NUTRISI TUMBUHAN

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

NUTRISI TUMBUHAN FOTOSINTESIS:

NUTRISI TUMBUHAN FOTOSINTESIS UJIKAJI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

NUTRISI TUMBUHAN:

NUTRISI TUMBUHAN Nutrisi merangkumi aspek berikut : Semua proses yang melibatkan pemakanan ( atau pembinaan makanan ) Penggunaan makanan untuk pertumbuhan Pembebasan tenaga dan semua aktiviti fisiologi . Metabolisme sel untuk pemeliharaan kesihatan yang optimum

PowerPoint Presentation:

Nutrien merujuk kepada zat atau khasiat makanan yang diperlukan untuk nutrisi organisma. Terdapat 2 jenis nutrisi iaitu: Autotraf- organisma yang mensintesis bahan makanannya sendiri. (Contoh- tumbuhan hijau berklorofil) Heterotraf- organisma yang tidak berupaya menghasilkan makanannya sendiri. (Contoh- cendawan, periuk kera)

FOTOSINTESIS:

FOTOSINTESIS Sejarah penemuan fotosintesis . Pada tahun 1692, Van Helmont telah membuat hipotesis bahawa tisu pokok terbentuk daripada air. Jean Senebier telah membuktikan bahawa semasa fotosintesis , tumbuhan menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen .

PowerPoint Presentation:

Fotosintesis ialah proses pembinaan makanan (glukosa) oleh tumbuhan hijau daripada air dan karbon dioksida dengan kehadiran cahaya matahari dan klorofil. Bahan yang dihasilkan daripada fotosintesis ialah gas oksigen dan glukosa yang ditukar kepada kanji. Tumbuhan hijau mempunyai klorofil yang diperlukan untuk menyerap cahaya matahari.

STRUKTUR DAN FUNGSI BAHAGIAN DAUN:

STRUKTUR DAN FUNGSI BAHAGIAN DAUN Petiol – Menyambungkan lamina kepada batang tumbuhan. Lamina Daun – Bahagian daun yang pipih. Menerima paling banyak cahaya. Urat Daun – Lintasan pengangkutan air untuk fotosintesis.

KLOROPLAS:

KLOROPLAS Tempat proses fotosintesis tumbuhan berlaku Semua bahagian hijau pada tumbuhan iaitu pada daun , batang hijau , buah belum matang memiliki kloroplas Daun merupakan tempat utama berlangsungnya fotosintesis

KLOROPLAS:

KLOROPLAS stroma mengandungi enzim yang diperlukan untuk tindakbalas cahaya fotosintesis Stoma kerap mengandungi bintil kanji. Kanji dihasilkan melalui fotosintesis dan disimpan sementara dalam kloroplas

KLOROPLAS:

KLOROPLAS Timbunan lamina yang menyediakan luas permukaan yang besar untuk penyerapan cahaya matahari. Mempunyai banyak klorofil Urat daun lamina petiol Struktur lamina

PowerPoint Presentation:

Proses fotosintesis terbahagi kepada dua peringkat iaitu : 1) Tindak balas cahaya 2) Tindak balas gelap MEKANISME FOTOSINTESIS

TINDAK BALAS CAHAYA:

TINDAK BALAS CAHAYA Berlaku dalam keadaan bercahaya. Tapak tindak balas cahaya ialah granum kloroplas yang mengandungi kompleks pigment fotosintesis. Molekul air diuraikan kepada hidrogen dan oksigen dalam kehadiran cahaya iaitu proses fotolisis air. Klorofil menyerap tenaga cahaya menyebabkan elektron teruja dan keluar dari klorofil. Tenaga cahaya mengaktifkan air dan memudahkan penguraian air. Dalam tindak balas ini, oksigen dibebaskan sebagai gas. Tenaga cahaya yang diserap menjana ATP (adenosina trifosfat) daripada ADP(adenosina difosfat).

