1.HUKUM KANUN MELAKA

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 3:

LATARBELAKANG HUKUM KANUN MELAKA HKM  Disusun dengan lengkap oleh Sidi Ahmad.  Terbahagi kepada dua iaitu Hukum Kanun Melaka Undang-undang Negeri dan Undang-undang Laut Melaka.  Terdapat pengaruh Islam dan Hindu.

slide 4:

FASAL 1 Mengandungi 44 fasal FASAL 2 Menyentuh bidang kuasa raja FASAL 3 Menyentuh bidang kuasa pembesar FASAL 4 Pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat FASAL 5 Hukuman terhadap kesalahan jenayah awam FASAL 6 Undang-undang keluarga ISI KANDUNGAN HUKUM KANUN MELAKA

slide 5:

PENGENALAN Undang-undang Melaka dikenali Hukum Kanun Melaka risalat hukum kanun dalam bahasa Arab merupakan undang tradisional yang tertua di negara ini. Pada mulanya merupakan peraturan yang tidak bertulis. Peraturan itu diadakan untuk melindungi kerajaan rakyat dan negeri Melaka. Walaupun Hukum Kanun ini sudah dijalankan pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah 1446-1456 M Namun ia baru ditulis dan disusun secara teratur setelah pemerintahan Sultan Mahmud Syah 1489-1511 M.

slide 6:

Sebab itulah hukum kanun ini hanya dianggap ada setelah tahun 1489 M. Bahasa yang digunakan dalam petikan hukum kanun atau undang-undang melaka ini: Lima perkara yang tiada beroleh kita menurut kata itu melainkan raja yang kerajaan juga.Pertama-tama titah kedua berparik ketiga murka keempat karunia kelima anugerah.Maka segala kata ini tiada dapat kita mengatakan dia.Dan jikalau orang keluaran berkata demikian itu digocoh hukumnya.

slide 7:

Mengandungi 44 fasal mengenai kuasa dan bidang kuasa raja dan pembesar – pembesar pantang larang masyarakat umum hukuman ke atas kesalahan jenayah dan undang – undang keluarga. Beberapa fasal yg terdapat dalam Hukum Kanun Melaka berdasarkan undang – undang Islam dan menampakkan pengaruh islam dalam pemerintahan Melaka. Antaranya hukum hudud seperti potong tangan kepada pencuri.

slide 8:

Dalam sejarah melayu misalnya ada menyebut hukuman tersebut sebagai “kudung tangannya” Muhammad Yusoff Hashim 1989 Hukum Islam lain termasuklah bab jual beli dan nikah kahwin. Fasa 30 menjelaskan larangan menggunakan riba dalam urusan perniagaan. Wlpn begitu tradisi setempat masih dikekalkan dalam undang – undang Fasal 13 : 3 menyebut sesiapa yang berjual titah memalsukan titah akan dikenakan samaada hukuman bunuh dibelah lidah atau dikupas kulit kepala.

slide 9:

• Undang-undang “kudung tangan ” ini telah dikuatkuasakan ketika pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah. Hukum Kanun Melaka menyebut “Adapun jikalau ia mencuri maka tertangkap lalu dibunuhnya maka kenalah denda dia setengah harganya.... Adapun pada hukum Allah orang yang mencuri itu tiada harus dibunuh melainkan dipotong tangannya. ”

slide 10:

GAMBARAN SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRAN PADA ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA MENGIKUT HUKUM KANUN MELAKA  Raja dianggap sebagai mempunyai kekuasaan tertinggi dan berkuasa penuh di mana titah baginda adalah undang – undang tertinggi dan mengatasi undang – undang yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka itu sendiri.  Hukum Kanun Melaka menjadi panduan kepada para pembesar Melaka demean menerangkan tugas – tugas para pembesar seperti bendahara Penghuli Bendahari Temenggung dan laksamana.  Rakyat biasa terdiri daripada akyat yang bermastautin dan berhijrah ke Melaka.  Hukuman masih mengekalkan sebahagian pengaruh Hindu – Buddha di mana hukuman adalah berbeza mengikut darjat dan kedudukan seseorang.

slide 11:

Rakyat biasa terdiri daripada akyat yang bermastautin dan berhijrah ke Melaka. Hukuman masih mengekalkan sebahagian pengaruh Hindu – Buddha di mana hukuman adalah berbeza mengikut darjat dan kedudukan seseorang.

