slide 1: 1
PENGGUNAAN BUKU REKOD RUKUN NEGARA DALAM MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MENGINGAT DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5
Oleh:
AINOL MOHMADZAN BIN MAHIDIR RAHMAN
Ainol_mzyahoo.com
PUAN RAITI NAIMAN
PISMP SEJARAH AMBILAN JUN 2013
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk melihat penggunaan Buku Rekod Rukun
Negara dalam meningkatkan kemahiran mengingat murid dan amalan pedagogi
guru bagi mata pelajaran Sejarah. Tinjauan awal mendapati kebanyakan murid
tahun 5 SK Penagatan masih lemah dalam mengingati prinsip Rukun Negara
dengan betul. Peserta kajian terdiri daripada enam orang murid Tahun 5 Cerdik
yang memperolehi markah yang kurang memuaskan dalam soalan Bahagian C.
Kutipan data diperolehi melalui ujian analisis dokumen BRRN pemerhatian
dan soal selidik. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan peratus dan min.
Dapatan kajian mendapati bahawa min markah murid adalah 26.67 dalam
praujian dan meningkat sebanyak 73.33 selepas intervensi dilakukan dengan
jumlah peningkatan 100. Dapatan kajian membuktikan bahawa Buku Rekod
Rukun Negara berkesan dalam membantu murid-murid yang Iemah mengingat
prinsip Rukun Negara dan meningkatkan amalan pedagogi guru terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran terutama dalam mata pelajaran Sejarah.
Penggunaan buku rekod ini boleh diperluas untuk mata pelajaran lain serta aspek
bebolehgunaan supaya lebih bersifat mesra pengguna menjimatkan masa dan
kos.
Kata Kunci: Kemahiran mengingat Buku Rekod Rukun Negara Tahun 5
ABSTRACT
This action research is done to study the use of Buku Rekod Rukun Negara to
improve the memory skills of the pupils in the pedagogical practice for the
Sejarah subject. Initial information gathering shows that most of the students of
Year 5 in Sk Penagatan is still weak in memorizing the principles of the Rukun
Negara correctly. The participants consists of 6 pupils form the year 5 Cerdik that
scored low on the Section C questions Data collection methods are tests
document analysis BRRN observations and interview. Data analysis
descriptively is using percentage and mean. Research findings shoes that the
mean score for pupils are 26.67 for the pre-test and increased as much as
73.33 after the intervention the sum of increment is 100. Research findings
also shows that the Buku Rekod Rukun Negara can improve the pedagogical
practice of the teacher in teaching and learning especially the subject Sejarah.
The use of this record book can be expanded to other subjects plus the aspect of
usability is more user-friendly saves time and cost.
Key Word : Memory skills Buku Rekod Rukun Negara Year 5
slide 2: 2
PENGENALAN
Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid memahami
tingkah laku manusia sebab dan akibat keunikan sejarah tanah air dan
kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung
amalan nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat Malaysia. Kandungan kurikulum
menggunakan pendekatan kronologi. Sepertimana yang kita ketahui matapelajaran
Sejarah telah dijadikan matapelajaran teras di sekolah rendah bermula 2014.
Saya telah menjalani praktikum fasa satu sehingga tiga di Daerah Keningau.
Sepanjang tempoh praktikum saya mendapati murid mempunyai masalah dalam
kemahiran mengingat matapelajaran Sejarah. Murid perlu menguasai banyak
kemahiran terutama dalam mengingat fakta. Murid sukar untuk mengingat nama
tokoh-tokoh pejuang peristiwa-peristiwa dan tarikh-tarikh mengikut kronologi yang
betul. Kadang-kala murid menghadapi masalah mudah lupa terhadap perkataan
panjang walaupun sudah diajar beberapa minit yang lepas. Ini kerana daya ingatan
memerlukan latihan dan bimbingan agar mantap serta mampu mengingat
memahami dan mengeluarkan kembali perkara yang telah dipelajari.
