2.KAEDAH NYANYIAN DAN VIDEO ANIMASI UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

KAEDAH NYANYIAN DAN VIDEO ANIMASI UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID DALAM TAJUK JATA NEGARA ABDUL AZIZ BIN ALI SHIR Puan Phyllis lim Nur Ain Sahira Aziz01087gmail.com ABSTRAK Subjek Sejarah merupakan subjek yang menuntut ketekunan murid untuk menghafal banyak fakta istilah nama-nama tokoh peristiwa tempat tarikh dan sebagainya. Satu kaedah yang sesuai dan menepati citarasa murid masa kini perlu dicari agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran PP yang dikendalikan oleh guru Sejarah akan mencapai kepuasan dan memberi kesan yang maksimum. Menyedari akan hakikat bahawa kanak-kanak amat menggemari muzik dan nyanyian maka pengkaji telah menjadikannya sebagai satu kaedah dalam menjalankan aktiviti PP Sejarah dengan bantuan animasi yang menarik. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan keberkesanan kaedah nyanyian dan penggunaan video animasi dalam meningkatkan kefahaman murid Tahun 5 bagi tajuk ‘Jata Negara’. Reka bentuk kajian adalah secara kualitatif dan kuantitatif. Seramai 5 orang murid Tahun 5 dari sebuah Sekolah Kebangsaan di sekitar Sabah telah dipilih sebagai responden kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca pemerhatian serta soal selidik. Berdasarkan analisis borang pemerhatian dan soal selidik penggunaan kaedah nyanyian dan video animasi dalam PP Sejarah berupaya meningkatkan minat murid untuk belajar serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Keputusan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah nyanyian berjaya membantu murid memahami dan mengingati makna bagi simbol- simbol yang terdapat pada Jata Negara. Kata kunci : Keberkesanan Kaedah Nyanyian Video Animasi Meningkatkan Kefahaman. ABSTRACT History is a subject which demanded pupil’s diligence to memorize lot of facts terms public figure names events places chronicles and so on. Due to this a method that is suitable to fulfil pupil’s interest needs to be applied so that teaching and learning TL process that conducted by the History teacher will reach the satisfaction that they want and giving a very maximum effect to the TL process. Realizing the fact that children really like music and song researcher have choosen singing method to be carry out in the History TL process. The aim for this research is to determine the effectivenss of singing method and animation video to enhance Year 5 pupil’s understaings for the ‘Jata Negara’ topic. The research design that has been used is qualitative and quantitative method. Respondents of this research has involved 5 pupils of Year 5 from a school somewhere at Sabah. Pre-test and post- test observation and questionnaire have been used as the instruments for this research. Data from the observation and questionnaire showed that the using of singing and animation video method in History TL process is able to increase pupil’s interests and can provide enjoyable and entertaining learning environment. This research proves that singing and animation video method really works to help pupil in understanding the ‘Jata Negara’ topic. Key words : Effectiveness Method Singing Video Animation Enhance Understanding.

slide 2:

