Bab 2

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

Slide 1: 

BAB 2 PEMBENTANGAN DATA

Objektif : 

Objektif Menyusun data mentah ke dalam satu array data Membina taburan kekerapan bagi data tak terkumpul Membina plot batang dan daun, histogram, poligon kekerapan ogif daripada taburan kekerapan Membina carata bar berkomponen dan berganda, carta pai, carta Pareto untuk mempersembahkan data kualitatif Membuat tafsiran bagi setiap carta dan graf yang digunakan dalam persembahan data kuantitaif dan kualitatif. Apabila selesai bab ini, pelajar boleh

Pengenalan : 

Pengenalan Lazimnya suatu penyelidikan melibatkan data yang besar dari segi bilangan atau saiz Jadi sukar untuk mentafsir ciri yang terkandung di dlmnya Oleh itu data perlu diolah dan dipapar dlm bentuk yang tersusun dan bersistem Pembentangan yang jelas dan rapi akan membawa kepada pentafsiran yang tepat.

Data Mentah : 

Data Mentah Data yang baru dicerap atau dikumpulkan hasil dari soalselidik ataupun ujikaji rekabentuk yang belum dilakukan sebarang proses ke atasnya. Contoh – Markah peperiksaan akhir kursus Statistik bagi 50 orang pelajar.

Data mentahMarkah Statistik bagi 50 orang pelajar : 

Data mentahMarkah Statistik bagi 50 orang pelajar

Array dataMarkah Statistik bagi 50 orang pelajar : 

Array dataMarkah Statistik bagi 50 orang pelajar

Array data : 

Array data Penyusunan semula data secara menaik atau menurun mudah dalam satu susuna dipanggil array data. Tujuannya ialah untuk memudahkan kita mengesan ciri-ciri penting set data berkenaan Sesuai untuk mengesan corak sesuatu set data yang mempunyai cerapan sedikit.Namun masih banyak maklumat yang lebih terperinci mengenai gambaran umum data tidak jelas. Sukar sekiranya pengiraan diperlukan Perlukan satu ringkasan yang boleh memberi penjelasan mengenai data dengan mudah

Jadual Taburan Kekerapan : 

Jadual Taburan Kekerapan Penjadualan ialah proses menyusun dan membentang set data dalam bentuk baris dan lajur. Kebaikan data yang kompleks dapat diringkaskan perbandingan & penganalisaan mudah dibuat Keburukan Sebhgn drpd maklumat data akan hilang Tidak unik

Contoh : 

Contoh Pertimbangkan set nilai yang berikut: 2, 1, 3, 2, 1, 3, 4, 4, 2, 4, 5, 5, 2 Dari set data ini boleh dibina jadual kekerapan seperti berikut. Namun penjadualan mengikut nilai-nilai tunggal semakin rumit a’bila saiz data besar dan bersifat selanjar. Mudah – kelompokkan ke dlm kelas-kelas yang terdiri dpd selang-selang nilai – dipanggil taburan kekerapan.

Istilah dan takrif : 

Istilah dan takrif Selang Kelas – selang di antara dua nilai Had-had kelas – nilai-nilai hujung bagi sesuatu kelas. Had bawah – nilai hujung yang lebih kecil Had atas – nilai hujung yang lebih besar Sempadan kelas – nilai @ titik tengah di atr had bawah (atas) dan had atas (bawah) bagi dua kelas yang bersebelahan. Sempadan bawah – t.t di atr had bawah kelas tersebut dgn had atas kelas sebelumnya. Sempadan atas – t.t di atr had atas kelas tersebut dengan had bawah kelas berikutnya.

Istilah dan takrif : 

Lebar kelas – beza antara sempadan atas dan sempadan bawah suatu kelas. Tanda kelas – titik tengah kelas(purata had bawah dan had atas kelas) Kekerapan – bil. ulangan data dlm kelas Kekerapan relatif-nisbah kekerapan sesuatu kelas terhadap jumlah Istilah dan takrif

Langkah-langkah Pembinaan Jadual Taburan Kekerapan : 

Langkah-langkah Pembinaan Jadual Taburan Kekerapan Tentukan julat Julat = cerapan terbesar – cerapan terkecil Tentukan bilangan kelas Bil. Kelas, K = 1 + 3.3 log10n , n = bil. cerapan Tentukan lebar kelas Lebar kelas = Julat / K Bina selang kelas. Lazimnya nilai had bawah kelas yang pertama ialah nilai cerapan yang minimum @ boleh ambil nilai yang kurang dari nilai cerapan minimum yang bersesuaian. Kira kekerapan data bagi setiap kelas dengan cara gundalan atau sbgnya. Kira kekerapan relatif bagi setiap kelas.

