bencana alam

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

Pengajian Am : 

Pengajian Am Wong Sek Yau 6AK1 Bencana Alam

Slide 2: 

Bencana alam adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan aktiviti semula jadi, seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, banjir dan aktiviti manusia. Definisi

Objektif : 

Objektif Mempunyai panduan yang betul dan berkesan menangani bencana alam yang berlaku di kawasan sekolah. Menimbulkan kesedaran kepada warga sekolah tentang pentingnya berhati-hati terhadap ancaman bencana alam.

Gempa Bumi : 

Gempa Bumi salah satu daripada fenomena alam yang paling menggerunkan dan mengakibatkan kemusnahan. Ini adalah kerana kejadiannya tanpa amaran, menakutkan ramai penduduk dan menjadikan mereka kurang bijak serta berkelakuan yang boleh memudaratkan.

Slide 5: 

Gempa Bumi di Jepun

Gunung Berapi : 

Gunung Berapi bukaan atau rekahan pada permukaan atau kerak bumi yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah permukaan bumi.

Slide 7: 

Gunung berapi di Indonesia

Tanah Runtuh : 

Tanah Runtuh salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian. Kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek.

Tanah Runtuh : 

Tanah Runtuh MANILA 7 Sept. - Sekurang-kurangnya enam terbunuh dan tujuh lagi dilaporkan masih hilang dalam kejadian tanah runtuh yang menimpa berpuluh-puluh buah rumah di pekan Maco, Lembah Compostela, di selatan negara ini.

Tindakan perlu diambil: : 

Tindakan perlu diambil: Sentiasa berwaspada terhadap bencana alam yang mungkin berlaku. Melaporkan serta merta kepada pihak berkenaan jika berlaku bencana alam. Mematuhi arahan pihak berkenaan. Mematuhi amaran pada papan tanda. Membantu menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan bencana alam jika berkemampuan.

Langkah Pencegahan : 

Langkah Pencegahan Memantau dan mengenalpasti kawasan berisiko bencana alam. Papan tanda amaran kawasan yang berbahaya. Contoh: tanah runtuh. Menyediakan pelan laluan keselamatan sebelum berlaku bencana alam. Taklimat tentang perlunya berwaspada terhadap ancaman bencana alam serta langkah keselamatan jika berlaku bencana alam.

Slide 12: 

Di Malaysia, bencana alam jarang berlaku. Bencana alam yang direkodkan di negara ini ialah banjir kilat dan tanah runtuh. Sepanjang 10 tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa peristiwa bencana alam yang mendapat liputan meluas seperti Tragedi Highland Tower pada tahun 1993, kejadian tanah runtuh di Gombak pada tahun 2004 dan banyak lagi. Namun, tragedi hempasan ombak besar Tsunami pada 26 Disember 2004, dan gempa bumi di Sichuan pada 12 Mei 2008 merupakan kejadian-kejadian yang berlaku dan tidak dapat dilupakan.

Faktor-faktor : 

Faktor-faktor Perubahan cuaca Kegiatan ekonomi manusia Pembangunan tidak terancang dengan sempurna

Faktor - Perubahan Cuaca : 

Faktor - Perubahan Cuaca Perubahan cuaca yang dialami oleh kebanyakan negara di dunia ini merupakan salah satu isu yang tidak boleh dipandang remeh. Misalnya, peningkatan suhu panas, peningkatan suhu sejuk, dan banjir kilat. Pengeluaran gas rumah hijau merupakan punca utama kepada terjadinya perubahan cuaca. Gas yang dihasilkan seperti karbon monoksida daripada aktiviti manusia telah memudaratkan lapisan ozon yang semakin menipis yang menyebabkan suhu panas meningkat dari setahun ke setahun. Banjir kilat yang melanda negara-negara bertanah rendah merupakan impak akibat daripada isu perubahan cuaca. Suhu panas yang semakin meningkat termasuk peningkatan suhu di bahagian kutub utara yang menyebabkan pencairan ais. Pencairan ais ini telah menyebabkan paras air laut yang naik yang menyebabkan terjadinya banjir kilat yang telah banyak meragut nyawa dan tempat tinggal.

Kegiatan Ekonomi Manusia : 

Kegiatan Ekonomi Manusia Tindakan manusia seperti aktiviti perindustrian yang membebaskan gas kloroflorokarbon (CFCs) menyebabkan suhu meningkat. Industri yang menyebabkan fenomena ini ialah industri pendingin udara. Industri ini menggunakan CFCs melibatkan pendinginan kenderaan, bangunan, perumahan dan juga penggunaan peti sejuk. Aktiviti penghutanan dan pembalakan secara tidak terancang akan menyebabkan lebihan CO2 dalam udara di samping kehilangan kawasan tadahan air dan berlakunya banjir. Selain itu, pembukaan bandar baru seperti Bandar Muadzam Shah dan bandar-bandar baru yang lain menyaksikan pembersihan hutan dan pemotongan bukit. Perancangan ini memberi kesan kepada hakisan tanah bertambah kerana air dan tanah tidak dapat dihalang.

