AA301 – Pengetian Tamadun

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

AA301 - Tamadun Islam Khususnya Untuk Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang mengambil Kursus AA301

Comments

Presentation Transcript

AA301– TAMADUN ISLAM:

AA301– TAMADUN ISLAM KULIAH 1 PENGENALAN TAMADUN Disediakan oleh : Asnuurien Najma Binti Ahmad Pensyarah Unit Pendidikan Islam & Moral Jabatan Pengajian Am Politeknik Merlimau asnuurien@pmm.edu.my

Slide 2:

DEFINISI TAMADUN 1. Membezakan manusia dengan manusia yang tidak bertamadun atau dianggap barbarian (orang gasar). Cina bangga dengan pencapaian budayanya mengatakan orang asing tidak bertamadun. Barat menyatakan peraturan dan sistem pemerintahan China sebagai tidak bertamadun. Barat mengatakan tujuan penjajahan untuk mentamadunkan orang yang dijajah. Islam melihat tamadun sebagai pencapaian ilmu pengetahuan yang tinggi.

Slide 3:

2. Satu pencapaian tinggi yang telah diperoleh oleh manusia dalam semua aspek kehidupannya. 3. Status sosial manusia berubah dari kehidupan yang serba mudah kepada satu organisasi masyarakat kompleks. 4. Arnold Toynbee : Tamadun dibina berdasarkan tiga keadaan: 1. Masyarakat pra-tamadun mengorak ke arah kemajuan. Tamadun Kristian Ortodok Timur empayar Rom Timur adalah hasil dari Tamadun Eropah. 2. Kelahiran tamadun dari tamadun lama seperti Hellenistik dari Tamadun Grecco-Roman. 3. Penukaran tamadun lama kepada tamadun baru.

Slide 4:

5. Satu peringkat pembangunan yang tinggi di mana budaya manusia merangkumi sistem penulisan, undang2, kerajaan, pengkhususan kerja, agama dan pembinaan negara kota. 6. Dalam bahasa Arab Tamadun bermaksud kehalusan budi dan sopan santun. 7. Ibn Khaldun : umran bermaksud kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap berkembang subur dan maju. Juga gunakan hadarah bermaksud sedentary life. 8. Farid Wadji dan Sheikh Muhammad ‘Abduh` gunakan madinah bermaksud bandar. 9. Civilization datang dari perkataan civitas bermaksud bandar. 10. P. Bagby : budaya yang dijumpai di bandar.

Slide 5:

11. Jurji Zaydan : Tamadun dalam bahasa Arab moden ialah memliliki ciri2 kehidupan bandar, dan kota2 dalam bahasa Arab bermaksud mudun yang memiliki ciri-ciri bandar. 12. Prof. Syed Naquib Al-Attas : Tamadun Islam sebagai satu keadaan kehidupan masyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. 13. Ibn Khaldun : tamadun Islam sebagai pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.

Slide 6:

14. Karl Marx : tamadun terbahagi kepada Infratruktus (material) dan superstructure (spiritual). 15. Marcel Maus : semua pencapaian manusia. 16. Eugene Cavignae : sains, seni, arahan dan kemurnian yang minimum. 17. Robert J. Braidwood : merujuk tamadun kepada perbandaran. Dan harus mempunyai satu struktur politik, undang2 formal dan terdapat beberapa projek mega. 18. Hattington : tamadun adalah budaya.

Slide 7:

Istilah tamdun berasal dari bahasa Arab. Dalam bahasa Arab, istilah yang digunakan adalah untuk membincangkan tentang konsep pembangunan, kemajuan dan pencapaian manusia adalah : # hadarah # madaniyyah # umran # tamaddun

Slide 8:

Hadarah : dikaitkan dgn kemajuan industri dan p’dagangan. Ada dua maksud : 1) himpunan kemajuan dalam bidang k’susasteraan, teknik, keilmuan dan undang2 yg dipindahkan dari 1 generasi ke 1 generasi dlm sebuah msyarakat. 2) peringkat perkembangan yg tinggi berlawanan dgn kehidupan liar/ganas/digambarkan sbg kehidupan yg dpt mencapai ideal atau bentuk kehidupan yg tinggi yg hendak dicapai. (Mohd.Liki Hamid:2006:6).

Tamadun dalam Bahasa Arab ::

Tamadun dalam Bahasa Arab : Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi dlm Qamus Al-Marbawi – tamadun berasal drpd madana (kehalusan budi pekerti dan akhlak mulia). – membwa maksud kehalusan adat @ pencapaian manusia. (Mustafa Hj Daud:2002:5) Prof Madya Dr Lutpi Ibrahim : - tamadun berasal dari tamaddan, tamaddunan dan madaniah (kehidupan kota yg m’hasilkan p’capaian yg tinggi dlm pelbagai aspek s/ada kerohanian @ kebendaan.

