7.Penggunaan Kad Bergambar dan Kata Kunci Sejarah bagi menerapkan peng

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

Penggunaan Kad Bergambar dan Kata Kunci Sejarah bagi menerapkan pengetahuan mengingat fakta sejarah dalam tajuk Jalur Gemilang di Tahun 5 Rosselle Mohd Fahmi Bin Nurikin Nama Penyelia En Shamrin Bin Surip Pismp Gstt sejarah Orangbiasa1988gmail.com Kajian ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah Kad Bergambar dan Kata Kunci sejarah dapat menerapkan pengetahuan mengingat murid tahun 5 Rosselle SK Pekan Keningau 2 terhadap fakta yang terdapat dalam tajuk Jalur Gemilang. Selain itu kajian ini juga dijalankan bagi membantu murid agar tidak keliru dengan fakta tahun yang terdapat dalam tajuk Jalur Gemilang. Hasil tinjauan awal mendapati 5 murid dari kelas 5 Rosselle SK pekan Keningau 2 masih lemah dalam mengingati fakta sejarah dan masih keliru dengan fakta tahun. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 5 orang murid tahun 5 Rosselle yang memperolehi markah yang kurang memuaskan semasa menjawab soalan praujian. Selepas intervensi pascaujian pemerhatian dan temu bual hasil analisis data mendapati bahawa kesemua peserta kajian berjaya mendapat markah penuh dalam pascaujian dengan menunjukkan jumlah peningkatan yang tinggi. Semasa pelaksanaan praujian peratus markah peserta kajian adalah sekitar 20 hingga 60 sahaja. Tetapi setelah intervensi dilaksanakan peratus markah murid meningkat sebanyak 100. Hasil dapatan ini membuktikan bahawa Kad Bergambar dan Kata Kunci Sejarah sememangnya sangat berkesan untuk membantu murid-murid yang Iemah dalam tajuk Jalur Gemilang. Kata kunci: Jalur Gemilang Kad Bergambar dan kata Kunci Sejarah This research was conducted to assess the extent of the illustrated card Keywords history and be able to apply the knowledge given for year 5 students Rosselle SK Pekan Keningau 2. In addition this study also conducted to help students from being confused with the facts contained in the title of the Jalur Gemilang. The survey findings revealed that the 5 students from year 5 Rosselle SK Keningau 2 still weak in considering the facts of history and still confused by the facts of the year. Respondents in this study consisted of 5 students in 5 Rosselle who score less than satisfactory response to a question pretest. After the intervention post-tests observations and interviews data analysis found that all study participants managed to get full marks in post-tests to show the number of high growth. During the implementation of the pre-test the percentage of survey participants score is about 20 to 60 only. But after the intervention is implemented the percentage of student scores increased by 100. The findings prove that the Card Picture and Keyword History is indeed a very effective way to help students who confused with the fact contained in the title of Jalur Gemilang Key word: Jalur Gemilang Ilustrated card Keyword History Pengenalan Menurut Abdul Rahim 2000 dalam Zahara Aziz dan Nurliah Jair 2009 mata pelajaran sejarah sememangnya mengandungi banyak idea yang abstrak serta konsep yang kadangkala sukar difahami. Kajian tindakan ini dirancang bagi membantu murid untuk memahami konsep dan mengingat fakta sejarah khususnya dalam tajuk Jalur Gemilang menggunakan kad imbasan yang mempunyai kata kunci sejarah sebagai bahan bantu mengajar. Menurut Nur Elyani Binti Musa dan Minarnie Hadzira Binti Mohamad 2014 bahan bantu mengajar boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam tentang sesuatu pengajaran oleh menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Penggunaan alat dan bahan sumber

slide 2:

pelajaran secara terancang dan teratur akan menjadikan pendidikan lebih bermakna dan mendatangkan kesan yang positif di dalam proses PnP. Fokus kajian Kajian ini memfokuskan kepada masalah murid yang kurang menguasai tajuk Jalur Gemilang terutamanya dalam mengingat fakta tahun peristiwa sejarah Jalur Gemilang dicipta dan tahun Jalur Gemilang diumumkan sebagai Jalur Gemilang. Fokus kepada tajuk ini begitu penting kerana murid perlu mengenal sejarah penciptaan jalur gemilang kerana ianya merupakan lambang kepada simbol sebuah negara yang penting untuk diketahui. Idea ini bermula apabila ujian awal dilakukan terhadap kelas 5 Rosselle. Hasil dapatan ujian awal mendapati 5 orang murid masih keliru dengan tahun terciptanya Jalur Gemilang dengan tahun di mana jalur gemilang diisytiharkan sebagai jalur gemilang. Hal ini sekaligus juga menunjukkan PdP yang pengkaji jalankan kurang berkesan dalam kelas. Justeru itu pengkaji menilai perkara ini sebagai suatu masalah yang perlu diselesaikan bagi menambahkan pengetahuan mengingat fakta sejarah dalam kelas 5 Rosselle. Objektif dan soalan kajian Objektif Kajian i. Menerapkan pengetahuan mengingat murid dalam mengingat fakta sejarah dengan penggunaan kad bergambar berserta kata kunci sejarah dalam tajuk Jalur Gemilang dalam mata pelajaran sejarah tahun 5. ii. Murid dapat menjelaskan fakta tahun bersejarah dalam tajuk jalur gemilang menggunakan kad bergambar berserta kata kunci sejarah. Persoalan Kajian i. Adakah aplikasi kad bergambar berserta kata kunci dapat menerapkan pengetahuan murid dalam mengingat fakta Sejarah dalam tajuk jalur gemilang ii. Adakah penggunaan kad bergambar berserta kata kunci sejarah membantu murid agar tidak keliru dalam mengingati fakta tahun bersejarah dalam tajuk jalur gemilang Peserta Kajian Kajian yang akan dijalankan ini melibatkan 5 orang murid 2 perempuan dan 3 orang lelaki dari Sk Pekan Keningau 2 di kelas tahun 5 Rosselle. Peserta kajian dipilih berdasarkan tinjauan masalah. Hasil daripada praujian dalam kelas yang dilakukan terdapat 5 murid yang mengalami masalah mengingati tahun Bendera Malaysia dicipta dan tahun bendera Malaysia diiumumkan sebagai jalur gemilang. Selain itu mereka juga keliru dengan siapakah yang telah mengisytiharkan jalur gemilang pada tahun 1997. Berdasarkan tinjauan masalah juga pengkaji melihat masalah utama sampel murid hadapi ialah mengingat tahun bilakah jalur gemilang dicipta. Langkah-Langkah Tindakan Kajian ini dilakukan berdasarkan reka bentuk kajian yang diperkenalkan oleh stephens Kemmis dan MacTaggart 1988. Berikut merupakan rajah model reka bentuk kajian

slide 3:

Rajah 1- Model Stephen Kemmis dan McTaggart 1988 Model kajian tindakan Stephen Kemmis dan Roben mempunyai 4 fasa iaitu merancang bertindak mengatasi masalah setelah itu melakukan pemerhatian dan kemudian merefleksi hasil pemerhatian yang diperolehi. Fasa 1 Sebelum menjalankan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Kad Bergambar dan Kata Kunci Sejarah pengkaji menyediakan satu slot pengajaran yang sesuai ataupun yang lebih dikenali dalam istilah perguruan iaitu rancangan pengajaran harian. Objektif pengajaran dan pembelajaran ditetapkan untuk menguji sejauhmanakah keberkesanan Kad Bergambar dan Kata Kunci Sejarah yang telah ditetapkan. Objektif yang ditetapkan dijadikan hala tuju kepada pengkaji semasa mengajar nanti dalam kelas. Fasa 2 Pada bahagian set induksi pengkaji akan bersoaljawab dengan sampel murid berkaitan tentang tajuk yang diajar. Pengkaji akan bersoaljawab dengan murid dengan cara penyampaian teka-teki. Contohnya pengkaji akan menunjukan kad bergambar Jalur Gemilang dan pengkaji akan meminta sampel murid untuk meneka gelaran bagi Bendera Malaysia. Sampel murid sebenarnya dikehendaki meneka isi pelajaran yang hendak pengkaji sampaikan pada hari tersebut. Sepanjang pengalaman pengkaji dalam praktikum penggunaan teka teki dalam soal jawab dapat menarik lebih minat murid untuk mengetahui dan memberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan . Rancang Tindakan Pemerhatian Refleksi

slide 4:

Dalam fasa ini juga pengkaji akan menunjukkan kad bergambar yang disertakan dengan kata kunci sejarah. Pengkaji akan memperlihatkan satu persatu kad bergambar dan kata kunci sejarah kepada 5 sampel murid yang dipilih. Setiap kad bergambar dan kata kunci sejarah yang ditunjukkan akan diikuti pula dengan penerangan yang mudah difahami oleh murid. Fasa 4 Dalam fasa ini pengujian ingatan murid dilakukan menggunakan kad bergambar yang tidak mempunyai kata kunci sejarah. Sampel murid akan ditunjukkan kad bergambar tanpa kata kunci sejarah dan diminta mereka untuk meneka kata kunci yang betul daripada kad bergambar tersebut. Setelah itu murid diminta menerangkan kad bergambar tersebut berpandukan kata kunci yang mereka ingat daripada kad bergambar tersebut. Apabila murid masih tidak dapat meneka guru akan menunjukkan kembali kad bergambar yang disertakan dengan kata kunci sejarah bagi membantu murid mengingat kembali. Selepas itu murid akan ditunjukkan kembali dengan kad bergambar yang tidak mempunyai kata kunci sejarah dan mereka diminta kembali untuk meneka kata kunci yang betul pada kad bergambar tesebut. Fasa 5 Pengkaji memberi lembaran kerja kepada sample murid untuk mengukuhkan tahap pengetahuan mengingat. Lembaran kerja yang dibagi haruslah ringkas dan sesuai dengan tahap perkembangan murid-murid. Rasional untuk menjalankan aktiviti ini ialah untuk mengukuhkan pemahaman serta meningkatkan pengetahuan mengingat murid- murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Fasa 6 Pada bahagian penutup pengkaji akan bersoaljawab dengan murid terhadap apa yang dipelajari. Pengkaji akan mengulang semula apa yang diajarkan dan murid-murid diminta untuk mengingati pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Rasional untuk berbuat demikian ialah untuk membuat penilaian dan menentukan sama ada objektif yang ditetapkan tercapai atau tidak. Selain itu kaedah ini juga sebagai satu kaedah guru untuk menilai samada murid dapat menguasai isi pelajaran ataupun tidak. Seterusnya mendiognostik murid-murid yang masih lemah dan yang sudah menguasai. Kaedah Pengumpulan Data Setelah perancangan dilaksanakan berdasarkan model kajian dilakukan seterusnya ialah perancangan cara-cara mengumpul data yang diperoleh daripada tindakan yang dilaksanakan. Dalam bahagian ini pengkaji telah menentukan kaedah-kaedah mengumpul data daripada tindakan yang dilaksanakan menggunakan instrumen tertentu. Pengumpulan maklumat dan data untuk dianalisis adalah melalui penggunaan beberapa instrumen seperti melalui ujian iaitu praujian dan pascaujian serta pemerhatian. Ke semua instrumen yang akan digunakan ini adalah menggunakan kaedah kualitatif sebagai alat pengumpulan data dan analisis data. Pembinaan instrumen kajian juga sebenarnya adalah berdasarkan kepada persoalan kajian yang telah ditetapkan.

slide 5:

Cara Menganalisis Data Data-data yang diperolehi dalam kajian ini dianalisis menggunakan peratus. Kemudian data akan dibandingkan untuk melihat perubahan pencapaian murid selepas kajian tindakan dilaksanakan. Berikut merupakan perancangan cara menganalisis data yang diperolehi melalui penelitian dokumen dan senarai semak. Data praujian pascaujian dan pemerhatian Data yang diperolehi melalui praujian pascaujian dan pemerhatian dianalisis menggunakan statistik asas iaitu peratus. Peratus markah yang diperolehi murid digunakan dalam pengiraan hasil praujian dan pascaujian. Hasil dapatan daripada kedua-dua ujian ini adalah bukti kepada pencapaian murid dalam mengingati fakta sejarah yang terdapat dalam tajuk Jalur Gemilang. Peratus peningkatan dikira menggunakan markah sebelum dan selepas mengaplikasi Kad bergambar dan Kata Kunci sejarah Dapatan kajian Bahagian ini menunjukkan hasil dapatan sepanjang menjalankan kajian terhadap penggunaan Kad Bergambar dan Kata Kunci Sejarah. Hasil dapatan diukur berdasarkan pencapaian murid dalam praujian pascaujian dan pemerhatian. Adakah aplikasi kad bergambar berserta kata kunci dapat menerapkan pengetahuan murid dalam mengingat fakta Sejarah dalam tajuk Jalur Gemilang Pengkaji telah menjalankan praujian untuk menguji pengetahuan dan kemahiran mengingat murid-murid dalam tajuk Jalur Gemilang. Pada awal praujian didapati murid lupa dengan fakta-fakta sejarah yang diajarkan sebelumnya. Jadual di bawah menunjukkan keputusan praujian: Peserta Kajian Jawapan Betul Markah Gred A 2/5 40 C B 3/5 60 B C 2/5 40 C D 1/5 20 D E 2/5 40 C Jadual 2: Analisis markah peratus dan gred praujian Berdasarkan Jadual 3 kesemua murid gagal menjawab semua soalan dengan betul. Murid A C dan E hanya mampu mendapat markah 40 peratus ataupun hanya menjawab dua soalan dengan betul. Murid D pula hanya mampu mendapat 20 peratus ataupun menjawab satu jawaban sahaja dengan betul. Manakala murid B mendapat markah yang lebih tinggi daripada sample lain dengan markah 60 peratus ataupun menjawab 3 soalan daripada 5 soalan dengan betul. Walaupun sampel B mendapat markah yang tinggi namun masalah yang dihadapinya ialah keliru dengan tahun Bendera Malaysia dicipta dengan tahun diisytiharkan Bendera Malaysia sebagai Jalur Gemilang. Jesteru itu pengkaji mengambil murid B juga sebagai sampel kajian. Setelah melakukan intervensi pascaujian pula dilaksanakan terhadap semua sampel murid. Pascaujian dilaksanakan untuk melihat samada intervensi yang dilakukan berjaya membantu murid untuk mengingati fakta sejarah yang terdapat dalam tajuk Jalur Gemilang. Setelah pascaujian dilaksanakan pengkaji mendapati ke semua sampel

