9.MENINGKATKAN KEUPAYAAN MURID MENGINGAT FAKTA SEJARAH MENGGUNAKAN DE

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

1 MENINGKATKAN KEUPAYAAN MURID MENGINGAT FAKTA SEJARAH MENGGUNAKAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH MNEUMONIK JAMILI BIN SUMPO EN. ABDUL HALIM B. HASHIM PISMP SEJARAH JUN 2013 makukomliegmail.com ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan murid Tahun 5 Intelek SK Ansip dalam mengingat fakta-fakta Sejarah dengan menggunakan kaedah mneumonik. Dalam kajian ini saya telah mengumpul data melalui beberapa cara antaranya seperti temu bual dengan enam orang pelajar merujuk catatan diari saya menganalisis catatan murid berbincang dengan guru Sejarah lain dan membuat pemerhatian terhadap pelajar semasa proses pelaksanaan kaedah mneumonik. Saya telah melaksanakan kaedah mneumonik dalam dua peringkat. Peringkat pertama melibatkan pengenalan kaedah mneumonik dan dilaksanakan secara individu mana kala pada peringkat kedua pula kaedah ini dilaksanakan secara berkumpulan. Kajian ini pada akhirnya mendapati bahawa kaedah mneumonik dapat membantu murid saya mengingati fakta Sejarah dengan lebih berkesan dan memudahkan mereka membuat ulang kaji. Di samping itu daya kreativiti pelajar juga dapat dicungkil. Kata kunci: Kaedah“mneumonik” meningkatkan mengingat tahun 5 ABSTRACT This action research aims to improve the ability of SK Ansip Year 5 Intelek’s pupils in remembering historical facts by using mneumonic. In this research I have collected data in several ways such as interviews with six pupils referring to my diary notes analysing the pupils’ records discussing with other History teachers and observing pupils during the action process of mneumonik methods. I have implemented the mneumonik methods in two stages. In the first stage it involves the introduction of the method and was done individually. Meanwhile on the second level this method was carried out in groups. Finally from this research it is found that mneumonik methods can help my pupils to remember Historical facts more effectively as well as facilitating their revision. Other than that the pupils creativity can also be developed. Keywords: “Mneumonic” method improve remembering years 5

slide 2:

2 PENGENALAN Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR mulai Tahun 4 di Tahap II. Ini bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah. Penekanan tentang kepentingan mata pelajaran ini dalam konteks pendidikan negara kita dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR khususnya merupakan satu usaha positif dalam usaha menggalakkan amalan belajar. Mata pelajaran sejarah juga dirangka agar relevan dan terkini untuk melahirkan generasi cemerlang selaras dengan hasrat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sepanjang tempoh pengkaji menjalani Praktikum fasa ketiga dan Internship di Sk. Ansip pengkaji telah di amanahkan untuk mengajar mata pelajaran Sejarah bagi kelas Tahun 4 Intelek dan 5 Intelek. Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran pengkaji telah berjumpa dengan guru kelas Tahun 5 Intelak untuk mendapatkan maklumat awal tentang murid-murid di dalam kelas ini. Maklumat yang pengkaji perolehi adalah masalah yang ketara sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah ialah murid sukar untuk mengingat fakta-fakta Sejarah dalam jangka masa panjang. Saya juga difahamkan oleh rakan guru Sejarah yang lain bahawa masalah ini bukan sahaja merupakan masalah murid tahun 5 Intelak sahaja bahkan murid kelas lain turut menghadapi masalah yang sama. Selain itu guru mata pelajaran yang lain seperti Sains Matematik dan Bahasa Melayu sebagai juga menghadapi masalah yang sama. Oleh yang demikian pengkaji sendiri telah bertemu dengan murid 5 intelek dan ternyata pengkaji telah berhadapan dengan banyak masalah dan rintangan yang pengkaji hadapi terutamanya berkaitan masalah pembelajaran peserta kajian. Walaupun pelbagai kaedah yang telah pengkaji gunakan untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu pengkaji telah meminta murid 5 intelak untuk menyenaraikan sebab-sebab mereka gagal dalam mata pelajaran Sejarah dalam catatan mereka. Analisis catatan murid mendapati faktor utama yang menyebabkan murid gagal dalam peperiksaan ialah faktor sukar mengingatkan fakta-fakta Sejarah. Faktor-faktor lain yang dikenal pasti adalah seperti tidak mengulang kaji tidak ada bahan rujukan tidak menumpu perhatian semasa guru mengajar menganggap mata pelajaran Sejarah kurang penting dan hanya menumpu kepada mata pelajaran yang utama sahaja. Petikan-petikan berikut merupakan keluhan pelajar Tingkatan 1 Amanah yang berkaitan dengan masalah mengingatkan fakta Sejarah: 1. “Saya cepat lupa walaupun saya membuat ulang kaji” Catatan pelajar A 2. “Saya tidak ingat apa yang saya ulang kaji semasa saya belajar petang dan belajar malam” Catatan pelajar B 3. “...nak dikatakan tak minat minat juga Sejarah tapi dia membawa masalah kepada saya. Dulu saya menganggap Sejarah ini senang dan mudah tapi apabila saya sudah masuk Tingkatan satu barulah saya rasa Sejarah itu agak susah kerana terlalu banyak perkara yang perlu di ingat” Catatan pelajar C 4. “Saya tidak membuat ulang kaji pada awalnya tetapi pada saat-saat yang terakhir sebab kalau belajar awal pun nanti lupa juga…… Akhirnya saya tidak sempat berulang kaji semua topik” Catatan pelajar D.

