Slide 1: PENGENALAN PERPUSTAKAAN AMINAH BINTI ALI
PUSTAKAWAN
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI TERENGGANU
PENDAHULUAN : Perpustakaan adalah pusat maklumat dan ilmu pengetahuan yang penting. Perpustakaan wujud semasa berkembangnya kebudayaan Sumeria, Babylon dan Assyria yang terletak di Lembah sungai Tigris dan Eupharates sekitar tahun 3000 hingga 650 SM. PENDAHULUAN
Slide 3: Sejarah perpustakaan membuktikan kepada kita kepentingannya sebagai pusat penyimpanan tamadun ilmu. Kebudayaan-kebudayaan lampau yang besar seperti di Greek, Mesir dan Islam memberi penekanan kepada pembangunan ilmu dan perpustakaan. Pada waktu itu, pustakawan diberi tanggungjawab menguruskan perpustakaan seringkali terdiri daripada individu yang terpelajar dan adalah cendiakawan pada zamannya.
Slide 4: Pada hari ini, perpustakaan juga sering dikenali dengan nama pusat sumber. Ada juga dikenali sebagai pusat maklumat. Perpustakaan ataupun pusat sumber pada hari ini berhadapan dengan pelbagai format bahan maklumat yang begitu banyak dihasilkan. Oleh itu, para pustakawan menghadapi cabaran yang hebat bagi mengendalikan perpustakaan dengan baik. Pada waktu yang sama, perpustakaan perlu mampu bersaing dengan pembekal-pembekal maklumat yang lain. Pengetahuan dan kemahiran perlu dikemaskini secara berterusan supaya setiap tugas dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
SEJARAH : Perpustakaan di Asia Barat
Sejarah tulisan, ilmu dan perpustakaan dipercayai bermula semasa berkembangnya kebudayaan Sumeria, Babylon dan Assyria yang terletak di Lembah Sungai Tigris dan Eupharates sekitar tahun 3000 hingga 650 SM. Lembah itu sekarang berada
di dalam negara Iraq. SEJARAH PERPUSTAKAAN
Slide 6: Tulisan
Orang Sumeria dipercayai mencipta tulisan dalam bentuk kuniform (cuneiform). Ia adalah tulisan bentuk baji (wedge) yang ditekan diatas kepingan tanah liat.
Tulisan dihasilkan guna sejenis rumput panjang/lalang yang tumbuh dikawasan paya Mesopotamia
Awalnya tulisan kuniform dalam bentuk gambar – bentuk ideogram (simbol yang menjadi wakil kepada konsep yang disampaikan).
Slide 7: Isi kandungan Tulisan
Rekod maklumat perniagaan (ditulis oleh para pentadbir kerajaan)
Lain-lain :
Teks berkaitan upacara agama seperti teks sembahyang, doa dan mantera.
(semua kepingan tanah liat ini simpan dalam kuil-kuil)
Slide 8: Mesir
Menulis menggunakan kepingan daun papirus (papyrus) yang tidak tahan lama berbanding kepingan tanah liat, sebab itu sedikit hasil tulisan Mesir yang sampai kepada kita sekarang.
Selain dari tulisan pada daun papirus, patung dan kepingan tembikar yang terselamat daripada ancaman cuaca dan perang sehingga hari ini.
Orang Mesir mencipta tulisan mereka sendiri iaitu hieroglyph yang terdiri daripada gambar-gambar ini adalah wakil kepada konsep ataupun perkara yang mereka hendak sampaikan.
Slide 9: Perpustakaan Mesir yang masyhur :
Perpustakaan yang didirikan pada abad ke 13 SM oleh Raja Ramses II. Ia adalah sebahagian dari kuil pengebumiannya yang terletak di Thebes.
Koleksi : puisi, sejarah, pertanian, astronomi dan kejuruteraan.
Dilengkapi : galeri gambar, dewan makan dan perpustakaan yang dipercayai digunakan oleh raja sesudah kematiannya.
Slide 10: Kerajaan Assyrian
Runtuhan kota lama Nineveh, pengkaji sejarah jumpa kira-kira 25000 keping tanah liat yang kini disimpan di Muzium British di London. Kota Nineveh ini sekarang terletak di Iraq.