Contoh: Berdasarkan data markah statistik 50 orang pelajar. : 

Contoh: Berdasarkan data markah statistik 50 orang pelajar. Langkah 1 :Julat = 85 – 20 = 65 Langkah 2 :Bil. Kelas, K = 1 + 3.3 (log1050) = 1 + 3.3 (1.69) = 6.6  7 Langkah 3 :Lebar kelas = 65/7 = 9.37  10 Langkah 4 :Bina selang kelas. Kita ambil cerapan terkecil sebagai had bawah kelas pertama. 20+10 (20+19)/2 (29+30)/2

Plot Batang dan Daun(B-D) : 

Plot Batang dan Daun(B-D) Memberikan maklumt tentang corak cerapan yang terdapat dalam sesuatu set data mentah atau dalam array data. Nilai cerapan ditunjukkan dalam dua bhgn iaitu batang dan daun Perkara yang boleh dikesan dari plot B-D ialah Nilai cerapan yang banyak berulang Julat nilai cerapan dalam set data Bentuk taburan kekerapan set data Kewujudan nilai ekstrim dalam set data itu.

Langkah pembinaan plot B-D : 

Langkah pembinaan plot B-D Berdasarkan markah statistik 50 orang pelajar Lukis satu garis tegak, kiri – batang dan kanan-daun Tentukan unit daun dan unit batang. Andaikan unit batang adalah 10 dan unit daun adalah 1. Andaikan juga setiap daun mewakili 1 kes. f Stem Leaves 2 4 69 6 5 017889 9 6 011235567 3 7 001 Unit batang = 10 tahun 1 daun mewakili 1 kes 5 | 1 mewakili 51 tahun N = 20

Slide 16: 

Pembinaan Plot B-D Langkah 1 – Tuliskan angka secara menaik pada batang dan angka yang berikutnya sebagai daun 0 7 Unit batang = 10 1 daun mewakili satu kes

Pembinaan Plot B-D : 

Pembinaan Plot B-D Langkah 2 - Susun daun secara menaik Secara amnya, plot B-D mirip histogram terbaring. Daripada plot B-D ini, dapat diperhatikan perkara-perkara berikut Julat markah = 85 – 20 = 65 50% dari bilangan pelajar memperolehi markah 50 hingga 80 Taburan markah boleh dikatan simetri Tiada nilai ekstrim dalam rajah tersebut.

Slide 18: 

Frequency Stem & Leaf 2.00 Extremes (=<96.4)4.00 96 . 778913.00 97 . 011122234444421.00 97 . 55666677788888889999938.00 98 . 0000000000011122222222223333344444444433.00 98 . 55566666666667777777788888888889915.00 99 . 0000011122233442.00 99 . 591.00 100 . 01.00 Extremes (>=100.8) Stem width: 1.0 Each leaf: 1 case(s) Plot Batang dan Daun – output SPSS

Histogram : 

Histogram Histogram adalah penyajian data dengan menggunakan carta palang bagi taburan kekerapan data kuantitatif. Untuk melukis histogram ; Tandakan sempadan kelas pada paksi mengufuk Tandakan kekerapan pada paksi menegak Lukiskan satu palang tegak dengan lebar sekata bagi menunjukkan kekerapan sesuatu kelas

Pembinaan Histogram : 

Pembinaan Histogram 19.5 29.5 39.5 49.5 59.5 69.5 79.5 89.5

Poligon Kekerapan : 

Poligon Kekerapan Poligon kekerapan adalah penyajian data dalam bentuk graf garis yang dilukis dengan menyambung titik-titik tengah puncak setiap palang dalam histogram.

Pembinaan Poligon Kekerapan : 

Pembinaan Poligon Kekerapan 19.5 29.5 39.5 49.5 59.5 69.5 79.5 89.5

Slide 23: 

Ogif  Ogif adalah graf garis yang menunjukkan kekerapan melonggok melawan sempadan kelas. Ogif yang akan dibincangkan ialah ogif 'kurang daripada'. Untuk melukis ogif , perlu dibina terlebih dahulu jadual kekerapan melonggok kurang daripada.  Jadual kekerapan melonggok 'kurang daripada' bagi data markah statistik adalah seperti berikut.

