5.“HIDE & SEEN” DALAM MENGINGAT ASAL USUL NAMA-NAMA NEGERI DI MALAYSIA

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

1 “HIDE SEEN” DALAM MENGINGAT ASAL USUL NAMA-NAMA NEGERI DI MALAYSIA BAGI MURID TAHUN ENAM DI S.K LUAGAN DOUGLAS ANAK DAVID PISMP SEJARAH galiliezaly86gmail.com ENCIK LINOS SUMPING ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk menilai penggunaan kaedah “Hide Seen” dalam mengingat asal usul nama-nama negeri di Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui tahap mengingat dan tahap pengelibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah “Hide Seen”. Peserta kajian terdiri daripada tujuh orang murid tahun 6 Dinamik S.K Luagan Keningau. Reka bentuk kajian menggunakan Model Kemmis dan McTaggart 1988. Data kajian dikumpul menggunakan tiga kaedah iaitu pemerhatian soal selidik dan penilaian. Kaedah penilaian yang digunakan ialah praujian dan pascaujian. Dapatan kajian menunjukkan berlakunya peningkatan terhadap mengingat asal usul nama-nama negeri di Malaysia dengan peratus praujian sebanyak 30.8 kepada 75.8 dalam pascaujian. Hasil kajian juga menunjukkan perubahan terhadap tahap mengingat asal usul nama-nama negeri di Malaysia kesumua tujuh orang peserta kajian telah menguasai. Dapat dirumuskan bahawa penggunaan kaedah “Hide Seen” mampu membantu murid yang bermasalah dalam mengingat asal usul nama-nama negeri di Malaysia. Penggunaan kaedah “Hide Seen” ini sesuai juga digunakan dalam mengajar tajuk-tajuk yang lain dalam mata pelajaran Sejarah. Kata kunci: Kaedah “Hide Seen” mengingat penglibatan tahun 6 ABSTRACT The purpose of this action research is to study the effect of using “Hide Seen” is remembering the origin of state names in Malaysia. This research is to find out the memory and student participation in the teaching and learning process using the “Hide Seen” method. Participants of this research consists of 7 year 6 Dinamik at S.K Luagan Keningau. The research model of this research is the Kemmis Mc Taggart model. The data collection method uses three istrument which are obserbation interview and tests. The tests that are used are pre- and post-test. Research findings show an improvement in remembering the origins of the state names in Malaysia with pre-test of 30.8 increase to 75.8 in post-test. Research also showed improvement in memorizing the origins of state names where all 7 participants managed to learn. If can be deduced that the “Hide Seen” method can help problematic students in remembering the origins of state names in Malaysia. The usege of this method is also suitable in teaching other topics in History subject. Keywords: “Hide Seen” method remembering student participation years 6

slide 2:

2 PENGENALAN Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah membolehkan murid memahami tingkah laku manuasia sebab dan akibat keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia. Masalah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah sebenarnya didorong oleh beberapa faktor. Keadaan ini dikukuhkan lagi dengan penyataan Badrol Hisham et. al. 2011 iaitu faktor yang paling dominan yang mempengaruhi masalah pengajaran dan pembelajaran Sejarah adalah faktor kognitif dengan empat item iaitu fakta konsep penguasaan dan hubung kait fakta. Semasa mengajar tema Kemakmuran Negara Kita bagi murid tahun 6 pengkaji mendapati terdapat sebilangan murid yang mengalami masalah tidak dapat mengingat asal usul nama-nama negeri di Malaysia. Di samping itu terdapat masalah lain yang dihadapi oleh murid ini iaitu kurang melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian perlunya penyelesaian dalam membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh segelintir murid ini agar mereka mampu untuk mencapai objektif dan mampu untuk menguasai isi pengajaran dan pembelajaran seperti mana rakan- rakan mereka yang lain. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Semasa menjalani praktikum fasa III pengkaji dapat melihat akan perbezaan diantara kelas yang diajar. Hal ini adalah kerana pengkaji telah mengambil alih semua kelas tahun enam bagi mata pelajaran Sejarah. Oleh yang demikian ini menyenangkan lagi pengkaji untuk melihat masalah yang dihadapi oleh murid semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Melalui senarai semak pemerhatian yang pengkaji buat pengkaji mendapati murid menganggap mata pelajaran Sejarah adalah sebagai subjek yang membosankan. Kebanyakan murid tidak memberikan perhatian dan kurang melibatkan diri sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan oleh pengkaji. Terdapat beberapa orang murid tidak memberikan fokus sekaligus tidak dapat menyiapkan tugasan yang telah disediakan oleh pengkaji. Selain itu masalah mengingat isi-isi pelajaran yang telah disampaikan juga sering kali berlaku. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran isi pelajaran yang diterangkan oleh guru tidak dapat difahami oleh murid dengan jelas. Pada pertama kali masuk mengajar di kelas ini pengkaji telah menggunakan pendekatan pengajaran yang konvensional iaitu kaedah berpusatkan guru. Hal ini adalah kerana kebiasaan yang pengkaji lakukan sebelum ini. Menurut Philip R. Wallace kaedah pengajaran konvensional ini adalah kaedah pengajaran yang mempunyai ciri-ciri seperti menggunakan model bercerita tunjuk cara dan memberikan contoh secara langsung. Sebagai alternatif pengkaji melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan melibatkan penggunaan bahan ransangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid. FOKUS KAJIAN Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah pengkaji dapat memerhatikan murid menumpukan perhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang pengkaji kendalikan. Masalah ini pengkaji dapat perhatikan semasa mengajar tajuk Negara Malaysia bagi unit 2 iaitu Bumi Dipijak Langit Dijunjung murid menghadapi masalah tidak dapat mengingat asal usul nama-nama negeri di Malaysia. Kebanyakkan murid lebih suka membuat kerja sendiri dan tidak

