KEMAHIRAN LISAN GURU

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

NOTA EDU SEMESTER 5

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

Kemahiran lisan guru dalam pembinaan persekitaran bilik darjah mesra budaya Kemahiran bukan lisan Laras bahasa Kesantunan dalam komunikasi Rumusan http://notappismpsejarah.blogspot.my/ Tutorial from Mdm Hanifah Sabin :: IPG Kampus Keningau ::

slide 2:

Kemahiran lisan guru dalam pembinaan persekitaran bilik darjah mesra budaya  Murid belajar melalui peniruan  Kanak-kanak mengembangkan kemahiran sosial melalui interaksi sosial dengan pihak lain  Guru perlu menguasai kemahiran lisan yang cemerlang dan keupayaan guru dalam bertutur dan mengujarkan kata-kata dengan menggunakan strategi yang berkesan

slide 3:

Sebutan Jelas Tersusun Intonasi

slide 4:

SEBUTAN  Murid pelbagai etnik dan latar belakang  Perlu menghubungkan murid daripada pelbagai etnik melalui Bahasa terutama Bahasa Melayu  Jelas dan tepat semua guru tanpa mengira subjek

slide 5:

 Bahasa baku digunakan bagi mengganti Bahasa dialek dalam pp  Murid diberi peluang mempelajari Bahasa ibunda masing-masing  Menggunakan Bahasa etnik lain sebagai alat komunikasi yang bertujuan menyatupadukan rakyat

slide 6:

JELAS DAN TERSUSUN  Sesuatu mesej dan idea dapat difahami apabila disampaikan dalam bentuk ayat yang jelas dan tersusun  Penerangan perlu mengikut tahap penguasaan Bahasa dan latar belakang murid  Pilih kata-kata yang sesuai dengan tahap umur murid

slide 7:

INTONASI  Perlu menyesuaikan intonasi suara sewaktu berinteraksi dan perlu sesuai dengan konteks percakapan serta tujuan percakapan  Meningkatkan keberkesanan intonasi melalui panduan seperti perlu bersemangat elakkan guna ton suara yang mendatar serta volum suara antara tinggi dengan rendah

slide 8:

KEMAHIRAN BUKAN LISAN • Merupakan proses komunikasi yang melibatkan penghantaran mesej melalui pelbagai cara tanpa menggunakan perkataan • Cuba belajar memahami maksud dan makna sesuatu mesej yang disampaikan • Adalah luas dan melibatkan setiap diri manusia walau di mana jua berada • Jika tidak memahami bahasa yang dituturkan senyuman dan membawa buah tangan sebagai cara untuk berkomunikasi

slide 9:

Bentuk Komunikasi Bukan Lisan Bahasa Tubuh Mesej Melalui Lambang Dan Artifak Mesej Melalui Muzik Dan Bunyi-bunyian

slide 10:

Bahasa Tubuh  Terdiri daripada pergerakan tubuh badan yang memberi makna isyarat tentang sesuatu kedudukan tubuh badan kontak mata renungan ekspresi muka jarak kedudukan antara penutur dengan pendengar dan juga sentuhan

slide 11:

Bahasa tubuh mempunyai 3 peranan utama :  Membantu manusia menyampaikan mesej tanpa ujaran  Menggantikan peranan bahasa verbal dalam menyampaikan maksud dengan lebih berkesan  Menyampaikan emosi dan perasaan yang ada kalanya tidak mampu diucapkan melalui kata- kata

slide 12:

MESEJ MELALUI LAMBANG DAN ARTIFAK o Artifak memainkan peranan dalam menyampaikan mesej dengan jelas dan diterima dengan mudah oleh masyarakat o Sesebuah masyarakat mempunyai lambang yang memberi makna dan maksud yang tersirat o Perlu memahami lambang yang digunakan dalam sesebuah masyarakat dan etnik bagi elakkan kekeliruan dan terlanggar adat dan fahaman

slide 13:

Orang India Thali lambang persaudaraan/perkahwinan Orang Iban Manik rantaiperhiasan tubuhlambang kemewahan dan penghormatan Orang Melayu Tepak sirih lambang kemesraan dan persahabatan/kepala adat dalam rundingan pertunangan Orang Cina Minuman teh lambang kemesraan dan keakraban oleh pasangan pengantin baru kepada ibubapa mereka Pakaian Warna Hitam Lambang kesedihan/kehilangan orang yang rapat dan dikasihi

slide 14:

