BAB 8 - SUMBANGAN SEJARAH ISLAM

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

http://notappismpsejarah.blogspot.my/ :: TUTORIAL FROM MDM AFINAH A.D MATSUD::

slide 2:

Sumbangan Sejarah Islam Terhadap Pembangunan Negara Malaysia: ISLAM AGAMA RASMI PERSEKUTUAN BUDAYA ILMU PEMIKIRAN MASYARAKAT PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM MASYARAKAT MADANI ISLAM HADHARI KONSEP KESEDERHANAAN WASSATIYAH

slide 4:

Pada awalnya Islam dibawa oleh pedagang-pedagang Arab ke India dan Islam telah disebarkan ke Tanah Melayu pada abad ke-15. Orang-orang Melayu telah berjuang menentang kuasa-kuasa penjajah Portugis dan Belanda demi melindungi tanah air mereka di samping mempertahankan agama Islam.

slide 5:

Batu bersurat Terengganu ditemui di Kuala Berang Terengganu dan bertulisan Jawi

slide 6:

Agama islam Agama Islam memainkan peranan penting dalam kelangsungan tamadun Melayu sebagai asas Tamadun Malaysia. Sejak zaman sejarah sehingga kini tamadun Melayu telah dimantapkan oleh agama Islam Dengan adanya penghayatan ajaran Islam dalam kehidupan masyarakat akan dapat membantu kelangsungan tamadun Melayu yang bercorak tamadun Melayu-Islam.

slide 7:

Agama islam agama persekutuan Agama Islam telah diberikan kedudukan yang istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan Walaupun agama Islam adalah agama Persekutuan namun agama-agama lain bebas diamalkan oleh orang-orang bukan Melayu dan bukan Islam dalam Persekutuan. Agama Islam berjaya menyatupadukan masyarakat Melayu dan dengan kekuatan yang ada pada masyarakat Melayu

slide 8:

Disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan: 1948/1963 Perkara 3. Agama bagi Persekutuan Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu dan tertakluk kepada Perlembagaan . Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka Pulau Pinang Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua Agama Islam di Negeri itu. Yang di-Pertuan Agong menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Labuan dan Putrajaya

slide 9:

ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan". Perkara 11 mengenai Kebebasan agama pula menyatakan "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan Agamanya dan tertakluk kepada Fasal 4 mengembangkan Agamanya". Ini bermakna walaupun Malaysia telah mengisytiharkan Islam sebagai agama rasminya penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan kepercayaan bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing. Kebebasan ini membentuk perpaduan yang kukuh antara kaum dan ini telah dibuktikan dengan keamanan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia selama ini.

slide 12:

Budaya ilmu bermaksud kewujudan suatu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu apatah lagi di peringkat masyarakat diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan. BUDAYA ILMU

slide 13:

Perkara ini amat jelas apabila al-Quran sendiri memainkan peranan penting dalam pembinaan tamadun Islam agar umatnya terus menyelidiki sesuatu perkara. Hal ini dibuktikan di dalam wahyu yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad dalam surah al-Alaq ayat 1-5 al-Alaq 96: 1-5.

slide 14:

KEDATANGAN ISLAM Berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat di alam melayu ke arah bersifat ilmiah dan saintifik serta dapat meninggalkan era sebelumnya yang mengutamakan sesuatu yang bersifat tahyul dan khayalan untuk menuju ke sesuatu yang berbentuk realistik. Islam telah membawa transformasi dalam sistem pendidikan. Sistem pendidikan yang bermula di istana mula beralih kepada institusi pendidikan islam seperti pondok dan madrasah. wujud juga keseimbangan antara ilmu agama dan dunia dalam kurikulum pendidikan dalam Islam. Rentetan itu wujudlah dasar-dasar pendidikan dan institusi perkembangan ilmu di Malaysia sehingga kini. Pengenalan kurikulum seperti Pendidikan Islam kepada murid Islam dan Pendidikan Moral kepada bukan Islam turut diperkenalkan di sekolah. Bukan itu sahaja wujud sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi yang menawarkan dan memperkenalkan kurikulum Islam.

slide 16:

DISEDIAKAN OLEH : Never walk Alone....... hahahaha Sekian Terima Kasih Jumpa Lagi..ISLAM ITU INDAH… http://notappismpsejarah.blogspot.my/ :: TUTORIAL FROM MDM AFINAH A.D MATSUD::

authorStream Live Help