Presentation Transcript
Slide 1:TASAWWUR ISLAM PENGARUH YANG MEROSAKKAN
PEMIKIRAN
Slide 2:Ancaman ideologi asing terhadap umat Islam telah
lama berlaku.
Ideologi-ideologi yang disebarkan seperti ideologi
sosialis, kapitalis dan sekular sedikit sebanyak
telah berjaya mempengaruhi pemikiran umat Islam.
Pengaruh budaya asing yang disebarkan melalui
sistem penjajahan, media massa, media elektronik
dan internet telah berjaya mempengaruhi umat
Islam terutamanya golongan muda- mudi seperti
budaya Punk, black metal, Valentine Day, Rocks
dan sebagainya. PENGARUH ASING
Slide 3:Sistem ekonomi kapitalis yang membenarkan dan mengalakkan amalan riba.
Fahaman sekular memisahkan urusan- urusan keduniaan dengan urusan agama
Fahaman liberal yang terlalu ekstrim memberi kebebasan kepada individu telah menyebabkan penindasan. Golonan kaya menindas golongan miskin.
Media massa, elektronik dan internet kini memainkan peranan besar dalam mempengaruhi pemikiran masyarakat. BENTUK PENGARUH ASING
Ciri-Ciri Pengaruh Asing Yang Bertentangan dengan Islam :Ciri-Ciri Pengaruh Asing Yang Bertentangan dengan Islam Menafikan kekuasaan Tuhan dan peranan wahyu dalam hidup manusia.
Memberikan kebebasan kepada manusia bertindak tanpa batas, mencari kepuasan relatif (tidak mutlak) dan tidak terkawal.
Menolak ayat-ayat al-Quran dan Hadis dengan mengikut logik dan nafsu semata-mata.
Mengalakkan manusia mencari harta kekayaan tanpa batasan dan melakukan kezaliman.
Taasub kepada bangsa dan darjat hingga mengasingkan agama daripada kehidupan.
Memuja manusia secara berlebih-lebihan.
Berfahaman sempit berdasarkan bangsa, darjat, kaum, negeri, warna kulit dan sebagainya.
Pengasingan agama daripada kehidupan.
Budaya Islam Dan Bukan Islam :Budaya Islam Dan Bukan Islam Budaya menurut Kamus Dewan ialah keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan cara berfikir serta segala hasil kegiatan atau keharmonian sesuatu masyarakat.
Budaya Islam menurut pandangan Drs. Sidi Gazalba pula ialah cara hidup masyarakat Islam yang berteraskan takwa.
Islam mengalakan umatnya berbudaya kerana akal yang ada pada manusia menjadikannya makhluk yang bertamadun.
Dalam hal ini, Islam telah mengariskan prinsip- prinsip kebudayaannya yang tersendiri seperti yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis. Berbeza dengan kebudayaan bukan Islam yang prinsip-prinsipnya dibina, dibentuk dan dikembang, oleh pemikiran manusia berdasarkan pengalaman mereka semata-mata.
Manakala, kebudayaan Islam yang berteraskan al-Quran dan Hadis sesuai untuk semua bangsa manusia dan sesuai untuk setiap tempat dan zaman.
Slide 6:Kepercayaan kepad rukun-rukun iman dan asas akidah secara bertentangan dan tidak selaras dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti mempercayai ada kitab lain yang menyaingi atau memansuhkan kitab suci al-Quran.
Mempertikaikan kebenaran al-Quran dan Hadis. Kaum Bahaiyyah menyanggah Hadis Rasulullah s.a.w. dan menentang serta mentafsirkan al-Quran sesuka hati. Ajaran ini bertentangan dengan ajaran Islam yang mengatakan bahawa al-Quran dan Hadis merupakan rujukan utama umat Islam. Sesiapa yang menolak Hadis bermakna mereka menolak al-Quran. Apatah lagi jika menolak kedua-duanya.
Mana-mana ketua atau sebarang orang yang mendiayahkan dirinya sendiri atau orang lain sebagai nabi terakhir Nabi Isa Alaihissalam, Imam Al-Mahdi Al-Muntadzar atau lain-lain istilah kepada umat manusia. CIRI-CIRI AJARAN SESAT
Slide 7:Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar didunia sebagai agama sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia.
Pendewaan diri atau pemimpin atau kumpulan ajaran tersebut secara yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Al-Baha (Mirza Hussien Ali) menjadikan solat Sembilan rakaat sehari semalam dan menghadap di mana beliau berada.
Mengadakan bidaah atau pendapat baru yang bertentangan dengan akidah dan syariat yang diasaskan kepada dalil qati’e dan tidak boleh dipertikaikan seperti kewajipan solat, berjihad dan sebagainya.
Mentafsir dan menghuraikan al-Quran dan Hadis sesuka hati.
Slide 8:Indivudu
Masyarakat
Agama
Negara BAHAYA MENGIKUT AJARAN SESAT
Slide 9:SEKIAN TERIMA KASIH