SISTEM RANGKA

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

Slide 1:

SISTEM RANGKA DISEDIAKAN OLEH : NORHAZRATUL NAIM ZANORDIN NORSHAMIMAH YUSOP MUNIRA MOHAMAD

KANDUNGAN:

KANDUNGAN SISTEM RANGKA FUNGSI TULANG STRUKTUR TULANG RANGKA AKSIAL RANGKA APENDIKULAR SENDI

Komponen Sistem Rangka :

Komponen Sistem Rangka Tulang Skeletal manusia terdiri daripada 206 tulang yang dibahagikan kepada tengkorak, tulang aksil dan tulang apendikular. Tengkorak dan tulang aksial berjumlah 80 tulang dan tulang-tulang apendikular pula berjumlah 126 tulang. Tulang Aksial Tulang Apendikular Tengkorak Sternum Tulang rusuk Ruas tulang vertebra Tulang skapula Klavikle Tulang-tulang lengan Tulang pelvic Tulang-tulang kaki

Slide 4:

Tulang apendikular Tulang aksil GAMBARAJAH SISTEM RANGKA

LENGKUNGAN PEKTORAL:

LENGKUNGAN PEKTORAL Terdiri daripada 2 tulang iaitu: Tulang klavikel -Berbentuk rod dan melengkung sedikit. -Bersendi dengan manubrium pada suatu hujung dan cuaran akromion pada suatu hujung yang lain. -Berfungsi untuk mengalirkan daya daripada lengan kepada badan manusia Tulang skapula - Berbentuk sekeping tulang leper yang berupa segitiga. - Membentuk cuaran akromion dan cuaran korakoid yang dianjur daripada spina skapula. - Lesung glenoid(bahagian tulang skapula) bersendi dengan kepala tulang humerus anggota hadapan

Slide 6:

LENKUNGAN PELVIS Terdiri daripada 2 tulang kiri dan kanan yang simetri. Tulang-tulang pada kedua-dua bahagian ini bercantum antara satu sama lain di simfisis pubis pada bahagian ventral. Lengkungan ini terbahagi kepada: Ilium yang bersendi dengan sakrum. Iskium (atau tulang pelana) Pubis (atau tulang ari-ari)

FUNGSI SISTEM RANGKA:

FUNGSI SISTEM RANGKA Sokongan Tulang rangka membentuk kerangka tegar bagi pelekatan tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh. Contoh : Otot rangka dilekatkan pada tulang-tulang rangka. Perlindungan Tengkorak, kolum vertebra, sangkar rusuk dan kaviti pelvik melingkari dan melindungi organ-organ penting. Contoh : Tengkorak melindungi otak

Slide 8:

Pergerakan Tulang-tulang bertindak sebagai tuas apabila otot-otot yang melekat padanya menguncup lalu menghasilkan gerakan berpaksi pada sendi. Contoh : Sendi siku – ulna dan humerus Pembentukan sel-sel darah Sum-sum merah tulang orang dewasa menghasilkan sel-sel darah merah, putih dan platlet. Tulang-tulang yang terlibat adalah sternum, sebahagian daripada pelvis, femur dan humerus.

Slide 9:

Penyimpanan mineral Sebahagian besar dari matriks tulang terdiri daripada kalsium dan fosforus . Mineral ini menjadikan tulang-tulang tegar dan tahan terhadap tekanan . Mineral-mineral ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan bahagian lain tubuh apabila diperlukan . Contoh : Kekurangan kalsium dalam diet, menyebabkan kalsium dikeluarkan untuk kegunaan bahagian tulang yang lain seperti untuk penguncupan otot.

STRUKTUR SISTEM RANGKA:

Tulang-tulang boleh diklasifikasikan berdasarkan kepada empat bentuknya. Tulang panjang Secara umumnya lebih panjang, lebar dan berfungsi sebagai tuas. Kebanyakannya adalah tulang-tulang mampat. Contoh: Tulang pada tangan (humerus, radius, ulna, metakarpal dan falanges) kaki (femur, tibia, fibula, metatarsal, falangus) kecuali pergelangan tangan dan pergelangan kaki. STRUKTUR SISTEM RANGKA

Tulang Panjang:

Tulang Panjang

Slide 12:

b) Tulang pendek Secara umumnya tulang-tulang pendek berbentuk kiub dan didapati di ruang-ruang yang tertutup. Tulang-tulang ini berperanan memindahkan daya. Tulang-tulang ini berongga. Contoh : Tulang-tulang pergelangan tangan (karpal) dan pergelangan kaki (tarsal).