Ketika mengajar subjek Sejarah di tahun 5 saya telah mengenalpasti masalah
mereka iaitu mengingat prinsip Rukun Regara. Walaupun saya telah mengajar
mereka menggunakan kaedah simulasi dan juga tunjuk cara berserta bantuan
bahan maujud mereka masih lagi tidak dapat mengingat Rukun Negara dengan
betul. Oleh itu saya telah mengkaji permasalahan dengan menggunakan kaedah
Buku Rekod Rukun Negara sebagai langkah penyelesaiannya. Oleh yang demikian
kita sebagai warga pendidik perlulah menjadi guru yang kreatif dan inovasi dalam
mewujudkan pengajaran yang efektif. Para pendidik perlu sentiasa mencari strategi
dan kaedah bagi membantu murid agar dapat mempelajari isi pelajaran dengan
lebih berkesan.
FOKUS KAJIAN
Fokus kajian saya berkaitan dengan tema ‘Kedaulatan Negara’ dalam
matapelajaran Sejarah Tahun 5 khususnya dalam kemahiran mengingat prinsip
Rukun Negara. Menurut Tang Geok Ling 2005 masalah yang ketara sekali dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah ialah “pelajar sukar untuk mengingat
fakta-fakta Sejarah dalam jangka masa panjang”. Hal ini juga sama seperti masalah
yang dihadapi oleh murid saya semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Murid lemah dan sukar untuk mengingat prinsip Rukun Negara dengan betul dan
lancar walaupun sudah diajar berulang kali seperti ditunjukkan dalam jadual 1.
Justeru itu saya telah memperkenalkan Buku Rekod Rukun Negara dalam
membantu murid mengingat Rukun Negara dengan betul dan lancar.
slide 3: 3
Jadual 1:
Tinjauan pemerhatian awal murid Tahun 5 Cerdik
Murid
RUKUN NEGARA
Soalan Catatan 1 2 3 4 5
1 / x x x x x Lemah
2 / x x x x x Lemah
3 / / x x x x Lemah
4 / x x x / x Lemah
5 / / x x / x Lemah
6 / / x x x x Lemah
7 / / / / / / Lancar
8 / / / / / / Lancar
9 / / / / / / Lancar
10 / / / / / / Sederhana
11 / / / / / / Lancar
12 / / / / / / Sederhana
13 / / / / / / Sederhana
14 / / / / / / Lancar
15 / / / / / / Lancar
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif kajian
1 Menghuraikan cara meningkatkan ingatan murid Tahun 5 terhadap prinsip
Rukun Negara dengan menggunakan Buku Rekod Rukun Negara.
2 Memperihalkan amalan pedagogi guru dalam meningkatkan kemahiran
mengingat prinsip Rukun Negara dengan menggunakan Buku Rekod Rukun
Negara.
Soalan Kajian
1 Bagaimanakah penggunaan Buku Rekod Rukun Negara dapat membantu
meningkatkan ingatan murid terhadap prinsip Rukun Negara
2 Bagaimanakah guru menambahbaikan amalan pedagogi dalam
meningkatkan kemahiran mengingat prinsip Rukun Negara menggunakan
Buku Rekod Rukun Negara
PESERTA KAJIAN
Enam orang murid dipilih dalam kajian ini iaitu M1 M2 M3 M4 M5 dan M6.
Keenam-enam orang murid ini mempunyai masalah dalam kemahiran mengingat
fakta sejarah. Pemilihan murid ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
mengingat prinsip Rukun Negara melalui Buku Rekod Rukun Negara.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Dalam kajian ini saya telah memilih untuk menggunakan Model Kemmis
McTaggart 1988 sebagai panduan pelaksanaan kajian. Model ini menyarankan
empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan iaitu mereflek reflect
merancang plan bertindak action dan memerhati observe. Saya telah
melaksanakan kajian ini mengikut proses dan langkah bagi memastikan bahawa
slide 4: 4
pelaksanaan kajian ini dapat dilakukan mengikut jadual perancangan yang
dibuat.menguasai kemahiran mengingat dengan betul dan lancar.
