak dapat mengingat fakta dan penglibatan murid agak kurang aktif. Justeru pengkaji berasa bertanggungjawab untuk membantu murid yang tidak dapat menguasai kemahiran mengingat fakta sekali gus menggalakkan penglibatan aktif murid di dalam pengajaran sejarah. Pengkaji berharap tindakan yang telah dirancang dapat membantu murid untuk mengingat fakta dan aktif dalam pengajaran sejarah. FOKUS KAJIAN Kajian yang dijalankan ini berfokuskan kepada kemahiran mengingat dan penglibatan murid dalam mengingat fakta sejarah tahun 4. Murid perlu mahir dalam mengingati fakta sejarah dengan baik. Sehubungan itu penglibatan murid perlu aktif dalam menjalani pembelajaran yang berkesan. Berdasarkan data yang diperolehi oleh pengkaji murid tidak dapat menjawab soalan lembaran kerja tanpa melihat buku teks atau rujukan. Hal ini kerana mereka tidak dapat mengingat fakta dengan baik. Bagi mengatasi masalah tersebut pengkaji telah merancang satu kaedah yang bersesuaian dengan tahap dan kemampuan murid. Pengkaji telah memilih penggunaan kata kunci bagi meningkatkan kemahiran mengingat. Menurut Mohammad Amiryousefi dan Saeed Ketabi 2011 dengan mengingati kata kunci perkataan asal dan maksudnya boleh dipanggil semula. Manakala menurut Muhammad Al-Hasyir Hadimin 2014 menjelaskan masalah yang di kesan ini

slide 3:

3 ditumpukan Penggunaan Kata Kunci Saya yang merujuk satu kaedah yang dapat mempermudahkan pemahaman murid dalam mengenalpasti kata hubung yang sesuai. Dengan menggunakan kata kunci dalam mata pelajaran sejarah murid dapat mengingati fakta sejarah dengan betul iaitu dapat menghubungkan perkataan- perkataan untuk dijadikan maklumat atau fakta. Oleh itu Penggunaan kata kunci ini memudahkan murid dalam mengingati sesuatu fakta dalam mata pelajaran sejarah. Menurut Rahil 2000 dalam kajian Mohd Alif Safran 2013 menjelaskan kaedah mneumonik atau akronim pula ialah satu kaedah yaang boleh membantu ingatan pelajar dengan mengaitkan sesuatu bahan atau rangkai kata berdasarkan huruf- huruf pangkal untuk diingati dengan sesuatu yang bermakna kepada pelajar itu. Kata kunci ini berbentuk kad dan berwarna. Kaedah ini juga dapat menggalakkan penglibatan murid dalam pengajaran sejarah. Sebagaimana pendapat Leithwood dan Jantzi 1999 dalam Mohd Fazli Hasan 2013 mentakrifkan penglibatan kepada dua dimensi iaitu afektif dan tingkah laku. Oleh itu penglibatan aktif murid dapat mempengaruhi tingkah laku yang baik. Rajah 1 menunjukkan jawapan murid bagi pengertian keluarga asas. Rajah 1: Jawapan murid bagi pengertian keluarga asas OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif 1 Mengenalpasti kesan penggunaan kata kunci kemahiran murid mengingat fakta dalam pengajaran sejarah tahun 4. 2 Mengenalpasti kesan penggunaan kata kunci terhadap penglibatan murid dalam pengajaran sejarah. Persoalan Kajian 1 Apakah kesan penggunaan kata kunci kemahiran murid mengingat fakta dalam pengajaran sejarah tahun 4

slide 4:

4 2 Apakah kesan penggunaan kata kunci terhadap penglibatan murid dalam pengajaran sejarah PESERTA KAJIAN Pengkaji telah memilih seramai 3 orang peserta kajian dari kelas tahun 4 Lavender SK Pekan Keningau 2. Pengkaji memilih peserta kajian berdasarkan ujian murid-murid yang belum menguasai kemahiran mengingat fakta dalam mata pelajaran sejarah. Berdasarkan pemilihan murid yang dilaksanakan pengkaji telah melihat melalui markah ujian 1 dan penglibatan bagi setiap murid. Jadual 1 menunjukkan senarai peserta kajian Jadual 1: Senarai Peserta Kajian Bil Peserta Kajian Jantina Keturunan 1 Murid A Lelaki Bajau 2 Murid B Perempuan Bumiputera 3 Murid C Perempuan Dusun TINDAKAN YANG DIJALANKAN Pengkaji telah membuat beberapa langkah tindakan antaranya iaitu mengenal pasti masalah. Seterusnya pengkaji telah membuat tinjauan awal yang telah dikenal pasti. Pengkaji memberi lembaran kerja kepada murid bagi mendapatkan data awal untuk mengenal pasti masalah yang wujud. Pengkaji telah menggunakan model Kemmis dan McTaggart 1988 sebagai panduan dalam melaksanakan kajian tindakan ini. Oleh itu pengkaji akan melaksanakan langkah- langkah kajian berpandukan model ini. Rajah 2 menunjukkan model kajian Kemmis Rajah 2: Model Kajian Kemmis Setelah memperoleh data berdasarkan lembaran kerja yang telah diberikan kepada semua murid pengkaji merekodkan bilangan murid yang menguasai dan tidak menguasai dalam tajuk “Keluarga Harmoni”. Berdasarkan lembaran kerja dalam ujian1 pengkaji mendapati terdapat 3 orang murid yang tidak dapat mengingat definisi atau konsep “keluarga Asas” dengan betul. Kemudian pengkaji

