slide 1: 1
PENGGUNAAN “DAMNESIA” MEMBANTU MURID MENGINGAT NAMA NEGERI-
NEGERI DI MALAYSIA DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA
Dayangku Nurul Akmal binti Awang Mustapha
Pensyarah Penyelia: Encik Linos Bin Sumping
PISMP Sejarah SK Ambilan Jun 2013
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
dygkunurulakmalgmail.com
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan untuk menentukan kesan penggunaan DAMNESIA mengingat nama 13 buah
negeri di Malaysia dalam kalangan murid Tahun 5 di SK Banjar Keningau Sabah. Peserta kajian
terdiri daripada 10 orang murid Tahun 5 2017 Penilaian digunakan adalah ujian pra dan pasca
soal selidik dan pemerhatian. Data dianalisis dengan menggunakan dua cara iaitu Min dan Mod.
Berdasarkan ujian pra dan pasca yang diperoleh itu terdapat perbezaan yang signifikan dalam
pencapaian antara sebelum dan selepas mereka diajar menggunakan DAMNESIA. Nilai Min
tentang pencapaian mengingat nama 13 buah negeri di Malaysia adalah 32.6 bagi ujian pra
dan 49.4 bagi ujian pasca. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan kerjasama
antara peserta kajan apabila menggunakan DAMNESIA. Hasil kajian menunjukkan bahawa
peserta kajian menunjukkan perubahan positif dalam kerjasama antara mereka. Implikasi kajian
ini ialah pendekatan pengajaran guru memainkan peranan penting dalam memberikan suasana
pembelajaran yang berkesan kepada pelajar. Hasil kajian yang diperolehi dengan penggunaan
DAMNESIA boleh meningkatkan pencapaian murid. Pengunaan dam seperti DAMNESIA ini juga
boleh digunakan untuk diubahsuai untuk topik dan fakta sejarah lain ataupun subjek lain.
Kata Kunci: DAMNESIA bermain sambil belajar mengingat kerjasama tahun 5
ABSTRACT
This research is done to determine the effect of the use of DAMNESIA in the process of
remember the names of 13 states in Malaysia of Primary 5 students in SK Banjar Keningau
Sabah. Respondents are from 10 of Primary 5 students 2017. Assessment instrument used is a
pre and post test questionnaire and structured observation. Data were analyzed using two ways
which is mean and mod. Based on the acquired pre and post test there is a significant difference
in achievement between before and after they were taught using DAMNESIA. The Mean value of
the items about achievement to remember names of 13 states in Malaysia is 32.6 for pre test
and 49.4 for post test. There is significant difference in cooperation between respondents when
using DAMNESIA. The result of research indicates that the respondents have an positive
changes in cooperation between them. The implication of this study is to approach the teaching of
teachers play an important role in providing a memorable learning atmosphere for students. The
study results were obtained on the use of DAMNESIA can improve student achievement. Board
games like DAMNESIA can also be used for other topic and other historical facts or any other
subject.
Keywords: DAMNESIA play and learn remember cooperation year 5
slide 2: 2
PENGENALAN
Pengkaji merupakan siswa pendidik semester 8 di Institut Perguruan Kampus Keningau
Sabah dalam Opsyen Sejarah Ambilan Jun 2013. Pengkaji menjalani praktikum fasa
ketiga bermula 25 Julai hingga 25 Oktober 2016 di Sekolah Kebangsaan Banjar
Keningau dan melaksanakan kajian tindakan di sekolah tersebut. Berdasarkan beberapa
sesi PdP yang lalu pengkaji mendapati murid tahun 5 Bestari di Sekolah Kebangsaan
Banjar Keningau menghadapi masalah untuk menguasai 13 buah nama negeri di
Malaysia. Murid keliru menyenaraikan nama negeri di Malaysia dengan nama tempat
daerah dan Negara lain. Malah mereka cenderung meletakkan jawapan berdasarkan
nama tempat yang mereka ketahui. Terdapat juga murid tidak mengetahui Malaysia
merupakan sebuah Negara. Murid juga menunjukkan tingkah laku yang negatif seperti
berpuak-puak dan mengejek-ejek apabila dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan.
