10.PENGGUNAAN TEKNIK DEDE, ingat! DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN DAN PEN

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

1 PENGGUNAAN TEKNIK DEDE ingat DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN DAN PENGLIBATAN MURID BERFOKUSKAN KEGIATAN ZAMAN PRASEJARAH TAHUN 4 OLEH MAZLINAH BINTI MOHD DAYANG dedemazlinahyahoo.com ENCIK SHAMRIN BIN SURIP ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana keberkesanan kaedah nyanyian dalam membantu meningkatkan pemahaman murid terhadap kegiatan zaman prasejarah serta penglibatan murid dalam dalam proses pengajaran dalan pembelajaran. Peserta kajian terdiri daripada enam orang murid tahun 4 Aktif di SK Kampung Biah Keningau Sabah. Reka bentuk Kajian yang digunakan adalah berdasarkan adaptasi Model Penyelidikan Kurt Lewin 1946 dan Laidlaw 1992. Dimana kajian ini memfokuskan kepada pemahaman murid terhadap kegiatan zaman prasejarah. Tinjauan awal telah dijalankan melalui ujian diognostik dan pemerhatian berstruktur. Murid tidak dapat memahami kegiatan zaman prsejarah dengan baik dan murid juga kurang melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian meunjukkan peningkatan yang postif diperoleh daripada praujian dan pascaujian yang telah dilksanakan. Dimana dapat dilihat min skor yang diperolehi bagi praujian adalah sebanyak 63 dan telah meningkat kepada 86 pada pascaujian. Melalui hasil pemerhatian dan soal selidik juga menunjukkan prestasi yang positif. Murid seronok dan melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik DEDE ingat. Kesimpulannya murid dapat memahami tentang kegiatan zaman prasejarah dengan menggunakan teknik DEDE ingat serta meransang penglibatan murid. Oleh yang demikian teknik ini boleh djadikan strategi pengajaran pada masa akan datang. ABSTRACT This study aimed to evaluate the extent to singing methods in helping students develop an understanding of prehistory and student participation in the learning process of teaching course. Study participants consisted of six pupils in years 4 Active SK Kampung Biah Keningau Sabah. The design study is based on an adaptation of Research Model Kurt Lewin 1946 and Laidlaw 1992. Where this study focuses on the students activities prehistoric times. The initial review was conducted through diognostik testing and structured observations. A student cannot understand the activities prehistory age well and students are less actively involved during the process of teaching and learning. The study shows a positive increase derived from the pre-tests and post-tests were performed. Where it can be seen that the mean score obtained for the pretest was 63 and increased to 86 in the post-tests. Through observation and questionnaire results also showed a positive performance. Pupils enjoy and engage in teaching and learning using DEDE remember. In conclusion the students can understand about the activities of prehistoric times by using DEDE remember and stimulate student participation. The technique can also robbed of teaching strategies in the future.

slide 2:

2 PENGENALAN Kajian yang telah dijalankan ini merupakan satu inovasi yang dilakukan kearah mengkaji keberkesanan menggunakan kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk matapelajaran Sejarah. Mata Pelajaran Sejarah merupakan subjek yang membekalkan pengetahuan am kepada murid yang merangkumi hal- hal sejarah. Matlamat mata pelajaran ini diajarkan di sekolah adalah bertujuan melahirkan murid yang setia pada Negara cinta akan tanah air prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia yang harmonis bersatu padu demokratik progresif dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan. Pembelajaran mata pelajaran Sejarah dirancangkan untuk memberi pengalaman yang menyeronokkan bermakna dan mencabar melalui penggunaan pelbagai kaedah pengajaran yang menghiburkan dan menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran yang disediakan oleh guru. Penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar seperti penggunaan audio video power point dan sebagainya membantu untuk menarik perhatian murid semasa proses pengajaran berlangsung. Guru yang bijak perlu mengenalpasti kaedah yang boleh meransang minat murid untuk menyukai mata pelajaran sekolah rendah agar pembelajaran menjadi lebih berkesan antaranya ialah menggunakan elemen lagu nyanyian. Menurut Hisyamuddin 2010 matlamat pendidikan kebangsaan yang digubal oleh Kementerian Pendidikan amat jelas. Walaubagaimanapun ianya memerlukan usaha dan juga tumpuan yang tidak berbelah bagi daripada guru untuk merealisasikannya. Oleh yang demikian guru perlu bersedia mewujudkan perubahan bertujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru. Guru yang kreatif dan inovatif merupakan kriteria yang perlu ada pada guru untuk melaksanakan perubahan dari segi penyampaian komunikasi corak perlaksanaan jenis aktiviti dan lain-lain lagi. Kamarul 2003 menyatakan proses penyediaan bahan bantu mengajar seorang guru itu terpaksa menjalankan pelbagai kajian yang benar-benar bermanfaat kepada guru dan pelajar. Oleh yang demikian sebagai salah satu usaha untuk memastikan inovasi dalam pendidikan diteruskan selaras dengan teras utama matlamat pendidikan yang ingin memastikan murid dapat memahami dan juga mengingati hasil pengajaran dan pembelajaran serta menyediakan suasana pembelajaran yang menghiburkan kajian ini dilakukan untuk menguji keberkesanan penggunaan teknik nyanyian dalam membantu para guru dan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Selain itu ia juga bertujuan meningkatkan prestasi pencapaian para murid dalam tajuk yang difokuskan. FOKUS KAJIAN Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah saya dapat memerhatikan murid menghadapi masalah dalam memahami fakta kegiatan setiap zaman prasejarah. Kebanyakkan murid keliru dengan kegiatan setiap zaman prasejarah yang lain. Masalah kurang mengambil perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran juga amat merisaukan ada murid yang lebih suka membuat kerja sendiri dan tidak memberikan perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Mereka kurang melibatkan diri dalam melakukan aktiviti yang telah dirancang oleh guru.

