Kajian Etnografi

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

Kajian Etnografi Ainol Daniel Mujahid Dayangku N.A http://notappismpsejarah.blogspot.my/ :: TUTORIAL BERSAMA SIR SAMUEL PN.PHYILIS ::

slide 2:

DEFINISI –Ethnos berasal dari perkataan Greek bermaksud manusia bangsa atau budaya. – “Graphy ” bermaksud penjelasan mengenai sesuatu. – Kajian lapangan yang berbentuk pemerhatian yang sering digunakan dalam kajian sosiologi dan antropologi – Dirujuk sebagai penyelidikan saintifik semula jadi field research. – Juga dianggap sebagai satu kajian yang paling asas dalam penyelidikan sosial mengenai sesuatu budaya adat kepercayaan tingkah laku yang berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang dikumpulkan dari kajian lapangan

slide 3:

– Soalan yang sering dikemukakan dalam kajian etnografi seperti “apakah budaya kumpulan itu”. – Etnografi mengambarkan apa yang dilakukan sesebuah masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. – Kajian yang mengfokuskan pada penggambaran yang terperinci dan tepat dan bukan berunsur perkaitanSabitha Marican 2005. – Pengkaji perlu meluangkan masa dilapangan untuk temubual memantau dan mendokumentasi bagi memahaminya. – Jangka masa yang lama diambil agar data dapat direkodkan dengan terperinci.

slide 4:

Tujuan Kajian Etnografi – Memahami isu yang dikaji itu dari kaca mata kumpulan atau budaya tersebut. – Menambah pengetahuan mengenai sesuatu budaya atau mengenal pasti corak interaksi sosial – Membangunkan satu penafsiran yang menyeluruh terhadap sesuatu masyarakat atau institusi sosial

slide 5:

Ciri-ciri Etnografi – Pendekatan kajian jenis kualitatif. Lebih berfokus untuk memahami fenomena sosial daripada perspektif penglibatan pengkaji dan respondan dalam kajian – Dilakukan pada persekitaran semulajadinya atau tapak kajian. Persekitaran semulajadi bermaksud pembolehubah yang dikaji berada dalam keadaan semulajadi dan tidak dikawal oleh penyelidik – Melibatkan interaksi intim dan bersemuka antara penyelidik dan respondan. Penyelidik akan melibatkan diri secara langsung dalam kumpulan masyarakat

slide 6:

Kelemahan Kajian Etnografi – Perspektif pengkaji berkemungkinan dipengaruhi oleh kecenderungan terhadap budayanya sendiri – Memakan masa yang agak lama – Kebanyakan kaedah etnografi menggunakan bilangan peserta yang kecil dan suasana sekeliling yang kecil skalanya – Fokus yang keterlaluan boleh menyebabkan pengkaji terlepas pandang maklumat-maklumat lain yang tidak kurang pentingnya – Banyak bergantung kepada kesahan pengalaman secara langsung dan interpretasi pengkaji – Kurang kawalan pemboleh ubah – Sukar untuk membuat generalisasi

authorStream Live Help