5.Hukum Kanun Pahang

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

Disediakan oleh: Evelyne Nita

slide 3:

Hukum Kanun Pahang  Dikenali sebagai manuskripUndang-Undang Pahang  Mpunyai beberapa maklumat tentang corak pemerintahan tradisi kerajaan di Pahang  Disusun sekitar tahun 1596 merupakan kanun tertua selepas Undang-Undang Melaka dan lebih lengkap daripada Undang-Undang Melaka

slide 4:

 Telah digubal berasaskan Hukum Kanun Melaka  Undang-undang itu telah disusun antara tahun 1592-1914 Mshiiaitu pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyyuddin Syah Sultan Pahang ke-12  Pembaharuan melibatkan elemen2 syariah dan mengurangkan elemen-elemen adat Melayu asas dalam Undang-undang Pahang  Terdiri daripada 93 fasal yang tidak tersusun secara sistematik dan tanpa mengikut klasifikasinya yang tertentu

slide 5:

 Hukum Kanun Pahang merupakan hukum kanun yang berkembang  Kandungannya yang awal mencerminkan pengaruh Hindu iaitu yang terdiri daripada fasal 1 hingga 23  kemudiannya ditambah 66 fasal lagi setelah menerima pengaruh Islam  Berkembang menjadi 67 dan kemudiannya 93 fasal setelah menerima pengaruh Hukum Kanun Melaka serta mengutip beberapa isi daripada Undang-undang Johor.

slide 6:

1. Undang-undang Jenayah Menyatakan tentang hak istimewa Raja yang tidak boleh dicabuli hukum pembunuhan dan Qisas Kecederaan dan menceroboh tanahkampung. Hukum Hudud: minum arak mencuri menyamun murtad berzina dan rogol berjudi rasuah dan durhaka kepada raja.

slide 7:

2. Undang-undang Muamalat Termasuk peraturan jual beli dan aib sewa-menyewa gadaian pinjam-meminjam hutang-piutang upah muflis hukum tentang hamba dan berkaitan menaruh amanah dan barang amanah hukum bapa dan nenek mengambil pemberian anak-anakhibah serta hukum wakaf.

slide 8:

3. Undang-undang Keluarga dan Perkahwinan Walaupun tidak ada peruntukan undang-undang keluarga Islam dalam teks Hukum Kanun Pahang namun beberapa orang sarjana sejarah yang mengkaji teks ini berpendapat bahawa fasal 67 yang tidak dimasukkan dalam teks tersebut sebenarnya terdiri daripada fasal 25-27 Hukum Kanun Melaka iaitu bahagian undang-undang keluarga Islam.

slide 9:

4. Perkara Berhubung dengan Kesalahan Agama dan Ibadah Hukum tentang murtad hukum mengenai menunaikan solat dan hukum tidak membayar zakat. 5. Undang-undang Adat dan Perlembagaan Menyentuh tentang tugas serta keistimewaan raja-raja serta para pembesar.

slide 10:

Hukum Kanun Pahang ini telah banyak menerapkan ajaran serta hukum Islam Peruntukan tentang hukuman jenayah umpamanya ia telah dihuraikan dengan lebih terperinci menurut hukum syarak Undang-undang berhubung muamalat dan munakahat pula masih mengandungi sedikit sebanyak pengaruh hukum adat

slide 11:

Sistem Politik  Sistem politik memberi pengesahan terhadap kuasa undang- undang corak pemerintahan kuasa birokrasi organisasi menjalankan kuasa dan juga persaingan mendapatkan kuasa.  Kemakmuran dan kesejahteraan dilaksanakan melalui peraturan dan perundangan untuk memastikan kemanusiaan di atas landasan akhlak tatasusila moral dan etika.  Negeri Pahang pada masa itu telah memiliki satu sistem pemerintahan yang kukuh.

slide 12:

 Organisasi diketuai oleh raja dan segala pembesar di bawahnya termasuklah bendahara temenggung penghulu bendahari dan syahbandar  Setiap pembesar itu berfungsi dengan tgjwb masing2 untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan negara  Para pembesar bertindak dengan berlandaskan undang- undang yang telah ditetapkan dalam Hukum Kanun Pahang  kuasa raja diperkukuhkan dengan adanya konsep daulat dan rakyat yang derhaka akan ditimpa tulah.

