Kaitan FPK dan Kurikulum Bestari

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

Slide 1: 

PEMBESTARIAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU HBML 2203 DISEDIAKAN OLEH: SITI KHADIJAH FAIZAH HAMIRA NORLAILI

Slide 2: 

SOALAN ISL MINGGU 2 SOALAN 1 JELASKAN HUBUNGKAIT ANTARA CIRI-CIRI KURIKULUM BESTARI DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

Slide 3: 

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”

Slide 4: 

CIRI-CIRI KURIKULUM SEKOLAH BESTARI

Slide 5: 

HUBUNGKAIT ANTARA CIRI KURIKULUM BESTARI & FPK 1. PERKEMBANGAN INDIVIDU - Membantu pelajar mencapai perkembangan yang seimbang dan menyeluruh dari segi akademik, sahsiah dan akhlak. 2. PELBAGAI DISPLIN ILMU - Bertema dan berkesinambungan merentasi bidang serta meransang pemikiran dengan mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat. 3. INTEGRASIKAN PENGETAHUAN - pelbagai elemen seperti nilai, kemahiran dan bahasa diterapkan untuk mengisi keperluan pembinaan individu.

Slide 6: 

4. FUTURISTIK - Menyediakan pelajar untuk menghadapi masa depan melalui penggunaan ICT dan kaedah-kaedah yang sesuai seperti kaedah kajian masa depan. 5. HASIL PEMBELAJARAN IKUT TAHAP KEBOLEHAN - RPH dirancang agar sesuai dengan hasil pembelajaran serta mengikut tahap kebolehan pelajar yang berbeza-beza. 6. LUWES/FLEKSIBEL - Proses P&P fleksibel dari aspek masa, keadaan, ruang dan kemudahan mengikut minat, kemampuan dan kebolehan murid yang pelbagai.

Slide 7: 

7. BERPANDUKAN NILAI - pemupukan akhlak dan nilai murni merentasi kurikulum bagi melahirkan individu yang bertanggungjawab ke arah pembentukan modal insan. 8. PELBAGAI DIMENSI - Displin ilmu dan kemahiran yang bersifat global dan boleh diterapkan dalam pelbagai bentuk dan keadaan sesuai dengan keperluan pelajar.