Ogif ‘kurang daripada’ bagi markah statistik : 

Ogif ‘kurang daripada’ bagi markah statistik

Persembahan Data Kualitatif : 

Persembahan Data Kualitatif Datanya melibatkan bilangan (kekerapan) yang bersifat diskrit sementara pembolehubahnya bersifat kualitatif. persembahan data yang biasa digunakan ialah Carta bar Carta bar mudah Carta bar berganda Carta bar berkomponen Carta pai Carta Pareto

Carta Bar : 

Carta Bar Palang2 segiempat sama dengan panjang yang sesuai digunakan bagi menyatakan data yang berkenaan dengan kajian. Palang2 boleh digambarkan secara menegak atau mendatar. Carta bar biasanya digunakan untuk membuat perbandingan di antara dua atau lebih perkara pada sesuatu masa. Ada 3 jenis carta bar iaitu carta bar mudah, carta bar berkomponen dan carta bar berganda.

Jenis – jenis Carta Bar : 

Jenis – jenis Carta Bar

Carta Pai : 

Carta Pai Carta pai merupakan suatu bulatan yang dibahagikan kepada beberapa sektor yang luasnya adalah menurut kadar kekerapan kelasnya dalam ukuran sudut atau peratusan. Untuk membina carta pai , darabkan 360 dengan kekerapan relatif setiap kategori bagi mendapatkan saiz sudut setiap sektor.

Carta Pai : 

Carta Pai

Carta Pareto : 

Carta Pareto Merupakan graf bar dengan keluk kumulatif yang menghubungkan titik-titik yang berbeza. Dapat kenalpasti punca masalah utama dan selesaikan masalah itu berbanding mempunyai banyak jenis masalah yang memberi kesan yang sedikit.

Langkah-langkah Membina Carta Pareto : 

Langkah-langkah Membina Carta Pareto Tentukan masalah yang akan dianalisis. Tentukan tempoh masa data akan dikumpulkan Kenalpasti punca utama atau kategori masalah, contohnya punca kerosakan mesin, punca kelewatan menerima pesanan dan sebagainya. Kumpulkan data bersesuaian. Binakan jadual kekerapan bagi setiap punca utama atau kategori masalah dan senaraikan dalam susunan kekerapan yg menurun bg setiap kategori. Sesuai juga maklumat kos kerugian atau peratus kerosakan.

Seterusnya… : 

Seterusnya… Bina carta pareto dgn paksi mendatar mewakili kategori masalah , paksi menegak mewakili kekerapan masalah berlaku. Carta bar yg paling tinggi -> masalah paling utama.

Contoh Masalah : 

Contoh Masalah Menyiasat sebab – sebab kelewatan proses permohonan kad kredit Apa yang perlu dilakukan? Catatkan bilangan permohonan yang tidak lengkap disebabkan faktor-faktor berikut: Tiada tandatangan Alamat tempat tinggal tidak sah Tulisan tidak jelas Telah melanggan Lain-lain

Cartanya … : 

Cartanya … Drpd rajah, tiada tandatangan merupakan masalah terbesar dengan 40 kes dan menghasilkan 80% daripada keseluruhan borang yang tidak diisi dengan lengkap. Dengan menyelesaikan item ini, kita dapat mengurangkan 80% daripada keseluruhan masalah.

Latihan : 

Latihan Markah yang diperolehi 62 orang pelajar dalam peperiksaan pertengahan kurusus TR1713 adalah seperti berikut: 85 , 45, 48, 74, 52, 81, 58, 56, 62, 65, 67, 83, 65, 90, 69, 92, 63, 72, 65, 71, 68, 75, 74, 74, 93, 88, 77, 78, 75, 76, 88, 71, 78, 79, 74, 50, 73, 72, 70, 70, 82, 85, 42, 72, 77, 87, 81, 52, 82, 82, 67, 84, 83, 74, 81, 85, 61, 92, 69, 91, 92, 77 Bina plot batang dan daun Bentukkan satu jadual frekuensi relatif Lukiskan ogif kurang daripada.

authorStream Live Help