perbezaaan pencapaian matematik sekolah bandar & luar bandar

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

Slide 1:

SME3023 ISU & TREND DALAM PENDIDIKAN UNTUK SAINS MATEMATIK TAJUK : PERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK SEKOLAH BANDAR / LUAR BANDAR AHLI KUMPULAN : MOHD ASRUL AZWAN ABDUL RAHMAN (D20072031739) MAISARAH ABD RAHIM (D20072030856) RAJA NUR FARAHANIM RAJA ABDUL RAHMAN (D20072030861) KURSUS : PEND. TEK. MAKLUMAT (AT20) PENSYARAH : DR. LIM CHING HIN

KANDUNGAN:

KANDUNGAN PENGENALAN PENDAPAT / PANDANGAN PIHAK-PIHAK BERKENAAN MENGAPA BERLAKU CADANGAN ATAU CARA ATASI PANDANGAN KAMI

PENGENALAN:

PENGENALAN

PENGENALAN:

PENGENALAN PENCAPAIAN : Pencapaian dalam akademik ialah pengetahuan atau kemahiran yang diperoleh dalam mata pelajaran yang dipelajari disekolah. >> Menurut Mat Razak Bin Abdullah, dalam tesisnya iaitu Kesan Sikap Terhadap Pencapaian Mata Pelajaran Matematik Tambahan (2004)

Slide 5:

MATEMATIK : >>Matematik merupakan mata pelajaran wajib yang mula dipelajari dari darjah 1 hingga tingkatan 5 atau tingkatan 6 di mana ia berkaitan dengan kemahiran pengiraan. >>Tahun 2003 merupakan detik perubahan kurikulum baru bagi Matematik di mana pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Melayu ditukar ke Bahasa Inggeris.

Slide 6:

BANDAR : M enurut Melvin G.Marcus & Thomas R. Detwyler 1985, menyatakan bahawa terdapat 3 definisi utama pertamanya bandar adalah suatu unit politik, suatu petempatan. 2) Keduanya bandar adalah satu gabungan antara tempat dengan penghuninya. 3) Ketiganya dari segi fungsi. Di petik dari : BANDAR DI MALAYSIA MENONJOLKAN IMEJ YANG BAIK UNTUK NEGARA http://www.hbp.usm.my/methods/RPK534/debate%20second.html

Slide 7:

LUAR BANDAR : “Kawasan desa merupakan kawasan selain daripada kawasan bandar. Ia merupakan petempatan yang meliputi semua jenis kampung dan penempatan kecil yang kurang daripada 10,000 orang penduduk dan bercirikan kawasan pertanian serta kawasan sumber alam semulajadi” Di petik dari : Berdasarkan Jabatan perancangan Bandar & Desa yang dipetik dari laman web http://www2.rurallink.gov.my/cms/upload/Definisi%20LB.pdf

PENDAPAT / PANDANGAN:

PENDAPAT / PANDANGAN

PENDAPAT / PANDANGAN PIHAK:

PENDAPAT / PANDANGAN PIHAK Artikel ‘ Pandangan Mengenai Jurang Perbezaan Pencapaian Pelajar Bandar dan Luar Bandar’ (blog myjazmanie.com,2010) - sekolah luar bandar selalu ketinggalan dalam pencapaian akademik . Artikel ‘ Mengurus Jurang Pendidikan ’ (blog u- wartawan Astro Awani ) - jurang perbezaan pencapaian bukan baru . - ramai anak-anak luar bandar terpencil berjaya dalam pendidikan . Kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran , Tan Sri Dato ’ Hj . Alimuddin bin Hj . Mohd Dom ( Utusan , 2009) - jurang pencapaian antara bandar dan luar bandar dalam matapelajaran Matematik tiada perbezaan ketara . - Statistik PMR 2007

Slide 10:

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Berita Harian, 2010) - Perbezaan pencapaian masih ketara. Kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin bin Hj. Mohd Dom (2010) - usaha untuk merapatkan jurang prestasi antara bandar dan luar bandar perlu dipergiatkan. - Statistik SPM 2009

Slide 11:

Statistik SPM 2009 *Sumber Kementerian Pelajaran Malaysia

Slide 12:

Statistik PMR 2007 Peratusan Bandar : 88.2% Peratusan Luar Bandar : 84.5% * Sumber Kementerian Pelajaran Malaysia

Slide 13:

L aporan Jawatankuasa Pemandu Peningkatan Prestasi dalam Matematik (PPK), (1991 dalam lampiran Kementerian Pendidikan Malaysia) - terdapat sebilangan sekolah mendapat pencapaian yang kurang baik, terutama sekolah-sekolah di luar bandar. Tesis ‘Hubungan Pencapaian Matematik Murid-Murid Melayu Sekolah Rendah Luar Bandar Mengikut Minat Dan Jantina’ (Norawati Bt Hashim, 2004) - prestasi Matematik pelajar-pelajar dipengaruhi oleh faktor lokasi di mana prestasi pelajar luar bandar kurang memberangsangkan.

