POWERPOINT Kewajipan Kepimpinan Islam 2

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

Kewajipan Kepimpinan Islam:

Kewajipan Kepimpinan Islam Disampaikan Oleh : Ust.Hj.Mohd Syahir Hj.Ismail

PENDAHULUAN:

Apabila berbicara mengenai kepimpinan , Islam menentukan bahawa bidangnya amat luas . Lebih tinggi bidang kepimpinannya lebih besar pula tanggungjawabnya . Pemimpin tidak hanya memimpin di dalam sebuah negara , malah pemimpin dalam islam ialah setiap orang yang diberikan tanggungjawab mengendalikan sesuatu urusan . Oleh kerana setiap orang mempunyai tanggungjawab ini maka setiap orang itu mempunyai peranan memimpin . Contohnya seorang bapa diberi tugas memimpin keluarganya , maka ia adalah pemimpin keluarganya . Begitu juga seorang ketua negara yang diberi tugas memimpin rakyat di negaranya , maka ia adalah pemimpin rakyat di negaranya . PENDAHULUAN

PowerPoint Presentation:

Imam/ imamah Khalifah Amir Al- Mukminin Ulil Amr

IMAM/IMAMAH:

Merupakan satu jawatan yang berperanan sebagai penunjuk jalan kepada sesuatu arah atau tempat atau memimpin dengan contoh teladan di mana imam itu sendiri mesti melaksanakannya lebih awal dari orang yang dipimpin . Contohnya dalam konteks kewajipan memimpin sembahyang , imam mengangkat takbir dan makmum turut mengangkat takbir sebagaimana imam bertakbir . Begitulah seterusnya dalam segala perbuatan mengerjakan sembahyang itu , apa-apa perlakuan imam mestilah dituruti oleh makmum , oleh itu imam sebagai pemimpin ( leader ) dan makmum sebagai pengikut ( follower ). IMAM/IMAMAH

KHALIFAH:

Merupakan suatu jawatan bagi mengantikan seseorang atau mengambil tempat mengikut atau meneruskan . Dalam sejarah kepimpinan Islam, khalifah merupakan penganti Rasulullah S.A.W dalam menerus , mengurus dan mentadbir negara islam . Khalifah ialah sebagai pentadbir , penguasa , pengatur dan pemakmur yang bertanggugnjawab mengatur kehidupan manusia di bumi dfengan berdasarkan kepada wahyu dan syariat Allah supaya kehidupan manusia itu teratur dan mempunyai tujuan-tujuan hidup yang suci murni lagi mulia untuk mencapai keredhaan allah . Manusia sebagai khalifah ( vicegerent ) yang merupakan wakil Allah di bumi adalah berkewajipan mendirikan institusi kepimpinan yang diredhai oleh Allah. KHALIFAH

AMIR AL-MUKMININ:

Merupakan suatu jawatan atau kedudukan dalam kepimpinan yang bermaksud sebagai memberi arahan , pemberi tugas , pemerintah atau mengamanahkan seseorang dengan tugas . Dalam sejarah pemerintahan islam , Amir Al Mukminin merupakan pemerintah masyarakat atau ketua negara islam . AMIR AL-MUKMININ

ULIL AMRI:

Merupakan suatu jawatan atau kedudukan dalam kepimpinan yang menjalankan tugas dan amanah untuk mentadbir dan mengendalikan urusan dunia sesuai dengan syariat Allah. Oleh sebab itu adalah menjadi kewajipan kepada rakyat mematuhi apa yang diperintahkan oleh Uli Al Amri sebagaimana firman Allah dalam surah An- Nisa ’ ayat 59 yang bermaksud : “ Wahai orang-orang yang beriman , taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah S.A.W dan kepada Uli Al- Amri ( orang-orang yang berkuasa ) dari kalangan kamu . Kemudian jika kamu berbantah-bantah ( berselisihan ) dalam sesuatu perkara , maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada ( Kitab ) Allah (Al-Quran) dan ( Sunnah ) Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat . Yang demikian adalah lebih baik ( bagi kamu ), dan lebih elok pula kesudahannya .” ULIL AMRI

PowerPoint Presentation:

firman-Nya yang bermaksud : " Ingatlah kepada Tuhanmu berfirman kepada malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ." (Al- Baqarah , ayat 30)

Sebagai khalifah di muka bumi, manusia terikat dengan tiga bentuk hubungan.:

1) H ubungan Menegak 2) Hubungan Dalaman 3) Hubungan Melintang Sebagai khalifah di muka bumi , manusia terikat dengan tiga bentuk hubungan .