Koleksi : sejarah, tatabahasa, undang-undang, geografi dan ternakan.
Slide 11: Zaman Greek (sekitar tahun 600 SM)
Raja Alexander atau Iskandar dari Macedonia, yang menghargai ilmu dan karya disetiap negeri yang dijajahnya. Ahli sejarah kenalpasti 16 kota yang dibina Iskandar.
Kota yang paling masyhur terletak ditepi pantai Mesir iaitu Kota Iskandariah dan disini terbina Perpustakaan Iskandariah (Alexanderia library) tahun 290 SM.
Slide 12: Dipercayai menyimpan 700,000 golongan papirus yang mengandungi pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
Perpustakaan ini musnah sedikit demi sedikit akibat beberapa malapetaka.
Bina semula oleh kerajaan mesir di atas tapak yang dipercayai tapak asalnya
Dibuka pada tahun 2002 (Bibliotecha Alexanderia)
Slide 13: Perpustakaan Dunia islam
Apabila Islam muncul pada abad ke 7, dapat dikatakan tidak ada karya tulisan lain selain Quran. Sebelum kedatangan Islam, hasil kesusasteraan yang ada dikalangan orang arab hanya sastera ataupun cerita lisan. Apabila turunnya Quran, ia menjadi objek kerajaan para cendekiawan dan tulisan mula digunakan dan berkembang dengan meluas. Dalam tempoh 300 tahun, sesudah kedatangan Islam, perpustakaan berkembang dari Sepanyol ke India dan ke bekas tanah jajahan Rome, Byzantine dan Parsi.
Slide 14: Khalifah Abbasiyah iaitu al-Mamun yang memerintah pada tahun 813 hingga 833 mendirikan perpustakaan yang dinamakan Bayt al-Hikma (Rumah Kebijaksanaan atau House of Wisdom) di Baghdad.
Abad ke-10, perpustakaan awam sebenar ditubuhkan dikenali Dar al-Ilm (Dewan Sains atau Hall of Science).
Zaman khalifah kerajaan (Imayyad menjajah Sepanyol tahun 710 – Kota Cardoba menjadi paling maju di Eropah telah menjadi pusat pendidikan dan pusat kajian utama dalam bidang agama Islam, matematik, astronomi dan perubatan.
Slide 15: Di Kanstantinopel – banyak bazar buku dan hampir 70 perpustakaan yang menarik para cendiakawan dari seluruh dunia Islam dan pelawat beragama Kristian dari Eropah.
Tahun 1004 – satu lagi Dar al-Ilm didirikan di Kaherah dan dibuka kepada orang ramai. Muncul juga madrasah sebagai pusat mengajar agama dan undang-undang islam.
Di madrasah, muncul juga perpustakaan seperti Dar al-Khutub (Hall of Books) di Madrasah Nizamiyya di Baghdad tahun 1064 oleh Nizam al-Mulk.
Slide 16: Perpustakaan di Masjid :
Sebagai pusat pengembangan ilmu agama islam seperti di Aleppo, Damaskus dan Kaherah banyak terima derma orang ramai.
Masjid Besar Damaskus mempunyai koleksi 5000 naskah dan disimpan dalam 20 almari kaca. Sehingga pencerobohan tentera Mongol, dianggarkan 36 perpustakaan di Baghdad dan 20 daripadanya adalah perpustakaan awam.
Slide 17: Perpustakaan di Barat
Bermula pada pertengahan abad ke 13. buku-buku berasal dari perpustakaan Baghdad dan kota-kota Islam yang lain mula bergerak ke barat seperti buku-buku falsafah Greek, sains dan perubatan Islam mula diterima dan dipelajari di universiti-universiti Eropah.
Buku-buku Greek dan Arab diterjemah ke dalam bahasa Latin. Pertumbuhan perpustakaan di universiti Sepanyol, Itali dan Perancis hanya bermula pada abad ke 5.
Pada akhir abad ke 13, Perpustakaan Sorbanne ditubuhkan (1257) untuk pembelajaran teologi di Universiti Paris merupakan perpustakaan terbaik di Eropah .
