Taklimat NILAM latest

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

PELAKSANAAN PROGRAM NILAM:

PELAKSANAAN PROGRAM NILAM UNIT PERKHIDMATAN SUMBER PENDIDIKAN BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KATA-KATA HIKMAH TENTANG PEMBACAAN:

KATA-KATA HIKMAH TENTANG PEMBACAAN “ There is more treasure in books than in all the pirate’s loot on Treasure Island”. - Walt Disney “Reading maketh a full man” - Francis Bacon

PowerPoint Presentation:

“A wonderful thing about a book in contrast to a computer screen, is that you can take it to bed with you” - Daniel J. Boorstein “ A library should be like a pair of open arms” - Roger Rosenblatt

PowerPoint Presentation:

Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu ( semester kedua ) di Sekolah Rendah , Tingkatan Satu dan Peralihan di Sekolah Menengah pada 1999. Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998 (Lampiran 1).

NILAM Nadi Ilmu Amalan Membaca :

NILAM Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.

PowerPoint Presentation:

Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.

MATLAMAT:

MATLAMAT Untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

OBJEKTIF :

OBJEKTIF Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti & bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan) Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

ELEMEN UTAMA :

ELEMEN UTAMA Pengrekodan ( Rekod Bacaan - buku rekod murid) Pengesahan guru Pengiktirafan ( ganjaran ikut tahap ) (cth: Pingat Gangsa / Tokoh Membaca / Tokoh NILAM)

TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM :

TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM Dibahagikan kepada dua tahap: 1. Tahap Jauhari membaca banyak buku & direkodkan 2. Rakan Pembaca sudah membaca 100 buku & jalankan aktiviti pembacaan

NILAM TAHAP JAUHARI :

NILAM TAHAP JAUHARI Sekolah Rendah Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan diri dengan banyak membaca sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu).

TAHAP JAUHARI Sekolah Rendah:

TAHAP JAUHARI Sekolah Rendah 90-179 buku - Gangsa 180-269 buku - Perak 270-359 buku - Emas 360 buku ke atas - NILAM

NILAM TAHAP JAUHARI :

Sekolah Menengah Pelajar pada peringkat menengah pula wajib melibatkan diri dalam aktiviti pembacaan berterusan sebaik sahaja mereka melangkah ke Tingkatan Satu NILAM TAHAP JAUHARI

TAHAP JAUHARI Sekolah Menengah:

TAHAP JAUHARI Sekolah Menengah 72-143 buku - Gangsa 144-215 buku - Perak 216-287 buku - Emas 287 buku ke atas - NILAM

RAKAN PEMBACA :

RAKAN PEMBACA Ciri-ciri rakan pembaca : sudah membaca lebih dari 100 buah buku dalam Tahap Jauhari. menggalakkan orang lain membaca dengan menjalankan pelbagai aktiviti galakan membaca.

RAKAN PEMBACA :

Fasilitator membantu murid membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan murid secara formal ( dalam majlis / pertandingan ) atau tidak formal (misalnya kerja amal / di kelas) RAKAN PEMBACA

PowerPoint Presentation:

akan dibimbing oleh guru atau fasilitator yang turut serta di tempat – tempat untuk menjalankan aktiviti RP. dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti : aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku

PowerPoint Presentation:

akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP

JADUAL SISTEM GANJARAN RP:

JADUAL SISTEM GANJARAN RP MARKAH PENGIKTIRAFAN 100-199 Gangsa 200-299 Perak 300-399 Emas 400 ke atas Nilam

AKTIVITI RAKAN PEMBACA:

AKTIVITI RAKAN PEMBACA Bercerita tentang cerita dari buku yang telah dibaca (rekod) kepada penonton dalam pertandingan (formal), pelbagai bahasa dalam 5-7 minit. Bercerita secara tidak formal seperti kerja amal utk lencana pengakap di rumah kebajikan (cth: bedtime stories)

PowerPoint Presentation:

Berucap secara tidak formal di dalam kelas (public speaking) semasa proses pengajaran. Cth: - menerangkan proses kitaran hujan (Sains) hasil dari pembacaan - menerangkan jalan cerita / watak & tema dari buku sastera yang dibaca - menerangkan tentang ‘13 Mei’ / gerakan ‘Enlightenment’ (Sejarah)

CONTOH AKTIVITI KIRAAN PEMARKAHAN TAHAP RAKAN PEMBACA:

CONTOH AKTIVITI KIRAAN PEMARKAHAN TAHAP RAKAN PEMBACA Aktiviti bercerita Membaca b’sama Bicara Buku / Forum Buku / Ulasan buku Meminjamkan buku (t.t. peminjam) -’book swap’ 1 sesi x 5 pendengar 1 sesi x 100 pendengar 1 sesi x 5 pembaca 1 sesi x 10 pembaca 1 sesi x 5 pendengar 1 sesi x 100 pendengar 1 buku x 2 peminjam 1 buku x 5 peminjam = 5 markah = 5 markah = 5 markah = 5 markah = 5 markah = 5 markah = 2 markah = 5 markah

