KEHAMILAN REMAJA

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

PowerPoint Presentation:

Pendidikan Kesihatan dan Seksualiti ( PKE 3013E ) K E A I R M N A A E H M L J A http://notappismpsejarah.blogspot.com/

PowerPoint Presentation:

MAKLUMAT

PowerPoint Presentation:

Pengenalan Kebanyakkan kehamilan remaja berpunca daripada seks sebelum berkahwin , sumbang mahram , rogol , dan penderaan seksual . Remaja-remaja ini menghadapi pelbagai cabaran kerana mereka belum bersedia untuk menjaga bayi mereka .

PowerPoint Presentation:

Sambungan …. Remaja ini juga masih berada di alam persekolahan dan masih mengalami proses kematangan dan dan tumbesaran . Remaja ini juga perlu berhadapan dengan akibat kehamilan semasa remaja iaitu dari aspek : . Perubatan . Psikologi dan sosial

Statistik:

Statistik Jumlah kehamilan di usia remaja kebelakangan ini semakin meningkat . Seperti yang dilaporkan oleh Institut Guttmatcher , sebuah organisasi yang giat meneliti kesihatan seksual bahawa jumlah kehamilan remaja meningkat 3 % pada tahun 2006 hinggalah sekarang . Salah satu faktor yang mendorong peningkatan pratus kehamilan remaja adalah kurangnya pengetahuan seks oleh para remaja khususnya tentang bahayanya seks . Selain itu , berleluasanya filem-filem porno meningkatkan lagi motivasi remaja untuk terus berfatasi secara tidak wajar dalam dunia seks .

PowerPoint Presentation:

Adakah kehamilan remaja mempunyai akibat buruk ?? YA , terdapat banyak akibat buruk kehamilan remaja dari aspek berikut : . Perubatan : - Proses bersalin yang sukar dan lama disebabkan tulang punggung yang kecil . - Tekanan darah tinggi semasa mengandung yang sering berlaku semasa kehamilan pertama . Ia boleh menyebabkan komplikasi yang lain seperti pendarahan dan sawan . - Pengguguran anak yang tidak selamat . - Bayi yang mempunyai berat lahir yang rendah . - Kadar kematian ibu dan anak yang lebih tinggi .

PowerPoint Presentation:

b). Psikologi dan sosial : - Murung dan hilang keyakinan diri . - Masalah perhubungan dan emosi . - Pandangan serong masyarakat terhadap ibu yang tidak berkahwin dan anaknya . - Pendidikan terjejas ( tercicir ). - Kurang peluang pekerjaan . - Pembuangan bayi .

PowerPoint Presentation:

KESAN DAN AKIBAT KEHAMILAN REMAJA Kesan ke atas keluarga remaja Apabila kehamilan remaja berlaku , seluruh keluarga yang terlibat akan menghadapi tekanan dan ini boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan . Ibu bapa serta remaja tersebut perlu membuat keputusan sama ada remaja tersebut akan menjaga bayi yang akan lahir , menggugurkannya atau memberikan anaknya kepada keluarga angkat . Jika remaja di bawah umur dan belum berkahwin , kehamilan remaja ini melibatkan masalah undang-undang yang menambahkan lagi tekanan / stres kepada remaja serta ahli keluarganya .

PowerPoint Presentation:

Kesan kehamilan ke atas mental remaja Remaja yang hamil berisiko tinggi menghadapi masalah mental seperti kemurungan , tekanan dan stres untuk menjadi ibu / bapa . Kurang sokongan dari keluarga dan masyarakat boleh membawa remaja kepada kemurungan , membuat keputusan yang tidak tepat dan masalah penyalahgunaan dadah . Disebabkan stigma kehamilan remaja yang masih tinggi dalam masyarakat , remaja menghadapi masalah malu , rasa bersalah , rasa marah , denial dan murung . Ini akan membawa kepada perasaan kurang harga diri dan akhirnya mereka akan takut untuk memberitahu atau meminta pertolongan kawan , keluarga atau sesiapapun tentang kehamilan mereka dan seterusnya akan memencilkan diri sendiri .

PowerPoint Presentation:

Kesan kewangan / ekonomi Kehamilan remaja akan menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan persekolahannya dan menyebabkan remaja sukar mendapat pekerjaan serta pendapatan yang baik dan ini akan mengurangkan peluangnya untuk membina hidup yang lebih baik di masa hadapan . Pendapatan yang kurang akan memberi kesan ke atas penjagaan dan pemakanan anak yang akan lahir .

PowerPoint Presentation:

Kesan jangka panjang Remaja hamil berisiko tinggi hidup dalam kemiskinan , tidak mendapat kerja yang stabil , mempunyai rumah tangga yang tidak stabil , mempunyai anak-anak yang mempunyai pencapaian yang rendah di sekolah dan akan mempunyai anak perempuan yang akan berkesudahan hamil juga semasa remaja . Fakta ini didapati daripada kajian yang dijalankan oleh American Academy of Child and Adolescent Psychiatry. Setiap remaja perlu mengetahui akibat serta kesan daripada tingkah laku yang akan membawa kepada kehamilan remaja . Remaja yang hamil akan menghadapi berbagai-bagai masalah seperti yang telah dibincangkan di atas dan akan mempengaruhi hubungan keluarga dan juga masyarakat .

PowerPoint Presentation:

Perkara yang perlu dilakukan oleh remaja apabila mengetahui mereka hamil … Untuk remaja yang belum berkahwin , dapatkan bantuan atau nasihat : o Ibu bapa o Guru o Kaunselor o Doktor dan kakitangan kesihatan yang lain o Pegawai Kebajikan Masyarakat

PowerPoint Presentation:

Jangan bahayakan diri anda dengan menyembunyikan kehamilan anda atau menggugurkan anak secara haram. Jumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan untuk pemeriksaan dan penjagaan semasa mengandung . Pemeriksaan awal penting untuk mengawasi kesihatan ibu dan bayi .

PowerPoint Presentation:

TAYANGAN VIDEO

Sekian terima kasih:

Sekian terima kasih Disediakan oleh Mazlinah@Dede bte Mohd Dayang http://notappismpsejarah.blogspot.com/

authorStream Live Help