slide 3:

3 memberikan perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Mereka kurang melibatkan diri dalam melakukan aktiviti yang telah dirancang oleh guru. Oleh sebab itu pengkaji mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah ini dengan memberikan rawatan menggunakan kaedah “Hide Seen” dengan harapan murid dapat mengingat nama-nama negeri di Malaysia dan murid dapat melibatkan diri dengan aktif dalam melakukan aktiviti yang telah dirancang oleh pengkaji. OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengingat asal usul nama-nama negeri di Malaysia. 2. Meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. SOALAN KAJIAN Kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk menjawab dua soalan kajian berikut. 1. Adakah penggunaan “Hide Seen” membantu murid mengingat asal usul nama-nama negeri di Malaysia 2. Adakah kaedah “Hide Seen” dapat meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah PESERTA KAJIAN Kajian tindakan ini dilaksanakan di S.K Luagan Keningau. Setelah melaksanakan ujian pra hasil menunjukkan 7 orang murid bermasalah dari mengingat asal usul nama-nama negeri di Malaysia. Oleh itu kajian ini hanya melibatkan 7 orang murid tahun 6 Dinamik yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Tahap kelas ini adalah kelas perdana. PELAKSANAAN TINDAKAN Perancangan Tindakan Langkah-langkah tindakan dalam sesuatu pelaksanaan kajian tindakan perlulah dirancang dengan baik dan bersistematik. Othman 2011 menyatakan pelaksanaan kajian tindakan merupakan pemikiran tentang tindakan yang memandu kerja-kerja kajian yang selanjutnya. Dalam kajian ini pengkaji membuat pelaksanaan tindakan berdasarkan maklumat tentang masalah yang dikenalpasti melalui tinjauan dan analisis masalah. Sehubungan itu pengkaji telah memilih untuk melaksanakan kaedah yang dipilih iaitu penggunaan kaedah “Hide Seen” untuk mengingat asal usul nama-nama negeri di Malaysia. Langkah 1: Murid diberi penerangan Dalam langkah ini guru memberikan murid penerangan tentang cara-cara menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah “Hide Seen” ini. Dalam masa yang sama pengkaji memberikan peralatan sampingan seperti pen marker kertas mahjong dan pita pelekat. Alat bantu mengajar ini adalah bertujuan untuk kegunaan peserta kajian menyelesaikan tugasan.

slide 4:

4 Langkah 2: Menjalankan pembelajaran dan pengajaran menggunakan kaedah “Hide Seen” dengan pemantauan guru. Dalam tempoh pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah “Hide Seen” ini setiap pergerakan dan perlakuan peserta kajian diperhatikan dan direkodkan oleh pengkaji. Kad klu diletakkan di dalam sampul yang bewarna dan disembunyikan di kawasan yang berada dalam lingkungan pengajaran dan pembelajaran. Setiap kumpulan akan mencari sampul yang mengikut warna yang telah diberikan oleh pengkaji kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan mencari dan menyelesaikan 2 sampul kad klu. Selepas semua sampul dijumpai setiap kumpulan akan memilih satu kawasan untuk menyelesaikan masalah yang terdapat dalam kad klu. Sebagai aktiviti pengukuhan setiap kumpulan diminta unutk menamakan kawasan yang mereka pilih untuk menyelesaikan masalah bersesuaian dengan keadaan kawasan itu. Setiap ahli dalam kumpulan mengambil peranan masing-masing. Langkah 3: Menyelesaikan tugasan yang telah disediakan Setelah peserta kajian menyelesaikan masalah dalam masa yang ditetapkan mereka akan membentangkan hasil kerja mereka. Mereka juga dikehendaki untuk menyatakan peranan setiap ahli dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti sebentar tadi. Hasil dapatan dan penerang yang dipersembahkan oleh peserta kajian dicatatkan oleh pengkaji.