slide 6:

murid dapat menjawab soalan dengan betul. Jadual dibawah menunjukkan keputusan daripada pascaujian setelah dilakukan intervensi terhadap sample murid. Peserta Kajian Jawapan Betul Markah Gred A 5/5 100 A B 5/5 100 A C 5/5 100 A D 5/5 100 A E 5/5 100 A Jadual 3: Analisis markah peratus dan gred pascaujian Untuk melihat lebih jelas perbandingan markah antara praujian dan pascaujian dengan lebih terperinci satu graf perbandingan telah dibuat seperti ditunjukkan dalam graf di bawah:- Rajah 2: Graf perbandingan markah praujian dan pascaujian Adakah Penggunaan Kad Bergambar dan Kata Kunci Sejarah dapat membantu murid agar tidak keliru dalam mengingati fakta tahun sejarah dalam tajuk Jalur Gemilang Mata pelajaran sejarah mempunyai fakta tahun yang perlu diingat termasuklah dalam tajuk Jalur Gemilang. Daripada tinjauan masalah murid pengkaji mendapati semua sampel murid keliru dengan fakta tahun dicipta Bendera Malaysia iaitu 1948 dan fakta tahun Bendera Malaysia diumumkan sebagai Jalur Gemilang iaitu tahun 1997 berdasarkan praujian yang dilakukan. Gambar dibawah menunjukkan keputusan kajian sebelum dan selepas intervensi dilakukan: A B C D E Praujian 40 60 40 20 40 Pascaujian 100 100 100 100 100 0 20 40 60 80 100 120 Markah Perbandingan Markah Praujian dan Pascaujian Murid

slide 7:

Sample Murid Praujian Sample Murid Pascaujian

slide 8:

Berdasarkan pemerhatian daripada analisis dokumen di atas dapatan kajian mendapati Kad Bergambar dan Kata Kunci Sejarah telah menyelesaikan masalah kekeliruan kepada sample murid terhadap fakta tahun yang terdapat dalam tajuk Jalur Gemilang. Dengan kata lain intervensi yang dilakukan oleh pengkaji berjaya membantu murid. Maklum Balas Daripada Temubual Berstruktur Temubual daripada murid juga menunjukkan Kad Bergambar dan Kata Kunci Sejarah membantu mereka agar tidak keliru dengan fakta tahun yang terdapat dalam Jalur Gemilang. Bagi pendapat pengkaji kekeliruan murid berlaku kerana murid tidak mempunyai gambaran yang jelas tentang sesuatu peristiwa sejarah dalam minda mereka. Melalui bantuan Kad Bergambar dan Kata Kunci Sejarah gambaran tetantang suatu peristiwa sejarah mudah terbina dalam minda mereka Refleksi Penyelidikan ini telah membantu pengkaji dalam meningkatkan amalan pengkaji sebagai seorang guru dari pelbagai aspek. Terdapat tiga aspek pembelajaran kendiri iaitu amalan profesional sebagai seorang guru amalan profesional sebagai guru sejarah dan amalan profesional sebagai penyelidik. Melalui kajian tindakan yang telah dilaksanakan pengkaji mendapati murid lebih mudah memahami dan menguasai kemahiran apabila menggunakan pendekatan dan kaedah yang sesuai dengan tajuk yang diajar. Bagi tajuk Jalur Gemilang kaedah yang paling sesuai bagi pengkaji yang dapat dilihat dari segi keberkesanannya ialah menggunakan Kad Bergambar dan Kata Kunci Sejarah. Kaedah ini menunjukkan kesan yang positif berbanding hanya dengan menggunakan buku teks sebagai panduan. Pengkaji akan mengaplikasikan kaedah ini mengikut kesesuaian tajuk yang akan diajar seterusnya. Cadangan Tindakan Susulan Berdasarkan kajian ini pengkaji melihat penggunaan Kad bergambar dan Kata kunci sejarah mempunyai keupayaan memudahkan murid mengingat fakta sejarah. Penggunaan kaedah ini pengkaji cadangkan diaplikasikan dalam tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran sejarah. Pengkaji sendiri dapat melihat keberkesanan kaedah ini dalam membantu murid. Pengkaji juga berharap kaedah ini dapat dikembangkan dengan cara penyampaian yang lebih menarik. Bagi pengkaji apapun bahan bantu mengajar cara penyampaian isi pelajaran yang menarik adalah yang paling utama. Secantik dan secanggih mana pun alat bahan bantu mengajar sekiranya cara penyampaian kurang berkesan kurang memberi dampak yang besar. Cadangan pengkaji cara penyampaian isi pelajaran yang paling berkesan ketika menggunakan bahan ini ialah melalui teka teki. Hal tersebut bukan sahaja membawa murid minat dengan apa yang disampaikan guru malah membantu murid lebih mengingati fakta sejarah. Selain itu pengkaji melihat kaedah ini juga boleh dikembangkan sebagai nota poket. Sekiranya kad bergambar dalam saiz yang besar nota poket direka khas kecil. Murid tidak perlu lagi menghafal fakta sejarah ayat demi ayat dalam buku teks seperti kebanyakan murid lakukan dalam mengingat fakta sejarah. Justeru perlunya ada satu kaedah baharu yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas seperti yang saya cadangkan di atas. Selain itu kaedah pengajaran menggunakan Kad Bergambar dan Kata Kunci Sejarah juga perlu ditambah baik dari semasa ke semasa. Penambahbaikan yang paling utama adalah cara penyampaian isi pelajaran ketika menggunakan kaedah ini.

slide 9:

Rujukan Abdul Rahman Abdul Majid Khan 2008. Guru Sebagai Penyelidik:PTS Professional: Kuala Lumpur. Anuar Ahmad Nelson Jinggan 2015. Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Edinin R. 2015. Penyelidikan Tindakan : Kaedah Penulisan. Selangor: Pelangi Professional Publishing Sdn Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia 2001. Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kokurikulum. Kemmis S. Mc Taggart R. 1988. The Action Reseach Planner 3rd ed. Victoria Australia : Deakin University Press. Konting M. M. 1998. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lee Chiong Wee2009 .Pembelajaran Visual Dalam Usaha Meningkatkan Tahap Kefahaman Murid Prasekolah . diakses daripada http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/PRA/9.20Wee.pd f pada 13 mac 2017 Ling T. G. 2005. Meningkatkan keupayaan pelajar mengingat fakta Sejarah dengan menggunakan kaedah mneumonik. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005 Nor Husin Ab. Rahman Ab. Rashid. 1989. Alat bantu mengajar dalam pengajaran bahasa. Selangor Darul Ehsan: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Nur Elyani Binti Musa Minarnie Hadzira Binti Mohamad 2014. Keberkesanan Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar Dalam Pelaksanaan Kursus Sains Kejuruteraan di Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah . Diakses daripada http://ecrim.ptsb.edu.my/file/20141106092545.pdf pada 2 februari 2017 Pupu saeful Rahmat 2009. Penelitian Kualitatif. Diakses daripada http://yusuf.staff.ub.ac.id/files/2012/11/Jurnal-Penelitian-Kualitatif.pdf pada 1 Mac 2017 Shaari A. S. 2007. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kedah Darul Aman Universiti Utara Malaysia Siti Hajar Binti Ahmad Sabari 2012. Penggunaan Warna Pada Huruf-Huruf Mad Asli Dalam Pengajaran Surah Al-Bayyinah. Diakses daripada http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/PA/2.20SITI20 HAJAR20AHMAD20SABARI.pdf pada 3 Mac 2017

slide 10:

Siti Fatimah Saufee 2006. Penguasaan tulisan jawi di kalangan murid-murid tahap satu di salah sebuah sekolah rendah di daerah Meradong. Seminar Penyelidikan Pendidikan 2006. Zahara Aziz and Nurliah Jair 2009 Penggunaan peta konsep untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran sejarah bagi pelajar tingkatan dua. Jurnal Pendidikan Malaysia.

authorStream Live Help