Tutorial 7_teoriREBT

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

TUTORIAL 7 Terangkan bagaimana Terapi Rasional Emotif Behaviorial REBT membantu murid klien dalam menangani masalah dengan memupuk contoh yang sesuai. Disediakan oleh: Dayangku Nurul Akmal binti Awang Mustapha http://notappismpsejarah.blogspot.my/ :: TUTORIAL BERSAMA MISS SEFIAH ::

slide 2:

TEORI REBT • Dipelopori oleh Albert Ellis 1913- 2007 • Ellis berpendapat masalah emosi neurotik adalah ditimbulkan dari 3 sumber utama iaitu • Pemikiran • Emosi • Behavioral • Menurut Ellis manusia bertanggungjawab atas perasaan gangguan yang ditimbulkan oleh mereka sendiri sama ada di bawah sedar atau tidak sedar. Maka individu mempunyai suber keazaman yang perlu untuk membawa perubahan yang sihat selama- lamanya.

slide 3:

Ellis 1962 mengemukakan sebelas pemikiran yang tidak rasional manusia. Individu merasa perlu untuk dikasihi atau sisayangi oleh setiap orang. Adalah perlu seseorang itu lengkap cekap dan berjaya jika ingin merasa orang yang berguna dan diharggai. Sesetengah orang adalah jahat dan kejam dan orang begini patut disalah kan dan dihukum Adalah teruk dan malang apa bila sesuatu yang diharapkan terjadi tidak seperti yang diharapkan Perasaan tidak bahagia. Menyalahkan diri sendiri sekiranya terjadi hal yang tidak diingini terhadap seseorang Lebih senang lari dari kesulitan dan tanggung jawab dari pada menghadapinya. Saya sentiasa perlu bantuan orang lain. Pengaruh peristiwa masa lalu Individu sangat megambil berat dan merasa susah hati dengan masalah orang lain. Selalu ingin setiap masalah diselesaikan dengan sempurna

slide 4:

Sebelas pemikiran yang tidak rasional disenaraikan itu merupakan punca yang menimbulkan masalah dalam diri individu terutamanya di kalangan remaja serta mengancam daya tahan dan semangat juang untuk terus bertahan dalam menjalani hidup menjadi generasi sebagaimana yang diharapkan.

slide 5:

Model ABC • Berdasarkan konsep teori yang diperkenalkan Albert Ellis membentuk model ABC untuk menghurai sekuen peristiwa yang membawa gangguan psikologikal manusia. A Activating Event PERISTIWA B Belief SISTEM KEPERCAYAAN C Consequence KESAN TINGKAH LAKU EMOSI

slide 6:

Model ABC • Untuk membuat perubahan behavior yang positif penambahan D dan E dilaksanakan. A Activating Event PERISTIWA B Belief SISTEM KEPERCAYAAN C Consequence KESAN TINGKAH LAKU EMOSI E Effect KESAN TINGKAH LAKU EMOSI BARU D Disputing intervention MEMPERBETULKAN SISTEM KEPERCAYAAN YANG TIDAK RASIONAL

slide 8:

Contoh kes: Karau mempunyai basikal yang dibelinya dengan duit yang dikumpul sejak tadika tetapi telah dicuri oleh rakan sekampung yang berusia setahun lebih tua daripadanya. Walaupun Karau telah membuktikan bahawa basikal tesebut miliknya dengan menunjukkan tanda pelekat di bawah tempat duduknaun pencuri tersebut menyatakan tanda tersebut baharu sahaja dibuat. Pencuri tersebut memukulnya menggunakan kayu dan melemparkan selipar ke arah Karau lalu melarikan diri dengan basikal tersebut. Kini pencuri tersebut telah berpindah ke daerah lain dengan membawa basikal tersebut. Ini menyebabkan karau berasa amat marah dan berdendam dengan pencuri tersebut. Kejadian tersebut telah dilaporkan kepada emaknya tetapi tiada tindakan. Karau bertambah marah dan kecewa. Karau menyatakan dia akan berdendam dengan pencuri tersbut sampai bila- bila dan akan membalas perbuatan yang sama apabila pencuri tersebut kembali ke kampung. Pencuri tersebut mesti dihukum.Kesannya Karau rasa malas jika diminta untuk membeli barang di kedai. Malah Karau terpaksa berjalan kaki ke sekolah setiap hari sejak basikalnya dicuri.

slide 9:

Activating Event Basikal kesayangan Karau telah dicuri oleh rakannya

slide 10:

Activating Event Basikal kesayangan Karau telah dicuri oleh rakan sekampungnya.

slide 11:

BELIEF Saya Karau mesti membalas balik perbuatan pencuri lakukan terhadap saya dahulu.dia mesti dihukum pada bil- bila masa sekiranya berpeluang berjumpa dengannya.

slide 12:

CONSEQUENCE •Karau berasa amat marah dan selalu berfikir tentang peristiwa tersebut •Karau berasa Malas bila diminta ke kedai •Karau Terpaksa berjalan kaki ke sekolah.

slide 13:

Disputing intervention •Kaunselor menggunakan kaedah- kaedah untuk berhujah mengajar mencabar dan memperbetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional. •Adakah dengan membalas balik akan memberi perbezaan dan menyelesaikan masalah •Adakah dengan tiada basikal hidup Karau tidak berguna dan akan musnah selama- lamanya •Adakah tindakan mencuri dibenarkan dari segi agama Apakah tindakan Karau perlu lakukan

slide 14:

EFFECT •Selepas berhujah dan mencabar fikiran Karau •Membalas dendam tidak menyelesaikan masalah dan tidak menunjukkan apa- apa perbezaan •Perbuatan membalas dendam adalah salah di sisi agama Islam dan berdosa •Karau menggunakan jalan penyelesaian dengan berbindang dan memaafkan perbuatan pencuri tersebut. •Karau akan mengumpul semula duit saku untuk membeli basikal baharu.

slide 16:

SEKIAN TERIMA KASIH. http://notappismpsejarah.blogspot.my/ :: TUTORIAL BERSAMA MISS SEFIAH ::

authorStream Live Help