Kemahiran bernilai tambah

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (konstruktivisme + kontekstual):

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH ( konstruktivisme + kontekstual )

Konsep konstruktivisme:

Konsep konstruktivisme menekankan pembinaan konsep yang asas sebelum konsep itu dibangunkan dan kemudiannya diaplikasikan apabila diperlukan.

PowerPoint Presentation:

Menurut Brooks (1998), manusia membentuk pemikiran dan membina pemahaman berdasarkan peristiwa yang mereka alami sebelum ini . teori konstruktivisme menekankan pembinaan konsep melalui pengetahuan lepas . Menurut Jones (1997), konstruktivisme ialah proses menambah dan mensintesis maklumat baru berpandukan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan satu maklumat baru.

PowerPoint Presentation:

Hasilannya , individu akan membentuk pemahamannya sendiri dan suatu konsep tertentu berhubung pengetahuan dan maklumat berkenaan . Pengetahuan sedia ada Pengetahuan baru Konsep sendiri

Prinsip-prinsip Konstruktivisme::

Prinsip-prinsip Konstruktivisme : Pengetahuan dibina pelajar . Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu . Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif , domain afektif dan domain psikomotor . Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman . Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri . Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka . Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru . Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang

PowerPoint Presentation:

Sells dan Glasgow (1998) = konstruktivisme menekankan penerokaan dan penemuan kendiri melalui aktiviti penyelesaian masalah . teori ini sesuai digunakan untuk gaya pembelajaran reflektif kerana pelajar mengaitkan pengetahuan dan pengalaman lepas untuk membentuk pemahaman baru .

Konstruktivisme 5 Fasa Needham:

Konstruktivisme 5 Fasa Needham

PowerPoint Presentation:

Fasa orientasi : (Engage ) menarik perhatian , minat , dan memotivasikan pelajar . contoh = tunjuk cara / demonstrasi , tayangan filem , tayangan video , keratan akhbar , mengemukakan soalan-soalan yang boleh menjanakan perasaan ingin tahu kepada pelajar-pelajarnya . Kesan = pelajar lebih berfikir dan lebih seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan dalam bilik darjah .

PowerPoint Presentation:

( ii ) Fasa Pencetusan idea: (Explore ) mengenalpasti kerangka alternatif pelajar . Idea-idea pelajar yang terdahulu dikenalpasti melalui soalan-soalan yang diajukan untuk mendorong mereka berfikir mengapa idea mereka tidak selari dengan idea saintifik . Soal jawab yang mendorong pemikiran boleh dijalankan oleh guru. Guna kaedah inkuiri untuk menyelongkar dan menyiasat melalui kaedah eksperimen . Contoh = amali , perbincangan dalam kumpulan kecil , pemetaan konsep dan laporan .

PowerPoint Presentation:

Kesan = pelajar lebih berfikir , seronok dan lebih berkemahiran sosial . Pelajar lebih berfikir kerana dalam membina pengetahuan baru pelajar akan berfikir untuk menyelesaikan masalah , menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinanan

PowerPoint Presentation:

( iii ) Fasa Penstrukturan Semula idea : ( Explain ) mengubahsuai kerangka alternatif kepada idea saintifik . Idea-idea baru akan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan kecerdasan pelajar . Penerangan beserta dengan aktiviti yang sesuai dengan kecerdasan masing-masing akan digunakan untuk membantu membentuk konsep yang baru ini . membuat definisi , menerangkan konsep , menyoal tentang penerangan lanjutan dan meminta justifikasi serta penjelasan .

PowerPoint Presentation:

Contoh = perbincangan dalam kumpulan kecil dan membuat laporan . Kesan = pelajar lebih yakin dan berani mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan . Pelajar mempunyai banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutama melalui perbincangan dalam kumpulan .

PowerPoint Presentation:

( iv ) Fasa Aplikasi idea: ( Elaborate ) mengenalpasti idea yang baru diubahsuai / dibina dalam fasa penstrukturan semula idea dapat diaplikasi dalam situasi yang baru . Konsep yang telah dibina di kaitkan dan dikembangkan di dalam bidang yang lain atau di dalam dunia sebenarnya . Contoh = penulisan sendiri kerja projek oleh pelajar .

PowerPoint Presentation:

Kesan = pelajar lebih faham dan ingat . Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru .

PowerPoint Presentation:

(v) Fasa Refleksi (Evaluate ) menilai kefahaman murid dan menilai sama idea terdahulu telah berubah . Contoh = soal pelajar secara reflektif Kesan = pelajar dapat menilai adakah mereka faham dan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka .

Contoh Aktiviti Dalam P&P:

Contoh Aktiviti Dalam P&P

Perbincangan:

Perbincangan Guru memberi sebuah tajuk kepada pelajar Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk berbincang . Contoh tajuk : Makanan Ringan

Perdebatan:

Perdebatan Kumpulan - kumpulan pelajar tadi dibenarkan untuk berdebat tentang pendapat mereka . Melalui perdebatan ini , pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mengutarakan pendapatnya .

Eksplorasi:

Eksplorasi Setelah berdebat , guru mengalakkan pelajar untuk mencari maklumat tambahan sama ada dari perpustakaan atau internet untuk mendapatkan pengetahuan-pengetahuan baru .

Pembinaan:

Pembinaan Melalui pengetahuan sedia ada serta pengetahuan yang baru , guru menyuruh pelajar menulis penulisan seperti pidato , debat atau syarahan untuk menguatkan lagi pengetahuan pelajar berdasarkan penyepaduan pengetahuan tersebut .

PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL :

PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

DEFINISI:

DEFINISI Kaedah yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu , masyarakat dan alam pembelajaran . Kaedah pembelajaran yang konkrit .

PowerPoint Presentation:

Pengetahuan sedia ada Pengetahuan baru Pembelajaran akan berlaku apabila mereka dapat memproses maklumat dan pengetahuan baru dengan cara bermakna dalam minda mereka .

Pembelajaran lebih bermakna sekiranya guru meyampaikan dari konteks yang lebih bermakna:

Pembelajaran lebih bermakna sekiranya guru meyampaikan dari konteks yang lebih bermakna 1) Budaya 2) Fizikal 3) Sosial

Pendekatan kontekstual merestasi kurikulum:

Pendekatan kontekstual merestasi kurikulum

Kaedah Pembelajaran Kontekstual:

Kaedah Pembelajaran Kontekstua l Murid Dapat mengaitkan isi pelajaran dengan pekerjaan dan kehidupan . Boleh memindahkan kemahiran Boleh belajar bekerjasama Dapat meneroka dan mendapat bukti

PowerPoint Presentation:

Guru Dapat menjadikan pengajaran sebagai pegalaman yang berjaya Dapat mengaitkan prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan

Kepentingan Kontekstual Pembelajran dan Pengajaran :

Kepentingan Kontekstual Pembelajran dan Pengajaran Individu memiliki pelbagai kecerdasan Pembelajaran yang menagambil kira pelbagai gaya pembelajaran Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri

authorStream Live Help