slide 3:

3 Teknik “DEDE ingat” ini adalah teknik pengajaran yang saya gunakan iaitu dengan menggunakan nyanyian dalam pengajaran. Teknik “DEDE ingat” ini iaitu dendang dengar ingat digunakan agar murid dapat mengingat fakta yang diberikan melalui nyanyian. Lagu yang diinovasikan menggunakan lirik fakta kegiatan masyarakat zaman prasejarah. Saya memilih untuk menggunakan nyanyian dalam pengajaran kerana melihat dari sisi lain iaitu sesuatu yang boleh menarik minat murid. Elemen muzik dalam pembelajaran dilihat mampu menyuntik keinginan murid untuk mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam dengan kata lain dapat menarik minat murid. Melalui pemerhatian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang ketara pada perubahan murid dalam tajuk yang saya ajar selepas saya menggunakan teknik pengajaran ini. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif 1 Murid mengingat kegiatan masyarakat setiap zaman prasejarah dengan menggunakan teknik DEDE ingat. 2 Meningkatkan pengelibatan murid secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Persoalan Kajian 1 Adakah murid dapat meningkatkan pemahaman tentang kegiatan masyarakat setiap zaman prasejaran dengan menggunakan “DEDE ingat” 2 Sejauh mana teknik “DEDE ingat” dapat meningkatkan penglibatan murid dalam mempelajari kegiatan zaman prasejarah PESERTA KAJIAN Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Kampung Biah. Sampel terdiri daripada 24 orang murid tahun 4A. Setelah menjalankan tinjauan awal dengan melaksanakan ujian diognostik enam orang murid yang mempunyai masalah dalam pemahaman tentang kegiatan zaman prasejarah dapat dikenal pasti. Peserta kajian telah dipilih keraa melalui pemerhatian berstruktur menunjukkan mereka kurang melibatkan diri semasa proses pembelajarandan pembelajaran. Ringkasan maklumat peserta kajian dimuatkan dalam jadual. Kajian ini telah dijalankan terhadap enam orang murid tahun 4 Aktif yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan yang berumur dalam lingkungan 10 tahun di Sekolah Kebangsaan Kampung Biah. Secara keseluruhannya murid dalam kelas ini dilihat tidak mempunyai masalah dalam kemahiran membaca dan menulis. Namun Teknik “DEDE ingat” ini dilihat dapat membantu meningkatkan tahap pemahaman murid-murid.

slide 4:

4 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Sebelum melaksanakan tindakan kajian praujian telah dijalankan bagi melihat sejauhman tahap penguasaan murid tentang kegiatan zaman prasejrah. Terdapat empat sesi tindakan yang dilaksanakan menggunakan teknik DEDE ingat. Rajah 4. Langkah-langkah tindakan menggunakan teknik DEDE ingat DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian ini akan menjawab objektif dan persoalan kajian. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah menggunakan praujian dan pascaujian analisis dokumen pemerhatian dan soal selidik. Semua data yang diperolehi dan dikumpul telah dianalisis serta disemak bagi menjawab persoalan dalam kajian tersebut. Kajian ini melibatkan dua persoalan iaitu: Persoalan kajian 1: Adakah dapat meningkatkan pemahaman murid tentang kegiatan masyarakat setiap zaman prasejaran dengan menggunakan “DEDE ingat” Praujian dan pascaujian telah dijalankan bagi melihat penguasaan murid terhadap kegiatan zaman prasejarah. Praujian berlansung sebelm sesi tindakan dilakukan pascaujian pula dilaksanakan selepas semua langkah dijalankan. Kedua- dua ujian ini adalah untuk melihat tahap penguasaan murid terhadap penguasaan topik kegiatan zaman prasejarah menggunakan teknik DEDE ingat

slide 5:

5 Jadual 9 Analisis Keputusan Praujian _____________________________________________________________ Murid Markah Gred _____________________________________________________________ A 90 A __________________________________ __________________________ B 70 B _____________________________________________________________ C 80 A _____________________________________________________________ D 60 B _____________________________________________________________ E 40 C _____________________________________________________________ E 40 C _____________________________________________________________ MIN 63 _____________________________________________________________ Analisis keputusan praujian yang dimuatkan dalam jadual 9 menunjukkan terdapat dua orang murid sahaja berapada pada tahap memuaskan iaitu dengan skor 80 hingga 90. Dua murid berada pada tahap sederhana dengan skor 60 hingga 70. Dua orang murid pula pada tahap amat lemah dengan jumlah skor 40. Skor tertinggi adalah adalah sebanyak 90 iaitu pada tahap memuaskan manakala skor terendah adalah 40 iaitu pada tahap lemah. Skor min bagi praujian ialah sebanyak 63 sahaja dengan tahap pencapaian lemah. Pencapaian bagi gred C diperolehi oleh dua orang murid sahaja. Sesi tindakan telah dijalankan sebanyak empat kali bagi memastikan keberkesanan teknik DEDE ingat terhadap penguasaan kegiatan zaman prasejarah. Semasa pentadbiran pascaujian jumlah soalan yang disediakan serta aras kesukaran adalah sama. Analisis keputusan pascaujian yang dimuatkan dalam jadual 10 menunjukkan perubahan positif dari segi peratusan skor markah.

slide 6:

6 Jadual 3 Analisis Keputusan Pascaujian ___________________________________________________________ Murid Markah Gred ___________________________________________________________ A 86 A ___________________________________________________________ B 100 A ___________________________________________________________ C 100 A ___________________________________________________________ D 86 A ___________________________________________________________ E 57 C ___________________________________________________________ F 86 A ___________________________________________________________ MIN 86 ___________________________________________________________ Berdasarkan analisis keputusan pascaujian berlaku perubahan posiif pada skor yang diprolehi oleh murid. Skor tertinggi adalah mencapai markah penuh iaitu 100 manakala jumlah skor terendah ialah 57. Lima orang murid berada pada tahap cemerlang dengan mendapat gred A dan seorang murid mendapat gred C dengan berada pada tahap kurang memuaskan. Skor min bagi pascaujian ialah 86 yang berada pada tahap cemerlang. Perbandingan antara praujian dan pascaujian telah dibuat bagi mengenal pasti tahap penguasaan murid terhadap pembelajaran kegiatan zaman prasejarah. Perbandingan ini merangkumi peratusan skor gred dan min data yang diperolehi untuk menjelaskan dan mengukuhkan data dalam dapatan kajian.

slide 7:

7 Jadual 4 Analisis Perbandingan Skor Praujian dan Pascaujian __________________________________________________________________ Praujian Pascaujian _________________________________________________________________ Murid Gred Gred Jumlah Peningkatan -/+ _________________________________________________________________ A 90 A 86 A -4 ___________________________________________________________________ B 70 B 100 A +30 ___________________________________________________________________ C 80 A 100 A +20 ___________________________________________________________________ D 60 B 86 A +26 ___________________________________________________________________ E 40 C 57 C +17 F 40 C 86 A +46 ___________________________________________________________________ Analisis perbandingan praujian dan pascaujian yang dimuatkan dalam jadual 11 menunjukkan skor min semasa praujian adalah sebanyak 63 manakala bagi pascaujian skor min yang diperolehi adalah sebanyak 86 menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 23 . Jumlah peningkatan tertinggi adalah pada skor 46 yang diperolehi oleh murid F. Semasa praujian murid F hanya mendapat markah sebanyak 40 akan tetapi berlaku peningkatan semasa pascaujian apabila mendapat 86 markah. Peningkatan skor terendah pula diperolehi oleh murid E. Semasa praujian murid E mendapat markah sebanyak 40 manakala semasa pascaujian murid E mendapat 57 dengan peningkatan sebanyak 17. Walaupun murid E mencapai peningkatan paling sedikit namun peningkatan ditunjukkan sangat baik.