Tulang Pendek:

Tulang Pendek

Slide 14:

Tulang leper/pipih Tulang-tulang ini berbentuk pipih, nipis dan melengkung. Tulang-tulang ini berfungsi sebagai tempat pelekatan otot-otot dan melindungi organ-organ di bawahnya. Contoh : Tulang-tulang kranium, rusuk dan sternum.

Slide 15:

Tulang-tulang tak sama bentuk berfungsi sebagai tempat pelekatan otot atau artikulasi. Contoh : Tulang-tulang vertebra (servikel, torasik, lumbar, sakrum dan koksiks) Tulang telinga tengah (stapes, inkus, maleus). Tulang tak sama bentuk

Tulang tak tentu bentuk:

Tulang tak tentu bentuk

RANGKA PAKSI :

RANGKA PAKSI

Tengkorak:

Tengkorak Rangka atau tulang-tulang tengkorak berfungsi untuk melindungi kepala dan organ-organ dalam kepala. Tulang-tulang vertebra terdiri daripada 33 ruas tulang bersendi. Pada setiap hujungnya terbentuk satu turus yang boleh luntur. Turus vertebra berfungsi untuk melindungi saraf tunjang yang terletak dibahagian tengahnya. Diantara tulang-tulang vertebra, terdapat cakera rawan yang bertindak sebagai kusyen untuk penyerap hentakan(daya) dan mengurangkan geseran semasa pergerakan. Sangkar rusuk berfungsi untuk melindungi jantung dan peparu . Sangkar rusuk Turus vertebra

Slide 19:

TENGKORAK

Slide 21:

SANGKAR TORASIK

Slide 23:

Bahagian-bahagian turus vertebra ialah: 7 vertebra serviks - Bahagian leher 12 vertebra toraks - Bahagian toraks 5 vertebra lumbar - Bahagian pinggang 5 vertebra sakrum - Bahagian punggung 4 vertebra koksiks - Bahagian hujung tulang belakang TURUS VERTEBRA

Slide 24:

Bahagian vertebra Ciri binaan dan fungsi Salur saraf Satu rongga di bahagian tengah vertebra Berterusan dalam ruas-ruas vertebra yang lain Menempatkan saraf tunjang Lengkuk saraf Lengkuk yang mengelilingi salur saraf Melindungi saraf tunjang Cuaran spina Satu suaran yang memanjang ke belakang Menyediakan permukaan untuk perlekatan otot

Slide 25:

Bahagian vertebra Ciri binaan dan fungsi Cuaran melintang Sepasang struktur yang terjulur ke sisi. Menyediakan permukaan untuk perlekatan otot Sentrum Struktur pejal dan tegar Memberi sokongan dan menahan mampatan Muka sendi Permukaan untuk persendian dengan tulang yang lain

Slide 26:

Sakrum 5 vertebra yang bertaut membentuk satu tulang tunggal berbentuk segi tiga mempunyai: Cuaran spina yang pendek dan bersambung 4 pasang bukaan untuk membolehkan salur darah dan saraf melaluinya Muka sendi pada sisinya untuk bersendi dengan ilium lengkungan pelvis Koksiks 4 tulang yang bertaut membentuk struktur segi tiga dan meruncing pada satu hujung Vertebra ini terletak di bahagian posterior sakrum dan melekat padanya

Slide 27:

STRUKTUR AM VERTEBRA

Slide 28:

VERTEBRA ATLAS

Slide 29:

VERTEBRA SERVIKS

Slide 30:

VERTEBRA ATLAS

Slide 32:

Kranium Berfungsi untuk melindungi otak. Mempunyai 8 kepingan tulang yang berasingan bercantum melalui satur(sendi tak bergerak). Soket mata (atau Orbit) Berfungsi untuk melindungi kedua-dua bebola mata. Tulang hidung Berfungsi untuk menyokong tisu-tisu hidung yang lembut. Lubang telinga Berfungsi untuk melindungi bahagian dalam telinga. TENGKORAK

Slide 33:

5. Rahang atas (atau Maksila) Berfungsi menyokong barisan gigi atas. 6. Rahang bawah (atau Mendibel) Berfungsi menyokong barisan gigi bawah. Rahang berkebolehan untuk bergerak, iaitu untuk menguyah makanan dan sebagainya. 7. Bukaan pada dasar tengkorak Berfungsi untuk menyambung tengkorak dengan turus vertebra.

