JENIS REKABENTUK PENYELIDIKAN

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

http://notappismpsejarah.blogspot.my/ :: TUTORIAL BERSAMA SIR SAMUEL PN.PHYILIS ::

slide 2:

Pendahuluan  Hasil kajian ditentukan oleh kaedah dan reka bentuk kajian.  Reka bentuk kajian pula ditentukan oleh tujuan kajian  Tiada satu reka bentuk yang boleh digunakan untuk semua kajian tetapi satu kajian boleh menggunakan beberapa reka bentuk kajian yang berbeza.

slide 3:

Definisi  Reka bentuk kajian merupakan satu tatacara pengolahan data yang dipungut berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan rangkaian hubungan antara pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu kajian Kerlinger 1970.

slide 4:

 Ia juga merujuk kepada cara penyelidik mengendali kajian dan prosedur atau teknik yang digunakan bagi menjawab soalan kajian. Tujuan reka bentuk kajian adalah untuk mengawal punca-punca bias yang boleh mengganggu dapatan kajian McMillan Schumacher 1984.

slide 5:

Kajian Eksperimental  Prosedur penyelidikan kuantitatif dimana Penyelidik mengkaji kesan intervensi atau Rawatan ke atas hasilan daripada peserta kajian.

slide 6:

 Reka bentuk kajian eksperimental melibatkan tiga komponen: i. Pemboleh ubah bebas bersandar ii. Ujian sebelum selepas pre post test iii. Kumpulan rawatan dan kawalan

slide 7:

 Kuasi Eksperimen adalah bentuk kajian yang dilakukan secara separa eksperimen yang melibatkan dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.

slide 8:

langkah melakukan kajian kuasi eksperimental 1. Terdapat dua kumpulan kajian iaitu kumpulan kawalan KK dan kumpulan rawatan KR 2. Kedua-dua kumpulan akan menjalani ujian pra-eksperimen untuk membuktikan samada kebolehan atau keupayaan kedua kumpulan adalah sama atau berbeza. 3. Kumpulan kawalan akan melalui proses kajian secara normal manakala kumpulan rawatan akan melalui kajian bersama dengan pemboleh ubah tak bersandar kajian. 4. selepas melalui proses kajian kedua-dua kumpulan akan menjalani ujian pos- eksperimen. 5. Ujian pos-eksperimen menunjuk perbezaan antara keupayaan atau kebolehan kedua-dua kumpulan

slide 9:

Contoh eksperimen: Mengkaji keberkesanan gula getah bernikotin untuk mengurangkan pengambilan rokok terhadap perokok. 1. Perokok dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. 2. KK dan KR menjalani ujian pra-eksperimen untuk meninjau berapakah bilangan rokok yang dihisap oleh perokok dalam masa sehari. 3. Selepas ujian pra-eksperimen kedua kumpulan melalui proses kuasi eksperimen dengan KK mengambil gula getah tak bernikotin dan KR mengambil gula getah bernikotin selama sehari.

slide 10:

4. KK dan KR menjalani ujian pos-eksperimen 5. Menentukan perbezaan kedua-dua kumpulan selepas ujian pos samada pengambilan gula getah bernikotin boleh mengurangkan pengambilan rokok dalam masa sehari atau pengambilan gula getah tidak memberi perbezaan kepada perokok. Kuasi eksperimen dalam contoh diatas dapat di lihat melalui proses dan pemboleh ubahnya. Ekesperimen hanya dijalankan terhadap perokok dan bukan dengan memaksa seseorang untuk merokok sebagai sampel kajian.

slide 11:

Sekian … Ahli Kumpulan 1.Douglas 2.Corina 4.Siti Fironika 5. Mazlinah 6. Yasser http://notappismpsejarah.blogspot.my/ :: TUTORIAL BERSAMA SIR SAMUEL PN.PHYILIS ::

authorStream Live Help