Oleh itu pengkaji mencadangkan kaedah bermain sambil belajar dalam proses
PdP iaitu penggunaan dam gergasi yang dinamakan DAMNESIA membantu peserta
kajian mengingat 13 nama negeri di Malaysia. Harapan pengkaji agar penggunaan
DAMNESIA dapat meningkatkan kerjasama murid dan menyeronokkan sekaligus
berkesan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
FOKUS KAJIAN
Fokus kajian pengkaji ialah membantu murid- murid tahun 5 mengingat fakta iaitu nama
13 buah negeri di Malaysia. Pengkaji mendapati bahawa terdapat ramai di antara
murid–murid Tahap II di SK Banjar masih belum mengenali kesemua nama negeri–
negeri di Malaysia. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid pengkaji telah
memilih untuk menggunakan DAMNESIA bagi membantu murid mengingat nama 13
buah negeri di Malaysia. DAMNESIA memerlukan murid membentuk kumpulan tanpa
ada rasa tidak puas hati mengejek-ejek dan berpuak-puak agar dapat meningkatkan
kerjasama antara mereka.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif kajian adalah seperti berikut:
1 Meningkatkan kemahiran murid dalam menguasai fakta sejarah dengan
mengingat nama 13 buah negeri-negeri di Malaysia tidak termasuk Wilayah
Persekutuan.
2 Membantu murid meningkatkan kerjasama murid dalam proses pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah.
slide 3: 3
Soalan kajian adalah seperti berikut:
1 Apakah DAMNESIA dapat meningkatkan kemahiran mengingat fakta sejarah
iaitu mengingat nama 13 buah negeri-negeri di Malaysia
2 Adakah DAMNESIA dapat meningkatkan kerjasama murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah
PESERTA KAJIAN
Sewaktu pengkaji menyemak hasil ujian diagnostik pengkaji telah mengesan sepuluh
orang murid yang mendapat Gred D dan Gred E iaitu yang memperolehi 5 markah dan
ke bawah daripada 12 markah sekaligus dipilih menjadi peserta kajian. Mereka terdiri
daripada 8 orang murid perempuan dan 2 orang murid lelaki.
TINDAKAN
Dalam membuat perubahan baharu kepada masalah ini pengkaji telah menggunakan
Model Stephen Kemmis bagi membantu melicinkan proses kajian tindakan.
1 Fasa Perancangan
Proses pengumpulan data awal dilaksanakan dengan mengedarkan lembaran kerja
berbentuk ujian diagnostik dan borang soal selidik. Kemudiannya hasil dapatan dibuat
dalam bentuk analisis dokumen. Berdasarkan data tersebut terdapat 10 orang murid
tahun 5B tidak dapat menguasai 13 buah nama negeri-negeri di Malaysia. Tinjauan awal
juga menunjukkan murid tahun 5B mempunyai masalah dalam bekerjasama dalam satu
kumpulan.
Perancangan
•Penyediaan pelan
:
•pengumpulan
data awal seperti
borang kaji
selidik
pemerhatian
soaljawab secara
lisan dan ujian
pra.