HUBUNGAN MENEGAK:

Pertama , hubungan menegak , iaitu hubungan manusia dengan Allah S.W.T. Dalam hubungan ini manusia menerima pimpinan Ilahi serta tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah dalam melaksanakan amanah-Nya HUBUNGAN MENEGAK

HUBUNGAN DALAMAN:

Hubungan dalaman , iaitu hubungan manusia dengan diri sendiri . Di tahap ini manusia menggunakan ilmu naqliah ( ilmu agama) untuk mengembangkan ilmu aqliyyah yang mengandungi tanda-tanda kewujudan dan kebesaran Allah di dalam alam ( ayatullah fi`l-kaun ) HUBUNGAN DALAMAN

HUBUNGAN MELINTANG:

Ketiga , hubungan melintang , iaitu hubungan antara manusia dengan manusia dan dengan makhluk lain seperti haiwan , tumbuh - tumbuhan dan seumpamanya . Di tahap ini , kepimpinan manusia dilaksanakan , diminta pertanggungjawaban dan dinilai . Pengetahuan manusia tentang diri sendiri , alam sekitar , sejarah dan masyarakat , semuanya mesti diarah untuk meningkatkan iman dan amal soleh serta membantu manusia menjalankan hubungan menegak , hubungan dalaman dan hubungan melintang dengan sempurna . HUBUNGAN MELINTANG

PowerPoint Presentation:

Istilah imam, immamah dan aimmah pula disebut dalam ayat 124, Surah al- Baqarah ; ayat 5, Surah al- Qasas ; ayat 24, Surah as- Sajdah ; dan ayat 74, Surah al- Furqan .

PowerPoint Presentation:

Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 124, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "…. Aku akan jadikan engkau wahai Ibrahim, imam yakni ketua bagi sekelian manusia " Seterusnya dalam ayat 5, Surah al- Qasas , Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Dan Kami hendak menumpahkan budi atas mereka yang ditindas di bumi itu , dan Kami hendak jadikan mereka pemimpin-pemimpin ; dan Kami hendak jadikan mereka mewarisi bumi ."

PowerPoint Presentation:

Dalam ayat 24, Surah as- Sajdah , Allah S.W.T. berfirman , maksudnya : "Dan Kami jadikan dari kamu ketua-ketua yang memimpin dengan perintah Kami , tatkala mereka telah sabar dan adalah mereka yakin kepada ayat-ayat Kami ." Allah S.W.T. menyuruh manusia berdoa kepada-Nya seperti firman-Nya , ayat 74, Surah al- Furqan yang bermaksud : "Hai Tuhan Kami! Jadikan dari isteri-isteri kami dan anak cucu kami, pendingin mata ( menyenangkan hati ) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang berbakti ."

PowerPoint Presentation:

Empat ayat di atas menjelaskan kepimpinan dalam konteks yang luas. Ia meliputi ketua negara , mufti, hakim ( kadi ), menteri , wakil rakyat , ketua jabatan , penghulu , ketua keluarga dan apa sahaja yang membabitkan orang di bawah jagaannya .