Slide 10:

Ibn Khaldun (seorang sejarawan Muslim pertama) – dalam Al-Muqaddimah memperkenalkan kata hadharah iaitu sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian. Kesimpulannya : Tamadun berasal dari bahasa Arab tamaddana atau madana yg bererti : 1. suatu lokasi sbg tempat tinggal. 2. membangun suatu kawasan hingga menjadi perbandaran. 3. fenomena dr perubahan cara hidup liar @ nomad kpd kehidupan yg berbentuk maju.(kamus Munjid) 4. kehalusan adat dan kehalusan budi pekerti. (Idris al-Marbawi)

Tamadun dalam bahasa Inggeris ::

Tamadun dalam bahasa Inggeris : Perkataan civilization untuk perkenalkan tamadun. Pertama kali digunakan dalam perkamusan bahasa Inggeris pada abad ke-19M. Civilization berasal dari bahasa Latin iaitu ‘ civitas ’ (kota).

Slide 12:

Kesimpulan of civilization : the process of civilizing or become civillized. ( Noah Webster). the countries and people considered to have reached a high state of social and cultural development.( Noah Webster) an advanced stage of human social development with a high level of art, relegion, science, government.(Longman Dictionary of Contemporary English)

Tamadun dalam bahasa Melayu ::

Tamadun dalam bahasa Melayu : Kamus Dewan – kebudayaan, peradaban, kemajuan dan sopan santun. Teuku Iskandar : tamadun ialah keadaan manusia yg dicirikan oleh taraf pemikiran yang tinggi, negara dan penduduknya yang mencapai taraf pemikiran tinggi, budaya atau cara hidup orang tertentu. “peradaban” keadaan serta tingkat kemajuan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat.

Slide 14:

Mahmood Mohd Taib al-Najmi – tamadun sbg peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia menambahkan hasil pengeluarannya sama ada dr segi pemikiran atau kebendaan. Prof Syed Mohd Naquib Al-Attas – mengaitkan tamadun dengan perkataan ‘Deen’ ; merujuk kpd keadaan kehidupan insan yg telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. (Rasid Muhammad:1996:4)

Slide 15:

Kesimpulannya : Tamadun ialah satu peningkatan kemajuan yg dicapai oleh manusia secara lahiriah atau rohaniah. Contohnya perkembangan ilmu, teknologi, peradaban, tatacara, politik, sosial mahupun rohani itu sendiri.

KONSEP TAMADUN ISLAM:

KONSEP TAMADUN ISLAM

Slide 17:

M.A.J.Beg – mengemukakan 1 teori iaitu di duni ini hanya ada dua konsep tamadun iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Barat. Muhammad Asad tekankan faktor ISLAM sbg peranan penting dalam pembentukan tamadun Islam. – Tamadun Islam bersifat ideologi di mana Al-Quran adalah sumber ideologinya. Syariah sebagi faktor ke-2 kerana mementingkan daya intelektual dlm setiap motif.

Slide 18:

Ali Shari’ati – keperibadian Nabi Muhammad SAW melahirkan tamadun Islam. Nabi Muhammad SAW b’peranan penting dalam membawa perubahan, pembangunan dan kemajuan serta pembinaan masa depan tamadun Islam. Muhammad Uthman el-Muhammady – pembentukan tamadun dan kebudayaan Islam berteraskan kpd ajaran Islam sbg Ad-Deen. – kerana Islam ada syariah, akidah dan akhlak yg merupakan nadi penggerak mencetuskan tamadun dan kebudayaan Islam.

Slide 19:

Prof Ismail Faruqi : tauhid merupakan dasar penting kpd tamadun Islam dan identiti tamadun Islam yang megaitkan unsurnya dalam membentuk pandangan hidup (world view) dan cara berfikir serta tingkah laku umat Islam ke arah yang diredhai Allah SWT.

Konsep Tamadun dari Perspektif Islam:

Konsep Tamadun dari Perspektif Islam - Kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yg boleh mempertingkatkan kualitinya. Aspek yg termasuk dalamnya ialah kenegaraan, perancangan bandar, sosio-ekonomi, sains, pelbagai pengetahuan dan kesenian. Ibn Khaldun

Slide 21:

Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai moral Islam. Masyarakat yang bertamadun dinilai dari dasar aqidahnya, sistem nilai, tingkah laku, hubungn dan aturan sosialnya bukan kemajuan kebendaan. Sayid Qutb

Slide 22:

Agama adalah asas tamadun kerana peningkatan unsur spiritual mendorong kebangkitan fizikal dan semua tamadun di dunia di ditegakkan atas kepercayaan agama. Muhammad Rasyid Redha

Slide 23:

Terbahagi kepada dua tamadun iaitu : Said Hawa Tamadun Islam: segala aspek kemajuan yg tegak atas kebudayaan Islam serta hasilnya juga relevan dengan kebudayaan itu. Tamadun Jahiliah : kemajuan yg dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek rohani dan moral.