Pelaksanaan Tindakan
Jadual 2:
Langkah-langkah pelaksanaan tindakan
Langkah 1
Memperkenalkan 5 prinsip Rukun Negara kepada murid. Saya menyebut setiap
patah perkataan kepada murid bagi mengelakkan murid keliru dengan susunan
Rukun Negara.
1. Kepercayaan kepada tuhan
2. Kesetiaan kepada raja dan negara
3. Keluhuran perlembagaan
4. Kedaulatan undang-undang
5. Kesopanan dan kesusilaan
Langkah 2
Saya memperkenalkan Buku Rekod Rukun Negara kepada murid. Buku rekod ini
merupakan panduan kepada murid untuk mengingat Rukun Negara dengan betul
dan lancar. Setiap murid akan mendapat setiap satu buku rekod ini.
Langkah 3
Saya menerangkan kepada murid cara menggunakan Buku Rekod Rukun Negara.
Setiap kali intervensi dijalankan murid harus membawa buku rekod bersama.
Pelaksanaannya dijalankan secara individu. Setiap kali perjumpaan akan
dicatatkan tarikh dan penandaan akan dibuat sewaktu murid mengingat prinsip
Rukun Negara di hadapan saya. Tanda / bermaksud murid sudah mengingat dan
x bermaksud murid belum ingat atau belum lancar menyebut prinsip Rukun
Negara. Selagi murid tidak lancar selagi itu murid akan dipanggil untuk membuat
intervensi. Ia disokong oleh Helena dan Siti jamilah 2002 “PAFA akan dinilai dan
dilaporkan dalam UPSR PMR dan SPM mula sesi 1994/1995”. Penyataan ini
kaedah yang sama saya lakukan iaitu menilai dan membuat tanda bagi
mengetahui apa yang sudah murid ingat. Hasil murid akan dinilai dan akan
direkodkan ke dalam kajian saya bagi mendapatkan data yang tepat.
slide 5: 5
Dalam setiap peringkat mempunyai enam ruang untuk ditandakan. Ruangan yang
pertama untuk prinsip yang pertama. Begitulah sehingga ruangan yang kelima.
Manakala ruangan yang keenam ialah ruangan bagi menjawab soalan pada muka
surat 10 dalam Buku Rekod Rukun Negara.
Langkah 4
Setelah murid selesai melaksanakan jadual mengingat dengan baik mereka akan
diberi masa untuk mengingat semula dengan menulis lima prinsip Rukun Negara.
Akan tetapi ia tidak berlaku pada hari tersebut. Tujuan saya lakukan supaya murid
sentiasa ingat lima prinsip Rukun Negara dengan betul dan lancar. Murid akan
dipanggil secara individu bagi mengingat semula dan menulis prinsip yang mereka
ingat secara tersusun dengan betul beberapa hari kemudian.
slide 6: 6
Langkah 5
Setelah selesai intervensi saya menjalankan pascaujian. Tujuannya supaya
mendapat keputusan yang positif dan mencapai objektif kajian dengan
penggunaan Buku Rekod Rukun Negara.
Langkah 6
Bagi mengukuhkan lagi ingatan murid terhadap prinsip Rukun Negara saya telah
membuat pemerhatian. Pemerhatian ini saya lakukan secara tidak langsung.
Apabila berjumpa dengan murid saya akan mengarahkan mereka mengingat lima
prinsip Rukun Negara dengan urutan satu hingga lima atau dari belakang hingga
depan 5-1 serta secara tidak tersusun. Pelaksanaannya mengikut cara saya
sendiri.
