Lailatul Qadr

Views:
 
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

Slide 1: 

1432H

Slide 3: 

FIRMAN ALLAH TAALA Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar , dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu ? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan . pada malam itu , turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka , kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut ); sejahteralah malam (yang berkat ) itu hingga terbit fajar ! (Al- Qadr ; 1-5)

Slide 4: 

LAILATUL QADR Imam At- Tabari dalam Tafsir at- Tabari berkata : “ Pendapat yang paling tepat ialah pendapat yang mengatakan ‘ lebih baik dari seribu bulan ’ bermaksud ‘ beramal pada malam al- Qadar sama pahalanya dengan beramal dalam seribu bulan yang tiada dalamnya malam al- Qadar ( iaitu beramal dalam bulan-bulan selain Ramadan)’.” Imam Malik dalam kitab al- Muwatta ’ yang menjelaskan bahawa ganjaran pahala seribu bulan itu adalah sebagai gantian kerana umur umat di zaman ini adalah lebih pendek berbanding umat di zaman sebelum ini , sebagai contoh umat Nabi Nuh .

Slide 5: 

UMUR UMAT NABI SAW قال صلى الله عليه وسلم فيما رواه عنه أبو هريرة رضي الله تعالى عنه :"أعمار أمتي ما بين الستين إلى السبعين وأقلهم من يجوز ذلك" Umur umatKu antara 60 hingga 70 tahun , amat sedikit yang melepasi umur tersebut

Slide 6: 

KEISTIMEWAAN UMAT NABI SAW وعن أبي هريرة –رضي الله عنه- قال: قال صلى الله عليه وسلم : نحن الآخرون السابقون يوم القيامة ". Kita adalah umat terakhir ( hidup di dunia ) yang boleh mendahului ( dari segi pahala kebajikan berbanding umat nabi dahulu ) pada hari Kiamat

Slide 7: 

Bagaimana kita oleh mendahului umat dahulu sedangkan umur kita pendek berbanding mereka ???

Slide 8: 

Dengan mendapatkan Lailatul Qadar

Slide 9: 

Malam Lailatul-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan . 83 tahun 4 bulan

Slide 10: 

Bayangkan jika mendapat Lailatul Qadar selama 20 tahun sepanjang hidup ??? 83 tahun X 20 kali = 1660 tahun

Slide 11: 

LAILATUL QADAR : KETIDAKPASTIAN YANG DISENGAJAKAN Kerja Sendiri VS Makan Gaji Ketidakpastian + Usaha Gigih = Kemajuan

Slide 12: 

PERSIAPAN MENGEJAR LAILATUL QADAR Bacaan Selepas Subuh & Asar "لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير“ (100 kali)

Slide 13: 

PERSIAPAN MENGEJAR LAILATUL QADAR لما رواه أبو هريرة -رضي الله تعالى عنه- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:"من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير في يوم مئة مرة كان له عدل عشر رقاب، وكتبت له مئة حسنة، ومحيت عنه مئة سيئة، وكانت له حرزاً من الشيطان يومه ذلك حتى يمسي، ولم يأت أحد بأفضل مما جاء به إلا أحد عمل أكثر من ذلك" Sesiap a yang membaca ( zikir tersebut 100 kali) nescaya menyamai pahala membebaskan 10 orang hamba , dituliskan baginya 100 kebajikan , dihapuskan baginya 100 dosa ( kecil ) dan pembacanya akan dijaga dari gangguan syaitan sehingga petang ( asar ) , tidak ada sesiapa yang lebih baik darinya kecuali mereka yang membaca zikir tersebut melebihinya

Slide 14: 

KEHEBATAN MALAM AL-QADR

Slide 15: 

Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran Diturunkan sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat

Slide 16: 

Di tuliskan pada malam tersebut " qadar " Al- Qadar ’ bermaksud ketetapan . Hal ini disebabkan pada malam itu ditulis segala ketetapan yang berkaitan dengan hidup , mati , rezeki , sakit , sihat , bahagia dan yang seumpamanya bagi tahun yang berikutnya .