Pembangunan tidak terancang dengan sempurna : 

Pembangunan tidak terancang dengan sempurna Projek pembinaan empangan yang tidak dirancang dengan sempurna, pembinaannya dijalankan secara tergesa-gesa dan membancuh simen dalam cuaca hujan akan mengakibatkan benteng atau dinding empangan yang dibina itu tidak kukuh. Empangan yang dibina senang pecah dan mengakibatkan berlakunya banjir. Selain itu, sistem perparitan yang tidak dibina dengan sempurna juga akan menyebabkan banjir. Perancangan dan pemilihan kawasan pembinaan perumahan juga tidak harus berdekatan dengan kilang. Rumah yang dibina di bukit atau kawasan tinggi juga menyebabkan tanah runtuh seperti Highland Tower runtuh berlaku pada tahun 1993. Jurutera Perunding Geoteknikal telah mengenal pasti bahawa faktor utama kejadian Highland Tower runtuh adalah disebabkan sistem perparitan di lereng bukit yang tidak dikendalikan dengan sistematik.

Kesan-kesan : 

Kesan-kesan Kemusnahan harta benda dan nyawa Masalah psikologi dan emosi mangsa Ekonomi Negara terjejas Masalah kesihatan

Kemusnahan harta benda dan nyawa : 

Kemusnahan harta benda dan nyawa Banjir yang besar akan menggelamkan rumah kediaman dan merosakkan barang-barang seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Kejadian ini membawa kerugian kepada semua pemangsa. Kemarau yang berlaku berpunca apabila sesuatu kawasan mengalami kekurangan air untuk masa yang panjang. Ini menyebabkan tumbuhan dan haiwan mati kerana kekurangan air. Selain itu, Kejadian gempa bumi boleh membawa kemusnahan persekitaran dan kehilangan nyawa. Contohnya, tragedi gempa bumi di Sichuan telah meragut 70,000 nyawa dan beratus orang masih belum dijumpai. Gempa bumi tersebut juga menyebabkan kerugian sebanyak 6 bilion di kawasan pertanian. Oleh itu, Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan membaiki kerosakan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kerajaan juga perlu menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan, minuman, ubat-ubatan di samping menyediakan petempatan sementara untuk mangsa bencana alam.

Masalah psikologi dan emosi mangsa : 

Masalah psikologi dan emosi mangsa Mangsa bencana alam menghadapi masalah trauma. Contohnya, mangsa  tsunami di Acheh, Indonesia berjaya menyelamatkan diri ke kawasan tinggi telah mengalami trauma yang teruk sehingga takut turun ke kawasan rendah untuk mendapatkan bantuan kerana bimbang bencana alam akan berulang. Tragedi gempa bumi di Sichuan, mangsa menghadapi kesedihan dan kesusahan kerana kehilangan ibu bapa atau anak yang disayangi. Mereka fobia akan suasana bencana alam sehingga mereka sanggup membunuh diri di tempat perkemahan sementara waktu.

Ekonomi Negara terjejas : 

Ekonomi Negara terjejas Kejadian bencana alam yang berlaku menyebabkan sesebuah negara mengalami kesusahan dalam pertumbuhan ekonomi. Contohnya, tragedi gempa bumi yang berlaku di Sichuan telah menyebabkan 20% pengeluaran padi tersebut terhancur di samping mengalami kerugian yang banyak. Sesebuah negara yang menghadapi bencana alam seperti banjir dan gempa bumi terpaksa menghadapi banyak masalah. Contohnya, pelabur asing tidak yakin melabur, hasil pertanian terhancur, bursa saham tutup, syarikat korporat tutup dan lain-lain. Kesannya, kadar pengangguran semakin meningkat kerana tiadanya peluang pekerjaan. Oleh itu, bencana alam yang berlaku di sesebuah negara akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

Masalah Kesihatan : 

Masalah Kesihatan Banjir merupakan bencana alam yang sering berlaku di kebanyakan negara. Kesan yang paling teruk adalah menjejaskan kesihatan manusia. Ini menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama lumpahan air. Najis ini juga akan bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria. Perkembangan Industri dan teknologi meningkat sejajar dengan pertambahan penduduk dan menimbulkan pencemaran di dalam udara. Aktiviti-aktiviti manusia termasuklah pembakaran terbuka, asap kenderaan bermotor, kegiatan pertanian dan perindustrian telah menyebabkan gas-gas yang bahaya kepada kesihatan manusia hadir di dalam udara. Contohnya gas karbon monosida boleh menyebabkan kematian, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida boleh menyebabkan kesan di bahagian saluran pernafasan serta kesan kerosakan kepada paru-paru dan sesak nafas dan sebagainya. Malaria = penyakit demam yg disebabkan oleh kuman melalui gigitan nyamuk Taun = penyakit muntah-muntah dan selalu buang air

Kesimpulan : 

Kesimpulan Bencana alam merupakan petanda semula jadi ekoran daripada perubahan ekosistem alam. Walaupun berlakunya bencana alam tetapi langkah-langkah perlu disediakan untuk menghadapi bencana alam. Amalan “Sediakan payung sebelum hujan” perlu diamalkan untuk mengelakkan nyawa manusia terkorban. Semua pihak perlu bersedia memberi bantuan kecemasan kepada pihak yang memerlukan. Usaha murni ini berupaya meringankan kesengsaran mangsa.

Soalan-soalan : 

Soalan-soalan Bencana alam turut berlaku di negara ini. Banjir, gempa bumi, tanah runtuh, dan gunung berapi merupakan antara bencana alam tersebut. Nyatakan punca-punca dan usaha-usaha menangani masalah ini.

Slide 26: 

Terima Kasih Disediakan oleh : Wong Sek Yau