slide 5:

5 PERANCANGAN Rajah 1: Pelan tindakan adaptasi gelung kajian tindakan Kemmis Mc Taggart 1998 Peningkatan terhadap mengingat penerapan Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah pengelibatan dan pencapaian murid Analisis INTERVENSI RAWATAN Sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah "Hide Seen" Kenal Pasti Masalah Lembaran Kerja / Ujian Pra Pembelajaran tradisional mata pelajaran Sejarah Ujian Pra Borang soal selidik Pemerhatian Pemerhatian Borang soal selidik Ujian Pos

slide 6:

6 Bagi melaksanakan kajian ini pengkaji menjalankan aktiviti mengumpul data dan maklumat mengikut Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart 1988. Model ini berasaskan kepada model pemikiran Kurt Lewin yang seterusnya diubahsuai dan digunakan dalam kajian tindakan pendidikan. Menurut model ini kajian tindakan bergerak dalam kitaran yang berterusan melibatkan perancangan plan tindakan action pemerhatian observe dan reflek reflect. Pada peringkat awal pengkaji telah merancang strategi dalam mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid. Namun yang demikian bukan keseluruhan murid dalam kelas demikian menghadapi masalah yang sama. Untuk mengenal pasti masalah murid pengkaji telah memberikan ujian pra kepada murid. Melalui keputusan yang direkodkan maka pengkaji telah dapat menentukan peserta kajian yang akan diberikan rawatan. Setelah itu pengkaji telah memberikan borang soal selidik kepada peserta kajian untuk mengutip data berkenaan latar belakang dan kecenderungan minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah sebelum ini. Semua data yang diperoleh direkodkan. Selepas mengenal pasti peserta kajian pengkaji memberikan rawatan kepada mereka. Pengkaji telah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah “Hide Seen” untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh peserta kajian di samping meningkatkan penglibatan mereka dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Setelah memberikan rawatan pengkaji telah memberikan ujian pos kepada peserta kajian untuk mengukur sejauh manakah kaedah “Hide Seen” ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh peserta kajian. Di samping itu borang soal selidik juga diedarkan untuk menentukan sejauh manakah pandangan peserta kajian terhadap keberkesanan kaedah ini. Setelah selesai dan data telah direkodkan pengkaji telah menganalisis data berkenaan untuk menentukan sama ada data tersebut telah menjawab persoalan kajian dan dapat mencapai objektif kajian. Pengkaji tidak perlu untuk mengulangi gelung yang kedua berpandukan kepada model kajian yang telah dipilih kerana keputusan dari hasil kutipan data yang pertama sudah cukup membuktikan keberkesanan kaedah “Hide Seen” ini dalam mata pelajaran Sejarah. Pengumpulan dan analisis data A. Ujian Pada bahagian ini pengkaji telah membuat dua peringkat ujian iaitu praujian dan pascaujian. Praujian diberikan kepada murid sebelum menjalankan intervensi. Ujian ini dilaksanakan untuk mendapatkan data-data bagi mengukur kebolehan muird berkaitan dengan tajuk asal usul nama-nama negeri di Malaysia sebelum diberikan rawatan. Dalam ujian ini murid telah diberikan satu lembaran aktiviti yang memerlukan murid untuk menjawab bagaimana sesebuah negeri itu mendapat nama dengan tepat dan betul. Melalui ujian ini pengkaji dapat menentukan tahap penguasaan murid terhadap aspek kefahaman dan tahap penguasaan murid terhadap sesuatu topik. Setelah melaksanakan ujian ini pengkaji mendapati terdapat 7 orang murid di dalam kelas tahun 6 Dinamik menunjukkan kelemahan dalam topik asal usul nama-nama negeri di Malaysia.

slide 7:

7 Selesai praujian dan murid juga telah menjalani sesi intervensi maka ujian susulan dibuat. Ujian ini dinamakan sebagai pascaujian. Pascaujian ini dilaksanakan bagi mengukur tahap peningkatan yang berlaku dalam penguasaan murid terhadap sesuatu aspek yang diuji selepas menjalani sesi intervensi. B. Borang senarai semak pemerhatian Pengumpulan data melalui senarai semak pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa yang murid tahu tentang bagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan tersebut. Menurut Arnez 2013 senarai semak ialah satu rangkaian jawapan kepada soalan. Senarai semak yang baik haruslah sesuai diguna dan bersifat terbuka dan kurang berstruktur. Ia merupakan satu alat pentaksiran yang sesuai untuk mentaksir aspek afektif dan psikomotor murid. Tujuan utama penggunaan senarai semak pemerhatian adalah untuk membekalkan data yang bersifat objektif tentang kualiti pencapaian murid termasuklah proses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses tersebut. Maklumat ini boleh digunakan oleh pengkaji dalam merencanakan proses dan prosedur pengajarannya. Masalah yang mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah ketidakadilan ataupun bias. Masalah ini sebenarnya tidak timbul sekiranya tingkah laku yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif dan boleh dilihat sebagai ada atau tiada. Sebagai satu panduan dalam menggunakan kaedah pentaksiran ini pengkaji telah menyediakan borang senarai semak yang menggariskan lima kelakuan murid yang boleh diukur semasa menggunakan kaedah “Hide Seen” ini dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. C. Soal selidik Soal selidik merupakan temu bual berstruktur yang dijalankan secara bertulis. Soalan-soalan soal selidik disusun secara sistematik mengikut sesuatu pengaliran pemikiran yang tertentu. Menurut Mok 2010 tujuan utama menggunakan kaedah soal selidik dalam penyelidikan ialah untuk mengenal pasti fakta-fakta yang boleh digunakan untuk menguji hipotesis atau menambah kepercayaan dan kesahan sesuatu teori. Bagi soal selidik yang disediakan oleh pengkaji peserta kajian hanya perlu menandakan ruang jawapan yang berkaitan iaitu melalui skala likat 1 2 3 4 dan 5. Analisis Data Instrumen pengumpulan data berbentuk praujian dan pascaujian digunakan oleh pengkaji untuk menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu menilai kesan penggunaan kaedah “Hide Seen” dalam kalangan murid. Data-data ujian ini dianalisis dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Hasil yang diperoleh digunakan untuk membandingkan peratus di antara praujian dan pascaujian. Skor peratus diperoleh daripada jumlah jawapan yang betul dibahagikan dengan jumlah keseluruhan jawapan. Kemudian hasil yang diperoleh didarab dengan seratus. Ringkasnya skor peratus diperoleh menggunakan rumus berikut: ℎ jumlah soalan yang dijawab betul j ℎ × 100

slide 8:

8 Dalam menilai keberkesanan kaedah “Hide Seen” yang dijalankan perbandingan markah dan pencapaian murid dalam praujian dan pascaujian diinterpretasi menggunakan skala penilaian markah ujian yang diadaptasi daripada tahap penguasaan Gred Sekolah Rendah 2016 bagi mengukur tahap penguasaan murid melalui peratusan markah yang diperoleh seperti berikut: Jadual 1 Skala Penilaian Markah Ujian Asal Usul Nama-nama Negeri di Malaysia. Tahap Amat Lemah Lemah Memuaskan Baik Cemerlang Markah E 0 – 19 D 20 – 39 C 40 – 59 B 60 – 79 A 80 – 100 Sumber: Adaptasi tahap penguasaan Gred Sekolah Rendah 2016 DAPATAN KAJIAN Soalan Kajian 1 Adakah murid dapat mengingat asal usul nama-nama negeri di Malaysia menggunakan “Hide Seen” Persoalan yang pertama ini adalah untuk menilai kesan penggunaan kaedah “Hide Seen” terhadap tahap penguasaan murid dalam mengingat nama-nama negeri di Malaysia. Bagi menilai kesan kaedah ini pengkaji telah membuat praujian kepada murid sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini dijalankan. Sehubungan dengan itu pengkaji telah membuat perbandingan markah di antara praujian dan pascaujian menggunakan peratus. Berikut menunjukkan perbandingan markah praujian dan pascaujian yang telah diperolehi peserta kajian: Jadual 2 Perbandingan Markah Ujian Pra Dan Ujian Pasca Peserta Kajian. Nama Praujian Gred Pascaujian Gred Peratus Peningkatan +/- Murid A 23.1 D 61.5 B +38.4 Murid B 30.8 D 69.2 B +38.4 Murid C 30.8 D 76.9 B +46.1 Murid D 38.5 D 92.3 A +53.8 Murid E 38.5 D 92.3 A +53.8 Murid F 23.1 D 61.5 B +38.4 Murid G 30.8 D 76.9 B +46.1 Peratus 30.8 D 75.8 B +45 Berdasarkan jadual 2 dapatan kajian menunjukkan ketujuh-tujuh peserta kajian telah berjaya menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian mengingat asal usul nama-nama negeri di Malaysia yang telah diberikan. Jumlah peningkatan yang tertinggi ialah peserta kajian D dan peserta kajian E. Dalam praujian yang

slide 9:

9 telah diberikan peserta kajian D hanya berjaya mendapat 38.5 tetapi telah meningkat kepada 92.3 dalam pascaujian. Begitu juga dengan peserta kajian E dalam praujian dia hanya mendapat 38.5 sahaja tetapi meningkat kepada 92.3 dalam pascaujian. Peserta kajian C dan peserta kajian G pula telah berjaya mendapatkan peningkatan peratusan kedua tertinggi iaitu sebanyak 46.1. Kemudian disusuli pula dengan peserta kajian A B dan peserta kajian F sebanyak 38.4. Semasa praujian peserta kajian A hanya mampu mendapat markah sebanyak 23.1 manakala semasa pascaujian markahnya telah meningkat kepada 61.5. Seterusnya peserta kajian B pula semasa praujian dia hanya mendapat 30.8 sahaja tetapi apabila telah melalui kaedah ini dan dilaksanakan pascaujian markahnya telah meningkat menjadi 69.2. Jika dilihat secara keseluruhan daripada gred yang diperolehi oleh peserta kajian dalam Jadual 2 semua peserta kajian mendapat gred D sebelum kaedah “Hide Seen” dilaksanakan. Ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan semua peserta kajian berada dalam tahap lemah dalam mengingat asal usul nama-nama negeri di Malaysia. Namun selepas melalui kaedah ini gred kesemua peserta kajian telah berjaya ditingkatkan iaitu apabila 2 orang peserta kajian berjaya mendapat gred A untuk ujian mengingat asal usul nama-nama negeri di Malaysia. Selain itu terdapat 5 orang peserta kajian telah mendapat gred B dalam pascaujian. Jelas menunjukkan bahawa kesemua murid telah berjaya meningkatkan penguasaan mereka terhadap mengingat asal usul nama-nama negeri di Malaysia dengan cemerlang melalui peningkatan markah yang diperolehi dalam praujian dan pascaujian nama-nama negri di Malaysia yang diberikan. Peningkatan tahap mengingat asal usul nama-nama negeri di Malaysia dalam kalangan peserta kajian ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui graf perbandingan markah praujian dan pascaujian yang ditunjukkan dalam Rajah 2 di bawah: Rajah 2. Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca 23.1 30.8 30.8 38.5 38.5 23.1 30.8 61.5 69.2 76.9 92.3 92.3 61.5 76.9 0 20 40 60 80 100 A B C D E F G Peratus Peserta Kajian Perbandingan Markah Praujian dan Pascaujian Praujian Pascaujian

slide 10:

10 Merujuk kepada Rajah 2 di atas setelah melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah “Hide Seen” hasil perbandingan praujian dan pascaujian ini telah membuktikan bahawa kaedah “Hide Seen” yang berunsurkan permainan dan penglibatan murid yang aktif ini ternyata berkesan dalam meningkatkan daya ingatan murid dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah terutamanya dalam menguasai tajuk mengingat asal usul nama-nama negeri di Malaysia. Secara keseluruhannya berlaku peningkatan peratus sebanyak 45 dalam mengingat asal usul nama-nama negeri di Malaysia dalam kalangan peserta kajian. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan purata gred tahap penguasaan peserta kajian iaitu dari gred D kepada gred B selepas peserta kajian menjalani proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah “Hide Seen”. Ini bermakna tahap penguasaan peserta kajian dalam mengingat asal usul nama-nama negeri di Malaysia secara keseluruhannya telah berjaya ditingkatkan daripada tahap lemah kepada tahap baik melalui penggunaan kaedah “Hide Seen”. Soalan Kajian 2 Adakah kaedah “Hide Seen” dapat meningkatkan penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah Persoalan kedua ini adalah untuk menilai tahap penglibatan yang ditunjukkan oleh murid sama ada mereka bersikap aktif ataupun pasif terhadap penggunaan kaedah “Hide Seen” ini. Bagi menilai tahap penglibatan murid ini pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap penglibatan murid sepanjang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah “Hide Seen” ini. Dalam membuat pemerhatian ini pengkaji telah menggunakan senarai semak pemerhatian melalui pengiraan min keseluruhan untuk setiap kriteria yang telah ditetapkan. Selain itu untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian pengkaji telah menggunakan soal selidik terhadap peserta kajian untuk mendapatkan pandangan dan kepuasan mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah “Hide Seen” ini. Berikut merupakan dapatan tentang tahap penglibatan murid dalam aktiviti PdP melalui senarai semak pemerhatian. Jadual 3 Tahap Penglibatan Murid Sebelum Kaedah “Hide Seen” Dijalankan. KRITERIA TAHAP 1 2 3 4 5 Min Tahap Penglibatan Mendengar dan menerima arahan daripada guru 3 1 3 2 Rendah Minat dengan penuh minat dalam aktiviti 1 2 3 1 2.6 Rendah Menunjukkan sikap kerjasama semasa aktiviti PdP 1 3 3 2.3 Rendah Kebergantungan positif 4 3 2.4 Rendah Melaksanakan tugasan individu 1 5 1 2.0 Rendah Min Keseluruhan 2.26 Rendah Tahap penglibatan peserta kajian sebelum penggunaan kaedah “Hide Seen” menunjukkan pada tahap rendah. Hal ini boleh dilihat daripada item pertama dalam kajian ini iaitu mendengar dan menerima arahan daripada guru tiga orang peserta kajian pada tahap 1 seorang peserta kajian pada tahap 2 dan tiga orang peserta

slide 11:

11 kajian lagi pada tahap 3. Untuk item kedua pula iaitu minat dengan penuh minat dalam aktiviti seorang peserta kajian pada tahap 1 dua orang peserta kajian pada tahap 2 tiga orang peserta kajian pada tahap 3 dan seorang peserta kajian pada tahap 4. Item ketiga iaitu menunjukkan sikap kerjasama semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran seorang peserta kajian pada tahap 1 tiga orang peserta kajian pada tahap 2 tiga orang peserta kajian lagi pada tahap 3. Item keempat iaitu kebergantungan positif pula menunjukkan seramai empat orang peserta kajian pada tahap 2 dan tiga orang peserta kajian pada tahap 3. Item yang terakhir iaitu melaksanakan tugasan individu seorang peserta kajian pada tahap 1 lima orang peserta kajian pada tahap 2 dan seorang peserta kajian pada tahap 3. Secara keseluruhan min yang diperolehi pada intervensi 1 juga berada pada tahap rendah iaitu 2.2. Jadual 4 Tahap Penglibatan Peserta Kajian Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menggunakan Kaedah “Hide Seen”. KRITERIA TAHAP 1 2 3 4 5 Min Tahap Penglibatan Mendengar dan menerima arahan daripada guru 3 4 4.6 Tinggi Minat dengan penuh minat dalam aktiviti 1 6 4.9 Tinggi Menunjukkan sikap kerjasama semasa aktiviti PdP 7 5 Sangat Tinggi Kebergantungan positif 2 5 4.7 Tinggi Melaksanakan tugasan individu 1 6 4.9 Tinggi Min Keseluruhan 4.8 Tinggi Tahap penglibatan peserta kajian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah “Hide Seen” menunjukkan peningkatan daripada rendah kepada sangat tinggi. Hal ini boleh dilihat daripada item pertama dalam kajian ini iaitu mendengar dan menerima arahan daripada guru tiga orang peserta kajian pada tahap 4 dan empat orang murid pada tahap 5. Untuk item kedua pula iaitu minat dengan penuh minat dalam aktiviti seorang peserta kajian pada tahap 4 dan selebihnya berada pada tahap 5. Item ketiga iaitu menunjukkan sikap kerjasama semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran kesemua peserta kajian berada pada tahap 5. Item keempat iaitu kebergantungan positif pula menunjukkan dua orang peserta kajian pada tahap 4 dan lima orang lagi pada tahap 5. Item yang terakhir iaitu melaksanakan tugasan individu seorang peserta kajian berada pada tahap 4 dan peserta kajian yang lain berada pada tahap 5. Secara keseluruhan min yang diperolehi semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan menggunakan kaedah “Hide Seen” ini menunjukkan peningkatan dari tahap rendah kepada tinggi iaitu 4.8. Berdasarkan Jadual 3 dan 4 pengkaji membuat penilaian terhadap tahap penglibatan murid dengan mendapatkan min untuk setiap kriteria yang telah ditetapkan pada borang senarai semak pemerhatian sebelum dan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan menggunakan kaedah “Hide Seen” dibuat. Sehubungan itu min bagi setiap tahap penglibatan murid dalam aktiviti PdP dilihat dengan lebih jelas dalam jadual 5 berikut:

slide 12:

12 Jadual 5 Min Tahap Penglibatan Murid Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kriteria K1 Mendengar dan menerima arahan guru K2 Minat dengan penuh minat dalam aktiviti K3 Menunjukkan sikap kerjasama semasa aktiviti PdP K4 Kebergantungan positif K5 Melaksanakan tugasan individu Rajah 3: Perbandingan Min Tahap Penglibatan Peserta Kajian Sebelum Dan Selepas Penggunaan Kaedah “Hide Seen”. Rajah 8 dan menunjukkan peningkatan terhadap tahap penglibatan peserta kajian dalam aktiviti PdP menggunakan kaedah “Hide Seen”. Dapat diperhatikan bahawa setiap min untuk kriteria yang telah ditetapkan untuk menilai tahap penglibatan peserta kajian meningkat sebelum menggunakan kaedah “Hide Seen” dan semasa menggunakan kaedah “Hide Seen” ini. Untuk K1 iaitu kriteria 1.9 2.6 2.3 2.4 2 4.6 4.9 5 4.7 4.9 0 1 2 3 4 5 6 K1 K2 K3 K4 K5 Min Kriteria Perbandingan Min Tahap Penglibatan Peserta Kajian Bagi Sebelum Dan Semasa Penggunaan Kaedah "Hide Seen" Sebelum Semasa KRITERIA Min Tahap Penglibatan Murid dalam PdP sebelum Semasa Perbezaan Mendengar dan menerima arahan daripada guru 1.9 4.6 2.7 Minat dengan penuh minat dalam aktiviti 2.6 4.9 2.3 Menunjukkan sikap kerjasama semasa aktiviti PdP 2.3 5.0 2.4 Kebergantungan positif 2.4 4.7 2.3 Melaksanakan tugasan individu 2.0 4.9 2.9 Min Keseluruhan 2.2 4.8 2.6

slide 13:

13 tentang mendengar dan menerima arahan daripada guru hasil dapatan menunjukkan bahawa min tahap penglibatan peserta kajian menunjukkan peningkatan daripada 1.9 pada sebelum penggunaan kaedah kepada 4.6. Jika dilihat julat min untuk K1 hasil dapatan menunjukkan bahawa berlaku peningkatan sebanyak 2.7. Beralih pula kepada K2 iaitu kriteria tentang melibatkan dengan penuh minat dalam aktiviti min tahap penglibatan peserta kajian untuk kriteria ini mencatatkan berlaku peningkatan daripada min sebanyak 2.6 sebelum dan meningkat kepada 4.9 semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran menggunaan kaedah “Hide Seen”. Julat min untuk K2 pula menunjukkan berlaku peningkatan min sebanyak 2.3. Seterusnya dalam K3 iaitu kriteria berkaitan dengan sikap kerjasama semasa aktiviti PdP min tahap penglibatan peserta kajian menunjukkan berlaku julat peningkatan sebanyak 2.4. Ini dapat dilihat daripada peningkatan min tahap penglibatan peserta kajian sebelum dan selepas penggunaan keadah “Hide Seen” masing-masing sebanyak 2.3 dan 5.0. Oleh itu K3 juga menunjukkan tahap penglibatan daripada rendah kepada sangat tinggi semasa menjalanai proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah “Hide Seen”. Selanjutnya untuk K4 pula iaitu kriteria tentang kebergantungan positif min tahap penglibatan peserta kajian telah mencatatkan peningkatan daripada min sebanyak 2.4 pada pemerhatian sebelum penggunaan kaedah kepada min sebanyak 4.7 semasa menggunakan kaedah “Hide Seen” ini. Julat min untuk K4 memperlihatkan peningkatan min sebanyak 2.9. Tahap minat murid untuk kriteria ini turut menunjukkan peningkatan daripada tahap rendah kepada sangat tinggi. Akhir sekali dalam K5 iaitu kriteria berkaitan dengan tahap penglibatan peserta kajian dari aspek menyiapkan tugasan individu hasil dapatan menunjukkan peningkatan tahap penglibatan daripada daripada rendah kepada sangat tinggi semasa menggunakan kaedah “Hide Seen”. Ini dapat dilihat daripada min tahap penglibatan peserta yang semakin meningkat bermula daripada hanya sebanyak 2.0 sebelum pelaksaan kaedah “Hide Seen” kepada 4.9 semasa proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah “Hide Seen” dijalankan. Julat min untuk K5 memperlihatkan peningkatan min sebanyak 2.9. Ini menunjukkan bahawa pencapaian tahap penglibatan peserta kajian pada K5 meningkat daripada tahap rendah kepada tahap yang sangat tinggi semasa kaedah “Hide Seen” ini digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk mengingat asal usul nama-nama negeri di Malaysia. Selain itu pengkaji juga telah membuat analisis terhadap penglibatan dalam penggunaan kaedah “Hide Seen” ini melalui perbandingan min keseluruhan bagi tahap penglibatan peserta kajian sebelum dan selepas penggunaan kaedah “Hide Seen” seperti berikut : Jadual 6 Min Keseluruhan Bagi Tahap Penglibatan Murid Proses PdP Min Keseluruhan Tahap Minat Murid Sebelum 2.2 Rendah Selepas 4.8 Tinggi

slide 14:

14 Rajah 4. Min Keseluruhan Tahap Penglibatan Murid Merujuk kepada Rajah 4 dapatan perkembangan tahap penglibatan murid secara keseluruhannya telah berjaya menunjukkan peningkatan semasa kaedah ini dijalankan. Ini dapat dilihat jelas daripada min keseluruhan bagi tahap penglibatan murid telah mencatatkan peningkatan daripada hanya sebanyak 2.2 pada sesi pengajaran sebelum menggunakan kaedah “Hide Seen” kepada 4.8 semasa proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah “Hide Seen”. REFLEKSI Persoalan satu dalam kajian ini menggariskan aspek mengingat. Untuk mendapatkan data yang sahih untuk persoalan kajian ini pengkaji telah menggunakan instrumen ujian pra ujian pos dan soal selidik bagi mendapatkan data kajian. Melalui hasil dapatan data yang telah diperoleh persoalan kajian ini telah lengkap dijawab. Hal ini boleh dirujuk dalam bahagian dapatan kajian yang jelas menunjukkan bahawa berlaku peningkatan pada tahap mengingat murid terhadap penggunaan kaedah “Hide Seen” dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Berdasarkan peningkatan yang berlaku kaedah ini banyak membantu murid supaya lebih menunjukkan keinginan dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Melalui daya tarikan tersebut maka murid dapat mengingat perkara-perkara yang mereka telah lakukan. Persoalan kedua dalam kajian ini pula menggariskan tentang tahap penglibatan murid semasa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data bagi menjawab persoalan ini adalah borang senarai semak pemerhatian. Berdasarkan kepada hasil dapatan daripada kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji min tahap penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah menunjukkan terdapat peningkatan yang amat besar. Selepas dianalisis hasil min yang diperoleh sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah “Hide Seen” adalah hanya 2.2 4.8 0 1 2 3 4 5 6 Sebelum Semasa Min Proses PdP Min Keseluruhan Min Keseluruhan

slide 15:

15 2.2 yang berada pada tahap rendah. Namun selepas menggunakan kaedah “Hide Seen” dalam proses pengajaran dan pembelajaran nilai min terus meningkat kepada tahap yang tinggi iaitu pada tahap 4.8. Secara keseluruhan melalui dapatan kajian yang telah dibuat pengkaji dapat menyimpulkan bahawa penggunaan kaedah “Hide Seen” ini telah memberi nafas baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Pengkaji mengatakan sedemikian kerana dengan menggunakan konsep belajar sambil bermain murid-murid kelihatan lebih berminat untuk belajar dan ini sekaligus memudahkan mereka untuk menguasai sesuatu isi pelajaran. Hal ini bertepatan dengan pendapat Zulkiflie dan Juriah 2010 yang mengatakan bahawa murid- murid akan lebih mudah memahami pelajaran melalui penglibatan langsung di dalam sesuatu sesi tersebut. Tegasnya sebagai seorang guru abad ke-21 seseorang individu tersebut haruslah bijak merancang dan melaksanakan PdP yang selaras dengan tuntutan kognitif murid agar segala ilmu yang disampaikan mudah dihadam dengan baik. CADANGAN 1. Diaplikasikan untuk bilangan murid yang ramai. 2. Diaplikasi dalam tajuk lain dalam mata pelajaran Sejarah. 3. Mengubah suai bahan bantu belajar yang digunakan dalam permainan. 4. Tempoh kajian yang lebih lama. 5. Mengubahsuai kaedah “Hide Seen” dengan penggabungjalinan TMK.

slide 16:

16 RUJUKAN Arnez Awang Pelilah 2013. Keberkesanan teknik garis dan jelma untuk mengesan nilai murni dalam petikan. Tesis tidak diterbitkan. Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Sabah Malaysia. Badrol Hisham Ismail and Zaini Abdullah. 2011. Masalah pembelajaran Sejarah dalam kalangan murid yang lemah dalam mata pelajaran Sejarah tingkatan dua di tiga buah sekolah menengah Daerah Kuala Lipis Pahang. Tesis Sarjana Universiti Pendidikan Sultan Idris. Chong Lean Keow PhD. 2008. Murid dan alam belajar. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka 2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ee Ah Meng 1998. Pedagogi III: Pengujian dan penilaian pemullihan pengayaan dan pendidikan inklusif. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti. Kaozal Dadi Legawan 2101403033. 2007. Permainan mencari harta karun sebagai teknik pembelajaran membaca denah pada siswa kelas VIII SMP Negeri 2 Mandiraja tahun ajaran 2006/2007. Under graduates thesis: universitas Negeri Semarang. Kementerian Pelajaran Malaysia 2012. Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Kemmis S. Mac TaggartR. 1988. The action research lanner 3 rd ed.. Deakin University Press. Mok Soon Sang 2010. Penyelidikan dalam Pendidikan: Perancangan dan pelaksanaan penyelidikan tindakan. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Othman Lebar 2011. Kajian tindakan dalam pendidikan teori dan amalan. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd. Rossa Calla 2016. Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2016. Diperolehi pada 14 Januari 2017 dari: http://www.panduanmalaysia.com/2015/02/julat-gred-markah-baru- peperiksaan-dan-ujian-2015.html Wallace R. G. 1987. Introducing technical and vocational education. Hong Kong: Macmillan Education Ltd. Juriah Long 2010. Senario dan cabaran pengajaran pembelajaran bahasa melayu masa kini. Bangi Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia.

authorStream Live Help