Kaedah Mengumpul Data
1. Analisis Dokumen Buku Rekod Rukun Negara
Jadual mengingat dalam Buku Rekod Rukun Negara merupakan instrumen penting
dalam menganalisis dokumen. Setiap apa yang murid lafazkan akan dicatat di
dalam jadual. Setiap murid mempunyai daya ingatan yang berbeza-beza. Ada yang
cepat mengingat dan ada pula yang lambat mengingat prinsip Rukun Negara.
Selain itu saya membuat analisis terhadap pandangan daripada rakan-rakan
praktikum dan guru pembimbing. Pandangan tersebut dalam bentuk bertulis.
slide 7: 7
2. Ujian
Kaedah pengumpulan data yang seterusnya ialah melalui markah daripada praujian
dan pascaujian. Melalui markah ini saya dapat melihat perubahan sebelum dan
selepas Buku Rekod Rukun Negara diperkenalkan.
3. Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan satu teknik pengutipan data dengan memerhati
tindak balas murid apabila ditanya secara langsung dan tidak langsung. Untuk
memudahkan saya melihat perkembangan kemahiran mengingat murid saya
membuat satu jadual pemerhatian. Adakah mereka dapat melafaz dengan betul dan
lancar ataupun tidak. Melalui pemerhatian juga saya dapat menilai tahap
perkembangan prestasi mereka sepanjang sesi pembelajaran.
4. Soal Selidik Tertutup
Saya telah membuat soal selidik tertutup kepada murid untuk mendapatkan respons
mereka tentang penggunaan Buku Rekod Rukun Negara.
Kaedah Menganalisis Data
Data-data yang diperolehi melalui ujian dalam kajian ini dianalisis menggunakan
peratus dan min dalam. Kemudian data dibandingkan untuk melihat perubahan
pencapaian murid selepas kajian tindakan dilaksanakan. Dapatan kajian
dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf untuk memudahkan saya melihat
perkembangan kemahiran mengingat murid sebelum dan selepas kajian tindakan
dilaksanakan.
Kaedah Menyemak Data
Saya menggunakan dua jenis triangulasi iaitu triangulasi kaedah dan triangulasi
sumber. Bagi mengetahui masalah murid saya melibatkan guru pembimbing
sebagai triangulasi sumber. Triangulasi kaedah pula merujuk kepada kaedah yang
saya gunakan untuk menyemak data. Saya telah menggunakan kaedah analisis
dokumen BRRN dan pandangan rakan-rakan dan guru pembimbing ujian
pemerhatian dan soal selidik tertutup.
DAPATAN KAJIAN
PERSOALAN KAJIAN 1
Bagaimanakah penggunaan Buku Rekod Rukun Negara dapat membantu
meningkatkan ingatan murid terhadap prinsip Rukun Negara
Bagi menjawab persoalan pertama saya telah melakukan ujian. Melalui praujian
saya mendapati bahawa kemahiran mengingat murid sangat lemah. Selepas
intervensi dilaksanakan saya telah membuat ujian sekali lagi iaitu pascaujian. Saya
mendapati bahawa berlaku perubahan yang sangat ketara kepada murid saya. Oleh
yang demikian penggunaan Buku Rekod Rukun Negara ini sangat membantu
murid meningkatkan kemahiran mengingat prinsip Rukun Negara dengan betul dan
lancar.
slide 8: 8
Jadual 3:
Analisis markah/skor peratus dan min gred dalam praujian
Murid Skor/Markah 5 Markah Gred
M 1 0 0 E
M 2 1 20 D
M 3 1 20 D
M 4 1 20 D
M 5 3 60 B
M 6 2 40 C
Jadual 4:
Analisis markah/skor peratus dan gred pascaujian
Peserta Kajian Skor/Markahl 5 Markah Gred
M 1 5 100 A
M 2 5 100 A
M 3 5 100 A
M 4 5 100 A
M 5 5 100 A
M 6
Jumlah
5
5
100
100
A
Semua A
Rajah 1: Graf perbandingan pencapaian markah praujian dan pascaujian
Berdasarkan graf di atas palang berwarna biru mewakili data bagi hasil dapatan
praujian. Manakala palang berwarna merah pula mewakili data bagi hasil dapatan
selepas pascaujian. Apa yang dapat saya katakan ialah murid-murid telah
menunjukkan peningkatan yang sangat ketara. Hal ini kerana pada praujian murid
M. 1 hanya mendapat markah sekitar gred E 0/5 sahaja manakala murid M. 2 M.
3 dan M. 4 mendapat gred D 1/5 murid M. 5 mendapat gred B 3/5 dan murid M.