slide 13:

 Pemusatan kuasa berada di tangan sultan manakala pembesar hanya berkuasa di wilayah di bawah naungannya sahaja  Pembesar dan rakyat perlu taat setia kepada raja atau sultan.  Segala arahan raja atau sultan haruslah dilakukan tanpa bantahan.  Pemikiran masyarakat pada zaman itu telah menjelaskan bahawa kepatuhan rakyat kepada raja perlu bagi membentuk sebuah organisasi masyarakat yang stabil dan aman.

slide 14:

Fasal 31  Keutuhan sistem pemerintahan dalam bidang politik dapat dibuktikan berdasarkan Hukum Kanun Pahang menerusi fasal 31  Menerangkan tentang tanggungjawab ataupun bidang kuasa yang dimiliki oleh seseorang dalam melaksanakan tugasnya  Raja mempunyai hak mutlak ke atas tanah disifatkan bahawa tanah adalah milik Tuhan dan Raja pula adalah bayangan Tuhan di muka bumi

slide 15:

Fasal 18  Raja mempunyai hak mutlak ke atas tanah. Hal ini kerana ianya disifatkan bahawa tanah adalah milik Tuhan dan Raja pula adalah bayangan Tuhan di muka bumi.  Ianya menjelaskan tentang konsep perkongsian tanah antara Tuhan dengan raja. Penjelasan ini mengambarkan bahawa raja yang bertindak sebagai bayangan Tuhan di muka bumi maka raja mempunyai hak mutlak terhadap tanah yang ada di muka bumi ini. Situasi ini termasuklah hasil yang terdapat di muka bumi ini adalah milik raja.

slide 16:

Sistem Ekonomi Hukum Kanun Pahang juga dapat dilihat dalam aspek ekonomi Dibuktikan berdasarkan Hukum Kanun Pahang yang membicarakan tentang terdapatnya hukum tanah tanaman terbakar hukum orang bertanam hukum orang berjual beli hukum hasil dan cukai serta sebagainya

slide 17:

 Cth teksnya: “T anah tanaman yang tiada diperhuma oleh tuannya. Maka barang siapa hendak berbuat dia dipinjamnya pada tuannya atau disewanya. Kemudinya jika berkehendak tuannya dikembalikan pada tuannya. Maka hendaklah kamu segala sekalian menolong saudara kamu yang se-Islam. ”  Sekiranya terdapat tanah tanaman yang tidak diusahakan oleh pemiliknya dan ada individu yang berminat untuk mengusahakannya maka sistem penyewaan boleh dilakukan menerusi tuannya.  Seterusnya jika tuannya berhasrat untuk mengambil balik tanah yang disewakan itu maka haruslah individu menjadi penyewa tersebut mengembalikannya dan lebihan hasil yang diperolehi tersebut hendaklah disalurkan kepada kaum seislam yang memerlukan pertolongan

slide 18:

Hukum Kanun Pahang itu sendiri telah membentuk pemikiran masyarakat dalam membantu kestabilan ekonomi negeri tersebut. Undang-undang yang dibuat bukan sahaja menguntungkan sebelah pihak tetapi setiap individu mendapat kebajikan daripadanya. Golongan rakyat pula sedia maklum dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Oleh itu antara golongan pemerintah dan rakyat telah sama-sama membantu menjana ekonomi dengan lebih pesat lagi.

slide 19:

 Hukum Kanun Pahang terdapat upah menenun kain  Harga upahan hendaklah diberi jika hanya selesai kain tersebut ditenun seluruhnya bagi dapat menggalakkan si pengambil upah bersungguh-sungguh bekerja  Ini menjelaskan bahawa undang-undang yang ditetapkan itu bukan sahaja menjamin kestabilan ekonomi malah menjamin kebajikan rakyat jelata  Memberi kesedaran kepada rakyat seterusnya memupuk kesetiaan dan kepatuhan rakyat dengan menghormati undang-undang

slide 20:

Beberapa teks undang-undang yang diketengahkan ini iaitu banyak menyentuh tentang penanaman pelabuhan dan juga perdagangan ataupun perniagaan. Maka jelaslah bahawa masyarakat melayu pada masa dahulu sudah mengalami perubahan ketamadunan jika dilihat dari aspek ekonomi walaupun melalui aktiviti sara diri yang mereka lakukan.

slide 21:

Sistem Sosial  Situasi ini dapat dilihat melalui penelitian yang dilakukan terhadap fasal nikah kahwin yang mana ianya menunjukkan keprihatinan penggubal undang-undang tentang mewujudkan institusi kekeluargaan dengan sempurna.  Sistem sosial masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.  Golongan pemerintah terdiri daripada raja atau sultan keluarga dan kerabat diraja pembesar pentadbir serta ulama istana. Golongan diperintah pula ialah orang merdeheka dan hamba

slide 22:

 Raja atau sultan dilambangkan sebagai khalifah atau wakil Allah di muka bumi  Dibantu oleh ulama yang bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal agama Islam  Raja wajib mengekalkan keamanan dan keharmonian di dalam negeri baginda  Mengerah rakyat untuk khidmat sosial seperti membina istana dan sebagai tentera.

slide 23:

 Golongan diperintah pula terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing yang bebas dan merdeheka  Rakyat biasa seperti petani nelayan dagang dan tukang. Golongan ini tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dalam pentadbiran  Mereka mengamalkan tradisi gotong-royong  Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang dan peniaga kecil-kecilan buruh dan pekerja biasa serta petani dan tukang mahir  Bebas menjalankan kegiatan ekonomi dalam bidang pertanian perikanan perlombongan dan perdagangan

slide 24:

 Melayu golongan hamba terbahagi kepada dua iaitu hamba abdi dan hamba berhutang  Hamba jenis pertama nyatalah paling rendah kedudukannya diklasifikasikan seperti barang  Dijual atau dipinjamkan oleh tuannya kepada orang lain iaitu mengikut sesuka hati tuannya

slide 25:

Fasal 19  Bahawa hamba raja juga tidak boleh dipalu dengan sewenang- wenangnya. Jika seseorang merdeheka berbuat demikian dia akan masuk ulur kepada raja dan jika abdi berbuat demikian abdi itu akan dikerat lehernya. Jika perbuatan abdi itu dengan setahu tuannya tuannya akan didenda sebanyak satu kati lima tahil. Fasal 12  Ada menyebut bahawa seseorang yang berhutang yang ditentukan tempoh masa pembayarannya. Jika seseorang itu terlewat walaupun sehari sahaja untuk menjelaskan hutangnya dia akan bekerja dengan tuan emas.

slide 26:

 Kewujudan hierarki atau lapisan dalam masyarakat Melayu tradisional adalah untuk membezakan kedudukan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah dalam membezakan kedudukan dan penghormatan. Tambahan pula dapat menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

slide 27:

Kesimpulan: Kewujudan manuskrip undang-undang adalah memberi kesedaran kepada kita bahawa raja-raja Melayu yang cuba mengamalkan keadilan dalam pemerintahan. Konsep keadilan undang-undang Melayu semakin diperkukuhkan lagi dengan kemasukan nilai-nilai keadilan pemerintahan dalam agama Islam. Undang-undang adalah bertujuan untuk memudahkan pentadbiran yang hendak dijalankan dalam setiap organisasi tertentu. Rakyat yang cuba mencerobohi menentang dan mengancam kedudukan raja akan dituduh sebagai penderhaka dan dijangka menerima hukuman yang berat. Walaupun terdapat sesetengah hukuman dikenakan mempunyai unsur kekerasan ianya sengaja digubal sebagai cara untuk menghalang daripada kedudukan raja itu digugat oleh rakyat. Jika masih ada rakyat yang melanggar peraturan melakukan kesalahan dan menentang raja mereka perlu bersiap sedia dengan segala hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka.

slide 28:

Bibliografi Abdullah Siddik Pengantar undang-undang adat di Malaysia Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya 1975. Jalilah Sharif dan Jamilah Ahmad Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 1993. Muhammad Yusoff Hashim Persejarahan Melayu Nusantara: Kajian Mengenai Sumber Penghayatan Masalah Dan Tafsiran Naskhah-Naskhah Terpilih Sejarah Melayu Kuala Lumpur : Teks Publising Sdn Bhd. 1998. Muhd Yusof Ibrahim Pengertian Sejarah Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 1971. Muhd Yusof Ibrahim dan Mahuyudin Hj. Yahya Sejarawan Dan Pensejarahan: Ketokohan Dan Karya Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka 1998.

authorStream Live Help