1_kaum cina

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

PowerPoint Presentation:

ETNIK CHINA DI MALAYSIA DI SEDIAKAN OLEH : NORBAZLIN BT MOHAMMAD E1 PENGAJIAN MELAYU (PISMP-IPGM) 870301-23-5962 Rafflesia_endau@yahoo.com

PowerPoint Presentation:

Salah satu Etnik yang terdapat di Malaysia ialah etnik Cina. Etnik cina merupakan etnik kedua terbesar di Malaysia selepas etnik melayu. Cina mempunyai keunikan yang tersendiri. Mereka merupakan golongan imigran yang berhijrah dan seterusnya menetapkan di Tanah Melayu

PowerPoint Presentation:

Struktur masyarakat cina dalam dilihat didalam hieraki tersebut: Kesetiaan confusonisme Mandat daripada Syurga pembesar Petani/pedagang Hamba Kuasa Maharaja

PowerPoint Presentation:

Maharaja menjadi tonggak penting dalam kerajaan. Perubahan-perubahan atau pengantian maharaja dilihat sebagai satu keinginan untuk kekalkan keharmonian undang-undang semulajadi. Masyarakat Cina berpegang erat pada falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan kesetiaan sebagai puncak kepada kebahagian.

PowerPoint Presentation:

Mereka diwajibkan taat setia kepada maharaja, setia isteri kepada suami sementara anak kepada ibubapa. Struktur masyarakt cina dimalaysia, mereka lebih bertumpu pada sektor ekonomi kedua iaitu industi. Mereka banyak menjalankan perniagaan dan bergiat aktif dalam ekonomi negara Malaysia.

Adat resam :

Adat resam Terdapat pelbagai adat resam yang diamalkan oleh kaum cina di malaysia. Adat resam mereka adalah lebih kurang sama dengan masyarakat melayu . Antaranya ialah meliputi adat resam dalam kelahiran, perkahwinan, kematian dan sebagainya.

PowerPoint Presentation:

Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian

PowerPoint Presentation:

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan diantaranya ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan . Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang . Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi . Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin . .

PowerPoint Presentation:

Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Nama diberikan kepada bayi yang baru lahir sama seperti kaum melayu.

PowerPoint Presentation:

Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal kematian.

PowerPoint Presentation:

Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila

 Kepercayaan :

Kepercayaan Taoisme merupakan ajaran pertama bagi orang Cina yang dikemukakan Laotze. Ia dilahirkan di Provinsi Hunan pada tahun 604 SM. Dikisahkan, Laotze merasa amat kecewa akan kehidupan dunia, sehingga ia memutuskan untuk pergi mengasingkan diri dengan tidak mencampuri urusan keduniawian.

PowerPoint Presentation:

Ia kemudian menulis kitab Tao Te Ching yang kelak menjadi dasar pandangan ajaran Taoisme. Tao berarti “jalan” dan dalam arti luas yaitu realitas absolut, yang tidak terselami, dasar penyebab, dan akal budi

PowerPoint Presentation:

Mereka juga percaya dengan konsep Feng Shui. Feng Shui bermaksud "angin" dan "air". Amalan Feng Shui berpunca daripada amalan orang cina melihat alam ini. Semua benda di dalam ini dikategorikan kepada air, api, logam, tanah, kayu dan air. Cara 5 perkara ini disusun memberikan keseimbangan tenaga yang dikenali sebagai "yin" dan "yang".

PowerPoint Presentation:

Tenaga ini dipanggil "chi". Feng Shui bukan agama atau amalan spiritual. Feng Shui lebih difahami sebagai satu "sains" yang menyusun 5 objek tadi agar berada di dalam keadaan seimbang dan harmoni

PowerPoint Presentation:

Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari kelimabelas pada bulan kelapan pada kalender Cina iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Perayaan Kuih Bulan disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan.

PowerPoint Presentation:

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun akan dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru.

PowerPoint Presentation:

Perarakan tarian Naga atau Singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan dengan perayaan Chap Goh Mei .

Bahasa :

Bahasa Bahasa Cina ( Cina Tradisional : 漢語 , Cina Ringkas : 汉语 , pinyin : Hànyǔ; Cina Tradisional : 華語 , Cina Ringkas : 华语 , pinyin : Huáyǔ; atau 中文 , pinyin : Zhōngwén) membentuk sebahagian keluarga bahasa Sino-Tibet . Kira-kira satu per lima daripada semua manusia di bumi bertutur dalam suatu bentuk bahasa Cina sebagai bahasa ibunda, menjadikannya bahasa yang paling ramai orang di dunia yang menuturnya sebagai bahasa ibunda.

PowerPoint Presentation:

Sebutan Bahasa Cina yang baku berasaskan dialek Beijing , daripada golongan Bahasa Mandarin . Bahasa Mandarin Baku merupakan bahasa rasmi Republik Rakyat China dan Republik China di Taiwan , serta salah satu bahasa rasmi Singapura (bersama bahasa Inggeris , Melayu , dan Tamil ).

