BAB 6

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

BAB 6 PENYELIDIKAN TINDAKAN : RANCANGAN DAN CADANGAN MENGUMPUL DATA http://notappismpsejarah.blogspot.my/ :: TUTORIAL BERSAMA SIR SAMUEL PN.PHYILIS ::

slide 2:

Penyelidik akan menjelaskan cara- cara mengumpul data bagi setiap alat kajian yang ditentukan. Merangkumi cara-cara menggunakan alat- alat kajian untuk mendapatkan data yang dikehendaki. Contoh alat kajian seperti soal selidik pemerhatian temu bualpenelitian dokumen dan lain- lain.

slide 3:

SOAL SELIDIK •Penyelidik boleh membentuk pelbagai bentuk ujian bertulisujian lisankuiz atau soalan-soalan. PENELITIAN •Penyelidik boleh meneliti dokumen- dokumen seperti buku log foto slaidportfolior ekod anekdot diari atau jurnal yang berkaitan dengan subjek. Penyelidik hendaklah menggunakan lebih dari satu alat kajian mengikut situasi dan masa.Dikenali sebagai ‘trangulasi’. Cara mengumpul data ditentukan berdasarkan objektif kajian dan soalan kajian.

slide 4:

Contoh Penulisan Berkaitan Dengan Mengumpul Data Adalah Seperti Berikut : Untuk tujuan mengumpul data saya telah menggunakan menggunakan kaedah triangulasi di mana menggunakan lebih dari satu intrumen kajian.Ini selaras demean pendapat Mohd. Majid Konting 2000 yang berpendapat bahawa cara mengumpul data perlulah dipilih demean teliti dan terbaik bagi mencapai sesuatu objektif penyelidikan yang telah dinyatakan.Tiga instrumen telah digunakan telah digunakan iaitu borang pemerhatian soal selidik dan temu bual.Pemerhatian dilakukan bertujuan untuk memerhatikan tingkah laku murid semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Menurut Mohammad Najib 1999 kaedah pemerhatian merupakan kaedah yang paling anjal kerana seseorang boleh menjalankan kajian tanpa sebarang soalan dan “kayu pengukur ”.Kaedah pemerhatian juga boleh digunakan dalam kajian untuk tujuan pengumpulan data sebagaimana yang dinyatakan oleh Merriam 2002 pemerhatian adalah cara terbaik untuk mengumpul data asal “first hand encounter ” tentang perkara yang hendak dikaji.Dalam kajian ini pemerhatian dilakukan dengan menggunakan borang senarai semak yang telah disediakan terlebih dahulu.

authorStream Live Help