PERSEDIAAN MENGAJAR PENDIDIKAN SENI

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

RPH PENDIDIKAN SENI VISUAL THN5

Comments

Presentation Transcript

PRSEDIAAN MENGAJAR PENDIDIKAN SENI ( PERSEMBAHAN BONEKA JARI ): 

PRSEDIAAN MENGAJAR PENDIDIKAN SENI ( PERSEMBAHAN BONEKA JARI )

PowerPoint Presentation: 

Tarikh : 26 April 2012 Hari ; : Isnin Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Kelas : Tahun 5 Bil . Pelajar : 25 orang Masa : 8.00 pagi hingga 9.00 pagi Tempo Masa : 1 jam Tajuk : Dewi Bunga Bidang : Membentuk dan membuat boneka Hasil Pembelajaran : Menggunakan asas seni reka dalam membentuk dan membuat boneka jari . Aras : 1 ( i ) Menghasilkan boneka menggunakan pelbagai alat,bahan dan teknik yang inovatif dengan memberi penekanan kepada prinsip imbangan . ( ii ) Murid mengetahui kewujudan binaan yang berfungsi di persekitaran .

PowerPoint Presentation: 

Objektif Hasil Pembelajaran Di akhir pengajaran murid dapat :- Menguasai kemahiran membina boneka dengan menggunakan anggota badan iaitu jari sebagai asas penghasilan boneka . Murid dapat menonjolkan kreativiti menghasilkan watak-watak di dalam menghasilkan boneka . Murid dapat menggayakan watak dengan menggunakan jari dengan bantuan alat yang dihasilkan mengikut kreativiti masing-masing .

PowerPoint Presentation: 

Pengetahuan Sedia Ada Murid Murid mempunyai asas menghasilkan corak pakaian dengan menggunakan kertas . Murid mempunyai kemahiran mewarna yang baik . Murid mengetahui elemen-elemen unsur seni seperti jalinan rupa , bentuk , ruang dan warna . Murid mengenal prinsip rekaan seperti harmoni , irama dan pergerakan .

PowerPoint Presentation: 

Penggabungjalinan Kemahiran Mengenal contoh-contoh watak di dalam cerita yang terdapat dalam cerita dongeng kanak-kanak . Mengenal elemen-elemen unsur seni . Menggunakan elemen-elemen Prinsip Rekaan . KBKK Menjana idea. Membuat gambaran mental. Menilai .

PowerPoint Presentation: 

Nilai Murni Menghargai diri . Menghargai warisan seni . Bekerjasama dalam menghasilkan boneka . Ketekunan dalam pengkaryaan . Yakin diri dalam membawa watak boneka . Alat Bahan Dan Sumber Manilakad Kertas Putih Gunting Gam Kertas Warna Pensel

PowerPoint Presentation: 

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran . Murid melakonkan watak Dewi Bunga dengan menggunakan boneka Jari . Murid melakonkan watak Dewi Bunga Matahari , Dewi Bunga Mawar , Dewi Bunga Anggerik , Dewi Bunga Amanda dan Monyet . Lakonan di iringi dengan muzik latar . Lakonan di iringi dengan nyanyian dan lakonan . Bahan Bantu Mengajar : Boneka Jari ( 4 jenis bunga ) Kotak Pentas Persembahan CD muzik dan latar belakang persembahan Skrip Cerita Dewi Bunga .

PowerPoint Presentation: 

SET INDUKSI Langkah / Masa Aktiviti Catatan Set Induksi ( 10 minit ) Guru bercerita kepada murid tentang kisah Dewi Bunga berpandukan kepada skrip cerita yang disediakan oleh guru sendiri . Kaedah bercerita yang di lakukan oleh guru di bantu dengan ABM . Murid sebagai pemerhati . ABM 1. Boneka Bunga 2. Kotak Pentas Persembahan . 3. Muzik Latar . 4. Skrip Cerita . Nilai Cetusan Idea. Minat Kesungguhan Kerjasama .