slide 5:

5 Mereflek pengajaran dan pembelajaran lalu melalui lembaran kerja murid. melaksanakan intervensi 1 dan ujian 1 dengan menggunakan kaedah Chalk and Talk mengumpul data awal bagi mendapatkan murid yang mempunyai masalah intervensi 2 dan ujian 2 intervensi 3 dan ujian 3 dijalankan bagi melihat perubahan setelah penggunaan kata kunci diperkenalkan mengumpul data senarai semak untuk melihat perubahan tingkah laku murid terhadap penggunaan kata kunci . telah mengedarkan ujian 2 kepada murid yang menjadi peserta kajian. Ujian 2 yang digunakan mempunyai soalan yang sedikit berbeza berbanding ujian 1. Seterusnya selepas menjalankan ujian 2 pengkaji mendedahkan murid dengan penggunaan kata kunci yang telah dihasilkanrajah 4 dan pada intervensi 3 pengkaji menambah baik dengan memperkenalkan buku kata kunci Rajah 5. Kaedah yang dihasilkan oleh pengkaji dinamakan sebagai “Penggunaan Kata Kunci” yang berbentuk kad dan pelaksanaan itu dijalankan oleh pengkaji bersama murid Tahun 4. Pengkaji menggunakan 3 kaedah mengumpul data dalam kajian ini. Antaranya ialah analisis dokumen ujian dan pemerhatian. Seterusnya pengkaji menganalisis data menggunakan skor pemarkahan yang sesuai dengan ujian yang dijalankan. Pengkaji telah menyemak data menggunakan kaedah trigulasi. Berikut merupakan adaptasi model kajian Kemmis dalam Rajah 3. Rajah 3: Adaptasi Model Kajian Kemmis

slide 6:

6 Rajah 4: penggunaan kata kunci intervensi 2 Rajah 5: buku kata kunci intervensi 3 DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian ini akan menjawab objektif dan persoalan kajian. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah menggunakan analisis dokumen ujian dan pemerhatian. Semua data yang diperolehi dan dikumpul telah dianalisis serta disemak bagi menjawab persoalan dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan dua persoalan iaitu 1 Apakah kesan penggunaan kata kunci kemahiran murid mengingat fakta dalam pengajaran sejarah tahun 4

slide 7:

7 0 20 40 60 80 100 ujian 1 ujian 2 ujian 3 min skor m in … Didapati bahawa terdapat perubahan markah jadual 2 peserta kajian dalam ujian 1 ujian 2 dan ujian 3. Dimana min skor murid dalam ujian 1 ialah 46 ujian 2 ialah 92 dan ujian 3 ialah 85.3. Dapatan ini menunjukkan bahawa kemahiran mengingat murid bertambah baik. Oleh yang demikian maka jawapan kepada persoalan kajian 1 ialah penggunaan kata kunci dapat meningkatkan kemahiran mengingati dalam mata pelajaran sejarah. Walau bagaimanapun berlaku perubahan pada ujian 3 ialah 85.3 tetapi ini masih dalam min skor yang tinggi. Jadual 2 menunjukkan markah peserta kajian setiap ujian bagi ujian 1 ujian 2 dan ujian 3. Pengkaji telah membuat perbandingan markah ujian 1 ujian 2 dan ujian 3 pada Rajah 3. Jadual 2: Markah Peserta Kajian Setiap Ujian Peserta kajian Markah peserta Ujian 1 Ujian 2 Ujian 3 Peserta A 50 88 100 Peserta B 38 100 78 Peserta C 50 88 78 min 46 92 85.3 Rajah 3 : Graf perbandingan min skor markah peserta kajian 2 Apakah kesan penggunaan kata kunci terhadap penglibatan murid dalam pengajaran sejarah Bagi menjawab persoalan kedua ini pengkaji menggunakan senarai semak iaitu melihat kekerapan penglibatan murid dalam pengajaran sejarah dilaksanakan. Melalui pemerhatian pengkaji terhadap peserta kajian sepanjang pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berikut Jadual 3 adalah Senarai Semak yang telah diperhatikan. Di dapati bahawa bilangan penglibatan murid dalam intervensi 1 ialah 5 intervensi 2 ialah 16 dan intervensi 3 ialah 20 seperti yang diterangkan dalam Jadual 3. Berdasarkan kepada jadual 3 dapat disimpulkan bahawa penglibatan