Slide 24:

Himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yg menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan kebendaan dan kerohanian dalam sesuatu sejarah. ‘Umar Audah al-Khatib

Slide 25:

Seluruh penghasilan atau produktiviti yang m’gambarkan keperibadian manusia sama ada berbentuk @ gambaran akal, perasaan, tingkah laku, falsafah, pengetahuan agama, kesenian dan lain-lain. Dr. Muhammad Al-Baki

Konsep tamadun dari perspektif Barat:

Konsep tamadun dari perspektif Barat Satu sistem masyarakat yg dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran @ produktiviti ; Mempunyai 4 elemen penting iaitu : - bahan-bahan ekonomi, - sistem politik, - pengetahuan, - seni. Arnold Toynbee

Slide 27:

Ciri2 masyarakat bertamadun :- a. berakhir nomad dan tetap di satu kawasan. b. pembahagian kerja c. kota/negara terbentuk dengan wujudnya status sosial. d. ciptaan tekologi dan alat pertanian. e. revolusi : - perdagangan, teknologi, penternakan, dan indsutri. Darey Ribeiro

Slide 28:

Kepandaian masyarakat mengeksploitasi material. Masyarakat memproses material untuk menjadikan barang baru bagi sesuatu keperluan. J.K. Febleman

Slide 29:

Adalah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran kebudayaan merangkumi elemen : Ekonomi Sistem politik Tradisi moral Kesenian Will Durrant

Slide 30:

Memetingkan kebendaan atau material kerana asas kepada sebuah kemajuan. Oswarld Spengler E.B Taylor Rangkaian yg merangkumi aspek2 keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai moral, perundagan, tradisi, bakat dan kebolehan yg dihasilkan oleh masyarakat.

Slide 31:

Tamadun Barat lebih mempunyai jasad tetapi tidak ada jiwa dan nilai moral yang diterapkan di mana akhirnya wujudlah “Ciptaan Mesin”. Iaitu manusia yang dibentuk seperti mesin dan disebabkan itu, masyarakat yang lahir tidak mempunyai jiwa dan perasaan dan hanya mampu memberi kepuasan fizikal sahaja. (tiada roh). Maryam Jameelah ulas:

Slide 32:

Sumber-sumber Asas Tamadun Islam

Slide 33:

Kalam Allah (mukjizat yg diturunkan kpd Nabi Muhammad SAW ) diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya ibadah. Kitab yg memberi petunjuk(huda), penjelasan(bayan),peringatan(nazir), rahmat, berita gembira (busyra), pengajaran(mau’izah), dan penawar (syifa’). Tatacara bagaimana manusia yg diamanahkan oleh Allah sebagai penguasa,khalifah bagi membentuk serta mentadbir muka bumi.

Slide 34:

Prof Hamid Algar – AQ adlh penentu yg boleh membezakan antara kebenaran dan kepalsuan. Perhubungan antara AQ dan tamadun dijelaskan oleh Syeikh Ahmad Kiftaro “sesiapa shj yg mempelajari surah dan ayat2 al-Quran akan dapat lihat bagaimana Al-Quran menghubungkan keagamaan, keintelektualan da bagaimana ajaran Islam bersatu untuk mempercepatkan kemajuan dalam tamadun.

Slide 35:

Sumber asas ke-2 selepas AQ. Disandarkan kpd Nabi Muhammad SAW samA ada perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat-sifat kejadian Baginda. Fungsi As-Sunnah :- 1. menguat dan penyokong kepada hukum2 dalam AQ. 2. penghurai dan pentafsir kpd ayat2 AQ. 3. tentukan hukum2 yang tidak ada dalam AQ.

Slide 36:

Akal (Ijtihad) – pencurahan daya pemikiran secara bersungguh2 untuk mendapatkan sesuatu hukum syarak mengenai sesuatu masalah yg tidak terdapat hukumnya secara qat’ie dari AQ atau AS. - Umat Islam berjaya mengkayakan ruang lingkup tamadun Islam terutama aspek muamalat.

Slide 37:

Adalah guru terbaik dan sangat bjaksana. Tokoh2 pembina Tamadun Islam menjadikan pengalman mereka hasilkan sesuatu yang lebih baik. 2. Pengalaman 3. Tamadun lain Contohnya tamadun Greek, Mesopotamia, Rome, Mesir, Hwang-Ho. Selagi tidak bercanggah dengn konsep keimanan kpd Allah, Islam tidak menentang kemajuan asalkan datangkan kebaikan & tidak lupa Allah.