•merancang
model intervensi:
DAMNESIA
Tindakan
•Pelaksanaan
intervensi secara
berperingkat-
peringkat
•Langkah 1:
DAMNESIA DAN
UJI NAMA NEGERI
MENGIKUT IKON
•Langkah 2:
DAMNESIA DAN
UJI NAMA NEGERI
DAN IKON NEGERI
SECARA RAWAK
•Langkah 3:
DAMNESIA DAN
UJI NAMA NEGERI
Pemerhatian
•Kenalpasti
perubahan amalan
melalui analisis
data:
•pemerhatian
tingkahlaku
•penilaian: ujian pos
Refleksi
•perkongsian
dapatan data dan
pengalaman
tentang
keberkesanan
intervensi sama
ada masalah yang
difokuskan telah
selesai atau perlu
melaksanakan
Kitaran 2
sehingga masalah
dapat
diselesaikan
Rajah 1: Rekabentuk kajian Adaptasi daripada Model Kemmis 1983
slide 4: 4
Pengkaji merancang untuk menfokuskan kajian tindakan dalam membantu murid
mengingat nama 13 buah negeri di Malaysia melalui penggunaan board games berskala
besar iaitu dam ular yang digabungkan bersama puzzle. Pengkaji juga merancang
untuk menggunakan alat kajian iaitu ujian pra dan soalan-soalan kajian lembaran kerja
setelah pelaksanaan intervensi yang bertujuan untuk menilai tahap ingatan murid
terhadap tajuk yang diajar. Borang pemerhatian turut digunakan untuk melihat
penglibatan murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan
sebelum memasuki Fasa Tindakan.
2 Fasa Tindakan
Pengkaji memilih menjalankan intervensi menggunakan DAMNESIA iaitu perkataan
DAMNESIA diambil dari akronim Dam Negeri Malaysia. Penggunaan DAMNESIA
digabungkan bersama Papan Uji Minda.
Pelaksanaan intervensi DAMNESIA dilaksanakan secara berperingkat-peringkat
mengikut aras. Papan Uji Minda yang digabungkan mempunyai peranan penting iaitu
peserta kajian perlu menyelesaikan Uji Minda sehingga selesai bersama peserta kajian
yang lain. Papan Uji Minda mempunyai 13 kepingan Kad Ikon Negeri dan 13 kepingan
Kad Nama Negeri-Negeri Di Malaysia. Papan tersebut dibina dengan peta Malaysia
yang kosong dan ia boleh diubahsuai mengikut intervensi yang hendak dilaksanakan.
Selesai sesi intervensi peserta kajian menyelesaikan lembaran kerja dalam masa yang
telah ditetapkan iaitu selama 5 minit. Setelah selesai semua intervensi ujian pasca
dilaksanakan untuk penilaian yang terakhir bagi menilai sejauh mana keberkesanan
DAMNESIA.
3 Fasa Pemerhatian
Pengkaji merekod dan menganalisis segala data yang diperolehi melalui beberapa ujian
pos. Ujian pertama adalah pengkaji mengadakan soal jawab secara lisan untuk menguji
tahap penguasaan 13 buah negeri- negeri di Malaysia. Bagi ujian pos yang kedua
pengkaji menganalisis konstruk item yang terdapat dalam borang pemerhatian untuk
mengukur peningkatan kerjasama murid dalam mata pelajaran Sejarah. Manakala
ujian pos yang terakhir dalam bentuk lembaran kerja iaitu penilaian akhir yang telah
diselesaikan oleh peserta kajian. Hasil ujian tersebut dianalisis dalam bentuk jadual dan
rajah menggunakan perisian Microsoft Office Excel.
4 Fasa Refleksi
Pengkaji mereflek semula perkongsian dapatan data dan pengalaman tentang
keberkesanan intervensi sama ada masalah yang difokuskan telah selesai. Sekiranya
keputusan tidak seperti yang dijangkakan pelaksanaan Kitaran 2 dibuat semula. Kitaran
kajian tindakan ini boleh berlaku secara berterusan sehingga masalah yang difokuskan
selesai. Kitaran ini juga boleh digunapakai bagi menyelesaikan masalah lain.
slide 5: 5
1
3
5
7
9
11
13
PK1 PK3 PK6 PK7 PK9 PK14 PK19 PK21 PK24 PK28
MARKAH
PESERTA KAJIAN
PENCAPAIAN PESERTA KAJIAN DALAM SESI INTERVENSI
INTERVENSI 1 13 M INTERVENSI 2 13 M INTERVENSI 3 13 M
DAPATAN KAJIAN
Soalan Kajian 1
Apakah DAMNESIA dapat meningkatkan kemahiran mengingat fakta sejarah iaitu
mengingat nama 13 buah negeri- negeri di Malaysia
Hasil pencapaian ujian dan tindakan intervensi peserta kajian telah dianalisis.
