KAEDAH KOPERATIF

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

PKE3033E - nota pendidikan kesihatan

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

KAEDAH KOPERATIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 KESELAMATAN TUTORIAL BERSAMA SIR RICHARD KAJIM :: IPG KAMPUS KENINGAU :: http://notappismpsejarah.blogspot.my/

slide 2:

“Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar- pelajar saling bantu membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama.” … Effandi Zakaria 1998 …

slide 3:

Kaedah koperatif guru perlu menentukan pengetahuan dan kemahiran tertentu yang perlu dipelajariolehpelajar-pelajar. Guru juga perlu memberitahu mereka tentang cara bekerjasama dalam kumpulan kecil dan melakukan aktivitisecaraberstruktur. Selain itu mereka hendaklah bertanggungjawab keatas pencapaian sama ada secara individu atau secara berkumpulan iaitu mereka perlu menolong antarasatusamalain.

slide 4:

 Saling bergantung di antara satu sama lain secara positif  Saling berinteraksi secara bersemuka  Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri  Kemahiran koperatif  Pemprosesan kumpulan

slide 5:

 Student Team Achievement Division STAD  Jigsaw  Team-Accelerated Instruction TAI  Team Games Tournament TGT  Round Table  dsg

slide 6:

STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISION STAD Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan. Mereka saling membantu di antara satu sama lain melalui tutorial kuiz atau perbincangan kumpulan.

slide 7:

JIGSAW Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan pakar. Ahliahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik yang telah disediakan oleh guru. Selepas itu semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan sekumpulan. Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu kumpulan akan menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.

slide 8:

TEAM-ACCELERATED INSTRUCTION TAI Pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk kelas heterogeni. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza ditentukan kepada kumpulan yang heterogenus. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaiannya seiring dengan pelajar lain yang mempunyai pencapaian tinggi.

slide 9:

TEAM GAMES TOURNAMENT TGT TGT memfokuskan kepada guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep. Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah.

authorStream Live Help