slide 8:

8 murid murid bertambah dalam pengajaran sejarah dengan menggunakan penggunaan kata kunci. Oleh yang demikan jawapan bagi kepada persoalan kajian 2 ialah penggunaan kata kunci dapat menggalakkan penglibatan murid. Jadual 3 senarai semak penglibatan peserta kajian Bil . Penglibatan Intervensi 1 Intervensi 2 Intervensi 3 A B C A B C A B C 1 Murid bertanya kepada guru - 1 - 2 2 1 2 2 1 2 Murid menjawab soalan guru 1 1 - 1 2 1 2 2 2 3 Murid berbincang dengan rakan 1 - 1 2 1 2 2 2 1 4 Murid sukarela menjawab soalan guru - - - 1 1 - 1 2 1 Jumlah 2 2 1 6 6 4 7 8 5 Jumlah keseluruhan 5 16 20 REFLEKSI Pada peringkat awal sebelum kajian murid-murid kurang mengingati fakta sejarah dan kutrang aktif dalam pengajaran sejarah. Hal ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran sejarah kurang berkesan dan membosankan. Kekuatan Penggunaan kata kunci ini adalah mudah diingati oleh murid yang mana pengkaji memilih perkataan-perkataan yang mudah diingati oleh murid. Selain itu pengkaji memperkenalkan buku kata kunci sebagai tambahan nota atau sebagai remainder apabila ujian atau peperiksaan yang akan dihadapi oleh murid. Tambahan pula dalam buku kata kunci selitkan dengan peta minda agar maklumat lebih mudah diingati. Peningkatan penguasaan murid dalam mengingat sejarah amat membantu pengkaji dalam memperbaiki amalan professional dalam bilik darjah. Ianya juga sekaligus dapat menggalakan minat murid dalam pengajaran sejarah. Hal ini kerana mereka faham isi kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru kerana mereka telah dapat mengingat fakta dan aktif dalam pengajran sejarah. Oleh itu melalui tindakan yang telah dihasilkan dapat membantu pengkaji untuk menilai kekuatan dan kelemahan tindakan yang telah dihasilkan. Segala apa yang kurang akan diperbaiki agar dapat menghasilkan sesuatu tindakan yang lebih berhasil dalam membantu murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.

slide 9:

9 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN Pertama ialah pengkaji boleh menggabungkan penggunaan kata kunci ini dengan kaedah menyanyi. Kaedah ini boleh dijalankan dan diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Cadangan kedua adalah dengan memperkenalkan Penggunaan kata kunci ini kepada setiap murid di sekolah rendah terutamanya bagi murid-murid tahap dua dalam mata pelajaran sejarah. Hal ini bagi memudahkan murid dalam mengingati fakta sejarah. Diharapkan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh pengkaji ini akan memberikan ruang kepada pengkaji lain supaya dapat melakukan penyelidikan yang lebih bermakna dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran sejarah berkesan. Sehubungan itu pengkaji mencadangkan penggunaan kata kunci ini dapat digunakan oleh guru-guru yang mengajar sejarah agar dapat membantu dan memudahkan murid dalam mengingati fakta dengan lebih baik dan mengingati dalam jangka masa yang panjang. Rujukan Kementerian Pelajaran Malaysia. 2014. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran. Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Amiryousefi M. Ketabi S. January 2011. Mnemonic Instruction: A Way to Boost Vocabulary Learning and Recall. Journal of Language Teaching and Research. Muhammad Al-Hasyir Hadimin.2014. Kad Kata Kunci Saya KKKS. Kajian Tindakan. IPG Kampus Keningau Sabah. Mohd. Alif Safran Ramli. 2013. Keberkesanan Peta Minda Akronim dalam Pengajaran Kajian Tempatan. Kajian Tindakan. IPG Kampus Keningau Sabah. Mohd Fazli Hasan et.al .2013. Hubungan Persekitaran Sekolah dengan Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia

slide 10:

10

authorStream Live Help