Berdasarkan Rajah 2 terdapat peningkatan yang ketara bagi peserta kajian
dalam sesi intervensi. PK1 PK7 dan PK14 dapat menguasai 13 buah nama negeri-
negeri di Malaysia selepas menerima Intervensi 2. Pengkaji hanya meneruskan
Intervensi 3 kepada peserta kajian yang belum dapat menguasai 13 buah nama negeri-
negeri di Malaysia untuk mengukuhkan lagi penguasaan peserta kajian.
0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
50
MARKAH /50
PESERTA KAJIAN
ANALISIS MARKAH UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA
UJIAN PRA
UJIAN PASCA
Rajah 3: Analisis Markah Ujian Pra Dan Ujian Pasca
Rajah 2: Analisis Pencapaian Peserta Kajian Dalam Sesi Intervensi
slide 6: 6
Berdasarkan Rajah 3 keputusan ujian pra dan ujian pasca kesemua peserta
kajian telah menunjukkan perbandingan pencapaian. Analisis ujian pra menunjukkan
kesemua peserta kajian cuma mendapat markah 34 dan kebawah iaitu gred C sahaja.
Namun ia berlainan dengan dapatan pencapaian bagi markah ujian pasca kerana
semua peserta kajian mendapat markah antara 47 hingga 50 iaitu pada tahap yang
cemerlang. Justeru itu dapatan ini menunjukkan penguasaan terhadap kemahiran
dalam mengingat nama 13 buah negeri- negeri di Malaysia meningkat.
Jadual 1
Hasil Min Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca
Kumpulan Skor Ujian Perbezaan Min
Pra Pasca
Nilai 32.6 49.4 16.8
Berdasarkan jadual di atas jelas menunjukkan bahawa nilai min skor bagi ujian
Pra dan Ujian Pasca adalah tidak sama di mana min skor Ujian Pra ialah 32.6.
Manakala min skor Ujian Pos ialah 49.4. Perbezaan min skor ujian pra dan ujian pasca
bagi peserta kajian adalah berbeza iaitu 16.8. Min skor ujian pasca lebih tinggi daripada
min skor ujian pra. Pengkaji mendapati bahawa terdapat kesan penggunaan
“DAMNESIA” membantu peserta kajian mengingat nama negeri- negeri di Malaysia.
Pengkaji turut membuktikan bahawa terdapat kekerapan atau mod skor markah
ujian pasca selepas diajar menggunakan DAMNESIA. Markah 50 mempunyai
kekerapan sebanyak 7 kali berbanding tiga markah lain yang hanya mendapat 1 kali
iaitu 47 48 dan 49. Hal ini menyimpulkan bahawa penggunaan “DAMNESIA” memberi
kesan kepada pencapaian peserta kajian dalam mengingat nama negeri- negeri di
Malaysia dari menggunakan kaedah tradisional.