Slide 34:

Sangkar toraks Terdiri daripada 12 pasang tulang rusuk yang bersendi dengan vertebra toraks dan sternum Pasangan pertama hingga ke-7 merupakan tulang rusuk sebenar yang bersambung dengan sternum, manakala pasangan yang lain dikenali sebagai tulang rusuk palsu Pasangan ke-8 hingga ke-10 tidak bersambung terus dengan sternumtetapu bercantum dengan tulang rusuk ke-7 Pasangan tulang rusuk ke-11 dan ke-12 tidak bertaut dengan sternum atau pasangan tulang rusuk yang lain .

SENDI:

SENDI

Slide 36:

PENGENALAN Sendi adalah tempat dua atau lebih tulang bertemu. Permukaan tulang yang bertemu dengan tulang lain dikenali sebagai permukaan artikular

Jenis-Jenis Sendi:

Jenis-Jenis Sendi BERDASARKAN FUNGSI (PERGERAKAN) BERDASARKAN STRUKTUR Diarthroses Sendi sinovial Synarthroses Amphiarthroses Sendi fibrous Sendi Cartilagenous SENDI

Synarthroses:

Synarthroses Tiada pergerakan Tulang-tulang tengkorak Sendi antara gigi dengan maksila dan mandibel Kedudukan tulang adalah rapat

Amphiarthroses:

Amphiarthroses Pergerakan yang sedikit. Contoh : Artikulasi distal antara tibia dengan fibula Artikulasi antara turus vertebra

Diarthroses:

Diarthroses Pergerakan pelbagai arah. Contoh : sendi lutut sendi bahu Sendi pinggul

Slide 41:

SENDI CONTOH PERGERAKAN Sendi lesung Sendi bahu, sendi pinggul Sendi engsel Sendi bahu, sendi pinggul Sendi siku dan lutut Sendi kondil/Sendi bonggol Sendi di pergelangan tangan dan pergelangan kaki Sendi antara metakarpal dan metatarsal Rotasi Fleksi , ekstensi , hiperekstensi, abduksi Fleksi , ekstensi , abduksi adduksi , Sirkumduksi

Slide 42:

SENDI CONTOH PERGERAKAN Sendi pangsi/paksi 􀁸 Sendi antara ulna dan radius Sendi gelungsur 􀁸 Sendi antara tulang tarsal dan tulang karpal Sendi pelana 􀁸 Sendi pada bahagian bawah ibu jari tangan Pronasi , supinasi , rotasi Pergerakan adalah secara mendatar ke hadapan atau ke belakang dan ke kiri atau ke kanan Fleksi , ekstensi , abduksi , sirkumduksi

SENDI ENGSEL:

SENDI ENGSEL

SENDI PELANA:

SENDI PELANA

SENDI LESUNG:

SENDI LESUNG

SENDI PANGSI:

SENDI PANGSI

SENDI GELUNGSUR:

SENDI GELUNGSUR

STRUKTUR SENDI SINOVIAL:

STRUKTUR SENDI SINOVIAL

PERGERAKAN ROTASI:

PERGERAKAN ROTASI

PERGERAKAN SUPINASI:

PERGERAKAN SUPINASI

PERGERAKAN FLEKSI DAN SIRKUMDUKSI:

PERGERAKAN FLEKSI DAN SIRKUMDUKSI SIRKUMDUKSI

SENDI ENGSEL ( ABDUKSI ):

SENDI ENGSEL ( ABDUKSI )

SENDI LESUNG ( INVERSION AND EVERSION ):

SENDI LESUNG ( INVERSION AND EVERSION )

Slide 54:

HUMERUS RADIUS PATELA TIBIA KRANIUM SKAPULA TULANG RUSUK ULNA STERNUM FIBULA PELVIS FEMUR TURUS VERTEBRA KARPAL METAKARPAL TARSAL METATARSAL MANDIBEL

Slide 55:

LENGKUNGAN PELVIS

Slide 56:

LENGKUNGAN PEKTORAL

SEKIAN:

SEKIAN