slide 3:

3 Daripada perspektif pengkaji ini menunjukkan bahawa apa yang telah dipelajari oleh murid hanya kekal dalam ingatan jangka pendek mereka sahaja keupayaan terhadnya pada satu masa. Pengajaran yang telah disampaikan itu tidak masuk dalam ingatan jangka panjang mereka keupayaan yang tidak terhad boleh menyimpan maklumat dalam ingatan dan dilupa secara beransur. Lupaan merupakan satu kejadian biasa. Antara sebab manusia boleh lupa ialah ketiadaan saranan dan peredaran masa. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid sentiasa didedahkan dengan maklumat yang baru dan mereka akan memberi fokus kepada maklumat baru. Maklumat yang baru ini akan mengambil alih tempat maklumat lama dan menyebabkan ingatan lama mula mereput. Walau bagaimanapun strategik dan pendekatan tertentu boleh digunakan untuk membantu kita dan murid mengingat maklumat yang banyak dan kurangkan lupaan. Satu cara untuk mengurangkan lupaan ialah guru harus menjadikan pembelajaran sesuatu yang memberangsangkan. Selain itu guru juga boleh merancang pelbagai kaedah pengajaran yang menarik yang sesuai bagi setiap topik yang diajar. Contohnya aktiviti kumpulan perbincangan menjalankan projek pembelajaran koperatif latih tubi mneumonik sesi soal jawab dan banyak lagi. Dengan ini pengkaji memikirkan perlu memperkenalkan satu kaedah atau pendekatan yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran murid tahun 5 Intelek. Satu kaedah yang boleh ditekankan secara menyeluruh adalah kaedah mneumonik. Oleh itu pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah mneumonik untuk menangani masalah ini. FOKUS KAJIAN Sebelum melaksanakan proses kajian tindakan pengkaji perlu memikirkan pengurusan kajian secara keseluruhannya. Salah satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam proses pelaksanaan kajian tindakan adalah mengenal pasti fokus kajian. Fokus kajian merupakan penyiasatan kepada sesuatu proses yang sedang berlaku untuk memastikan sesuatu perkara itu dilaksanakan dengan baik ataupun memerlukan perubahan dan penilaian ke atas amalan semasa Othman seperti dalam petikan Norasikin 2016 Maka Fokus kajian pengkaji ialah Masalah sukar mengingat fakta yang dihadapi oleh peserta kajian sekolah ini termasuklah masalah pencapaian prestasi yang rendah. Selain itu peserta kajian Tahun 5 Intelek ini sukar memahami dan tidak minat terhadap mata pelajaran Sejarah. Oleh yang demikian melalui pemerhatian awal pengkaji telah memilih kaedah yang dapat membantu meningkatkan prestasi minat dan penglibatan peserta kajian. Kaedah pengajaran yang telah pengkaji pilih ialah kaedah mneumonik. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif Kajian tindakan ini bertujuan untuk: 1. mengubah amalan pengajaran saya ke arah pendekatan yang membolehkan pelajar mudah mengingat fakta Sejarah. 2. memperkenalkan kaedah mneumonik kepada pelajar. 3. membolehkan pelajar menggunakan kaedah mneumonik untuk membantu diri mereka sendiri mengingat fakta Sejarah.