slide 12:

ANTARA KANDUNGAN HUKUM KANUN MELAKA 1.Tanggungjawab raja dan pembesar 2.Pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat 3.Undang – undang keluarga 4.Hukuman kesalahan awam dan jenayah 5.Permasalahan ibadat dan muamalat 6.Hukum perhumaan

slide 13:

Dalam bidang nikah kahwin munaqahat dan jual beli hukum Islam digunakan sepenuhnya seperti: Pewalian seorang perempuan Syarat sah ijab kabul dalam perkahwinan Hukum dan syarat sah saksi dalam perkahwinan Hukum tentang perceraian dan perpisahan suami isteri Hukum riba Hukum jual beli

slide 14:

PERBEZAAN HUKUMAN SETIAP INDIVIDU YANG BERLAINAN DARJAT DAN KETURUNAN  Fasal 8.1 hukuman menetak berbeza dimana sekiranya hamba abdi menetak seorang yang menderhaka hamba tersebut di hukum penjara.  Manakala seseorg menderhaka pula hanya didenda setengah harga daripada sepuluh emas.  Menurut Hukum Kanun Melaka tiga kesalahan berat tidak diampuni oleh hakim iaitu membunuh mengambil isteri orang dan orang kelakuannya bermaharajalela seperti bertindak ganas sesuka hati.  Kesalahan seperti itu hanya boleh diampunkan raja.

slide 15:

UNDANG-UNDANG ISLAM DALAM HUKUM KANUN MELAKA Undang-undang Jenayah Hukum Qisas Hukum Hudud Hukum Ta’zir

slide 16:

HUKUM QISAS  Dinyatakan sesispa yang mengambil nyawa membunuh orang akan dibalas bunuh.  Orang Islam yang membunuh orang kafir tak dikenakan qisas.  Dalam soal mencederakan anggota juga akan dibalas perbuatan yang sama dan setimpal.  Hal ini selari dengan surah al-Maidah ayat 45.  Hukum Diat Fasal 17 Hukum Kanun Melaka menyatakan pembunuh dengan sengaja jika diberi maaf oleh waris akan dikenakan Diyatdenda.

slide 17:

SURAH AL-MAIDAH AYAT 45. ِ ف ْ ن َ ْ ل ا ِ ب َ ف ْ ن َ ْ ل ا َ و ِ ن ْ ي َ ع ْ ل ا ِ ب َ ن ْ ي َ ع ْ ل ا َ و ِ س ْ ف ّ ن ل ا ِ ب َ س ْ ف ّ ن ل ا ّ ن َ أ ا َ ه ي ِ ف ْ م ِ ه ْ ي َ ل َ ع ا َ ن ْ ب َ ت َ ك َ و َ و ُ ه َ ف ِ ه ِ ب َ ق ّ د َ ص َ ت ْ ن َ م َ ف ۚ ٌ ص ا َ ص ِ ق َ ح و ُ ر ُ ج ْ ل ا َ و ِ ن ِ س ل ا ِ ب ّ ن ِ س ل ا َ و ِ ن ُ ذ ُ ْ ل ا ِ ب َ ن ُ ذ ُ ْ ل ا َ و َ ن و ُ م ِ ل ا ّ ظ ل ا ُ م ُ ه َ ك ِ ئ َ َ ل و ُ أ َ ف ُ ّ ل ا َ ل َ ز ْ ن َ أ ا َ م ِ ب ْ م ُ ك ْ ح َ ي ْ م َ ل ْ ن َ م َ و ۚ ُ ه َ ل ٌ ة َ ر ا ّ ف َ ك Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya At Taurat bahwasanya jiwa dibalas dengan jiwa mata dengan mata hidung dengan hidung telinga dengan telinga gigi dengan gigi dan luka luka pun ada qishaashnya. Barangsiapa yang melepaskan hak qishaashnya maka melepaskan hak itu menjadi penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah maka mereka itu adalah orang- orang yang zalim.

slide 18:

HUKUM HUDUD  Berhubung dengan kesalahan zina Qazaf Mencuri Minum arak dan Murtad.  Sebagai contoh kesalahan zina akan direjam sampi mati bagi yang telah berkahwin dan disebat 100 x bagi yang belum berkahwin.  Hal ini selari dengan surah an-Nur ayat 2 dan juga Hadith.  Bagi kesalahan Qazaf akan disebat 80 x sebatan.  Bagi kesalahan minum arak akan disebat 40 x sebatan.

slide 19:

SURAH AN-NUR AYAT 2 لا ٌ ة َ ف ْ أ َر اَم ِ ه ِ ب ْم ُ ك ْ ذ ُ خ ْ أ َت ل َو ٍةَد ْ لَج َة َ ئا ِم اَم ُه ْن ِم ٍد ِحاَو ّ ل ُ ك او ُد ِل ْجا َ ف ي ِنا ّ زلاَو ُ ةَي ِنا ّ ز ٌ ة َف ِئا َ ط اَم ُهَبا َذ َع ْدَه ْ شَي ْ لَو ِ ر ِخل ا ِم ْوَي ْ لاَو ِ ّ ل ا ِ ب َ ن و ُن ِم ْ ؤ ُت ْم ُت ْن ُ ك ْ ن ِ إ ِ ّ ل ا ِ ن ي ِد ي ِف َن ي ِن ِم ْ ؤ ُم ْ لا َن ِم ٢ “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman ”. Surah An- Nur ayat 2

slide 20:

HUKUM TA’ZIR  Tazir dari segi bahasa bererti menolak atau menghalang.  Dari segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam al- quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaaannya tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.  Bagi kesalahan yang tidak dikenakan hudud dan qisas seperti mencuri tidak cukup nisab akan dikenakan ta’zir.  Contoh akan diminta pulang semula barang yang dicuri atau digantung dileher dan di arak keliling kampung sebagai pengajaran.

slide 21:

UNDANG-UNDANG MUAMALAH Berhubung dengan jual beli riba sewa pinjam meminjam ada dinyatakan dalam fasal 30 HKM. Cth disebut dengan nyata haramnya riba tidak blh berniaga dengan orng gila.

slide 22:

•Menyentuh perintah dalam Al – Quran tentang pengharaman perniagaan dengan mengamalkan riba. •Disebut juga syarat – syarat bagi orang yang berjual beli jenis – jenis barang yang sah dijual beli. •Contoh akad jual beli yang sempurna serta konsep milik sempurna milk al-tam FASAL 30 •Tentang peraturan – peraturan dan syarat – syarat dalam perjualan tanah atau kebun. FASAL 31

slide 23:

•Pemulangan barang – barang yang telah dibeli kerana barang – barang tersebut didapati telah pun rosak semasa masih di tangan penjual. FASAL 31.2 •Tentang barang – barang yang telah diserahkan kepada pembeli tetapi kemudiannya disedari bahawa barang tersebut sebenarnya telah pun rosak. FASAL 31.3

slide 24:

•Masalah kebangkarapan prinsip penyelesaian secara sulh atau pendamaian pemasalahan pinjam – meminjam dan tangungjawab peminjam. FASAL 32 •Tentang peraturan bersyarikat. FASAL 33 •Peraturran tentang penerimaan dan pemegangan amanah dalam bentuk harta. FASAL 34

slide 25:

UNDANG-UNDANG KELUARGA Berhubung dengan perkahwinanperceraianwali talak dan sebagainya. Dlm hal ini semuanya selari dengan hukum islam.

slide 26:

UNDANG – UNDANG PERKAHWINAN ISLAM •Peruntukan tentang wali iaitu orang yang bertindak sebagai penjaga kepada seorang wanita yang hendak dikahwinkan atau berkahwin. •Disentuh juga tentang susunan wali umur wanita yang hendak diwalikan termasuk beberapa perkara yang berkaitan dengan soal keizinan untuk berkahwin. FASAL 25 •Peruntukan ijab dan Kabul serta kesahan sesuatu akad nikah akibat daripada kekacauan wali sama ada wali tersebut adil ataupun fasiq. FASAL 25.2

slide 27:

•Mengenai hukum saksi dalam perkahwinan bilangannya syarat untuk membolehkan seseorang menjadi saksi dan juga kesahan sesuatu akad perkahwinan yang diasaskan kepada keadaan saksi. FASAL 26 •Menyentuh perkara – perkara yang memungkinkan berlakunya khiar dalam perkahwinan iaitu keadaan di mana pihak – pihak lelaki dan perempuan boleh menggunakan hak mereka bagi membuat pilihan sama ada meneruskan atau membatalkan ikatan perkahwinan jika terdapat kecacatan seperti yang dinyatakan. FASAL 27

slide 28:

•Peruntukan tentang talak dan idah bagi wanita yang diceraikan. FASAL 28

slide 29:

UNDANG-UNDANG KETERANGAN DAN ACARA Berkaitan dengan syarat-syarat menjadi Sultan seperti mesti Islam adil pengampunpemurah dan sebagainya. Dinyatakan juga hakim/ kadi dilarang menerima hadiah.

slide 30:

Penglibatan Ulamak dlm soal pentadbiran negeri disebut dengan nyata. Ulamak dan Kadi terlibat aktif dalam soal pertabalan perkahwianan pemakaman seseorang raja/sultan. Meskipun pengaruh Islam amat ketara dalam hukum Kanun Melaka masih terdapat banyak pengaruh Hindu dan adat Melayu yang bertentangan dengan Islam.

slide 31:

•Tentang ikrar kes – kes yang yang dibolehkan untuk berikrar dan juga syarat – syarat ikrar. FASAL 35 •Cara – cara pemeriksaan terhadap saksi dalam sesuatu kes dan syarat yang membolehkan seseorang diterima menjadi saksi. FASAL 37

slide 32:

•Peraturan tentang akuan sumpah. •Dalam fasal ini diselitkan dengaan hadith Rasulullah s.a.w ynag bermaksud : Beban bukti terletak kepada orang yang membuat tuduhan dan sumpah adalah ke atas orang yang menafikannya. FASAL 38

slide 33:

UNDANG-UNDANG YG TIDAK SELARI DENGAN ISLAM Sultan berada di atas undang- undang Konsep Devaraja Hukuman qisas tidak dikenakan kepada sultan/ kerabat raja Hukuman hudud tidak dikenakan kepada sultan

slide 34:

Mengamalkan Diskriminasi Dalam Undang- undang : Tidak amalkan persamaan taraf ini kerana ada larangan memakai warna kuning bina rumah seperti Konsep Daulat dan Tulah : Amalkan konsep pantang derhaka kepada raja/sultan walaupun memerintah dengan zalim.

slide 35:

PERANAN HUKUM KANUN MELAKA Hukum kanun melaka penting sebagai sumber rujukan bagi menentukn hukuman bagi kesalahan tertentu. Menentukan pembahagian tugasperanan serta struktur pemerintahan. Dalam undang-undang terkandung satu adat yang digelar adat lembaga yang didalamnya menganunkan satu sistem pentadbiran dan pemerintahan yang teratur. Melancarkan pentadbiranmemudahkan urusan tertentu kerana berlaku pengkhususan yang sudah pastinya meningkatkan mutu

slide 36:

Kesimpulannya Hukum Kanun Melaka penting bagi melancarkan pemerintahan negeri. Undang-undang ini yang awalnya dipengaruhi oleh agama Hindu diresapi unsur agama Islam yang ketara pada akhirnya. Hukum-hukum syarak ini meresap secara beransur-ansur. undang-undang ini sungguh lengkap menyentuh pelbagai perkara berkaitan dengan adat lembaga dan tanggungjawab pembesar hukuman awam dan perbuatan jenayah serta perkara-perkara berkaitan dengan pertanian perhambaan dan kekeluargaan. Walaupun Hukum Kanun Melaka diamalkan dengan meluas di Melaka dan menjadikan Islam sebagai rujukan namun masih ada ruang yang bertentangan dengan syarak. Hal ini Undang-undang Melaka masih dipakai oleh undang-undang zaman sekarang. KESIMPULAN

slide 37:

RUJUKAN Abdul Rahman Kaeh Muhammad Yusoff Hasim. Sejarah Melayu Edisi Shellabear Persepsi Sejarah dan Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn.Bhd. Ali Ahmad. 1977. Kajian Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Aminudin Omar. 1988. Sinopsis dan Kajian Sejarah Melayu. Negeri Sembilan: Pustaka Thaju Pelajaran Arba’yah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhd. Yusof Ibrahim. 1994. Pensejarahan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

slide 38:

SEKIAN TERIMA KASIH

authorStream Live Help