RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

Bab 5 Rancangan Makanan Tambahan - Pelaksanaan Dan Penilalian - Bijirin Sarapan http://notappismpsejarah.blogspot.my/

slide 2:

Pelaksanaan Dan Penilalian Bijirin Sarapan

slide 3:

Pelaksanaan Dan Penilalian 1.Kriteria pemilihan 2.Makluman Program 3.Penilalian 4.Pemilihan Tender 5.Kadar dan Peruntukan 7.Pemantauan dan penilaian 6.Penyediaan Menu

slide 4:

• Program ini telah dimulakan dalam tahun 1976 sebagai sebahagian daripada Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan AMP kelolaan Jabatan Perdana Menteri JPM. • AMP merupakan satu program pembangunan masyarakat berteraskan usaha kesihatan pertanian dan pendidikan. Pada peringkat awal pelaksanaan tumpuan telah diberi kepada murid sekolah rendah dan kawasan luar Bandar.

slide 5:

• Mulai awal 1980an apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih sepenuhnya pengurusan program ia telah diperluaskan ke semua kawasan di seluruh negara. • Sejak tahun 1990an taraf sosio ekonomi keluarga menjadi kriteria utama pemilihan murid.

slide 6:

• Murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang iaitu RM 80.00 per kapita. • Murid warganegara Malaysia dari Darjah 1hingga Darjah 6 bersekolah di semua SekolahKerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

slide 7:

• Ketua Isi Rumah KIR yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional eKASIH. • Murid berstatus “Warganegara Malaysia“ dan daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM 400.00 atau pendapatan perkapita RM 80.00 adalah layak untuk menyertai program ini.

slide 8:

• Murid yang menunjukkan tanda-tanda salah pemakanan. dipilih oleh AJK Khas /Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah • Murid yang berasal dari saiz keluarga yang besar namun berpendapatan renda

slide 9:

• Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di Negeri Semenanjung Malaysia dan RM2.05 bagi setiap murid di Negeri Sarawak Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. • Tempoh perlaksanaan RMT ialah 190 hari setahun. • Penyaluran bantuan RMT diberi kepada murid yang tersenarai dalam data eKASIH.

slide 10:

• Jawatankuasa RMT sekolah hendaklah bertanggungjawab memantau perlaksanaan RMT setiap hari dan hendaklah memastikan pelaksanaan RMT mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan. • Pihak JPN dan PPD akan melakasanakan pemantauan bagi memastikan perlaksanaan RMT adalah mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan.

slide 11:

• Guru bertugas diminta melengkapkan Buku Laporan RMT berdasarkan Jadual Tugasan RMT. • Guru bertugas harian diminta mengambil satu menu untuk dibuat penilaian. • Guru bertugas boleh mamaklumkan kepada Pengusaha kantin sekiranya ada syor/cadangan atau apa-apa yang berkaitan dengan menu RMT dan sebagainya.

slide 12:

• Guru bertugas diminta memastikan perjalanan RMT pada setiap pagi berjalan dengan lancar. • Guru bertugas diminta memastikan murid RMT mengambil satu menu pada waktu yang ditetapkan. • Guru bertugas diminta memastikan murid yang tidak berminat untuk makan RMT untuk digantikan dengan murid lain.

slide 13:

• Sekolah akan memilih 5 atau 10 menu daripada senarai 20 menu yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan menu ini diulangi setiap minggu atau dua minggu mengikut cita rasa setempat kemampuan bekalan bahan makanan dan sesuaian dengan peruntukan kewangan.

slide 14:

• Dari segi proses penyediaan makanan 95 sekolah di Semenanjung dikendalikan oleh pihak kantin dan makanan akan dinikmati oleh murid beberapa minit sebelum waktu rehat.

slide 15:

• Jawatankuasa RMT akan memilih pembekal makanan yang bertanggungjawab mengurus bekalan bahan menyedia dan menghidang makanan membersih peralatan serta tempat hidangan. • Pengusaha kantin bersetuju menyediakan makanan dengan kadar yang ditetapkan.

slide 16:

• Pengusaha kantin membuat tuntutan bayaran daripada AJK RMT sekolah setiap bulan setelah menerima saluran kewangan daripada KPM. • Peralatan dapurmemasak dan menghidang disediakan penuh oleh pihak kantin. • Kualiti dan kuantiti makanan hendaklah mengikut ketetapan menu yang telah dirancang.

slide 17:

• Pengusaha kantin/RMT bersetuju tidak meminda mana-mana menu yang ditetapkan. • Makanan hendaklah disediakan pada waktu yang ditetapkan. • Kebersihan tempat memasak pealatan tempat menghidang dan bekas makanan hendaklah dijaga dan diutamakan. • Pengusaha kantin dan pekerjanya hendaklah berada dalam keadaan sihat dan menjaga kebersihan diri dan pakaiannya. • Pengusaha kantin dan pekerjanya hendaklah mendapatkan suntikan daripada Jabatan Kesihatan.

slide 18:

Kadar yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah RM 1.80 sehari bagi murid di Semenanjung dan RM 2.05 sehari bagi Sabah Wilayah Persekutuan dan Sarawak mulai 1 Mac 2007. Kadar ini dikira berdasarkan kos bahan mentah di pasaran dan tidak mengambil kira keperluan perkhidmatan bahan api dan minuman. Program ini dilaksanakan sepanjang 190 hari persekolahan dalam setahun.