slide 4:

4 Persoalan Kajian Kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berikut: a. Adakah kaedah mneumonik dapat membantu peserta kajian meningkatkan keupayaan mengingat fakta-fakta Sejarah b. Bagaimanakah pengkaji melaksanakan kaedah mneumonik kepada peserta kajian c. Sejauh manakah berkesan kaedah mneumonik terhadap peserta kajian PESERTA KAJIAN Peserta kajian dalam kajian ini ialah murid Tahun 5 Intelek yang terdiri daripada 15 orang iaitu 7 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Kesemua murid-murid ini berumur 11 tahun kecuali seorang perempuan berumur 12 tahun dan mempunyai tahap pembelajaran yang pelbagai. Hampir kesemua murid ini berasal dari kampung berdekatan dan kebanyakan mereka dari keluarga yang sederhana. Dapat disimpulkan bahawa walaupun Tahun 5 Intelek merupakan kelas yang terbaik dalam Tahun 5 namun pencapaian peperiksaan penggal akhir bagi mata pelajaran Sejarah didapati kurang memuaskan dan berada pada tahap sederhana. TINDAKAN YANG DIJALANKAN Dalam melaksanakan kajian ini pengkaji telah menggunakan kajian tindakan dengan merujuk kepada model Stephen Kemmis dan McTaggart 1988 . Model ini melibatkan empat proses iaitu merancang Plan bertindak action memerhati observe dan mereflek reflect. Berikut merupakan gambaran model Kemmis dan Mac Taggart 1988 dalam bentuk Rajah 1 . Rajah 1 menunjukkan dua kitaran tentang model kajian Stephen Kemmis

slide 5:

5 Merancang Pengkaji memilih Kaedah Mneumonik untuk meningkatkan keupayaan murid mengingat fakta-fakta Sejarah yang banyak dalam mata pelajaran Sejarah dalam kalangan murid Tahun 5 Intelek SK. Ansip. Menurut Rahil Jami’ah Kasnani 2000: 43 Kaedah mneumonik ialah satu kaedah yang boleh membantu ingatan murid dengan mengaitkan sesuatu bahan atau rangkai kata berdasarkan huruf-huruf pangkal untuk diingat dengan sesuatu yang bermakna kepada murid itu Rahil Jami’ah Kasnani 2000: 43. Contohnya pelajar perlu mengingat singkatan ‘JERI’ yang bermaksud perkembangan Jasmani Emosi Rohani dan Intelek. Secara tidak langsung ini dapat meningkatkan tahap kefahaman mereka terhadap pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan. Pembelajaran dengan aplikasi kaedah mneumonik yang menarik dapat mempercepat daya serap peserta dalam memahami pelajaran yang disampaikan. Selain itu pembelajaran melalui kaedah mneumonik ini juga menggalakkan murid untuk mengingat apa yang disampaikan oleh guru sejurus meningkatkan kefahaman mereka terhadap pembelajaran dan pengajaran. Berdasarkan kajian Rahil Jami’ah Kasnani inilah pengkaji telah memilih kaedah mneumonik sebagai satu pendekatan untuk membantu murid di kelas 5 Intelek meningkatkan daya ingatan mereka terhadap fakta-fakta sejarah yang banyak. Sebelum sesi intervensi dijalankan para peserta kajian akan diberikan ujian untuk mengenal pasti pencapaian awal murid-murid terhadap ingatan mereka kepada fakta-fakta dalam mata pelajaran Sejarah yang telah mereka pelajari sebelum ini. Ujian ini kemudiannya akan dijadikan sebagai ujian pra bagi di analisis dan akan digunakan kemudian untuk membuat perbandingan keputusannya pada ujian pasca. Tindakan Penggunaan teknik ini dilakukan secara berperingkat. Pertama pengkaji akan memperkenalkan dahulu apa itu kaedah mneumonik. Kemudian pengkaji akan cuba mengaitkan fakta-fakta sejarah yang utama atau penting untuk di sesuaikan dengan penggunaan kaedah Mneumonik dalam pengajaran dan pembelajaran yang diajarkan. Dalam masa yang sama pengkaji akan memberikan dahulu contoh bagaimana murid mengaitkan sesuatu bahan atau rangkai kata berdasarkan huruf- huruf pangkal untuk diingati dengan sesuatu yang bermakna kepada murid. Rangkai kata yang diberikan ini pula akan selalu di sebut dan ditanyakan oleh guru kepada murid sebagai satu cara untuk memastikan fakta-fakta sejarah ini boleh diingati oleh setiap murid. Jadi langkah ini pengkaji lakukan berulang-ulang sesuai dengan Hukum Latihan Thorndike untuk memastikan maklumat ini boleh diingati oleh setiap murid. Atan 1998 juga menyatakan bahawa bahan pelajaran hendaklah disebut berulang-ulang dan selalu diadakan ulangkaji atau pujian bagi mendedahkan murid kepada bahan pelajaran itu dari beberapa segi. Peringkat kedua ialah pengkaji menggalakkan murid mencipta mneumonik sendiri untuk mengingat fakta-fakta sejarah yang di ajarkan. Sesi ini sangat mengujakan kerana murid-murid berlumba-lumba untuk memberikan mneumonik sendiri. Antara yang menarik ialah dalam satu sesi pengajaran telah pengkaji yang jalankan ialah tajuk : Islam dan Kehidupan Bermasyarakat. Rujuk lampiran1 Halim Ada Motor. Dimana ‘H’ mewakili Hubungan dengan Haiwan ‘A’ mewakili Hubungan dengan Alam Sekitar dan ‘M’ mewakili Hubungan dengan Manusia. Pengkaji membiarkan murid memilih mneumonik sendiri tetapi akan memastikan mereka ingat dengan bertanya setiap kali sesi interaksi.