Slide 39:

Hubungan manusia dgn Allah (Hablumminallah) tujuan : hambakan diri kpd-Nya iaitu beribadat seperti dalam surah Az-Dzariyat :56 konsep ibadat adalah jika semuanya diniatkan kerana Allah . segala kebajikan yg dilakukan akan dikira ibadat dengan niat perkara kebaikan. Matlamat Tamadun Islam

Slide 40:

Hubungan manusia sesama manusia ( Hablumminannas ) - bukan shj sebagai hamba Allah, tetapi dari sebuah keluarga yang berasal dari jiwa yang satu. - mempunyai hak yang sama dari segi kemanusiaan dan kebebasan. - perlu hormat menghormati antara satu sama lain.

Slide 41:

Manusia dengan alam. - manusia makhluk yang telah dimanahkan oleh Allah sebagai khalifah kepada alam. - letaknya kemakmuran alam dan segala isinya. - tidak lakukan kerosakan dan kemusnahan. - kerosakan alam adalah disebabkan tidak menjaga amanah Allah sebagai khalifah.

Slide 44:

Jiwa / nyawa amanah Allah dan wajib memeliharanya. Membinasakan jiwa sendiri atau org lain adalah jenayah paling besar. Hukum hak hidup : a. tiap2 perkara yg berhubung dgn hidup & bawa keselamatan tubuh badan dikira wajib spt memelihara kesakitan, mencegah penyakit. b. perkara yg boleh rosakkan tubuh badan & ancam nyawa atau melemahkannya adalah haram spt mabuk, heroin, dadah, yang mendatangkan mudarat kpd tubuh bdan. Memelihara Jiwa & Agama

Slide 45:

c. Tiap2 perkara yg boleh memelihara kehidupan hukumnya wajib spt makan, minum, dan berpakaian. Dan tidak boleh melebihi batasan. d. Tiap2 perkara yg dapat mengelakkan diri daripada mati adalah harus bahkan kadang2 dianggap wajib.

Slide 46:

Akal fikiran menaikkan darjah manusia ke taraf yang paling mulia di kalangan sesama manusia dan di sisi ALLAH. Dapat menilai tiap2 perlakuannya sama ada baik atau buruk. Mengkehendaki supaya manusia memelihara akal supaya dapat berfikir dengan cara yang baik dan teratur berpandukan ilmu yg mendatangkan faedah. Memelihara Akal & Perasaan

Slide 47:

Islam menganggap manusia yang beriman adalah makhluk yang paling mulia di sisi Allah. Wajib memelihara maruahnya dan kehormatan dirinya. Memerlukan tiap2 orang mendapat hak untuk melindungi dan menjga kehormatan diri, mengawal kedudukan mencari rezeki dsbnya. Untuk menentukan zuriat dn keturunan melalui ikatan sah (pernikahan). Memelihara Maruah & Keturunan

Slide 48:

Kehormatan hak milik atau harta kepunyaan manusia sama dengan kehormatan jiwa manusia itu sendiri. Harus bekerja dan berusaha utk memenuhi keperluan hidup. Hakikatnya, segala yg ada di langit dan bumi adalah hak ciptaan Allah tetapi manusia telah diberi kuasa utk mentadbirkannya mengikut peraturan yg tertentu. Memelihara Harta Benda

Slide 49:

Memelihara Hak & Kebebasan Hak kebebasan manusia tidak boleh dicerobohi atau dicabut daripada manusia melainkan dalam keadaan darurat iaitu pd masa mempertahankan kemerdekaan dan keselamatan bg umat Islam. Antaranya; membebaskan manusia drpd penyembahan dan pendewaan terhadap sesuatu benda atau sesama manusia.

Slide 50:

Kebebasan utama manusia adalah kebebasan berfikir. Harus diberi kebebasan dalam meberi pendapat tanpa diganggu oleh undang2 Katakanlah benar sekalipun ia pahit. Rasulullah SAW menegaskan sesiapa yang tidak mahu menyatakan kebenaran itu sbg syaitan yg bisu.

Prinsip kebebasan agama ::

Prinsip kebebasan agama : Tiada paksaan atas org yg memeluk Islam, malah tidak sah iman org yg menganut Islam krn dipaksa. Kebebasan dalam mengamalkan agama. Kebebasan dlm mengamalkan perkara2 yg dibenarkan dlm agama mereka sekalipun ditegah bg org Islam. Kebebasan dlm menjalankan undang2 yg berhubung kehidupan spt undang2 perkahwinan, cerai, dan nafkah. Memelihara hak2 mereka dan menjaga kehormatan, memberi kebebasan kpd mereka utk berbincang dlm suatu hal.

Kebebasan politik ::

Kebebasan politik : Bersama-sama dalam masalah kehakiman (undang-undang) dan dalam pemilihan kepimpinan. Mengawasi tindak tanduk pemimpin serta menegurinya di samping mengemukakan pandangan dan buah fikiran.

authorStream Live Help