6 mendapat gred C 2/5. Setelah melaksanakan intervensi mereka mampu
memperoleh markah penuh dalam pascaujian. Jelas sekali bahawa penggunaan
Buku Rekod Rukun Negara ini sememangnya membantu meningkatkan ingatan
murid tahun 5 untuk mengingat prinsip Rukun Negara dengan betul dan lancar.
slide 9: 9
Jadual 5:
Jadual mengingat keenam-enam murid
Intervensi
Peringkat
1
7.2.17
2
9.2.17
3
14.2.17
4
16.2.17
5
Berterusan
6
1
/ X X / / X / / / / / X / /
Walaupun sudah selesai guru
tetap menjalankan intervensi
bagi melihat sejauhmana
ingatan murid terhadap rukun
negara terutama dalam
inagtan jangka masa panjang.
Setiap kali berjumpa guru
akan bertanya.
/
2
/ / / X X X / / / / X X / / / / / X / /
3
/ X X X X X / / / / / X / / /
4
/ / / X X X / / / X / X / / X / / X / /
5
/ / / X X X / / / X X X / / / / / X / /
6
/ X X X X X / X X X X X / / / X X X / /
Jadual menunjukkan jadual mengingat murid. Pada peringkat 1 dan 2 semua murid
belum dapat mengingat prinsip Rukun Negara dengan betul dan lancar. Perubahan
berlaku pada peringkat ketiga iaitu di mana murid M. 1 dan M. 3 telah berjaya
mengingat prinsip Rukun Negara dengan betul dan lancar. Manakala empat orang
murid lagi hanya berjaya mengingat dengan betul dan lancar pada peringkat
keempat. Ini kerana mereka mempunyai daya ingatan yang berbeza-beza.
Seterusnya saya gunakan ialah pemerhatian. Selepas praujian dilakukan saya
telah menilai dan melihat perkembangan murid yang lemah bagi menjalankan kajian
saya. Pemerhatian dilakukan bagi mengukuhkan kebolehpercayaan terhadap murid
yang saya pilih. Butir-butir pemerhatian telah saya catatkan seperti berikut.
Jadual 6:
Tinjauan pemerhatian awal murid
Murid
RUKUN NEGARA
Soalan Catatan 1 2 3 4 5
1 / x x x x x Lemah
2 / x x x x x Lemah
3 / / x x x x Lemah
4 / x x x / x Lemah
5 / / x x / x Lemah
6 / / x x x x Lemah
Dalam jadual 6 tanda merah x menunjukkan murid belum mengingat Rukun
Negara dengan betul. Dalam catatan dinyatakan bahawa mereka masih lemah
slide 10: 10
dalam mengingat 5 prinsip Rukun Negara. Manakala / adalah murid yang dapat
mengingat prinsip Rukun Negara dengan betul dan lancar.
Setelah melakukan intervensi peningkatan telah ditunjukkan oleh murid. Semua
murid yang telah terpilih berjaya mengingat prinsip Rukun Negara dengan betul dan
lancar. Keputusan yang berbeza ditunjukkan antara sebelum dan selepas intervensi
dilakukan. Jadual 7 menunjukkan tahap peningkatan murid dalam kemahiran
mengingat prinsip Rukun Negara setelah intervensi dijalankan.
