1.PERKEMBANGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIAaa

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 2:

KONSEP PERLEMBAGAAN Perlembagaan merupakan sumber undang- undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Tidak ada institusi yang boleh mengatasi ketertinggian perlembagaan. Panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara. Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa sahaja.

slide 3:

KONSEP PERLEMBAGAAN • Perlembagaan : – Prinsip – prinsip asas yang menentukan bagaimana sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang- undang adat atau peraturan yang lazi dipakai – Menetapkan had2 kewibawaan kerajaan dan cara pemilihan serta perlantikan pemerintah – Bersangkut-paut dgn hal: • Bagaimana keputusan awam dicapai dan • Bagaimana kuasa diagih- agihkan di antara institusi kerajaan pusat tempatan

slide 4:

Menurut D. Robertson 1993 • Perlembagaan mengandungi satu set hak kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah negara dan autoriti awam dengan rakyat. Sumber: Asnarulkhadi Abu Saman Jayum A. Jawan 1997 Kenegaraan Malaysia Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

slide 5:

PERLEMBAGAAN MALAYSIA • Sumber Undang- undang tertinggi di Malaysia • satu dokumen bertulis yg mengandungi segala undang- undang dan peraturan asas negara. • Ia dibentuk berdasarkan dua dokumen terdahulu: – PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 – PERLEMBAGAAN KEMERDEKAAN 1957 • Ia dirangka berdasarkan nasihat Suruhanjaya Reid

slide 6:

PERLEMBAGAAN MALAYSIA • Badan Perundangan Kehakiman dan Eksekutif mendapat kuasa daripada Perlembagaan. • Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 Bahagian 183 Perkara dan 13 Jadual.

slide 7:

Perkara dalam perlembagaan Kebebasan asasi Kuasa dan kedudukan YDPA kehakiman Keistimewaan raja- Raja Melayu kewarganegaraan Hak orang Melayu Bumiputera di Sabah dan Sarawak Soal Bahasa Melayu agama

slide 8:

PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIPERSOALKAN kedudukan agama Islam Agama Islam sebagai agama rasmi dan agama bagi persekutuan Kedudukan istimewa:  Raja- raja Melayu orang Melayu dan  Bumiputera di Sabah dan Sarawak bahasa Melayu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Soal kerakyatan

slide 9:

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA • Sejarah perlembagaan moden Malaysia bermula pada akhir abad ke 19 ketika kerajaan British menguasai Tanah Melayu. Kronologi sejarah ringkas penggubalan adalah seperti berikut: • 1905 – sebuah badan perundangan pusat yang dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Persekutuan MMP ditubuhkan. Semua undang-undang yang dibuat oleh mana-mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak bertentangan dengan undang-undang yang dibuat oleh MMP. Sungguh pun begitu MMP tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu

slide 10:

• 1927 – melalui pindaan Perjanjian Persekutuan bagi anggota-anggota MMP MMP diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh negeri- negeri Melayu Bersekutu. • Raja-raja Melayu tidak lagi mengambil bahagian dalam perbincangan MMP. Ini menjadikan kuasa kerajaan pusat menjadi kuat. • Sementara itu kedudukan Dewan Negeri diperkuat dan beberapa kuasa yang dulunya dijalankan oleh Ketua Setiausaha Pegawai British diserahkan kepada Dewan Negeri. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar kepada Setiausaha Persekutuan

slide 11:

• Selepas WW2 British dtg menjajah lagi ke Tanah Melayu dan perkenalkan Malayan Union • Di bawah Malayan Union pula segala kuasa terletak di tangan gabenor termasuk kuasa memberi ampun pada orang salah. Gabenor boleh membatalkan segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Perundangan. • Majlis Perundangan Negeri di setiap negeri pula hanya boleh membuat undang- undang tentang perkara tempatan sahaja dan ia boleh dibatalkan oleh Majlis Perundangan Malayan Union

slide 12:

• 1948 – Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 2 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto pembatal untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sementara itu Majlis Perundangan Negeri mempunyai kuasa yang terhad seperti yang disebuat dalam Jadual Kedua bagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Sejak tahun 1948 setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948.

slide 13:

• Jun 1955 – pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan – mengandungi 52 anggota yang dipilih 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja. Mac 1956 – Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Reid. Jawatankuasa ini diberi tugas merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat.Jawatankuasa ini mula menjalankan tugasnya pada Jun 1956 dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Laporan ini dikaji diteliti dan kemudiannya digubal menjadi Perlembagaan Persekutuan.

slide 14:

• • – –

slide 15:

• 48 kali dipinda setakat 2005 • Lebih 600 kali cuba dipinda oleh individu

slide 17:

SUMBER RUJUKAN Asnarulkhadi Abu Saman Jayum A. Jawan 1997 Kenegaraan Malaysia Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Hasnah Husiin Dr Seri Lanang Jaya Haji Rohani 2008 MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

authorStream Live Help