SUMBER KEPIMPINAN ISLAM:

Sumber pimpinan Islam, ialah al-Quran dan as- Sunnah . Pemimpin Islam hendaklah mengetahui , memahami dan mengamalkan segala dasar ajaran Islam pada setiap masa dan tempat . Rujukan utama kepimpinan Islam ialah ayat 58 - 59, Surah an Nisa' yang menjadi asas kepada seluruh sistem din, kebudayaan dan siasah Islam serta merupakan kaedah pertama di dalam perlembagaan Daulah Islammiyah . SUMBER KEPIMPINAN ISLAM

4 PERKARA UTAMA AMANAH DALAM KEPIMPINAN:

1 . Allah sebagai kemuncak pimpinan yang wajib ditaati . 2. Kesetiaan dan ketaatan kepada Rasulullah S.A.W. sebagai jalan untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah. 3. Ketaatan dan kesetiaan para muslimin kepada ulil ` amri , iaitu orang yang telah diberikan kekuasaan untuk memimpin masyarakat. 4. Mengiktiraf Al-Quran dan As- Sunnah sebagai perundangan utamamasyarakat Islam sekaligus menjadikannya sebagai sumber rujukan untuk menyelesaikan segala-segala persengketaan . 4 PERKARA UTAMA AMANAH DALAM KEPIMPINAN

KONSEP KEPIMPINAN ISLAM (KHALIFAH) :

Berteraskan konsep khalifah Allah S.W.T.; setiap manusia ( muslim mukmin ) adalah Pemimpin yang bertanggungjawab memimpin dirinya,keluarganya serta ahli-ahli di bawa jagaannya . KONSEP KEPIMPINAN ISLAM (KHALIFAH)

AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR:

Konsep kepimpinan dihubungkan dengan tugas menegakkan amar ma`ruf nahyul Mungkar yang merangkumi semua perkara yang dituntut dan diharuskan oleh syarak Iaitu meliputi soal-soal akidah , syariah , akhlak yang membawa manusia kepada kesejahteraan kehidupan sekali gus mencegah yang buruk , keji dan mungkar . AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR

ILMU, IMAN DAN AMAL:

Kepimpinan Islam digerakkan oleh ilmu, iman dan amal soleh yang diterasi oleh keikhlasan dalam semua bentuk tindakan yang diambil, sama ada dalam bidang ekonomi , sosial , politik , kebajikan dll . Tidak ada istilah " tindakan menghalalkan cara " dalam kepimpinan Islam. ILMU, IMAN DAN AMAL

BUKAN REBUTAN:

Kepimpinan bukan sesuatu jawatan yang boleh dijadikan bahan rebutan. Malahan bukan untuk dipohon atau menawar diri untuk menjawat sesuatu jawatan . Ia bukan suatu profesion dan tidak dimonopoli oleh satu-satu kaum , ras , bangsa atau keturunan . Ucapan Abu Bakar sebaik sahaja beliau dilantik, menjelaskan kedudukan ini: " Aku dilantik bukan kerana aku lebih baik daripada kamu . Sokongan aku sekiranya aku melaksanakan perintah Allah jika aku menyeleweng , perbentulkan aku …" BUKAN REBUTAN

KEWAJIPAN:

Melantik pemimpin adalah satu kewajipan umat Islam. Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud : " Jika kamu bertiga , maka lantiklah salah seorang menjadi ketua ." KEWAJIPAN

DUNIA DAN AKHIRAT:

Kepimpinan dalam Islam mencakupi urusan dunia dan akhirat. Pemimpin Islam perlu insaf dan menyedari bahawa setiap tanggungjawab akan dipersoalkan bukan sahaja di dunia, malah di akhirat. DUNIA DAN AKHIRAT

TIADA PEMUJAAN:

Tidak ada pemujaan terhadap pemimpin dan tidak ada konsep ma`sum dalam kepimpinan Islam. TIADA PEMUJAAN

KEPATUHAN BERSYARAT:

Kepimpinan Islam menganjurkan kepatuhan bersyarat . Seseorang itu tidak perlu patuh , malah wajib engkar sekiranya pemimpinnya menyeleweng atau melakukan perkara yang melanggar perintah Allah S.W.T . seperti yang dinyatakan oleh hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat terhadap Allah." KEPATUHAN BERSYARAT

KONSEP SYURA:

Kepimpinan Islam beroperasi di atas dasar syura. Pemimpin hendaklah mengadakan mesyuarat ( syura ) dengan orang yang dipimpinnya keranamatlamat kepimpinan Islam ialah untuk memastikan kewujudan dan keberlangsungan jemaah atau umat Islam pada setiap masa. KONSEP SYURA

