4.UNDG-UNDG 99 PERAK

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

Undang-undang 99 perak

slide 3:

Undang-undang 99 Perak atau dalam Bahasa Inggerisnya Ninety nine Laws of Perak adalah undang-undang yang tertua di negeri Perak. Dikenali sebagai undang 99 kerana mengandungi 99 perkara undang-undang dalam pelbagai aspek. Undang-undang dikatakan dibawa daripada Parsi sebelum dibawa ke Tanah MelayuPada adad ke-17. .Undang-undang 99 Perak dikanunkan pada tahun 1867 dan berkuatkuasa sehingga tahun 1900.

slide 4:

Para pengkaji bersetuju bahawa undang-undang 99 Perak bukanlah digubal dan berasal dari Perak tetapi dibawa daripada luar. Undang-undang 99 Perak memperlihatkan format Undang-undang yang tersusun dan mengandungi ciri-ciri keislaman unsur bertimbang rasa dan kompromi dalam undang-undang Perak. Undang-undang ini membuktikan masyarakat Melayu telah mempunyai sistem kehakiman berkaitan dengan kes yang biasa berlaku dalam masyarakat pada zaman tradisional. Walaupun terdiri daripada 99 fasal susunan fasal- fasal adalah tidak mengikut kategori

slide 5:

Keislaman Unsur bertimbang rasa

slide 9:

1. Perkara yang berkaitan jenayah :Contohnya mencedera membunuh mencuri dan sebagainya. Fasal 1 : o Dinyatakan bahawa hukuman bagi jenayah mencuri iaitu jika sekali masih boleh dimuafakatkan iaitu mengganti barang yang dicuri. o Jika mencuri kali kedua maka hukumannya dipotong Jari si pencuri dan jika kali ketiga maka si pencuri Hendaklah dibuang daripada mukim.

slide 10:

2. Peraturan adat menghadap raja adat perlantikan raja adat berbahasa semasa didalam istana dan sebagainya. Fasal : 24 o Tatkala duduk dalam balai atau istana mestilah tundukkan kepala dan tidak boleh liarkan mata dan jangan memandang muka raja serta suara tidak boleh dibesarkan duduk dalam keadaan yang tegak.

slide 11:

3.Tugas serta tanggungjawab pemerintah. Fasal : 92 “Undang-undang menjadi raja dalam negeri itu apa-apa yang menjadi aman pada negeri itu” Pertama adil hukumannya kedua murah makan di dalam negeri itu jadi amanlah negeri itu.

slide 12:

4.Perkara yang berkaitan dengan kekeluargaan : contohnya perkahwinan penceraian pembahagian harta dan sebagainya. Fasal : 54 o Undang-undang perempuan hendak bercerai apa hukumnya “Pertama tiada nafkah batin kedua tiada nafkah zahir maka bolehlah cerai”.

slide 13:

5. Perkahwinan Fasal : 65 o Undang-undang 99 Perak memperuntukkan bahawa pasangan yang baharu bernikah. Pasangan suami isteri tidak dibenarkan bersama selama lebih kurang 40 hari atas alasan untuk menjaga keimanan masing masing.

slide 14:

6. Pembunuhan i Fasal : 23 Hukum membunuh sesama orang Islam. o Fasal 23 memperuntukkan hukuman terhadap orang Islam. Orang Islam yang membunuh orang Islam tidak boleh dijatuhi hukuman bunuh kerana keduaduanya akan binasa. Cuma orang yang membunuh itu menjadi kafir. Hukuman yang boleh dikenakan ialah denda empat tahil dua paha emas dua dirham dan disedekahkan setahil sepaha emas.

slide 15:

ii Fasal : 4 Hukum membunuh orang kafir membunuh orang Islam. o memperuntukkan seorang kafir membunuh seorang Islam. orang kafir yang membunuh itu tidak boleh dibunuh balas kerana jika kafir ini dibunuh balas tiada peluang bagi Kafir tersebut memeluk Islam. Sebaliknya pewaris si pembunuh hanya dikehendaki membayar sejumlah wang dalam bentuk emas kepada keluarga simati.

slide 16:

7.Hal ehwal di kampung o mengatakan jika penduduk kampung mendakwa penduduk kampung yang lain melakukan kesalahan iaitu kesalahan dari segi perlakuan atau pertuturan maka dia tidak boleh dijatuhkan hukuman dari segi denda. jika orang itu melakukan kesalahan buat kali kedua baharulah pesalah itu boleh diambil tindakan yang sesuai. Fasal :21

slide 17:

8.Penzinaan   

slide 18:


slide 19:


slide 20:

10. Pembahagian Harta •

slide 21:

 Segala hutang dan harta dibahagikan seperti berikut anak lelaki mendapat dua kali ganda lebih daripada anak perempuan. Harta lain akan dibahgikan secara adil kepada anak. Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus lebih daripada anak lain.

slide 22:

 Syarat menjadi imam tatu khatib ialah mempunyai sifat yang mulia pertuturan yang baik menguasai maklumat tentang hari bulan dan tahun sanggup bersusah payah demi kebaikan orang lain bersikap pemurah menjadi orang yang wal masuk ke masjid pada hari jumaat dan sanggup membaiki masjid yang rosak. Fasal :58

slide 23:

Fasal :76  Syarat menjadi Kadi di dalam negeri atau mukim ialah perlu menguasai segala hukum Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW mengetahui adat dan hukum negeri mempunyai suara yang merdu mempunyai tubuh badan yang sihat tidak cacat dan memiliki sifat yang mulia.

slide 26:

Sekian Terima Kasih Pembentangan Oleh: Kumpulan 4

authorStream Live Help