Aliran Pergerakaan Pencapaian Bacaan Murid:

TAHAP 1 - JAUHARI GANGSA PERAK EMAS NILAM TAHAP 2 - RAKAN PEMBACA GANGSA PERAK EMAS NILAM Aliran Pergerakaan Pencapaian Bacaan Murid

STRATEGI PELAKSANAAN:

STRATEGI PELAKSANAAN Pemantauan Pengurusan &

LANGKAH PERTAMA:

LANGKAH PERTAMA Wujudkan Jawatankuasa dalam organisasi sekolah, yang mana : Seorang guru perlu dilantik sebagai penyelaras NILAM dalam jawatankuasa PSS (NILAM adalah aktiviti sekolah), guru2 lain juga adalah guru NILAM.

PowerPoint Presentation:

Guru NILAM bertanggungjawab untuk mengumpulkan data dari semua guru kelas Menyelaraskan Fail Pengurusan NILAM Menganjurkan aktiviti pembacaan (bekerjasama dengan guru lain)

ORGANISASI JK NILAM:

ORGANISASI JK NILAM A. Pengetua / Guru Besar (Penasihat) Pen. Kanan 1(Pen. Penasihat) Penyelaras Pusat Sumber (setiausaha) G.Media G. PSS G. BBM G.NILAM (penyelaras NILAM)

ORGANISASI JK NILAM (sub – AJK):

B. PENYELARAS NILAM (cth : ambil data) panitia panitia guru kelas AJK AJK Ketua drj / kelas ORGANISASI JK NILAM (sub – AJK)

LANGKAH KEDUA:

LANGKAH KEDUA Menyediakan bahan bacaan sebanyak mungkin di PSS atau adakan Peti Buku Bergerak / adakan perkhidmatan menjilid/ pinjaman Menyediakan buku rekod (jual/ riso)

PowerPoint Presentation:

Wujudkan satu polisi di sekolah cara mengumpul data NILAM : - sebulan sekali/ 3 bulan sekali. - tarikh akhir hantar laporan atau data - ada laporan ringkas peningkatan. bacaan pelajar secara individu / kelas. - ada profil murid pembaca NILAM. - ada rekod pencapaian jumlah buku ikut subjek – kelas – tingkatan. LANGKAH KETIGA

PowerPoint Presentation:

Galakkan murid membaca di sekolah semasa ketiadaan guru atau pada masa senggang di rumah Galakkan pemberian token / hadiah apabila murid capai ke satu tahap membaca (cth : SK - beri sticker pd buku rekod / SM – beri kupon utk tukar hadiah minuman/ T-shirt/cap)

PowerPoint Presentation:

Mengadakan kaedah kutipan rekod (cth) : - guru matapelajaran tanda semasa kelas. - guru kelas kutip buku rekod / fail pada setiap akhir dua bulan - buku rekod NILAM simpan di PSS ikut kelas / ruang khas di PSS - guru beri data kepada penyelaras NILAM - guru NILAM kumpul data, buat analisis kira statistik & hantar data kepada GPM.

LANGKAH KEEMPAT:

Belajar & mengajar Teknik Kemahiran Membaca kepada murid Adakan sesi aktiviti membaca dengan Kemahiran Membaca (satu masa khusus dalam PSS / semasa proses P&P) dan guru tahu masalah membaca LANGKAH KEEMPAT

STRATEGI MENJALANKAN AKTIVITI & MASA PELAKSANAAN:

STRATEGI MENJALANKAN AKTIVITI & MASA PELAKSANAAN Guru-guru hendaklah memantau aktiviti pembacaan di sekolah misalnya : Satu masa membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris a tau bawa buku ke dalam kelas.

PowerPoint Presentation:

Gunakan masa 1-2 waktu di PSS utk menjalankan aktiviti ‘info-hunt’ (murid cari maklumat daripada bahan bacaan di PSS). Gunakan 10-15 minit semasa P&P untuk membaca teks tentang sesuatu tajuk pelajaran dan catat sedikit nota (point form) ke dalam rekod, laporan penuh direkodkan hanya apabila habis satu buku yg dikongsi dalam kelas (rizzo/ berapa helai seminggu atau tulis di whiteboard)

PowerPoint Presentation:

Membuat sesi bacaan puisi / poem recital semasa sesi pengajaran sebagai aktiviti Rakan Pembaca Gunakan 10-15 minit utk. Membaca Dengan Kuat (Reading Aloud) dalam P&P terutamanya dalam pelajaran B.I, Arab,agama atau satu aktiviti formal Utk m.pelajaran lain spt Sejarah / Kimia/ Sains, galakkan tugasan folio & catatkan ringkasan ttg. buku rujukan utk tugasan.