PowerPoint Presentation: 

LANGKAH 1 Langkah / Masa Aktiviti Catatan Langkah 1 ( 5 minit ) Guru minta murid menghasilkan Boneka Dewi Bunga mengikut kreativiti masing-masing . Aktiviti penghasilan Boneka Dewi Bunga dilakukan oleh murid mengikut kumpulan kecil yang terdiri 5 orang bagi setiap kumpulan kecil . Murid diagihkan oleh guru kepada 5 kumpulan kecil yang terdiri daripada 5 orang bagi setiap kumpulan Segala peralatan untuk menghasilkan Boneka akan di sediakan oleh guru untuk setiap kumpulan . ABM Alat untuk menghasilkan boneka 1.1 Gunting 1.2 Manila kad 1.3 Kotak kosong 1.4 Kertas warna Nilai Murni Kerjasama Bertolak ansur Perihatin Yakin Kreativiti Kesungguhan

PowerPoint Presentation: 

LANGKAH 2 Langkah / Masa Aktiviti Catatan Langkah 2 ( 30 minit ) Murid menghasilkan beberapa jenis boneka bunga dan kotak pentas persembahan mengikut krativiti kumpulan masing-masing Guru sebagai pembimbing dan memberi tunjuk ajar kepada murid tentang langkah dan teknik menghasilkan boneka dan kotak pentas persembahan boneka . Guru memberi skrip cerita kepada setiap kumpulan untuk latihan boneka . Murid setiap kumpulan membuat latihan sebelum sesi persembahan dijalankan . ABM Boneka Dewi Bunga yang dihasilkan oleh murid . Kotak persembahan boneka . Skrip cerita

PowerPoint Presentation: 

LANGKAH 3 Langkah / Masa Aktiviti Catatan Langkah 3 ( 10 minit ) Guru mengarahkan setiap kumpulan murid berkumpul di dalam kumpulan dan bersedia menerima arahan untuk melakukan persembahan kumpulan . Setiap kumpulan murid melakukan persembahan boneka masing-masing mengikut giliran kumpulan . Guru sebagai fasilatator . ABM Boneka Jari Muzik Latar Skrip Cerita Nilai Murni Yakin Patuh Arahan Kerjasama

PowerPoint Presentation: 

Penutup Langkah / Masa Aktiviti Catatan Penutup ( 5 minit ) Guru memberi rumusan bagi persembahan setiap kumpulan . Guru memberikan ganjaran dan ucapan tahniah di atas kerjasama dan kreativiti semua kumpulan . Nilai Murni Perihatin Menghormati Bersyukur

LAMPIRAN ( SKRIP ): 

LAMPIRAN ( SKRIP )

Skrip Cerita Dewi Bunga: 

Skrip Cerita Dewi Bunga Dewi Bunga : Ku menangis …. tiada berair mata . Hendak ku senyum …. tiada siapa nak teman …. Kalaulah nasib sudah tersurat … Begini hebat …. Apa nak buat . Dayang : Ampun Tuan Puteri … Mengapakah tuan puteri muram durjana ?. Apakah yang merunsingkan Tuan Puteri ?.

PowerPoint Presentation: 

Dewi Bunga : Dayang ,…beta merasakan hidup beta rasa kesunyian … asyik-asyik bermain di taman Diraja . Adakah tempat lain yang boleh mengubati kesunyian beta wahai Dayang ?. Dayang : Ampun tuan puteri … Ada pun tempat yang menarik yang ada hanya di luar Istana sahaja . Tapi patik rasa kalau tuan puteri berada di luar Istana, patik rasa tuan puteri tidak akan rasa kesunyian .

PowerPoint Presentation: 

Dewi Bunga : Betulkah Dayang ?... Kalau begitu , biarlah beta tukar pakaian dulu supaya rakyat tidak mengenali beta. Dayang : Baiklah Tuanku … Tuanku puteri memang bijak . Tapi jangan lupa tuanku , bawa duit sedikit untuk berbelanja . Dewi Bunga : A…a…a ye.. dapat juga beli air kelapa muda ..( gembira )

PowerPoint Presentation: 

Suasana diluar Istana.. Dewi Bunga : Wah ... indahnya pekan ini .. Apa nama pekan ni Dayang ? Dayang : Pekan Tanjung Rambutan Tuanku .. Dewi Bunga : Mari Dayang …. kita beli air kelapa muda .. terasa haus pulak beta. Dayang : Mari… Tamat

BAHAN RUJUKAN: 

BAHAN RUJUKAN Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah , ( 1998 ), Kuala Lumpur, Affluent Master Sdn . Bhd. Kathleen Chee , ( 2010 ), Focus Goal Pendidikan Seni Visual SPM , Bangi Selangor Darul Ehsan , Pelangi Sdn . Bhd . Leela R, (1994 ), Melukis dan Membuat Gambar , Kuala Lumpur, Fajar Bakti Sdn . Bhd. Zulkifli Yaakob , (2009), HBEF 1403 Seni dalam Pendidikan, Seri Kembangan Selangor Darul Ehsan , Open Universiti Malaysia. Zailani Yaacob , ( 2006 ), Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM, Shah Alam Selangor Darul Ehsan,Oxford Fajar Sdn . Bhd