BAB 6 - DAULAH UMAIYAH DI ANDALUSIA

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

http://notappismpsejarah.blogspot.my/ :: TUTORIAL FROM MDM AFINAH A.D MATSUD::

slide 2:

Penubuhan Daulah Umaiyah di Andalusia Penaklukan Dan Peluasan Kuasa Islam Di Eropah Kemajuan Kegiatan Intelektual Kemajuan Kota-kota Besar Di Andalusia Dalam Mencipta Ketamadunan Dunia Sumbangan Daulah Umaiyah Di Andalusia Kepada Perkembangan Peradaban Islam Dan Tamadun Dunia Pengajaran daripada Andalusia/ Kesimpulan

slide 4:

ANDALUSIA SEBELUM ISLAM

slide 5:

• Ketika pemerintahan empayar ROM ramai YAHUDI telah dibawa masuk ke ANDALUSIA. Kesannya sering berlaku perselisihan di kalangan YAHUDI dan KRISTIAN serta masyarakat yang lain bagi merebut takhta. • Secara tidak langsung juga membuka peluang kepada orang Islam masuk ke Andalusia disebabkan faktor politik yang tidak stabil ini. Golongan kelas bawahan pula seperti Hispano-Romawi dan para petani merasa tidak tenteram dan gelisah dengan pemerintahan sedia ada. Kedudukan sosio- ekonomi merudum di bawah pemerintahan bangsa Visigoth ini. Semasa di bawah pemerintahan Visigoth wujud golongan elit daripada masyarakat Visigoth dan Romawi. Di kalangan mereka juga berlaku perebutan kuasa dan berpecah antara satu sama lain. • Golongan yang paling berkuasa adalah golongan gereja sehingga melibatkan kuasa melantik raja. Dengan sebab demikian kalangan raja tidak berpuas hati dan saling merebut takhta kerana sistem perlantikan raja tidak lagi dibuat secara warisan tetapi atas keputusan gereja. • Mereka banyak menghabiskan masa menentang kaum Yahudi dan penguasaan gereja terhadap golongan raja. Akibatnya ramai rakyat biasa dan kelas bawahan merasakan sudah tibanya masa dilakukan reformasi. Mereka meminta bantuan orang Islam kerana mereka dikenali sebagai pembela kepada golongan yang lemah.

slide 6:

• Kemuncak kepada kejatuhan kerajaan pimpinan bangsa Visigoth ini adalah apabila seorang daripada pembesar negara bernama Roderick merupakan seorang yang suka mengumpul kekayaan zalim dan kaki perempuan telah membunuh dan merampas takhta Raja Sepanyol. • Insiden yang menyebabkan kedatangan tentera Islam ialah apabila Roderick telah mencabul kehormatan Puteri Florida anak kepada Count Julian Gabenor Cueta. Kemarahan Count Julian telah membawanya berjumpa dengan Gabenor Afrika Utara iaitu Musa bin Nusair di Qirawan. • Beliau menyatakan perasaan ingin berbaik-baik dengan kerajaan Islam dan peluang yang banyak belum diketahui oleh orang Islam berkaitan Andalusia. • Kedatangan tentera Islam telah mendapat tentangan yang hebat daripada tentera Roderick dan akhirnya dimenangi oleh tentera Islam. Maka bermulalah sejarah pembukaan dan penyebaran Islam ke Eropah.

slide 8:

• Sepanyol merupakan sebuah negara yang subur dengan penghasilan ekonomi yang tinggi dan mempunyai para pemikir yang hebat. Masyarakatnya adalah majmuk: • Negara Andalusia Sepanyol sejak dari abad 8M merupakan salah sebuah kuasa yang kuat dari sudut peradaban kebudayaan dan pendidikan Islam. • Semua komuniti tersebut kecuali yang memusuhi Islam memberikan pelbagai sumbangan kepada kebudayaan Andalusia. •Utara dan selatan. KOMUNITI ARAB •Orang Sepanyol yang masuk Islam. AL- MUWALLADUN •Orang Islam dari Afrika Utara. BARBAR •Tawanan yang dijadikan tentera berbayar AL- SYAQABILAH YAHUDI •Kristian Muzareb yg berbudaya Arab Kristian yg menentang Islam. KRISTIAN

slide 9:

• Pada periode klasik separuh pertama 650-1000M wilayah kekuasaan Islam meliputi Afrika Utara semenanjung Tanah Arab dan Morocco sehingga Sepanyol di Barat. Sepanyol adalah nama baru bagi Andalusia zaman dahulu. Nama Andalusia berasal daripada bangsa yang menakluk Eropah Barat suatu masa dahulu sebelum bangsa Goth dan Arab Islam. Terletak di Semenanjung Iberian Sepanyol dan sebahagian Portugal. Sebelum kedatangan Islam Andalusia dikuasai oleh kaum VISIGOTH. • Sepanyol diduduki umat Islam pada zaman Khalifah al-Walid 705- 715M yang merupakan salah seorang khalifah bani Umayyah yang berpusat di Damsyik. • Ada 3 nama yang sering disebut berjasa dalam penaklukan Sepanyol iaitu Musa bin Nusair Tharif bin Malik pasukan peninjau Musa dan Tariq bin Ziyad di mana Tariq bin Ziyad meninggalkan kesan yang lebih mendalam terhadap penaklukan Andalusia. Pasukan beliau lebih besar dan hasil kejayaan mereka amat nyata. Pasukannya juga terdiri daripada sebahagian suku Barbar yang diketuai oleh Musa bin Nusair dan sebahagian lagi orang Arab yang dikirim oleh al-Walid.

slide 11:

PERTAMA • Keistimewaan ajaran Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia dan bersifat global bersesuaian di segenap masa dan situasi. Sikap toleransi dan keadilan Islam menyebabkan rakyat tempatan ramai menganut Islam. Muslim dikenakan zakat sementara non-muslim dikenakan jizyah kecuali wanita kanak-kanak dan orang miskin.

slide 12:

KEDUA • Masyarakat Eropah sebelumnya terkenal dengan Dark Ages. Aspek politik mengamalkan sistem pemerintahan autokrasi dan monarki. Pemerintah berlaku zalim terhadap rakyat bawahan. Hak keistimewaan berlegar di kalangan golongan bangsawan.

slide 13:

• Dari segi ekonomi pula kekayaan hanya berkisar di kalangan golongan atasan memonopoli seluruh ekonomi negara tanpa dikenakan cukai. Sedangkan rakyat jelata dihadkan pemilikan tanah dan dikenakan cukai yang tinggi. Sementara hamba abdi kristian dan yahudi sebagai buruh kasar di ladang. KETIGA

slide 14:

• Sosial: sistem sosial di Andalusia terbahagi kepada 3 golongan: BANGSAWAN RAKYAT DAN HAMBA. • Majoriti masyarakat Eropah adalah buta huruf melainkan segelintir di kalangan golongan bangsawan dan paderi. • Golongan bawahan disekat daripada menerina pendidikan. Segala pembangunan dan pembaharuan dalam negara menjadi milik pemerintah rakyat tidak berhak campur tangan dalam memberikan buah fikiran dan pandangan. Sistem perhambaan menjadi amalan biasa di kalangan masyarakat Eropah. Seorang majikan kadang kala memiliki antara 1000 hingga 3000 hamba abdi. EMPAT BANGSAWAN raja paderi pembesar RAKYAT JELATA HAMBA ABDI

slide 15:

• Pasukan Tariq bin Ziyad berjumlah 12000 orang menyeberangi selat Gibraltar Jabal Tariq. Tentera Sepanyol di bawah pimpinan Raja Roderick yang berjumlah 25000- 100000 dapat ditewaskan pada tahun 711M. Kemudian wilayah-wilayah Sepanyol seperti Toledo Sevilla Malaga dan Granada dapat dikuasai dengan mudah.

slide 16:

UMAYYAH I  UMAYYAH II • Kejayaan Tariq bin Ziyad ini berlaku semasa di bawah pemerintahan Bani Umayyah di Damsyik. Kejayaan ini seterusnya diikuti oleh Abd al-Rahman al-Dakhil pemerintah pertama Daulah Umayyah di Andalusia. • Al-Dakhil melihat masyarakat Andalusia sebagai masyarakat yang berbeza dari sudut sosial suku ras mahupun agama. • Beliau juga memiliki tentera yang ramai 40000 tentera Barbar dan juga armada laut yang kuat. Beliau juga mendirikan masjid agung Cordova sekolah dan kota-kota besar di Andalusia.

slide 18:

FASA PERTAMA 711-755M • Pada periode ini Andalusia berada di bawah pemerintahan para wali yang dilantik oleh Khalifah Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik. • Pada periode ini juga kestabilan politik masih belum baik kerana wujud beberapa pihak yang tidak senang dengan Islam. Juga merupakan tempoh perletakan dasar asas dan tujuan Islam di Andalusia. • Kawalan masih dilakukan dari Damsyik.

slide 19:

• Andalusia berada di bawah pemerintahan amir panglima/gabenor tetapi tidak tunduk kepada pusat pemerintahan Islam yang ketika itu dipegang oleh khalifah ‘Abbasiyyah di Baghdad. • Amir pertama ialah Abd al-Rahman I yang memasuki Sepanyol pada tahun 138H/755M dan digelar al-Dakhil yang masuk ke Sepanyol. Beliau berketurunan Bani Umayyah yang berjaya melarikan diri daripada kerajaan Bani ‘Abbasiyyah ketika Damsyik ditawan. Kemudian beliau berjaya mendirikan kerajaan di Andalusia Umayyah II. • Pada masa ini umat Islam mula beroleh kemajuan dalam politik peradaban serta pendidikan. Pemikiran ahli falsafah juga mula masuk dengan mengundang sarjana seluruh dunia untuk menyemarakkan perkembangan intelektual di Andalusia. • Abd al-Rahman mendirikan Masjid Cordova. FASA KEDUA 755-912M

slide 20:

• Bermula dengan pemerintahan Abd al-Rahman III al-Nasir sehingga munculnya Muluk al- Taqaif raja-raja kelompok. Pada masa ini Andalusia diperintah oleh penguasa dengan gelaran khalifah. • Pada masa ini juga kerajaan Umayyah II berjaya menyaingi daulah Bani ‘Abbasiyyah di Baghdad. Abd. Al-Rahman mendirikan Universiti Cordova. FASA KETIGA 912-1013M

slide 21:

• Pada period ini Andalus terpecah menjadi lebih daripada 30 buah negara kecil diperintah oleh Muluk al-Tawaif yang berpusat di sebuah kota seperti Sevilla Cordova Toledo dan sebagainya. Yang terbesar adalah Abadiyah di Sevilla. Pada masa ini juga umat Islam di Andalusia mengalami pertikaian dalaman. FASA KEEMPAT 1013-1086M

slide 22:

• Dalam period ini terdapat satu kekuatan yang masih dominan iaitu kekuatan Dinasti Murabitun 1086-1143M dan Dinasti Muwahhidun 1146- 1235M. • DMR pada mulanya adalah sebuah gerakan agama di Afrika Utara yang didirikan oleh Yusuf ibn Tasyfin. Pada tahun 1062M beliau berjaya mendirikan sebuah kerajaan yang berpusat di Marakesh. Beliau masuk ke Andalusia atas undangan raja-raja Islam yang sedang mempertahankan kekuasaan dari serangan raja- raja Kristian. • DMW pula datang ke Andalusia di bawah pimpinan Abd M un’i m. Antara 1114 dan 1154M kota-kota penting umat Islam seperti Cordova Granada dan Almeria jatuh di bawah kekuasaan DMW. Untuk jangka masa beberapa dekad dinasti ini mengalami banyak kemajuan. Dengan demikian pada tahun 1212M tentera Kristian dapat diusir. FASA KELIMA 1086-1248M

slide 23:

• Namun pada tahun 1212M tentera Kristian memperoleh kemenangan besar di Las Navas de Tolesa. Kekalahan-kekalahan yang dialami DMW menyebabkan pemerintahnya memilih untuk meninggalkan Andalusia dan kembali ke Afrika Utara pada tahun 1235M.

slide 24:

• Pada period ini Islam hanya berkuasa di daerah Granada di bawah Dinasti Bani Ahmar 1232- 1492M. Peradaban kembali mengalami kemajuan seperti di zaman Abd Rahman al-Nashir. Namun secara politik dinasti ini hanya berkuasa di wilayah yang kecil. • Pada period ini adalah merupakan penghujung perkembangan umat Islam di Andalusia. Dikatakan juga bahawa sekitar tahun 1609M tidak terdapat lagi umat Islam di daerah ini Harun Nasution 1985: 62. FASA KEENAM 1248-1492M

slide 26:

1 GESAAN AJARAN ISLAM YANG MEMANG MENGGALAKKAN MASYARAKAT MENIMBA ILMU PENGETAHUAN 2 SOKONGAN DOKONGAN DARI PIHAK PENGUASA Kemajuan Sepanyol Islam sangat ditentukan oleh adanya penguasa-penguasa yang kuat dan berwibawa serta amat mencintai ilmu pengetahuan. Mereka juga memberikan penghargaan kepada para intelektual dan sarjana. Antaranya dengan cara memberikan pendidikan pecuma kepada masyarakat seawal umur 4 tahun secara percuma. Juga tawaran biasiswa kepada pelajar-pelajar asing seperti England Itali Perancis Bulgaria dan lain-lain.

slide 27:

3 PENUBUHAN INSTITUSI YANG PELBAGAI Antaranya termasuklah sekolah dan universiti di beberapa kota di Sepanyol oleh Abd al-Rahman III al-Nashir dengan universitinya yang terkenal Universiti Cordova. Terdapat juga perpustakaan-perpustakaan yang mempunyai koleksi buku yang amat banyak. 4 PERANAN PARA ILMUAN Mereka amat agresif untuk membaca mengkaji dan menyelidik. Masing-masing meiliki perpustakaan peribadi sebagai rujukan ketika menulis. Dalam pada itu pula sekolah-sekolah swasta turut didirikan bagi menambah pusat pendidikan yang disediakan kerajaan. 5 MINAT MASYARAKAT TERHADAP ILMU PENGETAHUAN

slide 28:

6 INTERAKSI ILMU Ramai para sarjana Islam yang datang dari hujung Timur sehinggalah hujung Barat membawa bersama pelbagai buku dan idea yang mahu dikongsi. Ini menunjukkan bahawa meskipun umat Islam terpecah dalam beberapa kesatuan politik terdapat apa yang disebut sebagai kesatuan budaya Islam. 7 WUJUD PERSAINGAN Adanya persaingan antara ‘Abbasiyyah di Baghdad dan Umayyah di Sepanyol dalam bidang ilmu pengetahuan dan peradaban. Sebagai contoh Universiti Cordova didirikan bagi menyaingi Universiti Nizamiyyah di Baghdad menjadi satu pertandingan yang positif dalam konteks penyebaran ilmu pengetahuan.

slide 29:

4. KEMAJUAN KOTA-KOTA BESAR DI ANDALUSIA DALAM MENCIPTA KETAMADUNAN DUNIA

slide 30:

Kejayaan CORDOVA dapat dilihat kepada kewujudan institusi dan kegiatan keilmuan yang terdapat di situ. Antara lain ialah:

slide 31:

INSTITUSI PENDIDIKAN • Islam di Andalusia telah mencatat satu lembaran peradaban dan kebudayaan yang sangat cemerlang. Berperanan sebagai jambatan antara ilmu Yunani-Arab ke Eropah pada abad ke-11. • Bermula dengan maktab sekolah rendah untuk pelajar berumur 4 tahun diikuti sekolah menengah dan universiti. Para penuntut terdiri daripada masyarakat di Andalusia dan luar Andalusia muslim dan bukan muslim. Konvokesyen juga diperkenalkan bagi menganugerahi ijazah kepada para graduan yang berjaya menamatkan pengajian.

slide 32:

MUNCULNYA PERPUSTAKAAN NEGARA • Disediakan oleh pemerintah. Di sini terdapat katalog khusus untuk mendapatkan maklumat mengenai buku-buku dan biografi penulis disediakan oleh pemerintah. Pengkelasan buku dibuat mengikut klasifikasi bidang. PUSAT KEGIATAN PENTERJEMAHAN • Dilakukan secara dua hala antara bahasa Arab ke bahasa latin dan daripada bahasa-bahasa lain ke bahasa Arab. KEGIATAN PENYELIDIKAN • Menjadi tumpuan para ilmuan dan dianjurkan oleh pemerintah menyebabkan hasil-hasil penyelidikan sentiasa bertambah dari masa ke semasa.

slide 33:

BAHASA DAN SASTERA • Bahasa Arab yang menjadi bahasa rasmi kerajaan diajar kepada muslim mahupun non-muslim. Hal ini diterima oleh semua masyarakat. Bahkan mereka menjadikan bahasa sendiri sebagai bahasa kedua selepas bahasa Arab. • Kemahiran menggunakan bahasa ini melahirkan ramai pakar bahasa antara lainnya adalah Ibn Malik Ibn Sayyidih Ibn Khuruf Ibn al-Hajj Abu Ali al-Isybili Abu al-Hasan Ibn Usfur dan Abu Hayyan al-Garnati.

