Teknik Menulis karangan

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

Teknik Menulis karangan:

Teknik Menulis karangan

Cara Membuat Rangka Karangan:

Cara Membuat Rangka Karangan Rangka karangan ialah skim atau rancangan isi-isi penting yang hendak dibincangkan dalam sesebuah karangan . Dalam perbincangan kita mengenai struktur karangan di atas tadi, sebenarnya telah kita menyentuh juga tentang rangka karangan. Perbezaan di antara struktur karangan dan rangka karangan ialah struktur karangan menunjukkan susunan kedua-dua isi penting dan butir-butir keterangannya, sedangkan rangka karangan hanya menunjukkan susunan isi-isi penting sahaja. Membuat rangka karangan ialah perancangan isi-isi karangan, sebagaimana pentingnya pelan bagi sebuah bangunan. Demikianlah pentingnya rangka bagi sebuah karangan . Adalah mustahil dapat kita menghasilkan sebuah karangan yang baik tanpa membuat rangkanya terlebih dahulu. Oleh itu perlulah kita menguasai teknik-teknik membuat rangka karangan .

PowerPoint Presentation:

Membuat rangka karangan , sebenarnya merancang isi-isi penting karangan. Ia melibatkan dua langkah, iaitu: Mencari idea-idea yang hendak dibincangkan Mengatur atau menyusun idea-idea itu secara logik sehingga menjadi sebuah rangka karangan.

Cara-cara mencari idea:

Cara-cara mencari idea Kekeringan idea boleh diatasi dengan memakai dua cara yang tersebut di bawah ini : Perhubungan fikiran ( association of ideas ) Ini bererti kita bermula dari satu idea berkenaan dengan tajuk karangan itu, ia kita terus menurun seberapa banyak mungkin , idea-idea lain yang berhubung dengan idea tadi, kemudian baharulah kita menyusun serta menggolongkan idea-idea itu menjadi sebuah rangka karangan seperti berikut: Pangkal Idea: Sebaran Am. Surat khabar, majalah, radio, filem, televisyen, isi kandunganya, peranan yang dimainkannya dalam masyarakat moden, penyebaran ilmu pengetahuan yang lebih luas dan tepat, alat hiburan, alat pendidikan, kesan-kesan buruknya penyebaran unsur-unsur tidak sihat, sebagai jambatan antara kerajaan dan rakyat, alat sabotaj, kawalan perlukah ?

Penentuan sudut perbincangan:

Penentuan sudut perbincangan Tajuk karangan boleh dibincangkan dari berbagai sudut. Contohnya topik Sebaran Am di atas boleh dibincangkan dari segi jenisnya, peranannya, baik buruknya, pandangan orang terhadapnya dan lain-lain lagi. Penentuan sudut perbincangan memudahkan kita mencari sesuatu yang hendak dibincangkan. Apabila mendapat sesuatu tajuk karangan pelajar harus menentukan dari sudut apakah harus ia membicarakannya . Sudut – sudut yang penting diingat adalah seperti berikut: Asal usul dan perkembangan perkara yang hendak dibincangkan Kedudukan perkara itu sekarang – meningkat, menurun/teruk? Mana buktinya, ke arah mana perkara itu berkembang? Hubungan perkara itu dengan kehidupan manusia. Pentingkah perkara itu kerpada manusia? Apakah peranan yang dimainkannya. Baik buruknya perkara itu? Jenis-jenis perkara itu – contohnya jenis dadah, kenderaan, senjata, sebaran am dan sebagainya. Pandangan dan layanan orang terhadap perkara itu (misalnya pandangan pro dan kontra, sambutan baik dan bantahan )

Pengenalan atau Pembukaan karangan:

Pengenalan atau Pembukaan karangan Ia merupakan perenggan permulaan digunakan untuk memperkenalkan tajuk itu secara khusus. Setiap karangan mesti mempunyai pengenalan ini dan ia hendaklah ringkas dan padat. Pengenalan itu merupakan beberapa ayat yang dapat merangkumi apa yang hendak anda sampaikan dalam karangan itu. Ia mungkin berupa definisi tajuk tersebut, perkara yang hendak anda sampaikan, atau suatu pendapat umum berkaitan dengan tajuk itu. Pengenalan itu hendaklah menggambarkan kematangan fikiran dan kefahaman anda tentang tajuk tersebut. Anda hendaklah menulis pengenalan yang dapat menarik perhatian pemeriksa dan sesuai dengan jenis karangan yang akan anda tulis.

Perenggan karangan:

Perenggan karangan Satu isi penting yang dibincangkan , elok ditulis dalam satu paragraf. Banyaknya paragraf bergantung kepada banyaknya isi yang ada menurut kepentinganya. Isi yang paling penting diletakkan di dalam paragraf yang pertama dan yang kurang penting di paragraf yang akhir sekali

Penutup Karangan:

Penutup Karangan Setiap karangan perlu mempunyai penutup atau kesimpulan mengenai segala yang telah anda perkatakan atau merupakan kata putus terhadap pendapat yang telah anda kemukakan Anda perlu berhati-hati apabilamenulis perenggan penutup kerana ia membayangkan dengan jelas tentang sikap dan pandangan anda terhadap tajuk itu. Oleh itu penutup karangan hendaklah membawa kepada satu kesimpulan yang lembut tetapi berkesan. Di dalam bahagian ini anda perlu ingat supaya jangan mengulang isi-isi atau sebahagian daripada isi-isi yang telah anda kemukakan dahulu

authorStream Live Help