manusia & masyarakat

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

AA301 Tamadun Islam - Khas Untuk Pelajar Politeknik Kemen

Comments

Presentation Transcript

A3007 – tamadun islam :

A3007 – tamadun islam MANUSIA & MASYARAKAT POLITEKNIK MERLIMAU Disediakan oleh : Asnuurien Najma Binti Ahmad Pensyarah Unit Pendidikan Islam & Moral Jabatan Pengajian Am Politeknik Merlimau © ANAJ © asnuurien@pmm.edu.my

KEJADIAN MANUSIA MENURUT PANDANGAN AL-QURAN & SAINS:

KEJADIAN MANUSIA MENURUT PANDANGAN AL-QURAN & SAINS Sebutan manusia dalam al-Quran : an-nas dan al-basyar. Iaitu merupakan haiwan yang dapat berfikir dan bertutur. Dalam ilmu mantiq disebut haiwan nut natiq POLITEKNIK MERLIMAU

Kejadian manusia menurut al-quran dengan 4 cara ::

Kejadian manusia menurut al- quran dengan 4 cara : a) Manusia dicipta daripada tanah. “Nabi Adam a.s telah dicipta dari tanah liat” ( Surah al-Hijr : 26 ) Dicipta dari tulang rusuk kiri lelaki .“Siti Hawa telah dicipta dari tulang rusuk Nabi Adam a.s” ( Surah an-Nisaa: 1) “Nabi Isa a.s. telah dicipta tanpa bapa.” ( Surah Maryam: 34) Dari setitis air mani “Manusia biasa dicipta melalui proses yang memerlukan cantuman mani dalam rahim manusia. ( Surah al-Qiamah: 37-40) POLITEKNIK MERLIMAU

Kejadian MANUSIA PADA PANDANGAN SAINS:

Kejadian MANUSIA PADA PANDANGAN SAINS Merujuk kepada pencantuman air mani dalam rahim sebagaimana yang telah dihuraikan dalam al-Quran. Ada juga teori yang dikeluarkan oleh pendapat lain iaitu Charles Darwin, Jean Baptiste Come de Lamarck. Memperkenalkan teori evolusi yang berakhir dengan pembuktian bahawa manusia adalah berasal daripada monyet . POLITEKNIK MERLIMAU

Peringkat pembentukan bayi dalam rahim::

Peringkat pembentukan bayi dalam rahim : Talaqaih (Permanian) Al-’Alaqah. ( segumpal darah ) Al-Mudghah ( seketul daging ) Pembentukan tulang dan daging. Organ dan roh peringkat akhir dalam proses pembentukan bayi dalam rahim ibu. POLITEKNIK MERLIMAU

Proses kejadian manusia menurut al-Quran:

Proses kejadian manusia menurut al-Quran NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2 " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

PowerPoint Presentation:

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran. Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan. Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti, manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

PowerPoint Presentation:

A- Sperma B-Sperma menembusi ovum

PowerPoint Presentation:

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah yang bermaksud Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah" al-Mukminun : 14 Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

PowerPoint Presentation:

Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud : sesuatu yang bergantung atau melekat pacat atau lintah suatu buku atau ketulan darah Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.

Peringkat Ketiga:

Peringkat Ketiga MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14 Firman Allah yang bermaksud "lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging“ al-Mukminun : 14 Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain.

PowerPoint Presentation:

Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk. Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.

Peringkat keempat:

Peringkat keempat IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah yang bermaksud : "Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging" al-Mukminun : 14

PowerPoint Presentation:

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

PowerPoint Presentation:

Janin pada usia 12 minggu

Peringkat Kelima:

Peringkat Kelima NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi  perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

PowerPoint Presentation:

Janin mendapat makanan melalui uri

Peringkat Keenam:

Peringkat Keenam NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t

Kelahiran bayi dan anda…..:

Kelahiran bayi dan anda…..

Pengertian manusia menurut islam:

Pengertian manusia menurut islam Manusia sebagai ‘Makhluk Mukalaf’ ( makhluk yang mempunyai tanggungjawab atau dibebankan dengan beberapa kewajipan). Makhluk : ertinya diciptakan. Mukalaf : ertinya dipertanggungjawabkan. Dapat dilihat dalam al-Quran : “ Sesungguhnya Aku (Allah) akan menciptakan manusia dari tanah, maka apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya, dan Ku tiupkan roh dari Ku, maka hendaklah Kamu (Malaikat) sujud kepadanya” ( Surah as-Sad : 71 – 72 ) POLITEKNIK MERLIMAU

sambungan:

sambungan Disebut juga Insan / An Nas (Lupa) Salah satu sifat manusia pada setiap individu. Sifat pertama kalinya yang dimiliki oleh Adam kerana beliau lupa pada janjinya terhadap Allah Firman Allah Maksudnya : “Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan Adam dahulu maka ia lupa perintah itu dan Kami tidak dapati padanya kemahuan yang kuat”. (Taha : 15)

Ciri-ciri keistimewaan manusia ::

Ciri-ciri keistimewaan manusia : Kesempurnaan sifat fizikal dan rohani. - Allah swt menegaskan tentang kesempurnaan kejadian dalam firman-Nya yg bermaksud : “Sesungguhnya telah Kami (Allah) ciptakan golongan manusia itu dalam sebaik-baik cara dan bentuk yang bersesuaian dengan keadaannya. ( Surah at-Tiin:4) POLITEKNIK MERLIMAU

PowerPoint Presentation:

Akal - Manusia adalah makhluk yang amat istimewa kerana dikurniakan akal untuk berfikir dan melaksanakan tanggungjawab. - Akal juga adalah untuk membezakan manusia dengan haiwan. - Mengangkat darjat orang2 yang berilmu dengan beberapa darjat. POLITEKNIK MERLIMAU

PowerPoint Presentation:

Alam dicipta untuk manusia. - Allah menjadikan langit, bumi, gunung-ganang, haiwan, dan tumbuh- tumbuhan khusus untuk manusia. - Allah juga meminta manusia berfikir tentang kejadian-kejadian tersebut bagi membuktikan kewujudan Allah dan keagungan-Nya. - manusia juga mesti memahami, mengawasi alam ini, tunduk dan patuh kepada-Nya. POLITEKNIK MERLIMAU

PowerPoint Presentation:

POLITEKNIK MERLIMAU

authorStream Live Help