slide 6:

6 Peringkat ketiga ialah pengkaji menggalakkan murid untuk menggunakan teknik ini untuk mengingat fakta-fakta lain di tajuk yang sama atau fakta-fakta yang lain di tajuk yang lain. Pengkaji juga meminta mereka menulis mneumonik mereka dan menampalnya di dinding sama ada di dalam kelas atau di rumah masing-masing. Memerhati Pada proses ini pengumpulan data untuk menilai hasil atau kesan pelaksanaan intervensi dilakukan. Pengumpulan data ini merangkumi aktiviti penilaian dengan menggunakan instrumen praujian dan pascaujian. Pascaujian diberikan kepada murid bagi mengenal pasti pencapaian murid selepas intervensi dijalankan. Bagi mengenal pasti pencapaian murid-murid dalam keupayaan mereka mengingat fakta- fakta Sejarah yang telah mereka pelajari data atau maklumat tentang markah murid- murid pada pascaujian akan dianalisis dan dibandingbezakan dengan pencapaian atau markah pada praujian. Mereflek Langkah terakhir pengkaji akan menilai dan menganalisis semula tindakan yang dilaksanakan dari segi kekuatan dan kelemahannya untuk penambahbaikan. Jika kaedah Mneumonik ini dapat memberi kesan positif kepada murid-murid dalam meningkatkan keupayaan mereka mengingat fakta-fakta yang banyak dalam mata pelajaran Sejarah. Walau bagaimanapun jika prestasi murid-murid kurang memberangsangkan selepas kitaran pertama dilaksanakan kaedah mneumonik akan dilaksanakan lagi pada kitaran yang seterusnya sehinggalah terdapat peningkatan prestasi dalam kalangan murid-murid khususnya dalam meningkatkan keupayaan mengingat fakta-fakta yang banyak dalam mata pelajaran Sejarah. Kaedah Mengumpul Data Untuk mendapatkan data dari kaedah yang telah dipilih ini pengkaji telah membuat beberapa langkah untuk mengumpulkan data-data yang diperlukan. Langkah pertama adalah mengumpulkan data keputusan penggal pertama peserta kajian langkah kedua adalah menyeneraikan catatan peserta kajian dan catatan pengkaji. Langkah ketiga ialah menilai iaitu penilaian berdasarkan dua instrumen kajian iaitu praujian dan pascaujian. Praujian dijalankan bertujuan untuk mengetahui masalah murid mengingat fakta-fakta Sejarah yang banyak. Pascaujian pula dijalankan selepas sesi tindakan dijalankan. Ia bertujuan untuk mengetahui peningkatan dan perkembangan tahap murid setelah mengaplikasikan kaedah Mneumonik dapat membantu murid meningkatkan keupayaan mengingat fakta-fakta sejarah yang banyak. Keempat pengkaji manggunakan kaedah pemerhatian iaitu temu bual dan soal selidik dengan peserta kajian. Kaedah pemerhatian digunakan dalam kajian ini bagi melihat keberkesanan Kaedah Mneumonik dapat meningkatkan keupayaan mengingat murid terhadap fakta-fakta Sejarah yang banyak dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 5. Pemerhatian ini dijalankan sebelum dan selepas sesi tindakan di dalam bilik darjah semasa murid menjawab soalan yang diberikan. Pemerhatian hanya berfokus kepada item yang terdapat dalam senarai semak sahaja. Bagi pemerhatian ini saya menggunakan borang soal selidik seperti dalam Jadual 2.