slide 34:

MUZIK DAN KESENIAN • Syair merupakan ekspresi utama dari peradaban Andalusia. Pada dasarnya syair Andalusia ini didasarkan kepada model-model syair Arab yang membangkitkan sentimen pahlawan dan penakluk Arab. • Dalam bidang muzik dan seni Andalusia mempunyai tokoh seniman yang amat terkenal iaitu al-Hasan Ibn Nafi Ziryab. Setiap kali ada majlis di Cordova beliau akan membuat persembahan. Beliau juga merupakan pakar dalam menggubah lagu.

slide 35:

• Terkenal dengan Universiti Cordova yang didirikan bersebelahan dengan Masjid Abdurrahman III di Baghdad. Ramai pelajar asing bersaing dengan dua buah universiti masyhur yang lain iaitu Universiti al-Azhar dan Universiti Nizamiyyah dari Eropah Afrika dan Asia datang belajar di Cordova. • Universiti ini mencakupi pelbagai jurusan termasuklah astronomi matematik perubatan teologi dan hukum. • Selain di Andalusia terdapat juga universiti di Sevilla Malaga dan Granada. PENDIDIKAN TINGGI

slide 36:

Masjid dan Katedral • Menjadi simbol kemegahan dan toleransi zaman gemilang Cordova Islam dan Kristian. • Sejarah – sewaktu Islam bertapak di Iberia ini penganut mereka menumpang solat di gereja kaum Visigoth. Sejarah mengatakan bahawa tapak yang menjadi tempat sujud orang-orang Islam itu juga pernah menjadi tapak rumah ibadat orang-orang Rom yang menyembah matahari lama sebelum kedatangan kaum Visigoth ke situ. • Apabila orang Islam semakin ramai maka pada tahun 786M Khalifah Abdul Rahman I membeli kawasan orang Kristian di sekitar tapak rumah ibadat itu. Dalam masa yang singkat terbinalah sebuah masjid dengan gaya ukiran yang amat mengagumkan. • Dikatakan bahawa tiang-tiang marmar dan batu-batu untuk pembinaan masjid diambil daripada bangunan-bangunan sedia ada orang-orang Rom dan Visigoth Eropah dan juga dari Afrika.

slide 37:

• Andalusia menjadi kebanggaan umat Islam sebelum munculnya kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah di Istanbul. • Semasa Eropah masih di zaman kegelapan dark ages Cordova sudahpun mempunyai seramai 100000 penduduk yang kemudiannya bertambah menjadi setengah juta jauh mengatasi penduduk Paris yang dianggap sebagai kota terbesar Eropah ketika itu dengan hanya sekitar 38000 penduduk sahaja. • Di Cordova juga telah wujud sebanyak 700 masjid 60000 istana 70 perpustakaan yang mengandungi setengah juta manuskrip dengan bilangan penyelidik pengiluminasi dan penjilid yang amat ramai. Perpustakaan Cordova mempunyai 500 orang staf pustakawan jurutulis pakar perubatan sejarawan pakar geografi dan penyalin. • Kewibawaan Khalifah Abdul Rahman dan puteranya al-Hakim tidak dapat dinafikan dalam usaha penubuhan perpustakaan di Cordova. Bayangkanlah di perpustakaan Universiti Paris pada abad ke-14 cuma mengandungi 2000 buah buku.

slide 39:

• Ramai menganut Islam dan berpegang kepada akidah kepada Allah dan penghayatan nilai-nilai murni yang dihayati umat Islam Arab. Yahudi dan Kristian saling berhubungan erat dengan Islam. SPRITUAL • Masyarakat Islam memperkenalkan cara pemerintahan yang adil kepada semua rakyat walaupun berlainan agama dan keturunan. • Hakim Qadi al- ’Ajam diwujudkan bagi menyelsaikan masalah sosial. POLITIK • Sistem ekonomi Mediterranean diperkenalkan melalui perladangan perdagangan dan industri yang berjalan secara impot dan ekspot jalan laut dan darat. • Bandar-bandar pelabuhan di Andalusia menjadi tumpuan kapal dagang Venice Itali dan Iskandariah. EKONOMI

slide 40:

• Diperkenalkan pembinaan saliran empangan jambatan dan jalanraya menghubungi bandar-bandar Toledo Cordova Valecia dan Marseilla. • Hasil tanaman jut China delima Arab limau India diusahakan. demikian juga kapas ulat sutera tebu dan manisan lebah. • Sebuah buku pertanian oleh Abu al-Qasim al-Suhrawi Abu al- Hasan al-Qutubi dan Abdul Rahman Ibn al-Wafid al-Lakhmi menjadi rujukan penting. PERTANIAN • Dapat dilihat pada senibina masjid istana pasar tempat mandi dan tembok-tembok serta pintu yang menjadi tumpuan hiasan seni kaligrafi dan sebagainya. • Terdapat di Kufah Basrah Mesir dan lain-lain. Contoh: Masjid al-Hamra Cordova al-Cazan. SENIBINA • Cordova adalah pusat tumpuan dan kilang pengeluar para intelektual dalam pelbagai bidang termasuklah para tabib yang bekerja di merata tempat khususnya di istana-istana seluruh Eropah. • Zaman al-Hakam II adalah zaman keemesan Universiti Cordova dan bandar-bandar besar lain turut didirikan di kawasan-kawasan pekan. Ada pendapat mengatakan jumlahnya 1000 buah. INTELEKTUAL

slide 41:

6. PENGAJARAN DARIPADA ANDALUSIA

slide 42:

• Andalusia di bawah pemerintahan Islam telah menunjukkan kecemerlangan pemerintahan kebudayaan dan peradaban baru dalam dunia Eropah. Ia menjadi model kepada barat dalam memperkenalkan sebuah negara Islam. • Andalusia juga terkenal dengan peninggalan kehalusan senibina Islam sepertimana yang dapat dilihat pada pembinaan masjid terutamanya Masjid Cordova. • Andalusia menjadi pusat para cendekiawan dan ulama Islam di Eropah berkumpul. Pelbagai bidang ilmu telah berkembang di sini seperti sains astronomi senibina kesusasteraan politik falsafah agronomi dan tasawuf. • Sebagai contoh Ibn al-Awwam dengan bukunya al- Falahat buku ilmu agro membincangkan mengenai kaedah penyuburan tanah dan teknik yang sesuai untuk meningkatkan kesuburan tanah.

slide 43:

• Islam telah dapat diterima dengan baik oleh Eropah yang ketika itu berada di bawah pemerintahan yang besar dan kuat Rom. • Mereka menerima Islam kerana meyakini bahawa Islam mampu memberikan kebaikan dan keadilan yang menyeluruh tidak sebagaimana yang dilakukan oleh pemerintah Rom. Justeru kejatuhan Andalusia kepada Kristian adalah kerana masyarakat Islam telah lupa dengan ajaran Islam yang sebenar. Mereka mengejar kekayaan membina pelbagai bangunan dan masjid yang mewah berpuak-puak perebutan kuasa dan berlaku perang saudara. • Peristiwa ini wajar dijadikan peringatan kepada seluruh umat Islam. Tamadun gemilang Andalusia yang mampu menundukkan Barat kini telah lenyap angkara umat Islam itu sendiri.

slide 44:

KESIMPULAN

slide 45:

• Kemajuan Eropah yang terus berkembang hingga saat ini banyak berhutang budi kepada khazanah ilmu pengetahuan Islam yang di zaman klasik. Memang banyak saluran pengaruh Islam ke atas Eropah seperti Sicilia dan Perang Salib namun saluran yang terpenting adalah Andalusia Sepanyol Islam. • Andalusia merupakan tempat yang paling utama bagi Eropah dalam menyerap ilmu pengetahuan yang dikembangkan oleh Islam di sana serta peradabannya baik dalam politik sosial mahupun ekonomi dan peradaban antara negara. • Orang-orang Eropah juga menyaksikan kenyataan bahawa Sepanyol berada di bawah kekuasaan Islam jauh lebih maju berbanding negara-negara jirannya sekitar Eropah terutama dalam bidang pemikiran sains dan fizik.

slide 46:

• Yang terpenting di antaranya adalah pemikiran Ibn Rusyd 1120-1198M yang menganjurkan kebebasan berfikir dan meninggalkan taqlid. Beliau mengulas pemikiran Aristotle dengan bernas sehingga menimbulkan rasa kagum di kalangan mereka yang berfikiran bebas • Pengaruh beliau amat besar sehinggakan muncul gerakan Averroisme yang menuntut kebebasan berfikir.

slide 47:

SEKIAN http://notappismpsejarah.blogspot.my/ :: TUTORIAL FROM MDM AFINAH A.D MATSUD::

authorStream Live Help