Jadual 7:
Pemerhatian terhadap peningkatan selepas intervensi dijalankan
Bil. Murid
RUKUN NEGARA
Soalan Catatan 1 2 3 4 5
1 M. 1 / / / / / / Lancar
2 M. 2 / / / / / / Lancar
3 M. 3 / / / / / / Lancar
4 M. 4 / / / / / / Lancar
5 M. 5 / / / / / / Lancar
6 M. 6 / / / / / / Lancar
Persoalan kajian 2
Bagaimanakah guru menambahbaik amalan pedagogi dalam meningkatkan
kemahiran mengingat prinsip Rukun Negara
Saya telah menggunakan beberapa kaedah. Kaedah tersebut ialah soalan tertutup
berstruktur pandangan rakan dan guru untuk melihat kesesuaian Buku Rekod
Rukun Negara untuk guru menambahbaik amalan pedagogi dalam meningkatkan
kemahiran mengingat prinsip Rukun Negara. Soal selidik tertutup digunakan bagi
mendapatkan respon daripada murid tentang keberhasilan kaedah yang saya
gunakan.
Jadual 8:
Borang soal selidik tertutup
BORANG SOAL SELIDIK
NAMA MURID :
BIL. KRITERIA SOALAN
YA /
TIDAK
1. Adakah kamu suka cara guru mengajar
2.
Adakah kamu dapat mengingat prisip Rukun Negara dengan
baik
3.
Adakah penggunaan buku rekod ini sesuai dengan kamu untuk
mengingat prinsip Rukun Negara
4.
Adakah buku rekod ini membantu kamu mengingat prinsip
Rukun Negara dalam jangka masa yang panjang
5.
Adakah intevensi yang dilakukan dapat mewujudkan hubungan
yang positif di antara guru dan murid
Melalui borang soal selidik dalam jadual 8 saya membuat analisis kaedah yang
saya gunakan adakah sesuai untuk digunakan ataupun tidak. Seterusnya mampu
untuk meningkatkan amalan saya dalam mengajar Sejarah. Soalan tertutup ini
dilakukan selepas sesi intervensi dijalankan. Berikut merupakan analisis daripada
dapatan soalan yang murid telah lakukan.
slide 11: 11
Jadual 9:
Senarai semak respon murid
Bil. Murid
Soalan
Jumlah catatan
1 2 3 4 5
1 M. 1 Ya Ya Ya Ya Ya 5 Berjaya
2 M. 2 Ya Ya Ya Ya Ya 5 Berjaya
3 M. 3 Ya Ya Ya Ya Ya 5 Berjaya
4 M. 4 Ya Ya Ya Ya Ya 5 Berjaya
5 M. 5 Ya Ya Ya Ya Ya 5 Berjaya
6 M. 6 Ya Ya Ya Ya Ya 5 Berjaya
JUMLAH 5
PERATUS 100
Jadual di atas adalah dapatan hasil senarai semak yang murid jawab selepas sesi
intervensi dilaksanakan. Berdasarkan kepada dapatan di atas kaedah yang saya
lakukan adalah sesuai dan menunjukkan peningkatan yang positif daripada murid.
Semua murid memberikan respon yang positif YA. Ini kerana kaedah yang saya
gunakan mudah diterima oleh murid kerana bersifat mesra pengguna. Ini bermakna
amalan pedagogi saya bertambah baik dan harus digunakan mengikut kesesuaian
tajuk lain.
Kaedah seterusnya ialah analisi dokumen daripada pandangan rakan-rakan dan
guru pembimbing. Pandangan mereka diambil kira kerana mereka sentiasa
memerhatikan dan bersama ketika saya lakukan intervensi. Kadang-kala mereka
membantu saya untuk menjalankan intervensi apabila saya memerlukan
pertolongan.