PENGENALAN Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum Standard Sekolah RendahKSSR mulai tahun 4 di Tahap 2. Ini bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah. Pembelajaran mata pelajaran Sejarah dirancangkan untuk memberi pengalaman yang menyeronokkan bermakna dan mencabar melalui penggunaan pelbagai kaedah pengajaran yang menghiburkan dan menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran yang disediakan oleh guru. Penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar seperti penggunaan audio video power point dan sebagainya membantu untuk menarik perhatian murid semasa proses pengajaran berlangsung. Guru yang bijak perlu mengenalpasti kaedah yang boleh meransang minat murid untuk menyukai matapelajaran sekolah rendah agar pembelajaran menjadi lebih berkesan antaranya ialah menggunakan elemen lagu nyanyian. Justeru pengkaji telah memilih kaedah nyanyian bagi meningkatkan tahap penguasaan murid dalam tajuk Jata Negara dalam mata pelajaran Sejarah tahun 5 setelah pengkaji mendapati murid kurang faham tentang maksud bagi setiap lambang-lambang yang terdapat pada Jata Negara. Lagu tersebut akan dinyanyikan bersama sebuah video yang memaparkan animasi yang menarik dengan menggunakan lirik dan melodi yang ‘catchy’ bagi meransang pemikiran murid agar memudahkan murid untuk memahami maksud bagi setiap lambang yang terdapat pada Jata Negara. Kedua-dua aspek tersebut digabungkan dalam kaedah pengajaran pengkaji. Disamping murid berseronok menyanyikan lagu tersebut murid juga dapat menerima informasi dengan lebih mudah dan menarik. Kajian ini merupakan satu inovasi yang dilakukan kearah mengkaji keberkesanan menggunakan kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk matapelajaran Sejarah tahun 5. Kajian ini dilakukan untuk menguji keberkesanan penggunaan teknik nyanyian dalam membantu guru dan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. FOKUS KAJIAN Dalam pengajaran dan pembelajaran PdP yang lalu pengkaji telah mengajar tentang tajuk Jata Negara di dalam kelas. Hasil daripada Pengajaran dan Pembelajaran tersebut pengkaji mendapati bahawa murid-murid menghadapi masalah untuk memahami dan mengingati maksud bagi setiap lambang yang terdapat pada Jata Negara. Masalah ini memerlukan untuk pengkaji melaksanakan beberapa kaedah saintifik untuk melihat sejauh mana masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Kaedah yang telah pengkaji pilih ialah pemerhatian temu bual dan ujian. Data-data yang akan diperolehi daripada instumen-instrumen ini akan membantu pengkaji untuk menghasilkan interversi yang sesuai bagi mengatasi masalah ini. Murid-murid seharusnya mengetahui maksud bagi setiap lambang-lambang yang terdapat dalam Jata Negara tersebut agar mereka benar-benar memahami apa yang dipelajari bersesuaian dengan standard kandungan dan standard pembelajaran Sejarah Tahun 5.

slide 3:

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN Objektif Umum Kajian ini dilakukan bagi meningkatkan kefahaman mata pelajaran Sejarah Tahun 5 dalam tajuk Jata Negara menggunakan kaedah nyanyian dan video animasi. Objektif Khusus Objektif khusus kajian ini adalah untuk : i. Murid dapat memahami maksud bagi setiap lambang yang terdapat pada Jata Negara. ii. Murid dapat menggunakan lagu sebagai satu kaedah untuk memahami dan mengingat maksud bagi setiap lambang yang terdapat pada Jata Negara. iii. Menarik minat murid untuk mempelajari tajuk Jata Negara melalui unsur didik hibur. Soalan Kajian Kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berikut : i. Adakah penggunaan kaedah nyanyian dan penggunaan video animasi dapat meningkatkan daya ingatan mengingati fakta tentang lambang-lambang yang terdapat pada Jata Negara dalam tajuk Jata Negara ii. Adakah penggunaan kaedah nyanyian dan penggunaan video animasi dapat meningkatkan penguasaan murid dalam tajuk Jata Negara PESERTA KAJIAN Dalam kajian yang telah dilakukan ini pengkaji telah memilih seramai 5 orang responden daripada kalangan murid Tahun 5 iaitu 2 murid lelaki dan 3 murid perempuan. Mereka merupakan kelompok yang mempunyai tahap kognitif paling lemah dalam kelas tersebut dan pemilihan peserta kajian tersebut adalah berdasarkan temubual bersama guru kelas mereka dan gred mereka dalam ujian Sejarah lepas. Jadual 1 : Maklumat Peserta Kajian Peserta Kajian Jantina Bangsa P1 Lelaki Dusun P2 Perempuan Dusun P3 Perempuan Dusun P4 Perempuan Dusun P5 Lelaki Dusun TINDAKAN YANG DIJALANKAN Tindakan 1 Pada fasa tindakan pertama pengkaji mengajar murid menggunakan kaedah yang lama iaitu dengan menggunakan papan tulis dan buku teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu mengajar. Sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung selama 30 minit. Murid diminta untuk merujuk buku teks. Setelah itu sesi soal jawab antara guru dan murid

slide 4:

mengenai isi pelajaran dijalankan selama lebih kurang 5 minit. Apabila telah selesai mengajar murid akan diberikan ujian bertulis dan lisan oleh guru. Murid diperuntukkan selama 10 minit untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Hal ini adalah untuk mengukur sejauh mana penguasaan dan daya ingatan fakta murid tentang topik yang telah diajar. Markah-markah yang diperolehi murid akan dirumuskan dalam bentuk jadual. Jadual 2 : Langkah dan tindakan 1 LANGKAH TINDAKAN Langkah 1 Menggunakan buku teks Sejarah sebagai rujukan. Langkah 2 Sesi bersoal jawab dengan responden tentang tajuk yang diajar. Langkah 3 Ujian bertulis diberikan kepada responden. Langkah 4 Membuat semakan jawapan responden dan membuat pembetulan. Tindakan 2 Selepas membuat analisis pemerhatian melalui refleksi pengajaran inrtervensi lepas pengkaji mendapati bahawa ada beberapa perkara yang perlu ditambahbaik untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Pada fasa tindakan kedua pengkaji mengubahsuai kaedah pengajran daripada intervensi lepas dengan cara mengajar menggunakan kaedah kajian yang dijalankan iaitu kaedah nyanyian dan penggunaan video animasi. Pengubahsuaian tersebut dilakukan untuk memastikan kesinambungan antara intervensi pertama dan kedua. Kaedah ini diaplikasikan dalam topik yang akan diajar oleh pengkaji iaitu tajuk Jata Negara. Murid dipilih secara rawak untuk melaksanakan aktiviti ini. Selepas guru memperdengarkan lagu dan memaparkan video animasi lagu tersebut kepada murid secara berulang kali murid akan berlatih untuk menyanyikan lagu tersebut. Proses ini mengambil masa selama lebih kurang 40 minit. Selepas itu sesi soal jawab mengenai isi pelajaran berjalan selama lebih kurang 5 minit. Nyanyian dan penggunaan video animasi ini akan berupaya menarik perhatian murid kerana lirik dan melodi yang digunakan agak ‘catchy’ dan video animasi yang dipaparkan sangat menyeronokkan dan meransang daya ingatan murid dengan lebih efektif. Setelah selesai sesi pengajaran murid akan diberikan ujian bertulis yang memakan masa selama 10 minit. Markah-markah yang diperolehi murid akan dirumuskan dalam bentuk jadual. Jadual 3 : Langkah dan tindakan 2 LANGKAH TINDAKAN Langkah 1 Penggunaan kaedah nyanyian dan video animasi sebagai rujukan. Langkah 2 Murid diminta untuk berlatih lagu tersebut dengan bantuan muzik dan video animasi yang disediakan oleh guru. Langkah 3 Sesi bersoal jawab dengan responden tentang tajuk yang diajar. Langkah 4 Ujian bertulis diberikan kepada responden. Langkah 5 Membuat semakan jawapan responden dan membuat pembetulan.

slide 5:

KAEDAH MENGUMPUL DATA Pemerhatian Berstruktur Kaedah pemerhatian dijalankan untuk meninjau tingkah laku dan penglibatan peserta kajian sebelum semasa dan selepas kajian. Oleh itu bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki pengkaji akan membuat catatan dan merekod terhadap setiap tingkah laku peserta kajian yang dilihat. Cara pemerhatian yang akan dilaksanakan adalah secara berstruktur. Cara berstruktur iaitu dengan bersistematik berfokus dan dikawal oleh jadual pemerhatian. Hal ini bagi membolehkan pencapaian yang ingin dicapai telah ditentukan. Analisis Ujian Ujian juga turut dijadikan sebagai alat kajian bagi melihat sama ada responden dapat mengaplikasikan kefahaman mereka tentang tajuk yang diajar. Dapatan data akan dianalisis menggunakan bilangan untuk membuktikan bahawa masalah yang dinilai merupakan masalah yang utama dan boleh disahkan manakala pemilihan responden untuk melakukan ujian ini dapat ditetapkan dengan mudah berdasarkan pencapaian terendah. Temu Bual Separa Berstruktur Kaedah temu bual merupakan antara kaedah yang penting di mana pengkaji dapat melaksanakan proses temubual dan bersoal jawab untuk meneroka dan mendapatkan maklumat secara mendalam. Proses temubual yang dijalankan adalah berbentuk struktur di mana pengkaji akan menemubual responden menggunakan soalan yang telah disediakan. CARA MENGANALISIS DATA Analisis data pemerhatian Dalam kaedah pemerhatian pengkaji menggunakan catatan lapangan menggunakan borang senarai semak yang telah disediakan oleh pengkaji. Catatan kepada data dalam bentuk kekerapan. Hasilnya diterjemahkan dalam bentuk jadual dan graf. Analisis data temubual Dalam kaedah temu bual pengkaji melakukan temu bual dengan murid dan guru mata pelajaran Sejarah. Temu bual mengenai soalan-soalan terbuka dan tertutup dan setiap temu bual dicatatkan di dalam buku catatan sebagai bahan untuk dianalisis. Temu bual dijalankan dengan responden. Murid-murid ditemu bual dengan 4 saoalan. Proses temu bual ini akan dilaksanakan selepas dua set latihan dijalankan. Murid-murid ditemu bual pada masa yang berasingan dan secara individu agar respon yang diberikan tidak mempengaruhi respon murid yang lain. Empat soalan yang diajukan kepada murid ialah : i. Adakah anda berasa seronok belajar dengan kaedah nyanyian dan video animasi ii. Adakah kaedah nyanyian dan video animasi dapat memudahkan kamu memahami isi pelajaran yang diajar oleh guru iii. Adakah kamu lebih mudah mengingati isi pelajaran melalui kaedah nyanyian dan video animasi iv. Adakah kamu bersetuju bahawa kaedah nyanyian dan video animasi ini dapat membantu kamu untuk memahami dan mengingati fakta-fakta yang diajarkan Analisis data ujian Ujian merupakan suatu instrument atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat responden sebelum samasa mahupun selepas pengajaran. Ujian sering digunakan untuk mendapatkan hasil bagi tujuan penialaian terhadap pengajaran danpembelajaran di sekolah. Ujian dilakukan untuk memastikan penialain terhadap keberkesanan pengajaran dan

slide 6:

pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Ujian merupakan kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk mengesan tahap kelemahan dan pencapaian murid khususnya bagi tajuk Jata Negara. Prosedur pemilihan secara ringkasnya adalah seperti berikut : i. Pengkaji menjalankan ujian kepada murid dan mendapatkan keputusan ujian Sejarah bagi tahun 5 daripada guru sejarah kelas tersebut. ii. Pengkaji menyemak dan mengesan kelemahan murid semasa menjawab kertas ujian tersebut. iii. Berdasarkan gred ujian yang dinilai dan pencapaian murid semasa ujian Sejarah yang lepas pengkaji memberi penumpuan kepada mereka yang memperoleh gred D dan ke bawah selain melihat kesalahan yang dilakukan dalam tajuk Jata Negara. iv. Pengkaji memilih 5 orang responden yang paling sesuai. Secara umumnya terdapat dua ujian yang akan dijalankan iaitu ujian pra dan pasca. Ujian pra dan pasca akan dijalankan untuk melihat peningkatan prestasi murid dalam tajuk Jata Negara. Ujian pra akan diberikan sebelum pendekatan pembelajaran kaedah nyanyian dan penggunaan video animasi diperkenalkan manakala ujian pasca diberikan selepas pendekatan kaedah ini diaplikasikan kepada kumpulan sasaran yang telah dipilih . Soalan ujian yang diberikan berupa soalan berbentuk struktur. Soalan yang dibina hanya terhad kepada topik Jata Negara sahaja untuk memudahkan pengkaji membuat penilaian yang lebih terperinci. Soalan yang diberikan diberikan tempoh masa selama 10 minit dan perlu dijawab secara individu. Setiap jawapan akan dinilai oleh pengkaji. Markah murid akan dianalisis menggunakan perbezaan peratus markah. Analisis data juga akan dilakukan dengan membandingkan skor markah murid dalam ujian pra dan ujian pasca. DAPATAN KAJIAN Pemerhatian Separa Struktur Pengkaji memerhati mendengar dan merekod maklumat berdasarkan set aktiviti yang telah dikenal pasti. Pemerhatian berstruktur dilakukan dengan menggunakan senarai semak. Ia bertujuan untuk memerhati tahap penguasaan fakta kebolehan menjawab soalan dan tingkah laku responden dalam bilik darjah. Jadual 4 : Data Pemerhatian pra Intervensi BIL ITEM PEMERHATIAN A B C D E CATATAN 1. Memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran X X X / X Tidak menunjukkan minat untuk belajar 2. Memberi perhatian apabila guru mengajukan soalan / / / / / Murid seolah mengelak untuk disoal 3. Berdiri dan menjawab soalan / X X / X Murid memberikan jawapan yang salah 4. Tidak melakukan kerja selain mata pelajaran Sejarah X X / X / Murid bermain dan melakukan hal sendiri 5. Tidak mengganggu murid lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran X X X / / Tidak menumpu perhatian dan menggangu rakan lain Kekerapan 2/5 0/5 2/5 4/5 3/5 Peratus 40 20 40 80 60

