PENULISAN SEJARAH

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

SJH3103- nota Penulisan Sejarah

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

TUTORIAL BERSAMA SIR SHAMRIN SURIP :: IPG KAMPUS KENINGAU :: http://notappismpsejarah.blogspot.my/

slide 2:

Objektif Penulisan Sejarah Melalui sebuah kajian tentunya ia mengandungi motif atau tujuan. Motif atau tujuan ini kemudiannya dikenali sebagai objektif. Sebagaimana kajian Siti Fatimah Mohd. Noor beliau menyenaraikan tiga objektif kajian.

slide 3:

3 Objektif tersebut : 1. Melalui kajian beliau ingin melihat kefahaman guru serta pemupukan nilai patriotism dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek pendidikan Sejarah. 2. Beliau berusaha mengenal pasti sejauh mana pemahaman guru terhadap nilai patriotisme yang terkandung dalam pendidikan Sejarah. 3. Selain itu beliau berhasrat mengenal pasti sejauh mana pemupukan nilai patriotisme diaplikasi oleh guru subjek Sejarah.

slide 4:

•Bagi kajian ilmu sejarah asli ia boleh menghubung kait antara kegiatan kolonialisme dengan faktor ekonomi. •Contohnya seperti kebangkitan Tok Janggut mempunyai hubung kait dengan pengaruh perjuangan Khalifah Uthmaniah Turki dalam menghadapi pengaruh Britain.

slide 5:

Skop batasan kajian penulisan sejarah •Skop kajian harus menyatakan batas kajian hingga setakat mana dan kenapa. •Dalam bahagian ini juga boleh dinyatakan bab-bab yang dijangkakan. •Bab-bab ini seboleh mungkin mestilah berkait antara satu dengan yang lain. Bahagian ini penting untuk pembaca atau penyelia mendapat gambaran menyeluruh kerangka tesis pelajar.

slide 6:

Sambungan … • Skop atau batasan dilakukan dalam lingkaran serta berligar dalam spek serta konsep yang dinyatakan sahaja. • Oleh kerana sejarah berkait rapat antara manusia dan peristiwa maka dimensi tahun kaum tertentu tempat atau subjek tertentu menjadi topik kajian. • Sebagai contoh Hamdan Aziz 2009 ketika mengemukakan tesis kedoktoran beliau dengan tajuk “Sosioekonomi Melayu Hulu Kelantan 1946-1960”. • Skop tema yang dipilih beliau ialah “sosioekonomi” “kaum Melayu” lokasi di “Hulu Kelantan”. • Manakala tahun kajian hanya melibatkan “14 tahun 1946-1960”.

slide 7:

Contoh selain itu… •Kajian Hamdan Aziz 2005 peringkat sarjana pula bertajuk “Politik USNO dan BERJAYA di Sabah 1961-1991” mencatatkan tema kajian ialah “parti politik USNO dan BERJAYA” “SABAH” serta lingkaran tahun hanya terhad selama selama “30 tahun sahaja”.

slide 8:

Kesimpulan •Berbeza dengan kajian pendidikan Sejarah skop kajian tidak diletakkan dalam tajuk sepenuhnya tetapi disebutkan dalam abstrak atau teks.

slide 11:

Kepentingan kepada negara pula merujuk kepada kajian – kajian yang bersifat kontemporari. Contoh masalah keruntuhan moral dalam kalangan pelajar kemasukan pekerja tanpa izin dari negara luar. Kajian seperti dapat membantu kerajaan mengenalpasti masalah golongn – golongan ini dan merancang dasar – dasar yang bersesuaian untuk menangani isu tersebut secara efektif.

slide 12:

Sewaktu membuat rumusan bagi proposal sejarah penulis hendaklah merumuskan keseluruhan kandungan terhadap apa yang hendak disampaikan melalui proposal. Rumusan bermaksud menyatakan kembali beberapa aspek penting serta difikirkan perlu diketengahkan.

slide 13:

TUTORIAL BERSAMA SIR SHAMRIN SURIP :: IPG KAMPUS KENINGAU :: http://notappismpsejarah.blogspot.my/

authorStream Live Help