slide 20:

Antara kaedah yang digunakan untuk memantau keberkesanan RMT di sekolah adalah • · Melalui Rekod Rancangan Makanan Tambahan • · Laporan bulanan • · Rekod BML murid untuk memastikan berat badan murid bertambah

slide 21:

Bijirin Sarapan Sumber-sumber bijiran penuh Panduan pengambilan

slide 22:

• Penerapan kepentingan mengambil sarapan pagi pada setiap minggu turut boleh dijalankan oleh guru-guru RMT • Amalan pengambilan bijirin penuh memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan manusia. Kita semamangnya banyak mengambil bijirin setiap hari namun begitu adakah bijirin yang diambil tersebut terdiri daripada bijirin penuh Bijirin penuh terdiri daripada komponen bran germa dan endosperma. Ia kaya dengan sumber protein antioksidans fiber kalsium asid lemak perlu pelbagai vitamin dan mineral.

slide 23:

Bijiran Sarapan

slide 24:

• Menurut Panduan Diet Malaysia 2010 separuh daripada pengambilan bijirin penuh harian terdiri daripada bijirin penuh iaitu 2-4 saiz sajian sehari. Antara sumber makanan bijirin penuh adalah biskut bijirin penuh roti bijirin penuh barli bertih jagung beras perang oat pasta/mee bijirin penuh bijirin sedia dimakan muesli dan granola bars.

slide 25:

• Keputusan kajian epidemiologi menunjukkan bahawa individu yang mengambil bijirin penuh melebihi satu saiz sajian sehari mempunyai jisim tubuh yang lebih baik. Hal ini kerana bijirin penuh memberikan rasa kenyang yang lebih lama berbanding produk makanan yang lain.

slide 26:

• Selain itu penyerapan bijirin penuh dalam tubuh adalah lebih perlahan sekaligus mengurangkan kandungan gula dalam tubuh. Kajian saintifik menunjukkan bahawa kekerapan pengambilan bijirin penuh mengurangkan risiko obesiti diabetes penyakit jantung kanser strok dan tekanan darah tinggi.

slide 27:

• Menurut Proceeding of the Nutrition Society 2003 pengambilan bijirin penuh sekurang- kurangnya 3 kali sehari mengurangkan kadar diabetes sebanyak 21-27.

slide 28:

Satu sajian bijirin penuh adalah bersamaan dengan 16 gram. Berikut merupakan contoh satu sajian bijirin penuh-: • Sekeping roti 100 bijirin penuh • ½ cawan pasta/mee bijirin penuh • ½ cawan beras perang • ½ cawan oat • 1 cawan bijirin sedia dimakan • 3 keping biskut bijirin penuh

slide 29:

• Para pengguna juga boleh membezakan produk bijirin penuh dengan bijirin yang terproses dengan melihat “whole grain stamp” pada label makanan. Jika isi kandungan yang pertama dalam label makanan terdiri daripada produk bijirin penuh misalnya oat makanan tersebut boleh diklasifikasikan sebagai produk bijirin penuh kerana sebahagian besar isi kandungan produk tersebut terdiri daripada bijirin penuh.

slide 30:

• Oleh itu amalkan pengambilan bijirin penuh dalam diet harian kerana selain daripada membantu dalam pengawalan berat badan ia juga kaya dengan nutrien dan boleh menghindari daripada risiko penyakit-penyakit yang berbahaya.

slide 31:

• Pemakanan yang berkhasiat dan seimbang merupakan aspek yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak- kanak.

slide 32:

• Murid sekolah rendah merupakan golongan yang berada di zaman kanak-kanak dan pemakanan yang betul semasa kanak-kanak boleh membentuk satu pola pemakanan yang sihat sepanjang hayat seseorang.

slide 33:

• Usaha mendidik pada peringkat awal berkenaan pemakanan yang sihatakan membantu kanak-kanak bijak membuat pemilihan makanan dari segi kualiti dan kuantiti yang patut diambil seterusnya menghalang pelbagai penyakit seperti diabetes darah tinggi lemah jantung atau pertambahan berat badan Edge 1976.

slide 34:

• Para guru boleh membentuk pola pemakanan yang wajar dan melatih tabiat makan yang betul dengan menyediakan persekitaran yang kondusif dan memupuk adab makan yang betul hingga mampu mendorong murid menikmati hidangan dengan selesa dan menyeronokkan.

slide 35:

• Persekitaran fizikal ruang makan kebersihan dan keceriaan ruang makan perlu dikekalkan agar tabiat makan yang sihat dapat diterap dalam diri murid. • Contohnya tabiat makan yang baik boleh dibentuk dengan mengamalkan adab makan yang betul.

slide 36:

• Guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk adab makan murid oleh itu guru mesti makan bersama-sama murid dan berinteraksi dengan mereka sewaktu makan. • Memandangkan masa yang ada amat bernilai maka peluang tersebut boleh digunakan oleh guru untuk memberi penerangan tentang makanan adab dan tabiat makan.

slide 37:

Rujukan http://notappismpsejarah.blogspot.my/

authorStream Live Help