Kajian Kes

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

KAJIAN KES Ainol Daniel Mujahid Dayangku N.A http://notappismpsejarah.blogspot.my/ :: TUTORIAL BERSAMA SIR SAMUEL PN.PHYILIS ::

slide 2:

– Kes didefinisikan sebagai suatu fenomena yang berlaku dalam suatu konteks tertentu dengan lingkungan atau sempadan yang tersendiri. – Individu atau aspek tertentu dalam sepadan berkenaan dipilih sebagai fokus kajian untuk menghuraikan fenomena yang menjadi kes. – Maka kes merupakan suatu unit analisis dalam sesuatu kajian kes. – Kajian kes merupakan suatu inkuiri empirikal yang mengkaji fenomena semasa dalam lingkungan konteks kehidupan sebenar.

slide 3:

– Kajian kes adalah suatu strategi kajian komprehensif bukannya suatu tektik pengumpulan data Yin 1994. – Kajian kes juga merupakan kajian tentang suatu sistem yang terbatas melibatkan kajian tentang suatu detik pada waktu tertentu Adelman Jenkin Kemmis 1980. – Kajian kes boleh berupa suatu penelitian mendalam terhadap sesuatu keadaan atau suatu bentuk dokumen yang tersimpan atau suatu peristiwa tertentu Meriam 1988.

slide 4:

– Pada umumnya kajian kes digunakan untuk menjawab soalan kajian yang bertujuan untuk menghuraikan “bagaimana ” atau ` “mengapa ” tentang sesuatu fenomena. – Pemilihan kajian kes juga dipengaruhi oleh kawalan penyelidik ke atas peristiwa atau fenomena yang dikaji. Sekiranya peristiwa atau fenomena sukar dikawal oleh penyelidik maka kajian kes lebih sesuai. Di samping itu kajian kes juga sesuai sekiranya fokus kajian ialah fenomena kontemporari dalam konteks kehidupan sebenar Yin 1994

slide 5:

– Kajian kes terbahagi kepada tiga jenis iaitu o Kajian Kes Penerokaan o Kajian Kes Deskriptif cth. Street Corner Society oleh Whyte 1943 dan o Kajian Kes Penerangan cth. Essence of Decision: Explaining the Cuban Missile oleh Allison 1971. – Salah satu daripada jenis tersebut boleh digunakan berdasarkan kesesuaiannya dengan tujuan kajian.

slide 6:

– Proses pelaksanaan kajian kes melibatkan langkah-langkah sistematik yang khusus. – Setiap langkah perlu diikuti dengan teliti bagi membolehkan suatu kajian mendalam dilakukan. – Hal ini perlu kerana kajian kes melibatkan suatu lingkungan atau konteks khusus yang biasanya terbatas. Tanpa pelaksanaan yang teliti dan sistematik peluang untuk mendapat data yang secukupnya mungkin tidak tercapai.

slide 7:

Proses Pelaksanaan Kajian Kes 1 Data tentang latar belakang konteks kes perlu diperoleh sepenuhnya seperti bentuk kes latar belakang sejarah konteks fizikal konteks sosial ekonomi dan politik lain-lain yang berkaitan dan pemberi maklumat tentang kes kajian Stake 1994. 2 Data yang dikumpulkan perlu dianalisis dan diinterpretasi. Proses ini membolehkan data diurus dan dikelompok-kelompokkan untuk menunjukkan pola atau tema tertentu. 3 Daripada data yang dikelompok-kelompokkan itu rumusan kajian dibina. Akhir sekali keseluruhan laporan kajian ditulis mengikut suatu format yang sesuai

authorStream Live Help