slide 7:

7 Jadual 1 : Borang soal selidik Sila tandakan √ pada ruang petak yang disediakan. Bil Item Ya Tidak Tidak Pasti 1 Setelah mempelajari teknik mneumonik saya mendapati ia mudah dicipta dan digunakan. 2 Saya suda boleh mencipta mneumonik sendiri. 3 Mencipta mneumonik menyoronokkan. 4 Saya mendapati lebih mudah mengingat fakta-fakta Sejarah menggunakan kaedah mneumonik. 5 Saya dapat mengingat fakta-fakta Sejarah lebih lama menggunakan mneumonik. 6 Saya akan terus menggunakan kaedah mneumonik untuk mengingat fakta tajuk-tajuk sejarah yang lain dalam pembelajaran Sejarah. 7 Saya boleh menggunakan teknik mneumonik untuk menghafal fakta mata pelajaran lain seperti Sains dan Matematik Cara Menganalisis Data Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis tema konsep dan makna. Oleh itu pengkaji telah memilih untuk menggunakan statistik deskriptif iaitu peratus. Data yang diperolehi menerusi instrumen praujian dan pascaujian dianalisis secara kuantitatif iaitu dengan nilai peratusan. Rajah 2 yang berikut menunjukkan formula pengiraan bagi nilai peratusan yang digunakan dalam kajian ini. Manakala gred bagi markah yang diperolehi oleh murid dikelaskan mengikut skala yang ditunjukkan pada jadual 3. Rajah 2 : Formula pengiraan peratus ujian sumber : Chia et. al. 2013 Jadual 2 : Penentuan tahap pencapaian dan gred sistem pencapaian dan gred Sekolah Kebangsan Ansip. Pencapaian Peratus Gred Cemerlang Baik Memuaskan Minimum Lemah 80-100 60-79 40-59 20-39 0-19 A B C D E Sumber : Skala Gred Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS Kementerian Pendidikan Malaysia Markah yang diperoleh daripada ujian pra dan pos dianalisis secara deskriptif. Skor ujian pra akan dianalisis menggunakan peratus. Ujian post juga dianalisis menggunakan peratus. Peratus skor markah ujian pra dan ujian post dibandingkan Y T X 100 markah Y Markah yang diperolehi oleh murid T Markah keseluruhan

slide 8:

8 untuk melihat perubahan yang berlaku selepas rawatan dijalankan. Selain itu purata skor ujian pra dan ujian pos akan dianalisis. Purata skor ujian pra dan ujian pos akan dibandingkan untuk melihat peningkatan skor peserta kajian secara keseluruhan. Data-data yang diperoleh dipersembahkan dalam bentuk jadual peratus menjelaskan perbandingan antara kutipan data tersebut. Keberkesanan penggunaan kaedah mneumonik juga dianalisis menggunakan peratusan termasuk juga untuk mengesan tahap perubahan persepsi murid terhadap penggunaan teknik mneumonik berdasarkan respon di dalam soal selidik. Cara Menyemak Data Menurut Flick 1992 tringulasi adalah membawa kepada multi-pespek dan meta interpretasi. Dalam kajian tindakan ini pengkaji menggunakan satu jenis trianggulasi sahaja iaitu trianggulasi kaedah. Antara kaedah yang akan digunakan oleh pengkaji adalah temu bual pemerhatian dan ujian. DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian ini akan menjawab objektif dan persoalan kajian. Data yang diperolehi daripada item ujian pra ujian pasca di analisis menggunakan nilai peratusan dan min.. Semua data yang diperolehi dan dikumpul telah dianalisis serta disemak bagi menjawab persoalan dalam kajian tersebut. Kajian ini melibatkan tiga persoalan iaitu: 1 Adakah kaedah mneumonik dapat membantu peserta kajian meningkatkan keupayaan mengingat fakta-fakta Sejarah Bagi menjawab persoalan kajian pertama ini instrumen yang digunakan adalah praujian dan pascaujian. Soalan praujian dan pascaujian digubal untuk mengukur keupayaan mengingat fakta-fakta sejarah yang telah dipelajari. Jumlah soalan bagi praujian sebanyak 50 soalan mengandungi 20 soalan aneka pilihan dan 30 soalan mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul. Bagi soalan pascaujian mengandungi 13 soalan subjektif atau mengisi tempat kosong. Tempoh masa yang ditetapkan bagi menjawab soalan praujian ialah 1 jam. Manakala untuk menjawab soalan dalam pascaujian ialah 30 minit. Data yang diperolehi menerusi ujian dianalisis menggunakan nilai peratus dan min. Keputusan bagi ujian pra dan pasca dirumus dalam jadual 4.