Slide 14:

K ajian dibuat Kementerian Pendidikan (The Star, 1991) - taraf matematik sekolah rendah di luar bandar tidak langsung memuaskan . Tesis ‘Hubungan Persekitaran dan Taraf Sosio-Ekonomi Terhadap Pencapaian Matematik Pelajar-pelajar Tingkatan Dua antara Sekolah Bandar dengan Luar Bandar’ (Bastiar bin Md . Noh, 1991) - mutu pengajaran matematik yang diberikan kepada pelajar-pelajar luar bandar masih kurang memuaskan.

Slide 15:

Tesis ‘Masalah Pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua Luar Bandar’ (Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim, Meor Ibrahim Kamaruddin) - Matematik dianggap sebagai ’killer subject’ terutamanya di kalangan pelajar luar bandar. - Pencapaian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Pontian Tesis ‘Kesan Sikap Terhadap Pencapaian Mata Pelajaran Matematik Tambahan’ (Mat Razak Bin Abdullah,2004) - Masyarakat melayu bandar dan berpendapatan tinggi mempunyai tahap pencapaian yang lebih baik.

MENGAPA BERLAKU:

MENGAPA BERLAKU

Slide 18:

Permasalahan Pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris >>Terdapat 3 faktor yang mempengaruhi kewujudan permasalahan di kalangan pelajar untuk menguasai Matematik yang diajarkan dalam Bahasa Inggeris : bahasa pengantar tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar pengajaran guru dalam Bahasa Inggeris

Slide 19:

2) Pelajar >> dibahagi kepada 3 kategori : Minat Sikap Rakan sebaya

Slide 20:

Hubungan Tiada Hubungan Aiken (1976) X Boswell dan Katz (1980) X Gooi Ai Wei (2000) X Hussin Abdullah (1988) X Muskamal Mohamed Jonan (1991) X Tang Ching Tong (1992) X Hubungan antara minat dengan pencapaian Di petik dari : Norawati Bt Hashim,dalam tesisnya bertajuk Hubungan Pencapaian Matematik Murid-Murid Melayu Sekolah Rendah Luar Bandar Mengikut Minat Dan Jantina(2004)

Slide 21:

3) Sekolah >> terbahagi kepada 3 kategori : Lokasi kemudahan infrastruktur Persekitaran

Slide 22:

4) Ibu Bapa >> ibu bapa dan keluarga turut memainkan peranan. >> Perbezaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh perbezaan akademik, taraf sosio ekonomi, kelas sosial dan pemikiran mereka. >>Morrison dan Mc Intyre (Md.Zrodzi, 1998). >> Osman bin kechik (1998) di dalam penulisannya yang bertajuk “Peranan guru, ibu bapa dan masyarakat dalam perlaksanaan Matematik KBSR”.

Slide 23:

5) Sosio Ekonomi >> juga turut menyumbang kepada perbezaan pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar. >> dibuktikan berdasarkan graf markah sosio ekonomi , hasil kajian yang dilakukan oleh Bastiar bin md. Noh dalam tesisnya bertajuk hubungan persekitaran dan taraf sosio-ekonomi terhadap pencapaian matematik pelajar-pelajar tingkatan dua antara sekolah bandar dengan luar bandar (1991, m.s 36).

Slide 24:

Kelas Markah : A 40 – 49 B 50 – 59 C 60 – 69 D 70 – 79 E 80 - 89 Min markah sosio ekonomi bagi sekolah bandar = 76.63 Min markah sosio ekonomi sekolah luar bandar = 59.10

Slide 25:

6) Isu Pelajar Melayu >> Di negara kita Malaysia, kajian terhadap masalah pelajar-pelajar Melayu di bidang akademik telah banyak dilakukan. >>Murad Mohd. Nor (1973, dalam Muskamal Mohemad Jonan, 1991, m.s 19). >>Hirchmen (1979, dalam Muskamal Mohemad Jonan, 1991 m.s 19) .

CADANGAN ATAU CARA ATASI:

CADANGAN ATAU CARA ATASI

CADANGAN ATAU CARA ATASI:

CADANGAN ATAU CARA ATASI Hakikatnya kita haruslah mengambil langkah yang berterusan dalam memastikan kemajuan pendidikan di bandar seiring dengan pendidikan di kawasan luar bandar. Bagi mengatasi masalah ini, kami telah mengkategorikan beberapa faktor utama untuk mengatasi masalah ini. Di antaranya ialah: 1) Pelajar 2) Guru 3) Ibubapa dan persekitaran 4) Pengurusan Persekolahan 5) Kementerian Pelajaran Malaysia.

Slide 28:

Pelajar Individu harus memandang dan mempunyai sikap positif, barulah tumpuan dapat diberikan dan pencapaian terbaik terhasil. Kemampuan pelajar dalam menangani masalah ini banyak dipengaruhi oleh sikap mereka sendiri selain dari faktor guru dan persekolahan (Samsudin Husin,2000, m.s. 41). Dalam menuju ke arah kecemerlangan matematik, kemantapan penguasaan asas murid amat perlu. Perkara ini memerlukan minat yang lebih pada diri murid. Sikap positif dan negatif pelajar terhadap sekolah menjadikan mereka sama ada bersedia memberi tumpuan dan perhatian atau sebaliknya.