Slide 17: 

FIRMAN ALLAH SWT ( Kami menurunkan Al-Quran pada malam Yang tersebut , kerana ) pada malam Yang berkat itu , dijelaskan ( kepada malaikat ) tiap-tiap perkara Yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku , ( tidak berubah atau bertukar ). Iaitu perkara-perkara Yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan kami ; Sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul . (Ad- Dukhan ; 4-5)

Slide 18: 

KEHEBATAN MALAM AL-QADR Imam At- Tabari menyebut bahawa pada malam itu , diputuskan hal ajalnya seseorang , rezekinya , kejadiannya . Malah di malam tersebut juga , ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa , nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya , apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah , Mujahid dan Al-Hassan( Tafsir At- Tabari , 25/108 ) Imam Al- Qurtubi mencatatkan : Berkata Ibn Abbas , Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar , dari segala urusan tentang kehidupan ( hambanya ) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al- Qurtubi , 16/126)

Slide 19: 

Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat Imam At- Tabari mentarjihkan : وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah " beramal di lailatul Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya lailatul Qadr ( selain bulan Ramdhan )  (At- Tabari , 30/259)

Slide 20: 

Pada malam itu , turunnya para Malaikat dan Ruh ( Jibrail as) Dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut , malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri , duduk , bersolat , berzikir , serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka . Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak , penderhaka ibu bapa , pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan .

Slide 21: 

Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya . ( Tafsir Ibn Kathir , 4/531 ; Al- Qurtubi , 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja .

Slide 22: 

Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar (Al-Qadr : 5 ) Masa keberkatan ?

Slide 23: 

ANUGERAH ALLAH VS ANUGERAH MANUSIA Mengejar malam al- Qadar mendidik umat Islam agar sentiasa mengejar untuk mendapatkan anugerah Allah dan bukannya anugerah manusia . Anugerah Allah terlalu istimewa . Cubalah bayangkan , siapakah yang sanggup memberi bonus 83 tahun kepada pekerjanya yang bekerja hanya pada satu malam ? Anugerah Allah ialah ganjaran pahala dan kemuncaknya syurga atau jannah dan ia merupakan anugerah yang kekal abadi .

Slide 24: 

ANUGERAH ALLAH VS ANUGERAH MANUSIA Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman : “ Aku (Allah) telah sediakan bagi hamba -Ku yang soleh ( nikmat ) yang tidak pernah dilihat oleh mata , tidak pernah didengari oleh telinga dan tidak pernah dirasai oleh hati manusia .” ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Slide 25: 

PANDUAN MENCARI LAILATUL QADAR “ Berusahalah untuk mencari lailatulqadar pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.”

Slide 26: 

PANDUAN MENCARI LAILATUL QADAR “ Berusahalah untuk mencari lailatulqadar pada malam-malam ganjil pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.”

Slide 27: 

BAGAIMANA CARANYA??? “ Barangsiapa yang “ qiam ” pada malam lailatul qadar dalam keadaan penuh keimanan dan " ihtisab ” , maka akan diampunkan baginya dosanya yang terdahulu ”

Slide 28: 

Ihtisab ertinya satu keinginan kuat iaitu dia berpuasa dalam rasa keinginan kuat untuk memperolehi pahalanya . ( Fath Al-Bari, 4/110) Selain itu , ihtisab juga membawa erti ikhlas untuk Allah swt dan mengkehendaki redhanya . ( Syarah Sohih Muslim, An- Nawawi , 6/39 ; ‘ Umdatul Qari , 1/226) Apakah erti ihtisab ?