CONTOH AKTIVITI MEMBACA :

CONTOH AKTIVITI MEMBACA Projek Pukal Projek Iqra’ Forum Buku (tajuk/ diskusi ttg tema dll) Khemah Membaca (pelbagai aktiviti) Bacaan Kegemaran Saya Kuiz Bestari (uji I.Q, Pengetahuan Am) Ulasan buku (secara menulis/lisan) Projek Cakna Peti Buku Bergerak (bawa buku ke kelas) Rantai Buku (sambung cerita)

LANGKAH KELIMA:

Mengadakan Promosi Galakan Membaca Menampal poster NILAM / buat brosur NILAM di PSS & beri pada hari PIBG Kempen beli buku terpakai / derma buku semasa Bulan Membaca/ Minggu PSS / Hari Kantin / Mesy. PIBG Adakan Kelab Buku Sekolah / PSS & dapatkan diskaun buku LANGKAH KELIMA

PowerPoint Presentation:

Galakkan pemberian hadiah / anugerah kepada guru : - mencapai rekod mengumpul data NILAM terlengkap. - data murid menghantar ‘rekod bacaan’ NILAM teramai. (dinner/ hi-tea for 2 / hadiah barangan elektrik semasa jamuan tahunan)

LANGKAH KEENAM : GANJARAN:

Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan Murid pada setiap akhir tahun. Markah Rekod bacaan ini dikira dari jangkamasa 6 tahun persekolahan peringkat Rendah dan 5 tahun persekolahan peringkat Menengah. LANGKAH KEENAM : GANJARAN

CONTOH COP NILAM DLM KAD KEMAJUAN :

CONTOH COP NILAM DLM KAD KEMAJUAN Murid ini telah membaca sebanyak ……. buah Pengiktirafan NILAM Belum capai Sudah capai Tahap Pengiktirafan Jauhari Gangsa Emas Perak Nilam Tahap Pengiktirafan Rakan Pembaca Gangsa Emas Perak Nilam

PowerPoint Presentation:

Markah Rekod Bacaan ini akan dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti apabila pelajar menamatkan persekolahannya. Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada pelajar yang layak menerimanya. Pelajar yang telah mencapai rekod bacaan tertinggi di peringkat kebangsaan akan diberi Anugerah NILAM .

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIBERI PENEKANAN :

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIBERI PENEKANAN Penyediaan koleksi bahan-bahan bacaan pusat sumber. Sokongan pihak pentadbir sekolah (pemantauan & kewangan) Penglibatan ibubapa/ PIBG/ Y.B/JPN Sponsor / sumbangan syarikat, NGO

BAHAN-BAHAN BACAAN KARYA AGUNG / ‘CANON LITERATURE’:

BAHAN-BAHAN BACAAN KARYA AGUNG / ‘CANON LITERATURE’ ‘Karya Agung’ / ‘Canon Literature’ adalah karya yang ditulis oleh sasterawan / penulis terkenal dan berwibawa. Mempunyai tema yg. boleh memberi kesan kepada masyarakat. Mempunyai mesej yang mendalam.

CONTOH BACAAN KARYA AGUNG:

CONTOH BACAAN KARYA AGUNG Huckleberry Finn (Mark Twain) – tentang sistem perhambaan Amerika Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon Ahmad) ttg keperitan masy. tani Pinnochio (Carlo Coloddi) ttg moral supaya anak-anak bercakap benar.

CONTOH PROMOSI : POSTER:

CONTOH PROMOSI : POSTER Noli me Tangere (Jose Rizal) : Pembebasan Filipina drp kulit putih. (S.Men) BUKU BARU : KARYA AGUNG BUKU BARU : KLASIK KANAK2 Charlie And The Chocolate Factory (Roald Dahl) : Kehidupan dan keinginan serta fantasi kanak-kanak (S.K)

PowerPoint Presentation:

Sebarang pertanyaan tentang Program NILAM Hubungi PKG yang berdekatan Hubungi : Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu Juraida Umat (09-6277107), Zaidan Jamaludin (09-6277123), Lakowi Abdul Rashid (09-6277173)

SEKIAN:

SEKIAN TERIMA KASIH KAMSA MIDA’ SYUKRAN JAZILAN MUCHAS GRACIAS DOMO ARIGATO GOZAIMASU

LAGU NILAM :

LAGU NILAM Membaca dan belajar , amalan hidup mulia Jadikanlah panduan wawasan anda NILAM program membaca, memberikan semangat Membaca dengan jaya, budaya kita membaca, matlamat NILAM kita, Ganjaran yang diterima, tidak terhingga Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari Pembaca yang bestari, Anugerah diberi chorus NILAM, NILAM, Anugerah NILAM Menerangi jalan suram, NILAM, NILAM, Anugerah NILAM Idaman pembaca jaya. Membaca dan belajar , amalan hidup mulia Jadikanlah panduan wawasan anda NILAM program membaca, memberikan semangat Membaca dengan jaya,budaya kita Tabiat membaca, matlamat NILAM kita, Ganjaran yang diberi, tidak terhingga Jika suka membaca, dunia indah sekali, Akal bijak bistari, hidup berseri chorus NILAM, NILAM, Anugerah NILAM Menerangi jalan suram, NILAM, NILAM, Anugerah NILAM Idaman pembaca jaya… Terbitan : BTP, Kuala Lumpur