PowerPoint Presentation:

Aspek linguistik tentang budaya kaum Baba- Nyonya Melaka yang paling menonjol ialah bahasa mereka yang digelar Bahasa Melayu Baba. Bahasa Melayu Baba merupakan sebuah kreole yang lahir daripada bahasa melayu pijin . Puak Cina Peranakan Kelantan Dan Terengganu menonjolkan bahasa mereka yang dinamai Bahasa Hokkien Cina Peranakan Kelantan. Namun dari sudut kebahasaan , Cina Peranakan Terengganu Dan Kelantan didapati melalui proses asimilasi linguistik yang berbeza daripada dua kumpulan itu iaitu Baba- Nyonya Melaka dan Cina Peranakan Indonesia.

PowerPoint Presentation:

Etnik Cina juga pintar dalam berbahasa . mereka memanggil sastera sebagai suyu. Saster mereka adalah lebih kurang sama dengan sastera melayu. Mengandungi unsur yang harmoni dan banyak menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai objektif utama dalam mereka berbahasa.

Kaedah Pengajaran Dan Keberkesanan Kaedah Pengajaran Tersebut Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya. :

Kaedah Pengajaran Dan Keberkesanan Kaedah Pengajaran Tersebut Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya. Kaedah lakonan merupakan salah satu kaedah yang paling sesuai dalam menerapkan budaya dalam diri setiap pelajar . Kaedah ini memerlukan murid-murid berlakon berdasarkan skrip yang di sediakan oleh guru. Kaedah ini berkesan untuk menarik minat murid untuk terus menumpukan pada sesi pengajaran dan pembelajaran .

PowerPoint Presentation:

Guru perlu bijak semasa menggunakan kaedah ini supaya objektifnya tercapai. Guru voleh menggunakan kaedah ini sama ada semasa set induksi, langkah pengajaran ataupun penutup. Guru mengajar tajuk mengenai sambutan perayaan di Malaysia seperti perayaan cina, india dan melayu.

PowerPoint Presentation:

Selain itu,kaedah ini merupakan kaedah yang praktikal dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Murid-murid yang lain akan lebih mudah faham mengenai budaya etnik yang lain dengan baik. Kaedah ini lebih menyeronokkan dan lebih mudah untuk di fahami oleh murid-murid.

PowerPoint Presentation:

Mereka akan lebih peka dan sensitif dalam pergaulan dengan kaum yang berlainan. Kaedah ini juga dapa membantu mewujudkan satu fenomena atau situasi di mana mereka akan menganggap rakan mereka yang berlainan kaum tiada bezanya dengan rakan mereka yang satu kaum sahaja. Pemikiran mereka akan lebih terbuka.

PowerPoint Presentation:

kaedah perbincangan . Kaedah ini sesuai digunakan bagi murid-murid tahap dua . Kaedah ini memerlukan murid berfikir secara kreatif dan kritis . Guru boleh menyelitkan kaedah ini semasa sesi pengajaran dan pembelajaran . Kaedah ini memerlukan guru memberikan satu tajuk dan murid-murid akan membuat perbincangan di bawah seliaan guru. Contoh tajuk ialah etnik-etnik yang terdapat di Malaysia dan keistimewaan setiap etnik tersebut .

PowerPoint Presentation:

Murid akan dibentuk dalam kumpulan dan berbincang melibatkan semua kaum. Guru akan memastikan setiap murid terlibat dan bercampur dengan kaum yang lain di dalam satu kumpulan.

PowerPoint Presentation:

Guru akan memantau setiap apa yang diperbincangkan dan membuat kesimpulan di akhir pengajaran. Guru akan menjelaskan menganai kebaikan dan kepentingan kita bersatu padu dan mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang mementingkan perpaduan. Perpaduan merupakan tonggak keamanan negara kita.

PowerPoint Presentation:

Kaedah ini membuatkan murid lebih peka dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu kaum. Murid-murid juga dapat bertukar maklumat dengan mendapat maklumat yang baru mengenai etnik di Malaysia. Kaedah ini juga menggalakkan murid berfikiran terbuka dan tahu kebaikan apabila setiap etnik di Malaysia ini bersatu.

PowerPoint Presentation:

Kaedah ini juga dapat membuatkan murid-murid terfikir kesan buruk jika perpaduan antara kaum tidak wujud. Kaedah ini membantu juga memberi kesedaran kepada murid dan sekaligus mereka akan dapat mewujudkan satu pengajaran dan bilik darjah yang harmoni dan selesa.

PowerPoint Presentation:

Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya Dalam Bilik Darjah Terhadap Guru, Murid, Dan Sekolah

Implikasi:

Implikasi Guru Murid Guru perlu mempelbagai- kan kaedah pengajaran dan pembelajaran Lebih terdedah dengan pelbagai sosio budaya Guru perlu memahami budaya masyarakat yang lain agar proses PnP berkesan. Memahami sosio budaya kaum lain Merapatkan jurang perbezaan antara kaum Minda murid-murid dapat diluaskan dan diperkembangkan Kemahiran berkomunikasi di kalangan murid dapat ditingkatkan . Pengaruh nilai yang tidak baik Dapat memupuk integrasi kaum Kepelbagaian latar belakang sosio budaya Mempelbagaikan aktiviti sekolah seperti tarian dan sambutan hari kebesaran. Mewujudkan satu budaya yang sama. Sekolah KURIKULUM TERSIRAT Memupuk nilai- nilai positif Kepelbagaian budaya yang boleh dijadikan contoh Meliputi pengalaman yang dipelajari secara tidak formal

Terima kasih :

Terima kasih

authorStream Live Help