Slide 18: Di Amerika Syarikat, sejarah Perpustakaan Kongres yang terkenal itu bermula pada tahun 1800 apabila ia ditubuhkan di Washington. Pada mulanya, perpustakaan kecil diwujudkan bagi kegunaan ahli-ahli Kongres terutamanya dalam bidang undang-undang parlimen.
Selepas Perang Saudara Amerika Syarikat, perpustakaan ini mula mengumpulkan bahan-bahan maklumat bercetak dan manuskrip.
Perpustakaan Kongres ini berperanan mengetuai perpustakaan dan profesioen pustakawan di Amerika Syarikat.
Slide 19: Perpustakaan Di Malaysia
Sejarah perpustakaan di Malaysia bermula pada tahun 1956 apabila Malayan Library Group (MLG) menghantar memorandum iaitu Public library services for the Federation of Malaya. Memorandum ini mencadangkan penubuhan Lembaga Perpustakaan Negara yang mempunyai kuasa eksekutif bagi memulakan perkhidmatan Perpustakaan Negara. Pada tahun 1959 hingga 1961, usaha ke arah menubuhkan Perpustakaan Negara digerakkan oleh beberapa badan profesional, persatuan dan pertubuhan seperti Persatuan Perpustakaan Malaysia, organisasi swasta dan orang perseorangan. Pada tahun 1962, Yayasan Lee menyumbang derma sebanyak RM500,000.00 bagi memulakan tabung Perpustakaan Negara.
Slide 20: Tahun 1963, Arkib Negara Malaysia menyediakan laporan kajian berkenaan penubuhan Perpustakaan Negara di K. Lumpur.
Tahun 1966, Kerajaan memberikan tanggungjawab menubuhkan Perpustakaan Negara kepada Jawatankuasa Perpustakaan Negara. Tahun yang sama juga Akta Pemeliharaan Buku-Buku diluluskan.
Perpustakaan Negara ditubuhkan sebagai unit dibawah Arkib Negara bagi melaksanakan akta ini.
1 September 1972, Akta Perpustakaan Negara diluluskan dan bahagian rujukan dibuka kepada awam di Bangunan UMBC.
Tahun 1975, Perkhidmatan pinjaman awam dimulakan.
Tahun 1977, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menjadi Jabatan Kerajaan Persekutuan.
Slide 21: Tahun 1982, PNM dilantik sebagai Pusat Kebangsaan bagi International Standard Book Number (ISBN). Tahun berikutnya pula, PNM diisyhtiharkan sebagai Pusat Manuskrip Melayu.
Tahun 1986, Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 mengantikan Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1986.
Akta Perpustakaan Negara 1972 dipinda pada tahun 1987 dan PNM diletakkan dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
Tahun 1988, PNM memperoleh sistem komputer pertamanya dan Sistem Pembekalan Penerbitan dilancarkan.
Tahun 1990, PNM memulakan Sistem Katalog Awam Atas Talian (OPAC).
Tahun 1992, PNM berpindah ke bangunan barunya di Jalan Tun Razak.
Slide 22: Perpustakaan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut fungsinya.
Jenis-jenis perpustakaan yang ada adalah:-
1. PERPUSTAKAAN NEGARA
2. PERPUSTAKAAN AWAM
3. PERPUSTAKAAN AKADEMIK
4. PERPUSTAKAAN SEKOLAH
5. PERPUSTAKAAN KHUSUS JENIS DAN FUNGSI/ PERANAN PERPUSTAKAAN
1. PERPUSTAKAAN NEGARA : FUNGSI / PERANAN PERPUSTAKAAN
Menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan masa depan suatu koleksi sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan.