Slide 29:

2) Guru Guru harus kreatif untuk menangani masalah ini agar dapat mencari altenatif yang lebih baik dan berkesan ke arah memupuk minat murid terhadap pembelajaran matematik. Hubungan antara guru dengan murid juga memberi kesan kepada minat murid terhadap matematik terutama di kawasan luar bandar. Dalam masa yang sama, guru matematik adalah memainkan peranan sebagai penyampai dan penghurai ilmu berkenaan. Dari segi guru, aspek personaliti dan gaya pengajaran mereka amat penting. Pengajaran di bandar berbeza dengan pengajaran di luar bandar. Guru juga perlulah bijak dalam mempelbagaikan teknik pengajaran matematik agar mudah diterima oleh para pelajar. Penggunaan Program Pengayaan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik merupakan salah satu cara mengatasi perbezaan pencapaian .

Slide 30:

3) Ibubapa dan Masyarakat “Ibu bapa dan guru berusaha menyediakan persekitaran yang paling baik untuk perkembangan kanak-kanak. Faktor-faktor yang paling signifikan di dalam persekitaran ialah faktor-faktor yang menggalakkan suasana selamat, tenteram dan selesa. Potensi individu itu besar kemungkinan akan tercapai jika persekitarannya dapat memberikan berbagai jenis pengalaman kepada individu itu”( Sharifah Alawiyah Al Sagof (1987) yang dipetik dari tesis saudara Bastiar (1991) ). Jika masyarakat mempunyai tanggapan yang positif terhadap matematik, maka murid juga akan mempunyai pandangan yang positif terhadap matematik. Kesannya minat murid terhadap matematik akan bertambah. Perlulah lebih memberikan dorongan kepada anak-anak mereka terutamanya dari luar bandar - faktor taraf sosio ekonomi sehinggakan tiada masa untuk memberi perhatian yang lebih pada anak-anak

Slide 31:

4) Pengurusan Persekolahan Pihak sekolah , Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak-pihak terbabit harus menyediakan laporan diagnsis yang mengandungi pencapaian pelajar . Organisasi bilik darjah memainkan peranan penting dalam menarik minat murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran matematik . Guru Besar / Pengetua selaku pentadbir organisasi sekolah hendaklah menerang dengan jelasnya perkara-perkara berhubung dengan Panitia Matematik seperti dari segi struktur dan organisasi , tujuan dan matlamatnya serta peranan-peranannya .

Slide 32:

5) Kementerian Pelajaran Malaysia Menempatkan guru-guru matematik yang terbaik termasuk di luar bandar dan bandar . Memantapkan perkhidmatan prasekolah di luar bandar - membina lebih 2,400 kelas yang akan memberi faedah kepada hampir 61,000 kanak-kanak di seluruh negara serta penyediaan latihan guru prasekolah dan kemudahan komputer di kebanyakan sekolah luar bandar (Utusan Malaysia, 6 Oktober 2006). Telah memberi fokus dalam usaha bagi merapatkan jurang pendidikan-untuk merapatkan jurang perbezaan antara sekolah bandar dengan luar bandar. Pembangunan infrastruktur - KPM telah bekerjasama dengan National Implementation Task Force (NITF) untuk menambah baik serta mendapat peruntukan tambahan di bawah Projek Berimpak Tinggi NITF.

PANDANGAN KAMI:

PANDANGAN KAMI

PANDANGAN KAMI:

PANDANGAN KAMI Dari hasil yang kami dapati dan dihuraikan di sini, apa yang kami ingin simpulkan bahawa memang terdapat perbezaan pencapaian antara sekolah bandar / Luar bandar. Paling ketara adalah dari sekolah luar bandar. Kami berkata demikian berdasarkan carian yang telah kami buat. Ia lebih dikukuhkan lagi berdasarkan statistik keputusan PMR dan SPM bandar/luar bandar 2009. Melayu, Nasional dalam artikelnya bertajuk Pandangan Mengenai Jurang perbezaan pencapaian pelajar bandar dan luar bandar.

Slide 35:

Bagi menguatkan lagi pendirian kami , dibawah merupakan data-data yang menunjukkan perbezaan pencapaian matematik sekolah luar Bandar dan Bandar. Data-data ini kami ambil dari sekolah kami sendiri . perbezaan pencapaian Matematik PMR (2007) sekolah Bandar/ luar Bandar perbezaan pencapaian Matematik SPM (2007) sekolah Bandar/ luar Bandar

Slide 36:

Di bawah adalah perbezaan pencapaian Matematik PMR (2007) sekolah Bandar/luar Bandar:

Slide 37:

Di bawah adalah perbezaan pencapaian Matematik SPM (2007) sekolah Bandar/luar Bandar :

SEKIAN, TERIMA KASIH:

SEKIAN, TERIMA KASIH

authorStream Live Help