Slide 29: 

AMALAN PADA MALAM AL-QADAR

Slide 30: 

“ Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Engkau sukakan kemaafan maka ampunlah dosa-dosaku .” ( Riwayat Tirmizi ) Amalan pada malam al- qadr

Slide 31: 

Penghulu Istighfar "اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني وأنا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت، أعوذ بك من شر ما صنعت، أبوء لك بنعمتك علي، وأبوء “ بذنبي فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت ” Ya , Allah Engkaulah Tuhanku , Tidak ada Tuhan selain Engkau , Engkaulah yang menjadikan aku . Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan Taat ) kepadaMu sekuat mampuku . Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan . Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku . Maka ampunilah aku . Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau . Amin Amalan pada malam al- qadr

Slide 32: 

قال صلى الله عليه وسلم : "من قاله فمات من يومه أو ليلته دخل الجنة“ Maksudnya : Sesiapa yang membaca ( Penghulu Istighfar ) tersebut lalu dia mati pada hari atau malam itu akan dimasukkan Syurga Amalan pada malam al- qadr

Slide 33: 

وقال صلى الله عليه وسلم: "من قال سبحان الله وبحمده مئة مرة حطت خطاياه وإن كانت مثل زبد البحر" Maksudnya : Sesiapa yang membaca ( zikir ) tersebut 100 kali nescaya akan diampunkan dosanya ( kecil ) sekalipun sabanyak buih-buih dilautan Amalan pada malam al- qadr

Slide 34: 

Baca Surah Al- Ikhlas روى أبو الدرداء عن النبي -صلى الله عليه وسلم- أنه قال:"أيعجز أحدكم أن يقرأ في ليلة ثلث القرآن؟ قال:"وكيف يقرأ ثلث القرآن؟ قال: قل هو الله أحد ثلث القرآن“ Maksudnya : Adakah kamu tidak mampu membaca 1 / 3 Al- Quraan dalam satu malam ? Sahabat bertanya : Bagaimana kami nak habiskan 1 / 3 Al- Quraan pada satu malam ? قل هو الله أحد menyamai 1 / 3 Al- Quraan Amalan pada malam al- qadr

Slide 35: 

Baca Surah Al- Kaafirun قل يا أيها الكافرون تعدل ربع القرآن في الأجر Maksudnya : Surah Al- Kafirun menyamai 1 / 4 Al- Quraan Amalan pada malam al- qadr

Slide 36: 

Baca Ayat Kursi وآية الكرسي أعظم آية في كتاب الله Maksudnya : Ayat Kursi sebesar-besar ayat dalam Al- Quraan Amalan pada malam al- qadr

Slide 37: 

Surah Al- Zalzalah menyamai separuh Al- Quraan Amalan pada malam al- qadr

Slide 38: 

Membaca Surah Yaasin Diriwayatkan bahawa surah Yaasin adalah hati Al- Quraan dan akan beroleh apa yang diniatkan Amalan pada malam al- qadr

Slide 39: 

Barangsiapa yang menghidupkan malam al- qadar ini dan mendapatnya ..." ( Riwayat Muslim) Mestikah mendapat pahala

Slide 40: 

Pandangan ulamak Hanya individu yang mengetahui malam al- qadar sahaja yang akan mendapat keberkatan malam al- qadar . Semua orang akan mendapat keberkatan dengan menhidupkan malam ql-qadar ( samada tahu / tidak ) Bedasarkan hadith di atas ulamak berpendapat

Slide 41: 

Telah berkata Ad- Dhohhak : “ Setiap orang akan beroleh bahagian masing-masing pada malam Lailatul Qadr , semua orang yang diterima Allah amalannya nescaya akan diberi bahagiannya pada malam Lailatul Qadr ”. Ganjaran orang beramal وقد قال الضحاك: "لهم في ليلة القدر نصيب، كلُ من تقبل الله عمله، سيعطيه نصيبه من ليلة القدر".

Slide 42: 

Berzikir Berdoa Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya . Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya , adik beradik atau dari CD. Wanita haid dan al- qadr

Slide 43: 

ubi kayu , daun selasih , thank you, terima kasih .