slide 8:

8 Rajah 7. Analisis perbandingan markah praujian dan pascaujian Analisis perbandingan markah praujian dan pascaujian yang dimuatkan dalam rajah 7 menunjukan peningkatan tahap pencapaian murid semasa pascaujian jika dibandingkan keputusan bagi praujian. Peratusan skor terendah bagi praujian adalah sebanyak 14 sedangkan skor terendah bagi pascaujian ialah sebanyak 40 sedangkan skor terendah bagi pascaujian ialah sebanyak 57. Manakala skor tertinggi bagi praujian ialah sebanyak 90 dan peratusan skor tertinggi mencatatkan markah penuh 100 seramai dua orang dengan perbezaan sebanyak 10 berbanding skor tertinggi dalam pascaujian. Persoalan Kajian 2: Adakah teknik “DEDE ingat” dapat meningkatkan penglibatan murid dalam memahami topik kegiatan zaman prasejarah Bagi menilai tahap penglibatan murid sama ada melibatkan diri secara aktif atau pasif semasa menggunakan teknik DEDE ingat pemerhatian berstruktur telah dijalankan. Senarai semak yang dipersembahkan dalam jadual telah dianalisis melalui kekerapan murid bagi setiap aspek yang telah ditetapkan. Pemerhatian telah dijalankan sepanjang empat sesi tindakan bagi menunjukkan penglibatan murid memahami kegiatan setiap zaman prasejarah.

slide 9:

9 Jadual 5 Analisis pemerhatian Berstruktur Berdasarkan Senarai Semak ___________________________________________________________________ Tindakan ASPEK PEMERHATIAN 1 2 3 4 ___________________________________________________________________ 1 3 2 2 3 2 4 4 4 4 3 5 5 5 5 4 6 6 6 6 Hasil pemerhatian berdasarkan senarai semak yang dimuatkan dalam jadual 12 menunjukkan analisis dapatan yang mengandungi enam item senarai semak pemerhatian telah dilaksanakan sebanyak empat kali sepanjang sesi tindakan dijalankan. Dapatan daripada pemerhatian telah dirumuskan dan dipersembahkan dalam bentuk graf bar berdasarkan kekerapan penglibatan murid. Hasil dapatan analisis soal selidik telah menunjukkan bahawa teknik DEDE ingat yang diperkenalkan dapat menarik penglibatan murid mempelajari kegiatan zaman prasejarah. Berdasarkan soal selidik yang dilakukan semua murid ssangat seronok menjalankan teknik DEDE ingat. Hal ini kerana bagi mereka melodi lagu yang digunakan dalam teknik ini sangat menarik dan mudah diikuti dan difahami. Jawapan murid dalam borang soal selidik juga menunjukkan murid seronok dan berminat dalam pengajaran selepas sesi tindakan dijalankan. Secara kesimpulannya persoalan kedua iaitu sejauhmana penglibatan murid dalam mempelajari topik kegiatan zaman prasejarah telah terjawab. Melalui pemerhatian semasa sesi tindakan yang dijalankan terhadap murid telah terbukti dapat menrik minat penglibatan murid berdasarkan peningkatan kekerapan murid yang ditunjukkan dari sesi tindakan pertama hingga keempat dan juga hasil boring soal selidik yang telah diberikan selepas semua sesi tindakan dilakukan. Hal ini juga telah menunjukkan bahawa murid telah menunjukkan minat dengan melibatkan diri semasa mempelajari topik kegiatan zaman prasejarah.

slide 10:

10 REFLEKSI Secara keseluruhannya penggunaan kaedah nyanyian Laguku Prasejarahku dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah terhadap murid Tahun 4 Sk Kampung Biah telah menunjukkan kesan yang positif terhadap peningkatan pencapaian yang memberansangkan tahap penguasaan terhadap kegiatan zaman prasejarah dan minat murid dalam pembelajaran Sejarah. Secara kesimpulannya kajian yang telah dilaksanakan ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan sekaligus dapat menjawab persoalan kajian. Melalui keempat-empat instrumen yang telah digunakan dalam kajian ini antaranya praujian dan pascaujian analisis dokumen pemerhatian dan soal selidik peserta kajian telah menunjukkan penguasaan pemahaman terhadap kegiatan zaman prasejarah mengikut zaman. Hal ini kerana sebelum kajian ini dilaksanakan masalah yang dihadapi oleh peserta kajian adalah mereka keliru untuk mengenalpasti kegiatan masyarakat prasejarah mengikut tahap zaman. Oleh yang demikian teknik ini diperkenalkan bagi memudahkan lagi pemahaman murid terhadap topik yang dipelajari. Dan jelas menunjukkan bahawa penggunaan teknik DEDE ingat ini secara tidak langsung telah Berjaya mengatasi masalah yang dihadapi oleh semua peserta kajian. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN Cadangan bagi tindakan susulan ialah menghasilkan identiti muzik atau melodi tersendiri. Dalam kajian penggunaan muzik atau melodi amat penting sebagai rencah kepada bahan lagu yang digunakan. Dalam kajian ini juga melodi lagu yang digunakan adalah lagu yang amat di kenali oleh masyarakat khususnya murid-murid iaitu lagu “Anak Kampung”. Cadangan untuk kajian lanjutan ialah menghasilkan bahan lirik lagu menggunakan TMK. Penggunaan TMK merupakan satu kaedah untuk membantu proses pengajaran da pembelajaran agar dapat dijalankan dengan lebih mudah ringkas dan padat. Hal ini kerana murid akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk difahami. Justeru murid tidak akan mudah merasa jemu dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui TMK. Melalui TMK juga guru dapat memberi penerangan dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu topik. Teknik DEDE ingat Seharusnya dilakukan dalam bentuk nyanyian dan seiring dengan pergerakan. Hal ini kerana kaedah didik hibur perlu diselitkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping dapat memberikan kefahaman kepada murid juga meransang minat murid terhadap tajuk pembelajaran. Teknik ini dicadangkan kerana seiring dengan peredaran masa yang memerlukan hiburan untuk memberi semangat kepada murid.

slide 11:

11 RUJUKAN Ainon Mohd Amin Abdullah Hassan. 1994. Pemikiran Reka Cipta. Kuala Lumpur: Utusan Publications Distributors Sdn. Bhd Bell J. 1999. Dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit BPPDP KPM. Chow Jaizah Mohamud. 2011. Konsep dan Amalan dalam Pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Edith Indek Kamariati Hussin. 2005. Keberkesanan Lagu Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran: satu kajian di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Tawau Sabah. Estarinah Gintulu. 2014. ‘Nyanyianku Ingatanku’. Tesis ini tidak diterbitkan. Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau. Gardner H. 2006. Multiple Intelligences: New Horizons. London: Basic Books. Khalid Mohd. Nor. 1993. Kaedah Pembelajarn Berkesan. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai M Sdn. Bhd Mudroch Teacher Center. 1984. Loreadana Carlista FredericK 2012. Penggunaan Kaedah Nyanyian Meningkatkan Ingatan Nama Hari Bagi Murid Prasekolah. Tesis ini tidak diterbitkan. Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau. Merriam Sharan B. 2002. Qualitative research in practice: Example for discussion and analiysis. San Francisco: Jossey-Bass Mohd Najib Abdul Ghafar. 1997. Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah. Skudai Johor: Desktop Publisher Mohd Najib Abdul Ghafar. 1999. Penyelidikan Pendidikan. Skudai Johor: Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia. Mok Soon Sang. 2001. Pendidikan di Malaysia untuk kursus Diploma Perguruan Semester 2. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Rosinah Edinin. 2012. Penyelidikan Kajian Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freedmind Horizons Sdn. Bhd Rosnirah Roslan. 2016. Menguasai Imbuhan Awalan MeN-Bagi Kata Dasar Yang Bermula Dengan Huruf P T K S Menggunakan teknik “Jari-jari PTKS”. Tesis ini tidak diterbitkan. Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau. Tengku Sarina Aini Tengku Kassim Yusmini Md. Yusoff. 2006. Kaedah Mengajar dan Kemahiran Interpersonal Guru. Kuala Lumpur: PTS Sdn. Bhd Zainure Mohd Sa’ad. 2003. Kajian Penggunaan Elemen Muzik Dan Nyanyian Di Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi SMK Buyong Adil. Tesis Diploma Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi Selangor.

slide 12:

12

authorStream Live Help