MENEPATI KRITERIA:

Pemimpin yang dipilih mestilah menepati kriteria jawatan atau tugas yang akan dilaksanakan dari segi tanggungjawab dan kemahiran . Rasulullah S.A.W. pernah menolak permintaan Abu Dzar al- Ghifari yang menawarkan diri untuk menyandang satu jawatan menerusi sabdanya yang bermaksud : " Anda seorang yang lemah , sedangkan tugas ini adalah satu amanah, ia menyusahkan dan menjadi satu P enyesalan pada hari kiamat nanti , kecuali bagi orang yangmengambilnya secara hak dan menunaikan tanggungjawab yang terpikul di bahunya ". ( Hadis riwayat Muslim) MENEPATI KRITERIA

KRITERIA PEMILIHAN PEMIMPIN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM:

1- QUWWAH 2- AMANAH KRITERIA PEMILIHAN PEMIMPIN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

QUWWAH:

Quwwah dalam pengertian syara ` mestilah merujuk bidang tugas yang diberikan . Secara umum , quwwah ialah kekuatan atau kemampuan melaksanakan tugas dalam pelbagai bidang-fikiran , kerohanian , jasmani , keorganisasian , akhlak , peribadi dll QUWWAH

CONTOH:

- yang perlu dimiliki oleh pemimpin untuk mejayakan kepimpinannya . Quwwah dalam bidang peperangan misalnya merujuk kepada kepintaran mengatur strategi peperangan , semangat juang dan keberanian ; quwwah dalam menetapkan hukum antara manusia , merujuk kepada kesanggupan menjalankan hukum-hukum menurut Al-Quran dan As- Sunnah dengan adil ; dan quwwah dalam bidang kewangan , merujuk kepada kemahiran dalam bidang ekonomi . CONTOH

AMANAH:

Amanah pula diterasi oleh tiga perkara utama iaitu takutkan Allah ( takutkan Allah daripada melakukan ketidakadilan, pengkhianatan dan kecuaian); tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga murah untuk mendapat habuan dunia ; dan tidak takutkan manusia . Ternyata sukar untuk memperolehi individu yang memiliki kedua-dua sifat quwwah dan amanah sekaligus . Rasulullah S.A.W. bersabda , maksudnya : "Manusia adalah seperti unta, daripada seratus unta hanya seekor sahaja daripadanya yang dapat digunakan dalam perjalanan jauh ." (HR Bukhari ) AMANAH

SYARAT-SYARAT PEMILIHAN PEMIMPIN:

1-Akil Baligh dan lelaki 2- Adil 3-Berilmu Pengetahuan 4-Bijaksana Sabda Rasulullah s.a.w . yang bermaksud : " Bahawa Allah suka kepada pandangan yang tajam ( kritis ) ketika terdapat kekeliruan dan (Allah suka ) kepada akalyang matang ketika hawa nafsu menyerang SYARAT-SYARAT PEMILIHAN PEMIMPIN

PowerPoint Presentation:

5-Berakhlak Mulia 6- Sempurna Pancaindera Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : " Lelaki yang mukmin dan kuat tubuh badan lebih disayangi Allah daripada lelaki yang mukmin tetapi lemah fizikaln ya .“ 7-Mengenali Jamaah 8-Mengenali Jiwa dan Potensi diri 9- Berfikiran Terbuka 10- Yakin dan Optimis 11-Sabar

PowerPoint Presentation:

Rasulullah S.A.W. dengan tegas mengingatkan menerusi sabdanya , bermaksud : " Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya , tunggulah masa kehancuran ." (HR: Muslim)

PENUTUP:

Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W., adalah model kepimpinan unggul yang mengintegrasikan segala ciri kepimpinan , antaranya kekentalan akidah,kekuatan ilmu dan daya fikir , kewibawaan akhlak , keupayaan fizikal , kemantapan kesabaran , kebijaksanaan berdiplomasi , dan keakraban kasih-sayang . PENUTUP

PowerPoint Presentation:

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “ setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab mengenai apa yang dipimpinnya ”( Riwayat Bukhari dan Muslim)