6.PENGGUNAAN TEKNIK PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN DAYA I

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

PENGGUNAAN TEKNIK PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN DAYA INGATAN MURID TERHADAP KEISTIMEWAAN TOKOH-TOKOH TERBILANG DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH TAHUN 4 Oleh : EVELYNE ANAK ASIN Claudinelyn87gmail.com LINOS BIN SUMPING ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan teknik peta minda dalam meningkatkan daya ingatan murid terhadap fakta- fakta Keistimewaan Tokoh-Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka. Kajian ini juga bertujuan meninjau kesan teknik peta minda terhadap penglibatan murid dalam kelas dan mengenalpasti persepsi murid terhadap penggunaan teknik peta minda. Sasaran kajian ini adalah seramai 6 orang L4 P2 murid Tahun 4 Amanah SK Luagan Keningau. Instrumen kajian ini ialah ujian pra ujian pos ujian pasca dan soal selidik. Data ini dianalisis secara deskriptif menggunakan min markah. Dapatan kajian ini menunjukkan min markah ujian pasca hasil penggunaan teknik peta minda lebih tinggi min : 81.7 berbanding dengan min markah ujian pra min : 30. Selain itu penggunaan teknik peta minda menunjukkan peningkatan bilangan murid yang terlibat dalam aktiviti kelas dan persepsi positif murid terhadap penggunaan teknik peta minda dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap tinggi bagi item ya. Implikasinya guru-guru boleh mencuba penggunaan teknik peta minda untuk meningkatkan daya ingatan murid dalam fakta-fakta Sejarah serta untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran Sejarah. ABSTRACT This action research aims to examine the effectiveness of using mind mapping techniques to improve pupils’ memorising skills on the facts about the Uniqueness of Malacca Sultanate’s Distinguished Figures. The study also aims to explore the effects of mind mapping techniques on pupils’ participation in the classroom and identify pupils perceptions on the use of mind mapping technique. The participants in this study were 6 L 4 P 2 Year 4 Amanah pupils from SK Luagan Keningau. The instruments used in this research are pre-test post-test and questionnaires. The data were analysed using mean scores. The results showed an increase in the mean scores of post test results from the use of mind mapping technique mean: 81.7 which was higher as compared to pre-test mean score mean: 30. Moreover this technique also showed an increase number of pupils who participated during class activities as well as gaining positive perceptions from pupils toward the use of mind mapping techniques in teaching and learning which obtains high level results for the yes item. Hence the implication of this research is that teachers could try using mind mapping techniques to improve pupils’ memory on the historical facts as well as to diversify the methods in the teaching and learning of History subject.

slide 2:

PENGENALAN Konteks dan Refleksi Pengalaman Pengajaran dan pembelajaran Saya merupakan seorang siswa pendidik PISMP Sejarah ambilan Jun 2013 dan sedang mengikuti pengajian di IPG Kampus Keningau. Pada praktikum fasa tiga yang lalu pengkaji telah mengajar subjek Sejarah Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Luagan Keningau. Kelas Tahun 4 Amanah merupakan kelas murid yang sederhana dan cerdas. Pengkaji telah melaksanakan praktikum di tiga buah sekolah yang berbeza namun masalah yang sama tetap berlaku. Tidak dinafikan pengkaji telah mengalamai beberapa situasi seperti berhadapan dengan murid-murid yang sememangnya berbeza tahap kemampuan kecerdasan dan kebolehan serta kesukaran murid untuk meningkatkan kefahaman dan daya ingatan mereka terhadap sesuatu topik pembelajaran. Bahkan murid-murid tidak mempunyai nota yang ringkas dan padat sebagai bahan untuk membuat ulangkaji. Dari aspek tingkah laku pula murid juga mudah hilang fokus semasa sesi pembelajaran berlangsung. Hal ini kerana aktiviti yang dijalankan terlalu konvensional serta tidak membabitkan sepenuhnya penglibatan mereka. Oleh itu murid lebih cenderung untuk menimbulkan tingkah laku yang bermasalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kesedaran untuk memperbaiki amalan pedagogi diri sendiri di samping untuk membantu murid memahami dan meningkatkan daya ingatan maka pengkaji telah berusaha untuk mencari suatu teknik yang sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Teknik itulah yang dinamakan Penggunaan Teknik Peta Minda dan digunakan dalam kajian tindakan ini. Pengkaji juga berharap kajian ini dapat membantu pengkaji dan guru-guru lain dalam memantapkan cara pengajaran dalam subjek Sejarah di sekolah rendah. FOKUS KAJIAN Kajian ini tertumpu pada usaha untuk membantu murid memahami dan mengingati keistimewaan tokoh-tokoh terbilang dengan penggunaan teknik peta minda. Dalam pada masa yang sama kajian ini juga membantu murid agar melibatkan diri dengan aktif dalam melakukan aktiviti yang telah dirancang oleh pengkaji. Hasil daripada analisis lembaran kerja yang telah dilaksanakan seramai 6 orang murid diambil sebagai peserta kajian iaitu tidak dapat menguasai dan memahami topik yang diketengahkan. Prestasi akademik peserta kajian berada pada tahap yang rendah iaitu kurang daripada empat puluh peratus dan ke bawah. Sehubungan dengan itu penggunaan teknik peta minda ini bukanlah sesuatu yang baharu dan keberkesanannya dapat dibuktikan mampu untuk meningkatkan tahap keupayaan kognitif murid seperti murid lebih mudah mengingat segala fakta tentang topik yang diketengahkan serta teknik tersebut dapat membantu untuk melibatkan murid secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