slide 9:

9 Jadual 3 : Analisis Markah Ujian Pra dan Pasca Murid M Ujian Pra x/50 Markah Gred Ujian Pasca x/13 Markah Gred 1 17 34 D 12 92 A 2 18 36 D 10 77 B 3 15 30 D 8 62 B 4 24 48 C 11 85 A 5 20 40 C 11 85 A 6 24 48 C 11 85 A 7 15 30 D 7 53 C 8 27 54 C 11 85 A 9 23 46 C 12 92 A 10 15 30 D 7 53 C 11 22 44 C 11 85 A 12 21 42 C 10 77 B 13 9 18 E 6 46 C 14 27 54 C 12 92 A 15 15 30 D 8 62 B Pengkaji juga telah membuat perbandingan markah ujian pra dan pasca murid dalam bentuk graf yang ditunjukkan dalam rajah 3 . Rajah 3 : Graf perbandingan peratusan markah ujian pra dan pasca Berdasarkan perbandingan nilai peratusan markah ujian pra dan ujian pasca seperti yang ditunjukkan pada jadual 5 dan rajah 6 peningkatan nilai peratusan yang paling memberangsangkan adalah yang dicapai oleh murid 1 iaitu meningkat sebanyak 58 pada ujian pasca dari 34 pada ujian pra. Murid 1 juga mendapat antara peningkatan markah yang paling tinggi bersama 2 orang murid yang lain yang mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 92. Manakala peningkatan markah yang paling rendah adalah sebanyak 23 oleh murid 7 dan murid 10. 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14 M15 Pra ujian Pasca ujian

slide 10:

10 Secara kesuluruhannya dapatan ini menunjukkan penggunaan kaedah mneumonik amat berkesan dalam meningkatkan keupayaan mengingat murid terhadap fakta- fakta Sejarah yang banyak. Ini bermakna peningkatan nilai peratusan markah dan gred yang diperolehi oleh murid 5 intelek pada ujian pasca setelah kaedah mneumonik ini dilaksanakan telah menjawab soalan kajian pertama iaitu kaedah mneumonik dapat membantu peserta kajian meningkatkan keupayaan mengingat fakta-fakta Sejarah dalam kalangan murid Tahun 5 Intelek di SK. Ansip. 2 Bagaimanakah pengkaji melaksanakan kaedah mneumonik kepada peserta kajian Soalan kajian kedua ini dilaksanakan melalui beberapa fasa sepert yang berikut pertama pengkaji telah memperkenalkan kaedah mneumonik kepada murid dengan berdasarkan topik pelajaran yang telah diajarkan dalam sesi intervensi pertama semasa pengkaji menjalani Internship di SK. Ansip. Topik yang dipilih adalah “Islam Dan Masyarakat”. Melalui kaedah mneumonik fakta-fakta kehidupan bermasyarakat dalam Islam boleh dipermudahkan untuk diingati melalui penggunaan 3 perkataan sahaja iaitu “Halim Ada Motor” Haiwan Alam sekitar Manusia. Pengkaji telah menjelaskan kaedah mneumonik ini kepada murid bersama dengan contoh. Kemudian Pengkaji meminta murid mencipta rangkai kata sendiri berdasarkan topik Kaedah Pengkajian Sejarah. Daripada pemerhatian pengkaji beberapa orang murid mampu menghasilkan rangkaian kata yang kreatif. Contohnya seperti pada Jadual 5. Jadual 4 : Hasil Mneumonik Murid untuk Topik Islam Dan Masyarakat Murid Fakta Sejarah Mnemonik Murid 1 1.Hubungan dengan Haiwan 2.Hubungan dengan Alam Sekitar 3.Hubungan dengan Manusia Harun Ada Manik 2 Ali Makan Halia 3 Maria Ada kereta Honda Walau bagaimanapun sebilangan murid didapati tidak berupaya mencipta ayat sendiri. Mereka meniru dan mengubah suai ayat kawan mereka. Ini bermakna murid yang kurang kreatif tidak dapat menguasai kaedah ini. Oleh itu pengkaji telah mengubah cara pelaksanaan kaedah mneumonik ini dengan cara lain yang lebih berkesan lagi pada intervensi kedua pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Kedua pada minggu yang seterusnya pengkaji meneruskan usaha pengkaji dengan kaedah yang sama tetapi pada kali ini murid dibahagi kepada 3 kumpulan kaedah mneumonik berkumpulan. Kaedah mneumonik ini telah diterapkan dalam tajuk Kesenian Islam. Melalui kaedah mneumonik berkumpulan ini semua kumpulan dapat menghasilkan rangkaian perkataan yang sesuai malah terdapat sesetengah daripada hasil perbincangan kumpulan amat menarik. Hasil perbincangan Kumpulan 1 hingga 3 adalah diringkaskan seperti berikut :