slide 7: 7
Soalan Kajian 2
Adakah DAMNESIA dapat meningkatkan kerjasama murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah
Jadual 2
Borang Pemerhatian Peningkatan Kerjasama Semasa Penggunaan “ D A M N E S I A ”
BIL
ASPEK YANG
DIPERHATIKAN
KEKERAPAN
Intervensi
1
Intervensi
2
Intervensi
3
1
Seronok belajar
menggunakan
DAMNESIA
//// ////
10
100
//// ////
10
100
//// ////
10
100
2
Menggalakkan
pasangan untuk
menyelesaikan
Uji Minda
//// 4 40 //// / 6 60
//// ////
10
100
3
Membantu
kumpulan lain
semasa bermain
DAMNESIA
//// 5 50 //// 5 50
//// ////
10
100
4
Tidak
menumpukan
perhatian
semasa bermain
DAMNESIA
//// /// 8 80 // 2 20 - 0
5
Berbincang
dengan rakan
sebelum
menjawab soalan
Uji Minda
// 2 20 //// /// 8 80
//// ////
10
100
Berdasarkan Jadual 2 di atas setelah dianalisis mengikut kekerapan dan
peratusan yang diperolehi menggunakan borang pemerhatian. Pengkaji dapat
mengenalpasti penggunaan DAMNESIA dapat meningkatkan kerjasama peserta kajian
dalam mata pelajaran Sejarah.
slide 8: 8
Pengkaji juga membuktikan kewujudan kerjasama antara peserta kajian dengan
membuat rakaman aktiviti penggunaan DAMNESIA. Hasil rakaman tersebut dianalisis
oleh pengkaji dan ditunjukkan dalam bentuk rajah di bawah.
Rajah 4 dan Rajah 5: Peserta kajian seronok belajar menggunakan DAMNESIA
Rajah 6: Peserta Kajian membantu kumpulan lain semasa bermain DAMNESIA
Rajah 7: Peserta kajian menumpukan perhatian semasa bermain DAMNESIA
slide 9: 9
REFLEKSI
Merujuk kepada hasil dan data kajian didapati persoalan-persoalan yang ditimbulkan
dalam kajian ini sudah dijawab dan dapat dirumuskan bahawa:
1. Terdapat perbezaan pencapaian yang signifikan di antara pencapaian peserta
kajian sebelum dan selepas diajar menggunakan DAMNESIA.
2. Terdapat perbezaan peningkatan kerjasama yang signifikan di kalangan peserta
kajian semasa menggunakan DAMNESIA.
Murid sebenarnya lebih tertarik kepada suasana pembelajaran yang berbeza
daripada kaedah tradisional yang sering digunakan oleh guru-guru. Pengajaran dan
pembelajaran menggunakan DAMNESIA dapat memberikan suasana yang berbeza dan
memberi variasi kepada murid.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Penggunaan DAMNESIA masih boleh dimurnikan lagi dengan mengaplikasikannya
pada kitaran kedua. Sebagai contoh untuk mengatasi kelemahan dalam intervensi
peringkat pertama pengkaji bercadang untuk mengubahsuai dan menambahbaik
permainan dengan menulis nota dalam buku latihan dan mengubahsuai cara permainan.
Pendekatan ini bertujuan menambah daya ingatan murid dengan lebih mudah tentang
isi pelajaran yang diajar pada sesi intervensi.
Berikut merupakan beberapa cadangan yang boleh meningkatkan lagi tahap
penggunaan teknik permainan dam seperi DAMNESIA ini untuk kajian-kajian lanjutan.
1. Instrumen pengujian secara lisan untuk menguji daya ingatan untuk
meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian.
2. Pengunaan dam seperti DAMNESIA ini boleh digunakan untuk diubahsuai untuk
topik dan fakta sejarah lain ataupun subjek lain.
3. Teknik permainan juga boleh diimplementasi untuk murid-murid lain selain
daripada murid tahun 5 yang berbeza sekolah pelbagai bangsa tahap
pencapaian dan kawasan luar bandar mahupun bandar.
slide 10: 10
RUJUKAN
Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin 2011 Siri Pendidikan: Pengantar
Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Choong Lean Keow 2009 Siri Pendidikan Perguruan: Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Dokumen Standard KSSR Sejarah Tahun 5 KPM.
Khairuddin Mohamad Ibrahim Yusof Zaridah Ramli 2014 Penyelidikan Dalam
Pendidikan Bahasa Melayu Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Shaifol Bahary dan Hasnul Faizal 2010 HBEF4303: Projek Kajian Tindakan Selangor:
Meteor Doc Sdn. Bhd