TINDAK BALAS GELAP:

TINDAK BALAS GELAP Tidak memerlukan cahaya (juga dikenali sebagai kitar Calvin). Tindak balas berlaku dalam stroma kloroplas. Fotosintesis yang tidak memerlukan cahaya selalunya berlaku semasa proses menghasilkan gula iaitu glukos yang digunakan untuk tumbuhan membesar. Dalam kitar Calvin, CO 2 bergabung dengan ion hidrogen (H + ) untuk menjadi karbohidrat. Penggabungan ion ini menggunakan tenaga daripada ATP.

PowerPoint Presentation:

cahaya 6 H 2 0 + 6 CO 2 C 6 H 12 0 6 + 6O 2 klorofil cahaya Air + karbon dioksida glukosa + oksigen klorofil

PERBANDINGAN TINDAK BALAS CAHAYA DENGAN TINDAK BALAS GELAP:

PERBANDINGAN TINDAK BALAS CAHAYA DENGAN TINDAK BALAS GELAP Tindak balas cahaya Tindak balas gelap Berlaku dalam granum Berlaku dalam stroma kloroplas Tindak balas yang memerlukan tenaga cahaya matahari untuk berlaku Tindak balas yang tidak memerlukan tenaga cahaya untutk berlaku Pembentukan atom hidrogen Penggunaan atom hidrogen Oksigen dibebaskan Tiada gas oksigen dibebaskan Karbon dioksida tidak digunakan Karbon dioksida digunakan Glukosa tidak terbentuk Karbon dioksida diturunkan Tindak balas tidak melibatkan enzim Tindak balas melibatkan enzim

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI FOTOSINTESIS:

Terdapat 4 faktor iaitu : Keamatan cahaya matahari Kepekatan karbon dioksida Suhu Bekalan air FAKTOR YANG MEMPENGARUHI FOTOSINTESIS

KESAN KEAMATAN CAHAYA MATAHARI:

KESAN KEAMATAN CAHAYA MATAHARI Cahaya merah dan cahaya biru merupakan cahaya yang paling banyak diserap oleh tumbuhan hijau untuk proses fotosintesis. Kadar fotosintesis adalah lebih cepat pada keamatan cahaya yang lebih tinggi. Kesan keamatan cahaya ke atas kadar fotosintesis

KESAN SUHU KE ATAS FOTOSINTESIS:

KESAN SUHU KE ATAS FOTOSINTESIS Kadar fotosintesis meningkat apabila suhu meningkat dengan syarat keamatan cahaya adalah cukup tinggi. Kadar fotosintesis adalah maksimum pada suhu bilik Suhu melebihi 40 darjah celsius boleh mengakibatkan pemusnahan enzim. Kesan suhu ke atas fotosintesis

KESAN KEPEKATAN KARBON DIOKSIDA:

KESAN KEPEKATAN KARBON DIOKSIDA Kadar fotosintesis meningkat dengan peningkatan kepekatan karbon dioksida, dengan syarat keamatan cahaya dan suhu tidak menjadi faktor pengehad. kesan kepekatan karbon dioksida ke atas kadar fotosintesis

BEKALAN AIR:

BEKALAN AIR Air diperlukan untuk proses fotosintesis. Sekiranya air tidak dibekalkan, tumbuhan akan menjadi layu, liang stoma tertutup dan ini akan menghalang kemasukan karbon dioksida .

Bagaimanakah mengkaji keperluan cahaya dalam fotosintesis:

Bagaimanakah mengkaji keperluan cahaya dalam fotosintesis Sebuah pasu tumbuhan diletakkan di tempat gelap selama seminggu . Sehelai daun dilekatkan pelekat hitam . Letakkan pasu di bawah cahaya matahari . Hasil pemerhatian , bahagian yang ditutup tidak menunjukkan kehadiran kanji . Pelekat hitam

PowerPoint Presentation:

Sekian , terima kasih

PowerPoint Presentation:

DISEDIAKAN OLEH NURHAYATI BT HAMID DISEMAK OLEH DR AMIR HAMZAH BIN SHARAAI

authorStream Live Help