slide 11:

11 Jadual 5 : Hasil Mneumonik Murid Untuk Topik Kesenian Islam Fakta Sejarah Mnemonik Murid Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 1.Seni Khat 2.Seni Bina 3.Seni Muzik Keret Mama Bob Bawa Bawa Makan Manggis Kucing Kek Berdasarkan jadual 6 melalui kaedah mneumonik berkumpulan masalah yang dihadapi pada minggu yang lepas telah dapat diatasi. Berdasarkan rangkai kata yang dicipta oleh kumpulan murid dapat disimpulkan bahawa rangkai kata yang dicipta oleh murid dapat mencungkil daya kreativiti murid. Melalui kaedah mneumonik berkumpulan murid yang kurang kreatif dapat berbincang dengan murid yang lebih kreatif. Idea yang dicurahkan oleh murid yang kreatif secara tidak langsung dapat merangsang murid yang kurang kreatif supaya dapat menghasilkan rangkaian kata tanpa meniru. Bagi memperkukuhkan ingatan murid pengkaji juga mengarahkan setiap kumpulan memaparkan hasil kerja mereka di sudut mata pelajaran Sejarah. Berdasarkan hasil kerja murid ini maka persoalan kedua telah dapat dilaksanakan. 3. Sejauh manakah berkesan kaedah mneumonik terhadap peserta kajian Jadual 7 : Perbandingan Min Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca Murid M Markah Ujian Pra Markah Ujian Pasca 1 34 92 2 36 77 3 30 62 4 48 85 5 40 85 6 48 85 7 30 53 8 54 85 9 46 92 10 30 53 11 44 85 12 42 77 13 18 46 14 54 92 15 30 62 Min 38.9 75.4 Berdasarkan jadual 7 semasa ujian pra min skor peserta kajian hanyalah 38.9 tetapi telah meningkat 36.5 kepada 75.4 di dalam ujian pasca. Oleh itu dapat dibuktikan bahawa teknik mneumonik berkesan dalam meningkatkan daya ingatan murid selepas sesi intervensi kaedah Mneumonik dijalankan. Data ini dapat di lihat dengan lebih jelas dalam bentuk rajah seperti yang terdapat dalam rajah 7 :

slide 12:

12 Rajah 7 : Perbandingan Min Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca Seperti yang telah dihuraikan dan dibuktikan melalui rajah 7 dapatan kajian menunjukkan penggunaan kaedah mneumonik dapat meningkatkan nilai peratusan min skor yang diperolehi oleh murid 5 intelek pada ujian pasca. Ini bermaksud setelah kaedah Mnemonik ini dilaksanakan ia telah menjawab soalan kajian kedua iaitu kaedah mneumonik amat berkesan terhadap peserta kajian untuk meningkatkan keupayaan mengingat murid-murid tahun 5 Intelek di SK. Ansip. REFLEKSI Setelah beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah mneumonik dijalankan saya amat berpuas hati dengan pencapaian serta kebolehan yang dipaparkan oleh murid saya. Walaupun pada peringkat awal terdapat sebilangan murid tidak mampu menghasilkan rangkaian kata untuk diri sendiri tetapi masalah ini dapat diatasi melalui kaedah mneumonik berkumpulan. Hal ini juga bermakna murid akan lebih menghargai dan berasa puas dengan apa yang diciptanya sendiri sumbangan dalam kumpulannya berbanding dengan apa yang diberi tanpa melibatkan usaha sendiri. Apa yang penting ialah daya kreativiti murid juga dapat dicungkil. Hal ini bukan saja dapat mengatasi masalah murid mengingati fakta-fakta Sejarah yang bertimbun-timbun malah dapat menambahkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Setelah menjalankan kajian ini pengkaji mendapati kaedah mneumonik amat berkesan digunakan untuk meningkatkan daya ingatan murid dalam daya ingatan murid dalam mengingati fakta-fakta Sejarah yang banyak untuk diingati. Disamping itu kajian ini juga bertujuan untuk melihat adakah penggunaan teknik mneumonik ini sebagai alat untuk mengingat dapat meningkatkan prestasi murid dalam tajuk yang dipilih selain dari mendapatkan persepsi murid tentang penggunaan teknik mnemonik. 0 10 20 30 40 50 60 70 80 Min Ujian Pra Markah Ujian Pasca

slide 13:

13 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN Terdapat beberapa cadangan yang ingin pengkaji kemukakan bagi membuat penambahbaikan terhadap pelaksanaan kajian tindakan yang dijalankan oleh pengkaji di masa akan datang.Pertama Kajian penggayaan pembelajaran dengan menggunakan kaedah Mneumonik ini dalam meningkatkan kefahaman terhadap fakta-fakta Sejarah dan minat murid tahun 5 hanya mnggunakan 1 kitaran dalam model Spiral Kajian Tindakan oleh Kemmis McTaggart 1988. Justeru dicadangkan kepada pengkaji-pengkaji akan datang agar kajian ini boleh diteruskan ke kitaran yang kedua dengan menumpukan beberapa fokus kajian yang lebih luas. Cadangan kedua adalah pengkaji berpendapat agar sampel/populasi kajian diperbanyakkan seperti penggunaan sampel kajian yang meliputi keseluruhan tahap 2. Selain daripada penggunaan sampel dari sekolah yang sama kajian boleh difokuskan dengan menggunakan sampel dari gabungan sekolah-sekolah yang berdekatan mahupun dari daerah yang berlainan. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan hasil dapatan yang lebih baik dan dapat digeneralisasikan. Ini kerana penggunaan sampel yang besar akan dapat memberikan dapatan kajian yang lebih tepat. Cadangan ketiga adalah kaedah mneumonik ini boleh digunakan terhadap mata pelajaran lain seperti Sains dan Matematik. Ini kerana melihat kepada kepelbagaian aktiviti KSSR risiko murid mengalami lupaan gangguan Ee 1994 amat tinggi. Oleh itu amat penting untuk membekalkan mereka dengan senjata mengingat yang mudah dan menyeronokkan. Malah kaedah ini ternyata memudahkan murid untuk mengingat dalam masa yang singkat dan lama impaknya dalam tempoh masa panjang.Cadangan keempat adalah dengan melaksanakan penggunaan permainan ini secara berpasangan. Melalui aktiviti berpasangan murid-murid akan berinteraksi dan saling berbincang antara satu sama lain. Semangat kerjasama dan saling membantu dalam kalangan mereka dapat diterapkan dalam permainan ini. Cadangan seterusnya adalah Diharapkan kajian tindakan ini dapat memberikan idea kepada guru-guru yang berhadapan dengan situasi yang hampir sama dengan pengkaji. Dalam masa yang sama kajian ini juga merupakan kajian lanjutan dari kajian lalu. Dan ternyata kaedah mnemonik ini mampu meningkatkan keupayaan murid mengingat fakta-fakta sejarah yang banyak dalam mata pelajaran sejarah.

slide 14:

14 Rujukan Atan Long. 1988. Psiokologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ea A. M. 1994. Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Flick U. 1992. Triangulation Revisited: Strategy Of Validation Or Alternative Journal For The Theory Of Social Behavior Kemmis S. Mc Taggart R. Eds. 1988. The Action Research Planner. Melbourne : Mathematics Teacher 962. Oxford University Press Singapore. Othman Lebar. 2012. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan. Teori Dan Amalan. Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia. 2016. Buku Panduan Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia Rahl Mahyuddin Jami’ah Mohamad Kasnani Ab. Karim. 2000. Psikologi Pendidikan II. Kuala Lumpur: Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd.

authorStream Live Help