slide 3:

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN Objektif : Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk : 1. Penggunaan peta minda dapat membantu murid mengingat dan memahami keistimewaan tokoh-tokoh terbilang dalam mata pelajaran sejarah. 2. Meningkatkan tahap penglibatan murid terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sejarah. Persoalan Kajian : Soalan kajian dalam kajian tindakan ini ialah : 1. Adakah teknik peta minda dapat membantu murid mengingat dan memahami keistimewaan tokoh-tokoh terbilang dalam mata pelajaran sejarah 2. Adakah teknik peta minda dapat meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti mata pelajaran sejarah. PESERTA KAJIAN Peserta kajian dalam tindakan ini terdiri daripada enam orang murid Tahun 4 Amanah SK Luagan hasil daripada analisis lembaran kerja yang telah dilaksanakan. Prestasi akademik peserta kajian berada pada tahap yang rendah iaitu kurang daripada empat puluh peratus dan ke bawah. Berdasarkan rekod sekolah peserta kajian terdiri daripada latar belakang keluarga yang sederhana dan tinggal di kawasan perkampungan. Jadual 1 : Senarai peserta kajian Nama murid Keputusan Markah Tahap M1 40 Memuaskan M2 30 Gagal M3 20 Gagal M4 40 Memuaskan M5 40 Memuaskan M6 10 Gagal

slide 4:

TINDAKAN YANG DIJALANKAN Kajian tindakan yang telah pengkaji laksanakan ini berpandukan kepada model Kemmis dan Mac Taggart. Mengikut model ini terdapat empat tindakan utama yang perlu dibuat iaitu merancang plan tindakan action pemerhatian observe dan refleksi reflect. Rajah 1 : Gelung kajian tindakan Kemmis dan Mac Taggart Perancangan Pelaksanaan Tindakan Sebelum melaksanakan intervensi pengkaji telah melaksanakan beberapa siri perancangan iaitu mengenalpasti pernyataan masalah. Masalah yang wujud ialah kesukaran murid untuk memahami dan mengingat kembali isi-isi penting yang terdapat dalam keistimewaan tokoh-tokoh terbilang. Setelah masalah dikenalpasti perancangan untuk mengatasi masalah yang wujud dapat dirancang dengan baik agar sesi pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu. Pengkaji telah merangka beberapa aspek iaitu termasuk merangka langkah demi langkah dalam memperkenalkan serta melazimkan murid dengan pembinaan peta minda semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sebagai tujuan prosedur dalam pelaksanaan intervensi. Kaedah pengumpulan data turut dirancang oleh pengkaji. Pengkaji akan melaksanakan tindakan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pra dan pasca menggunakan peta minda seperti berikut :  Bagi tindakan pra yang pertama pengkaji akan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa menggunakan teknik peta minda bagi tajuk Keistimewaan Tokoh- Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka.  Tindakan kedua pula murid akan didedahkan dengan teknik melakar peta minda berdasarkan isi-isi penting dalam Tajuk Keistimewaan Tokoh-Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka.  Seterusnya akan melaksanakan keseluruhan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik peta minda bagi fakta –fakta Keistimewaan Tokoh-Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka.  Murid melakar peta minda berdasarkan fakta-fakta dalam tajuk keistimewaan tokoh- tokoh terbilang mengikut kreativiti masing-masing.

slide 5:

Kaedah Pengumpulan Data Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan kebolehan kemajuan dan pencapaian murid. Data yang dikumpul perlu dianalisis supaya inferens atau kesimpulan yang dibuat sahih. Terdapat beberapa teknik pengumpulan data yang digunakan dalam menghasilkan data agar gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku dalam kajian ini diperoleh. Bagi tujuan tersebut kaedah dan instrumen yang akan digunakan oleh pengkaji dalam pengumpulan data adalah seperti pra ujian ujian pos ujian pasca dan soal selidik. Cara Menganalisis Data Penganalisis data adalah proses untuk mengemas menstruktur dan memberi makna kepada sekian banyak data yang dikumpul. Hasil dapatan yang dikumpul daripada kesemua instrument yang digunakan akan dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk peratusan. Bagi bahagian ini pengkaji akan menyatakan dan menghuraikan perancangan cara menganalisis data yang dikumpul daripada instrument kajian. Data dikumpulkan dan dianalisis bagi tujuan pengekodan. Hasil markah daripada ujian bagi pengujian awal pos dan pengujian akhir dianalisis bagi melihat perbezaan peratus bagi ketiga-tiga ujian ke dalam bentuk jadual yang sesuai. Cara Menyemak Data Penyemakan data adalah sangat penting untuk mendapatkan data yang tepat dan sahih. Menurut Merriem dalam Taylor Wallace 2007 triangulasi merupakan satu kaedah yang boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu teknik menyemak data dalam pelaksanaan penyelidikan kualitatif. Lantaran daripada itu bagi memastikan dan menguatkan lagi kesahan data yang dikumpul oleh pengkaji sepanjang kajian ini dijalankan pengkaji telah menggunakan kaedah menganalisis dokumen iaitu menyemak lembaran kerja ujian murid. Triangulasi kaedah merujuk kepada kaedah yang pengkaji gunakan untuk mendapatkan dan menganalisis data. Data persoalan kajian tindakan yang pertama diperolehi melalui lembaran kerja dan instrumen ujian murid. Data persoalan kajian kedua pula diperolehi melalui borang soal selidik. Data ini diproses menggunakan min peratusan dan kekerapan. DAPATAN KAJIAN Soalan Kajian 1 : Adakah teknik peta minda dapat membantu murid memahami dan mengingat keistimewaan tokoh-tokoh terbilang dalam mata pelajaran Sejarah Persoalan pertama ini berfokus kepada aspek pemahaman dan daya ingatan murid dalam keistimewaan tokoh-tokoh terbilang. Hasil dapatan membuktikan bahawa tahap ingatan subjek terhadap fakta menunjukkan berlakunya peningkatan yang amat baik sekali. Analisis ketiga-tiga ujian yang telah digunakan bagi memudahkan pengkaji melihat perbandingan dan peningkatan markah peratus bagi setiap sampel.

slide 6:

Jadual 2 : Keputusan Markah Ujian Sampel Ujian Pra Gred Ujian Pos Gred Ujian Pasca Gred M1 1 10 E 4 40 C 6 60 B M2 4 40 C 7 70 B 10 100 A M3 2 20 D 6 60 B 7 70 B M4 3 30 D 6 B 9 90 B M5 4 40 C 8 80 A 9 90 A M6 4 40 C 7 70 B 8 80 A Min markah Pra 30 Pos 63.3 Pasca 81.7 Berdasarkan hasil daripada keputusan ujian telah menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam min peratusan pencapaian murid dalam ujian pra pos dan pasca. Min pencapaian ujian pasca lebih besar berbanding dengan min pencapaian ujian pra dan ujian pos. Perbandingan min pencapaian murid dalam ketiga-tiga ujian tersebut menunjukkan perbezaan yang jelas dan nyata. Ujian pra min markah adalah 30.0 ujian pos pula min markah telah meningkat daripada 30.0 ke 63.3 dan ujian pasca menunjukkan peningkatan drastik daripada 63.3 ke 81.7. Peningkatan ini ekoran daripada penggunaan teknik intervensi menggunakan peta minda yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran tajuk keistimewaan tokoh-tokoh terbilang. Kesimpulannya selari dengan tujuan peta minda ia membolehkan murid mencatat nota dengan mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah di samping menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak kiri dan otak kanan semasa belajar. Maka peta minda adalah amat sesuai dan tepat bagi tujuan kajian ini agar murid dapat membuat menyimpan dan mengulangkaji dengan berkesan.

slide 7:

Soalan Kajian 2 :Adakah teknik peta minda dapat meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti mata pelajaran Sejarah Jadual 3 :Analisis Soal Selidik Dalam Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Mata Pelajaran Sejarah Bil Item Ya Tidak Tahu Tidak 1 Penggunaan peta minda dapat membantu saya mengingat fakta-fakta penting dalam keistimewaan tokoh-tokoh terbilang 6 100.0 0 0 2 Peta minda yang berwarna-warni dapat membantu meningkatkan daya ingatan saya 3 50 2 33.3 1 16.7 3 Penghasilan peta minda membolehkan saya bekerjasama dengan rakan yang lain 4 66.7 1 16.7 1 16.7 4 Saya mudah membuat rujukan untuk mencari maklumat dengan menggunakan nota belajar peta minda 5 83.3 1 16. 0 0 5 Pembelajaran menggunakan peta minda amat menyeronokkan kerana lebih menarik dan senang untuk mengingat 5 83.3 1 16. 0 0 6 Saya dapat membuat latihan yang diberikan oleh guru dengan menggunakan peta minda 3 50.0 3 33.3 1 16. Melalui kajian ini pengkaji mendapati hasil dapatan analisis soal selidik membuktikan bahawa kajian ini dapat meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti mata pelajaran sejarah. Perkara ini telah disokong dengan dapatan soal selidik yang menunjukkan kesemua 6 item dalam instrumen ini berada pada tahap skor min yang tinggi. Hasil dapatan juga disokong apabila kesemua item majoriti menyatakan ya adalah sangat tinggi. Peratusan untuk setiap item yang sentiasa banyak bilangan murid yang bersetuju menunjukkan dapatan ini jelas telah menjawab persoalan kajian yang kedua.

slide 8:

REFLEKSI Secara keseluruhannya penggunaan peta minda ini telah memberi kesan yang positif terhadap pemahaman dan daya ingatan murid-murid. Teknik ini juga dapat mempertingkatkan markah peserta kajian ke tahap yang lebih baik. Teknik yang digunakan dalam amalan pengajaran telah menampakkan hasil yang memberangsangkan berbanding dengan pengajaran konvensional. Lantaran itu penggunaan peta minda ini menunjukkan lebih banyak kebaikan sekiranya kita sering mengaplikasikannya melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Keberkesanannya juga telah terbukti dapat meningkatkan keupayaan murid untuk mengingat isi-isi penting dan idea utama di dalam setiap topik pengajaran. Selain itu jika teknik ini dipraktikkan secara konsisten di dalam kelas ianya mampu melahirkan lebih ramai lagi murid yang berkemampuan mengingat isi-isi penting atau fakta-fakta utama dengan baik dan bersistematik. Penggunaan peta minda membantu memudahkan mereka mengulangkaji pelajaran dengan mudah dan menarik sekaligus mendapat markah yang baik di dalam peperiksaan serta tahap penglibatan dalam segala aktiviti dalam mata pelajaran Sejarah amatlah menggalakkan. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN Teknik peta minda ini juga boleh digunakan untuk mengajar mata pelajaran yang lain terutamanya mata pelajaran yang melibatkan fakta seperti mata pelajaran teras terkandung di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Murid didedahkan dengan sistem nota yang lebih teratur berbanding daripada membaca buku teks atau buku rujukan yang lain. Selain itu teknik peta minda yang melibatkan kecergasan visual- ruang yang membolehkan murid tersebut membuat gambaran tentang peta minda yang telah dilakarkan. Memanjangkan lagi masa kajian juga merupakan cadangan untuk kajian seterusnya kerana kajian ini hanya dilaksanakan selama tempoh empat minggu intervensi. Dengan menumpukan fokus kajian yang sama iaitu meningkatkan daya ingatan kefahaman dan penglibatan murid pengkaji yakin bahawa banyak pemurnian dan penambahbaikan dapat dijalankan sepanjang tempoh tersebut. Sebagai langkah rawatan hanya beberapa topik sahaja yang dapat diajar dengan menggunakan teknik peta minda ini. Sekiranya keseluruhan topik diajar dengan menggunakan teknik peta minda ini maka murid akan memiliki satu set nota yang sistematik untuk mereka gunakan sebagai bahan ulangkaji pada masa akan datang.

slide 9:

RUJUKAN Ab. Fatah Hasan. 1994. Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM. Altablig Ali.2006. Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Konsep Atau Fakta Sejarah-Bab 1 Tingkatan 4. Prosiding seminar penyelidikan pendidikan jabatan pendidikan perak.hlm 87-99. Asma Ishak. 2005. Meningkatkan Kemahiran Mencatat Isi Penting Di Kalangan Murid Tahun 4 Dengan Menggunakan Peta Minda. Jurnal kajian tindakan guru institute perguruan perlis : 133-145. Hassan A. F. 1994. Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam Pembelajaran. Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia. Tony Buzan 1970. Peta Minda Tony Buzan. Diperoleh Mac 2 2017 dari http://www.thinkbuzan.com.

authorStream Live Help