RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

Mohd latif bin latif Pismp gstt sejarah PENDIDIKAN KESIHATAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN RMT http://notappismpsejarah.blogspot.my/

slide 2:

Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. Memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25 - 30 daripada keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid tersebut. Murid berstatus “Warganegara Malaysia“ dan daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM 400.00 atau pendapatan perkapita RM 80.00 adalah layak untuk menyertai program ini. PENGENALAN RMT

slide 3:

Kebelakangan ini RMT dilaksanakan sebagai satu program yang bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid sekolah rendah. Program ini yang pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri diperluaskan pelaksanaan menurut pengesyoran dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979.

slide 4:

Sejumlah 532500 murid sekolah rendah daripada “golongan termiskin” keluarga yang berpendapatan kurang RM400.00 sebulan atau RM80.00 per kapita menerima bantuan ini secara makanan tambahan dan minuman bagi tempoh 190 hari mulai hari pertama persekolahan pada setiap tahun. Kadar bantuan setiap murid adalah RM1.20 sehari bagi negeri-negeri di Semenanjung dan RM1.35 sehari bagi murid di Sabah dan Sarawak. Jumlah peruntukan semasa yang disediakan berasaskan kepada jumlah murid dan kadar tersebut adalah RM 123647250.00 setahun.

slide 5:

Bahagian Sekolah telah menyediakan senarai menu makanan tambahan dan sekolah dibenarkan mengambilkira kemampuan dan kesesuaian dengan keadaan tempatan bagi menyediakan makanan bagi murid-murid yang terlibat. Satu kajian tentang penyaluran peruntukan RMT kepada sekolah telah diadakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia MAMPU Jabatan Perdana Menteri. Hasil kajian yang dikeluarkan pada bulan Jun 2002 telah melaporkan Penyaluran peruntukan oleh JPN kepada sekolah adalah terlalu lewat kerana sekolah perlu membuat tuntutan sebelum bantuan RMT diberikan. MAMPU mengesyorkan bahawa penyaluran bantuan RMT itu hendaklah dibuat terus kepada sekolah berasaskan kepada rekod jumlah murid yang layak pada tahun semasa tanpa tuntutan daripada sekolah. Dengan cara ini program RMT boleh dimulakan lebih awal dan pada hari pertama persekolahan.

slide 6:

Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah terutama dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah secara imbuhan dan buat sementara waktu untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga. OBJEKTIF RMT

slide 7:

Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan secara tidak langsung. Untuk mengendalikan tabiat sopan santun disiplin timbang rasa serta amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar. Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha- usaha sekolah mengelolakan RMT.

slide 8:

Memilih dan menyenaraikan murid yang layak menerima RMT ikut kriteria yang ditetapkan oleh KPM Merekodkan penerimaan makanan murid-murid Mengawasi murid-murid ketika makan sambil beri tunjuk ajar budaya pemakanan yang betul Menyelitkan PKE dan cara pemakanan secara tidak formal KONSEP RMT

slide 9:

Mengikut pertumbuhan fizikal murid : ukur tinggi dan timbang berat sekurang- kurangnya sekali setahun Mengawasi pengurusan perhidangan makanan Memastikan rekod penerimaan dan perbelanjaan peruntukan RMT disimpan secara kemaskini oleh pihak sekolah

slide 10:

Untuk memberikan makanan tambahan yang berzat dan dapat mengimbangi pengambilan zat-zat makanan harian pelajar-pelajar terbabit Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak langsung Untuk mengendalikan tabiat sopan santun disiplin timbang rasa serta amalan-amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha- usaha sekolah mengelolakan RMT. MATLAMAT RMT

slide 11:

Pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan ini juga adalah usaha bagi meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan pelajar-pelajar sekolah. Menurut Wan Nudri dan Aminah 1996 keperluan pemakanan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah adalah lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak di peringkat pra-sekolah ini disebabkan oleh pertambahan saiz badan dan aktiviti fizikal pada usia enam hingga dua belas tahun adalah amat ketara. Pelajar-pelajar yang mendapat zat makanan yang secukupnya dan dalam keadaan persekitaran yang baik akan berpeluang untuk mencapai tumbesaran yang optimum. Sebaliknya pelajar-pelajar yang mendapat kurang zat PELAKSANAAN PROGRAM RMT

slide 12:

RMT 2010 bermula pada 3 Januari 2010. Guru bertugas diminta melengkapkan Buku Laporan RMT berdasarkan Jadual Tugasan RMT. Guru bertugas harian diminta mengambil satu menu untuk dibuat penilaian. Guru bertugas boleh mamaklumkan kepada Pengusaha kantin sekiranya ada syor/cadangan atau apa-apa yang berkaitan dengan menu RMT dan sebagainya. Guru bertugas diminta memastikan perjalanan RMT pada setiap pagi berjalan dengan lancar. Guru bertugas diminta memastikan murid RMT mengambil satu menu pada waktu yang ditetapkan. 7.15 – 7.40 pg Guru bertugas diminta memastikan murid yang tidak berminat untuk makan RMT untuk digantikan dengan murid lain.

slide 13:

STRUKTUR KAWASAN RMT DI SEKOLAH

slide 14:

BIJIRIN SARAPAN

slide 15:

Tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik ialah mengambil sarapan makan tengah hari dan malam secara tetap. Tabiat pemakanan yang baik ini perlu disemai sejak anak kecil. Kajian mendapati nutrisi baik bukan saja mampu membantu perkembangan fkikal menjadikan anak lebih tinggi dan kuat tetapi juga merangsang keupayaan minda yang dikaitkan dengan kebolehan memperoleh pendapatan lebih lumayan. PENGENALAN

slide 16:

Orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti tersusun bersikap positif lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik. Pemilihan sarapan terutama kaya karbohidrat membekalkan tenaga mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari. Saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental kerana ia memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas peka dan fokus.

slide 17:

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberi kesan positif kepada fungsi otak. Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik. Sarapan juga secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya. CONTOH MAKANAN

slide 18:

Pilih sarapan pagi yang sihat mengandungi serat yang tinggi contohnya roti bijirin buah-buahan seperti kismis prun dan pisang. Elakkan mengambil makanan yang berat terutama makanan bergoreng dan berlemak. Untuk mereka yang kesuntukan masa bijirin sarapan adalah sarapan yang terbaik dan senang untuk disediakan. Ada pelbagai bijirin sarapan di pasaran. Ada yang mengandungi lebih gula kurang fiber dan sebaliknya. Pilih bijirin sarapan yang mengandungi karbohidrat dan vitamin yang boleh merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. PEMILIHAN MAKANAN SARAPAN PAGI

slide 19:

Hidangkan sarapan yang berkhasiat mulakan dengan buah- buahan segar atau jus buah- buahan. Ini merupakan pembuka selera dan pembekal serat. Sajikan makanan berasaskan bijirin seperti nasi bubur mi roti dan bijirin sarapan. Hidangkan dengan sedikit daging tanpa lemak ikan atau telur. Roti boleh dimakan dengan keju rendah lemak mentega kacang atau susu. Susuli dengan minuman yang berasaskan susu. TIPS SARAPAN PAGI

slide 21:

Makan pelbagai jenis makanan dpt memastikan tubuh badan mendapat semua khasiat diperlukan. Gunakan Piramid Makanan sebagai panduan Makan lebih buah-buahan dan sayur Kebanyakan buah-buahan dan sayur mengandungi lemak yang rendahmembekalkan pelbagai jenis zatserat. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat adalah penting untuk melawaskan pembuangan najis dan dapat membantu mencegah penyakit Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk membantu menyerap vitamin-vitamin larut lemak iaitu vitamin A D E dan K. Ia juga melazatkan makanan dan dapat memperbaiki tekstur makanan. Lemak yang berlebihan daripada makanan akan disimpan di dalam badan sebagai lemak badan. Kehadiran lemak badan ini akan menyebabkan berat badan anda bertambah. Lemak yang berlebihan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari strok obesiti dan masalah-masalah kesihatan yang lain. Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari Air adalah penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan mengawal suhu badan dan mengeluarkan bahan sisa dari badan. Air diperlukan untuk menggantikan cecair tubuh yang hilang terutamanya jika kita melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. PRINSIP SARAPAN PAGI BERKHASIAT

slide 22:

SEKIAN . . . http://notappismpsejarah.blogspot.my/

authorStream Live Help