MESEJ MELALUI MUZIK DAN BUNYI- BUNYIAN  Terdapat masyarakat etnik yang menunjukkan perasaan melalui nada bunyi-bunyian daripada suara sendiri sesuatu peralatan  Cth masyarakat Iban percaya bahawa bunyi-bunyian pada waktu malam perkahwinan membawa maksud tertentu sama ada petanda baik buruk  Cth orang Melayu acara pengebumian adalah ringkas dan berlaku dalam keadaan yang tidak bising dan berbeza pula dengan acara perkahwinan yang diiringi dengan pukulan kompang

slide 15:

LARAS BAHASA  Dikaitkan dengan ciri-ciri penggunaan bahasa mengikut kesesuaian peristiwa bahasa dan konteks pengucapan  Aras bahasa juga ditentukan mengikut kesesuaian peristiwa bahasa dan kumpulam penerima pendengar mesej  Laras bahasa dibahagi kpda 3 dimensi iaitu tajuk wacana strategi penyampaian dan gaya penyampaian

slide 16:

 2 bentuk laras bahasa iaitu laras bahasa biasa dan laras bahasa khusus  Laras bahasa biasa ialah yang digunakan dalam keadaan biasa kurang penggunaan imbuhan tiada istilah teknikal serta mudah difahami  Laras bahasa khusus ialah berkaitan dengan bidang-bidang tertentu  Guru perlu memilih laras bahasa yang bersesuaian dengan tahap murid yang diajar

slide 17:

Laras bahasa kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang berikut :  Kosa kata yang terdiri daripada kata akar kata nama konkrit kata kerja dan kata adjektif  Bilangan jumlah kosa kata yang kurang berbanding dengan kosa kata yang mampu digunakan oleh golongan dewasa  Bilangan imbuhan yang terhad dan penggunaan imbuhan untuk membentuk kata abstrak tidak terdapat dalam laras ini  Struktur ayat terdiri daripada struktur ayat aktif bentuk tunggal  Bahasa perlambangan dabn bahasa bunga serta tersirat tidak digunakan

slide 18:

KESANTUNAN DALAM KOMUNIKASI  Kesantunan merupakan nilai yang ditetapkan ditentukan oleh sesuatu masyarakat dan imej seseorang itu bergantung pada nilai kesantunan yang ada di dalam diri seseorang  Seseorang yang sentiasa menjaga air muka sendiri dan muka orang lain sewaktu berkomunikasi berjaya mengelakkan gangguan dalam komunikasi dan menjadikan proses komunikasi berlangsung dalam keadaan harmoni

slide 19:

GURU DAN KESANTUNAN • Kesantunan ciri utama dalam kemahiran komunikasi • Guru boleh menguasai kemahiran komnikasi dengan cemerlang tetapi sebaliknya belum tentu dikatakan santun jika tidak mempedulikan pantang larang dari etnik yang berbeza • Menjadi contoh pengguna bahasa yang sempurna dan tidak membiarkan murid menggunakan bahasa yang tidak betul

slide 20:

• Perlu tahu gaya berbahasa dan strategi yang digunakan kepada murid-murid mengikut konteks dan situasi komunikasi • Menggunakan bahasa yang santun melalui pemilihan kata yang tepat dan berkesan intonasi suara yang lembut dan tidak beremosi marah membenci serta renungan mata yang ikhlas akan mengatasi masalah murid dengan lancar

slide 21:

• Murid adalah manusia yang mahu dihormati dan dilayan seperti orang lain walaupun ada kalanya melakukan kesalahan dan kesilapan • Konsep penjagaan air muka penting dalam teori kesantunan bagi memastikan kesempurnaan guru dalam komunikasi

slide 22:

RUMUSAN  Kemahiran komunikasi penting kepada guru dalam menjalankan tugas dan peranan guru  Kemahiran bertutur dan mendengar ditekankan sebagai aspek utama dalam komunikasi  Pelbagai isu melanda guru dan sekolah akibat daripada guru kurang kemahiran komunikasi  Laras bahasa bagi memastikan kemahiran guru lengkap dan sempurna serta aspek kesantunan yang dinilai dari segi kesantunan berbahasa dan kesantunan bukan berbahasa

slide 23:

http://notappismpsejarah.blogspot.my/ Tutorial from Mdm Hanifah Sabin :: IPG Kampus Keningau ::

authorStream Live Help