Rajah 2: Pandangan Rakan A
slide 12: 12
Rajah 3: Pandangan rakan B
Rajah 4: Pandangan guru pembimbing
Berdasarkan kepada ketiga-tiga pandangan di atas mereka memberikan
pandangan yang positif dan membina. Mereka setuju dan menyokong kaedah yang
saya gunakan. Ini kerana kaedah yang saya gunakan amat mudah dan mesra
pelanggan. Selain itu mereka menyarankan saya supaya kaedah ini diperluas dan
digunakan untuk tajuk lain dan subjek yang sesuai seperti matematik dan
Pendidikan Islam. Ini bermakna saya sudah berjaya meningkatkan amalan
pedagogi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Secara keseluruhannya dapatan kajian membuktikan bahawa penggunaan Buku
Rekod Rukun Negara ini telah berjaya menambahbaik amalan pengajaran guru
dalam meningkatkan kemahiran mengingat prinsip Rukun Negara. Hal ini dapat
dilihat dalam dapatan kajian yang pertama di mana terdapat peningkatan yang
sangat baik dalam markah pascaujian murid. Begitu juga dengan dapatan kajian
yang kedua penggunaan buku rekod ini telah berjaya menambah baik amalan
pedagogi dalam membantu meningkatkan kemahiran mengingat prinsip Rukun
Negara.
slide 13: 13
REFLEKSI
Semasa menjalankan penyelidikan tindakan ini saya amat berpuas hati dengan
segala kerjasama yang telah diberikan oleh murid. Dapatan kajian seperti yang
telah dijelaskan murid telah menunjukkan peningkatan yang amat
memberangsangkan setelah intervensi dijalankan. Situasi berbeza pula sebelum
intervensi dijalankan murid mudah lupa dan lemah dalam mengingat prinsip Rukun
Negara walapun telah diajar berulangkali. Namun dalam pascaujian dan
pemerhatian selepas intervensi mereka menunjukkan prestasi yang positif dan
sangat baik. Oleh hal demikian dengan menggunakan Buku Rekod Rukun Negara
murid dapat mengingat prinsip Rukun Negara dengan betul dan lancar
Ternyata bahawa penyelidikan tindakan yang telah dilaksanakan ini bukan sahaja
telah memberikan kesan kepada murid malahan penyelidikan tindakan ini juga
mendidik saya untuk sentiasa berusaha mencari jalan terbaik bagi memperbaiki
pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
baik dan membaiki amalan pedagogi saya. Ini selaras dengan penyataan daripada
Jean Mcniff 1988 yang menyatakan bahawa penyelidikan tindakan sebagai satu
pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui
perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan
mereka sendiri. Proses ini merupakan satu langkah untuk membantu murid dan diri
saya sendiri mengatasi kelemahan yang dikenalpasti.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Saya bercadang untuk mengaplikasikan penggunaan buku rekod ini pada unit tajuk
atau subjek yang lain. Walau bagaimanapun untuk menyesuaikan tajuk dengan
penggunaan buku rekod ini beberapa penambahbaikan perlu dilakukan seperti
membuat satu buku rekod yang khas untuk satu tahun. Contohnya “Buku Rekod
Sejarah Tahun 4 5 atau 6” dan “Buku Rekod Sifir Tahun 4”.
RUJUKAN
Helena Mohamed Nawawi san Siti Jamilah Ahmad 2002. Courseware asas
Fardhu Ain PAFA untuk sekolah menengah. Universiti Malaysia Sarawak.
Fakulti Teknologi Maklumat.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah
Sejarah Tahun 5. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kemmis S. Mc Taggart R. 1988. The Action Reseach Planner 3rd ed. Victoria
Australia : Deakin University Press.
Ling T. G. 2005. Meningkatkan keupayaan pelajar mengingat fakta Sejarah
dengan menggunakan kaedah mneumonik. Prosiding Seminar Penyelidikan
Tindakan tahun 2005.
McNiff J. 1998. Action Research: Principles And Practice. Oxon: Routledge
Shakila Parween Yacob Sharifah Afidah Syed hamid Muslimin Fadzil Sivarajan
a/l Ponniah 2014. Sejarah Tahun 5. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.