Memudahkan penggunaan di seluruh negara sumber perpustakaan yang terdapat di dalam dan di luar Negara. (Pusat Bibliografik Negara)
Mengadakan kepimpinan dalam perkara yang berkaitan dengan perpustakaan.
menyimpan dan memperluaskan penggunaan koleksi terbitan dalam negaranya serta koleksi mengenai negara yang diterbitkan di luar negara. 1. PERPUSTAKAAN NEGARA
Sambungan… : KOLEKSI PERPUSTAKAAN
Buku
Koleksi Monograf Malaysiana
Koleksi Monograf Luar Negara
Terbitan Bersiri
Koleksi Terbitan Bersiri Umum
Suratkhabar Luar Negara
Majalah / Jurnal Luar Negara
Kertas Persidangan
Keratan Akhbar
Peta
Sumber Media
Cakera video digital
Kaset audio
Kit
Manuskrip
Koleksi Khas
Malaysiana
Bukan Malaysiana Sambungan…
2.PERPUSTAKAAN AWAM : FUNGSI / PERANAN PERPUSTAKAAN
Tempat mendapatkan maklumat oleh setiap orang secara percuma dan tanpa apa-apa had.
Menyediakan bahan maklumat dari bahan buku yang sesuai dengan dengan kehendak masyarakat
Sebagai tempat menyediakan rekreasi dan memperkembangkan kebudayaan bangsa dengan kerjasama lain-lain organisasi.
Membantu dalam meninggikan perpaduan dan muhibbah selaras dengan kehendak Dasar Ekonomi Baru.
Menolong meninggikan tahap pengetahuan di kalangan masyarakat luar bandar khasnya.
Mengembangkan dan menggalakkan penggunaan buku-buku di Perpustakaan Awam untuk rujukan dan pinjaman.
Memaju dan menggalakkan kemudahan, perkhidmatan dan sumber-sumber perpustakaan
Menjadi agensi pengelola untuk meminjam dan tukar-menukar buku-buku
atau lunas antara Negeri dan di antara Perpustakaan Awam dengan Perpustakaan Negeri. 2.PERPUSTAKAAN AWAM
Sambungan… : KOLEKSI PERPUSTAKAAN
Terbitan Berkala
Laporan Seminar & Kertas Kerja
Buku-buku Nadir
Tesis
Buku
Audio Visual
Risalah / Dokumen Rasmi Kerajaan
Keratan Akhbar Sambungan…
3. PERPUSTAKAAN AKADEMIK : FUNGSI / PERANAN PERPUSTAKAAN
Memenuhi keperluan maklumat Universiti dalam kegiatan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan perundingan.
Memperkukuhkan program pendidikan pelanggan ke arah pembelajaran sepanjang hayat. 3. PERPUSTAKAAN AKADEMIK
Sambungan… : KOLEKSI PERPUSTAKAAN
Buku Teks
Jurnal Bercetak
Bahan Bibliografi dan Abstrak
Koleksi Buku Rujukan
Koleksi Tesis / Laporan Projek
Buku Untuk Pinjaman Jangka Pendek
Koleksi Bahan Pandang Dengar
Pangkalan Data dalam Talian
Jurnal Elektronik
Koleksi Suratkhabar Sambungan…
4. PERPUSTAKAAN SEKOLAH : FUNGSI / PERANAN PERPUSTAKAAN
Sebagai suatu pusat pengumpulan, penyebaran dan penghasilan bahan sumber maklumat.
Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran .
Penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat .
Penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan .
Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum .
Pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri . 4. PERPUSTAKAAN SEKOLAH
Sambungan… : KOLEKSI PERPUSTAKAAN
Buku Fiksyen / Bukan Fiksyen
Buku Rujukan
Bahan Bukan Bercetak
Carta
Model
Peralatan / Perkakasan
Perisian
Bahan 3 dimensi
Tayang / Bukan Tayang Sambungan…
5. PERPUSTAKAAN KHUSUS / KORPORAT : FUNGSI / PERANAN PERPUSTAKAAN
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, dinamik dan sistematik
Mengendalikan dan mengemaskinikan segala koleksi dengan sempurna dan teratur
Memberikan perkhidmatan yang cepat, cekap, tepat dan mesra kepada pelanggannya 5. PERPUSTAKAAN KHUSUS / KORPORAT
Sambungan… : KOLEKSI PERPUSTAKAAN
Buku Umum
Koleksi Buku Rujukan
Koleksi Jurnal
Koleksi Bahan Terbitan Bersiri
Pangkalan Data dalam Talian
Koleksi Khas
Koleksi Media
Dokumen Sambungan…
Slide 33: SEKIAN,
TERIMA KASIH