slide 7:

Jadual 5 : Data Pemerhatian pasca Intervensi Graf 1 : Perbandingan item pemerhatian pra dan pasca intervensi Ujian Pra dan Pasca Secara kesimpulannya hasil daripada perbandingan ujian pra dan ujian pasca terdapat peningkatan yang ketara dari segi pencapaian markah oleh responden. Kesemua responden memperolehi markah yang hampir memuaskan iaitu sebanyak 8 markah dalam ujian pasca. Peningkatan yang ketara ini dapat dicapai selepas menggunakan kaedah nyanyian dan penggunaan video animasi dalam tajuk Jata Negara. 0 20 40 60 80 100 120 R1 R2 R3 R4 R5 Permerhatian Pra Pemerhatian Pasca BIL ITEM PEMERHATIAN A B C D E CATATAN 1. Memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran / / / / / Murid berminat untuk belajar 2. Memberi perhatian apabila guru mengajukan soalan / / / / / Bersemangat untuk menjawab soalan 3. Berdiri dan menjawab soalan / / / / / Murid semakin berkeyakinan 4. Tidak melakukan kerja selain belajar / / / / / Menumpukan perhatian 5. Tidak mengganggu murid lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran / / / / / Menumpukan perhatian Kekerapan 5/5 5/5 5/5 5/5 5/5 Peratus 100 100 100 100 100

slide 8:

Murid Ujian Pra Ujian Pasca Jumlah Peningkatan A 10 80 70 B 10 60 50 C 10 80 70 D 10 50 40 E 0 60 60 Jadual 6 : Perbezaan peratusan sebelum intervensi dan selepas intervensi dijalankan serta jumlah peningkatan Graf 3 : Perbandingan markah Ujian Sebelum dan Selepas Ujian 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 a b c d e praujian pascaujian Peratus Markah Responden

slide 9:

Graf 2 : Perbandingan Ujian Sebelum Intervensi dan Ujian Selepas Intervensi Temubual Berstruktur Temu bual yang dijalankan adalah temu bual berstruktur. Temu bual ini dijalakan selepas penggunaan kaedah nyanyian dan video animasi dijalankan. Berikut merupakan hasil analisis temubual yang dijalankan kepada 5 orang responden yang telah dipilih. Terdapat tiga soalan berstruktur yang ditanyakan kepada responden. Item Responden Jawapan Refleksi pengkaji 2. Adakah kaedah nyanyian dan video animasi dapat memudahkan kamu memahami isi pelajaran yang diajar oleh guru A Ya Kesemua responden bersetuju bahawa kaedah nyanyian dan video animasi dapat memudahkan mereka memahami tajuk Jata Negara. B Saya lebih mudah faham dengan cara ini. C Sangat-sangat membantu. D Lebih mudah faham. E Video animasi itu memudahkan saya untuk faham. Item Responden Jawapan Refleksi Penyelidik 1. Adakah anda berasa seronok belajar dengan kaedah nyanyian dan video animasi A Saya lebih seronok belajar sambil menyanyi cikgu. Kesemua responden menunjukkan minat yang banyak terhadap kaedah ini untuk mempelajari tajuk Jata Negara. B Saya tak pernah belajar macam ni dalam mata pelajaran Sejarah. C Saya tak pandai menyanyi tetapi saya suka tengok video animasi yang dipamerkan. D Sangat-sangat seronok E Saya nak belajar macam ni lagi selepas ini

slide 10:

Item Responden Jawapan Refleksi Pengkaji 3. Adakah kamu lebih mudah mengingati isi pelajaran melalui kaedah nyanyian dan video animasi A Senang kerana saya suka menyanyi. Responden menyatakan bahawa mereka lebih mudah mengingati makna lambang-lambang pada Jata Negara. B Liriknya agak sukar tetapi lebih mudah ingat berbanding sebelum ini. C Mudah sahaja video yang ditayangkan membuat sy bertambah ingat. D Lepas ni saya kena menyanyilah kalau nak menjawab soalan. E Susah sedikit untuk menghafal liriknya tetapi selepas banyak kali latihan ianya semakin mudah. Item Responden Jawapan Refleksi Pengkaji 4. Adakah kamu bersetuju bahawa kaedah nyanyian dan video animasi ini dapat membantu kamu untuk memahami dan mengingati fakta- fakta yang diajarkan A Sangat setuju Kesemua responden bersetuju bahawa kaedah nyanyian dan video animasi ini dapat membantu mereka untuk memahami dan mengingati makna lambang-lambang pada Jata Negara. B Saya setuju cikgu C Setuju. D Setuju juga. E Sangat-sangat bersetuju

slide 11:

REFLEKSI Secara keseluruhannya proses penyelidikan tindakan yang dijalankan dapat meningkatkan keyakinan diri seorang guru dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Perkara ini secara tidak langsung dapat meningkatkan amalan profesionalisme dan akauntabili guru. Sehubungan dengan itu berdasarkan kajian yang telah dijalankan aplikasi kaedah nyanyian dan penggunaan video animasi dapat membantu murid-murid tahun 5 untuk meningkatkan kefahaman terhadap mata pelajaran Sejarah khususnya dalam tajuk Jata Negara. Kaedah nyanyian dan penggunaan video animasi yang dijalankan perlu diteruskan untuk mendapatkan hasil pencapaian yang baik. Oleh itu jelaslah bahawa kaedah ini bukan sahaja boleh diaplikasikan dalam tajuk Jata Negara malahan tajuk-tajuk Sejarah yang lain juga boleh diaplikasikan menggunakan kaedah nyanyian dan penggunaan video animasi ini . CADANGAN TINDAKAN SUSULAN Cadangan yang pertama ialah menggunakan kaedah nyanyian dan video animasi dalam tajuk lain bagi mata pelajaran Sejarah contohnya tajuk negeri negeri selat dan sebagainya. Cadangan yang kedua ialah menggunakan kaedah nyanyian dan video animasi di sekolah selain Sekolah Kebangsaan contohnya SJKC SJKT. Cadangan yang ketiga ialah memperbanyakkan peserta kajian daripada 5 orang murid kepada seluruh murid dalam kelas. Cadangan yang terakhir ialah menggunakan melodi dan lirik yang mudah dan senang untuk dinyanyi dan dihafal. RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia 2014. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia 2001. Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kokurikulum. Marohaini Yusof 1999. Strategi Pengajaran Kefahaman Membaca. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Majid Konting 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Abdul Majid Khan 2008 Guru Sebagai Penyelidik:PTS Professional: Kuala Lumpur. Ahmad Ramli Zakaria Osni Anuar Othman 1992 ‘Projek’ Teknik Pengajaran dan Pembelajaran : Siri Panduan Guru KBSR. Jilid 4. Kementerian Pendidikan. DPB: KL. Hawijah Ahmad dan Md. Safea Mohamad 1992 ’Nyanyian’ Aktiviti Bahasa: Siri Panduan Guru KBSR.Jilid 7. Kementerian Pendidikan. DBP: KL. Malaysia.Madzniyah Md.Jaafar Muhammad Hussin Choo Suet Lan Hj.Mohd Zubir Embong Aminuddin MohdSani dan Zakiah Idris. 1995. Modul Kajian Tindakan. Kuala Lumpur : Nani Menon 2005 Permainan Lagu Dan Puisi Kanak-kanak: PTS Professional: Bentong.

slide 12:

Anuar Ahmad Nelson Jinggan 2015. Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

authorStream Live Help